Alhamdulillah, akhirnya sampai juga aku ke masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, Uitm Shah Alam. Bertemu buat pertama kali dengan kenalan di FB ~ Atien dan kawannya Sue. Aku berjumpa Umi Faridah yang turut datang ke majlis ini. Jumpa seorang lagi as-solehin bernama Aqmal. Cuma aku miss contact dengan Amalin Soleha yang bertanggungjawab tag aku di fb untuk majlis ini ... belum diizinkan Allah untuk bertemu.
Ada dua tazkirah (Ustaz Fadhil Ismail Al-Yamani & Habib Abdullah Muhammad Salim Al-Jahaf), yang diselang-selikan dengan qasidah. Jiwa rasa bergetar tatkala berqasidah sama dengan pelajar-pelajar Pondok Moden Madrasah Ad-Darain. Subhanallah!!! Memang mengasyikkan. Cumanya beberapa kali aku dan Atien terpinga kerana selawat atau qasidah yang dilagukan tidak lengkap di dalam flyers yang kami perolehi.
InsyaAllah, aku tanam azam untuk tak melepaskan peluang ke majlis-majlis sebegini lagi di masa-masa akan datang. Aku baru tau di KLCC pun ada majlis mengingati Rasulullah SAW juga ... dengan persembahan oleh Habib Syech Asseggaf!!! Aku masih mencari cd qasidah Habib Syech... tiba-tiba sedar-sedar aku dah terlepas persembahan live beliau. Rasa nak menjerit ... warghhhhhh!!!
* aku dah mintak keizinan secara lumpsum dari suami untuk masa2 akan datang ... dan kalau boleh aku nak dia pergi sama... insyaAllah.
* alternatif untuk hiburan yang ada dalam aliran media perdana masakini yang penuh lagha dan maksiat.
*jadilah pencinta sunnah.. pencinta Rasulullah SAW ... yang mencintai akan dicintai ... insyaAllah ...
~>> blank... Ayu bikin kacau ... dan oh nyamukkkk ... 0323am.
Apabila hati bersuara, ia adalah bisikan paling halus dari sudut hati yang paling tersembunyi. Tiada sesiapa mengetahui melainkan Allah Taala yang Maha Seni. Lalu hanya kepada Allah aku berserah diri. Ya Allah, kurniakan daku takdir yang baik di dunia ini dan takdir yang baik juga di akhirat nanti. اللهحم امين
Bismillah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Search This Blog
Blog Archive
-
▼
2012
(195)
-
▼
Oct 2012
(14)
- "Boring duk umah!"
- ketetapan hari mati
- masih belajar menulis
- SHOLATUM BISSALAMIL MUBIN - Habib Syech
- "something wrong
- di majlis mengingati Rasulullah SAW
- 1. Cantik bawak diri entah ke mana ... dia mula
- 7 ekor kucing sudah ...
- Qasidah al-Jalaliyah by Fathul Mubin قصيدة الجلالية
- "sakanya ada ... di ...
- Alhamdulillah ... akhirnya
- projek cookies
- Boboiboy memang kucing special
- Qasida Burda Islamic Nasheed
-
▼
Oct 2012
(14)
Terima kasih :)
utamakan Bahasa Melayu
Pantai Lumut
Pantai Mersing

No comments:
Post a Comment