selesai juga tugas aku dengan izin Allah. Siap seal semua tepat jam 2 pagi. Waktu paling afdal untuk bertahajjud.
Naik muak dengan cookies ... Aku diberi peluang oleh suami untuk 500 bungkus goodies tu ... Pulun membuatnya sejak siang kelmarin. Apabila aku cuba buat 5 adunan sekali gus, terfikir pula idea untuk beli peralatan lebih baik. Ni ... hand mixer aku baru je rosak, boleh dipakai tetapi hanya satu mixer je. Err sebenarnya aku yang salah ... Guna benda tu untuk gula merah yang banyak ketulan besar yang keras. Huhh ... Tapi patut la pun ... aku beli masa anak sulung aku masih baby di Brunei dulu ... masih ingat lagi aku beli ditemani kak Normah. Sekarang Naqib dah nak masuk 16 tahun. Memang dah adat dan sampai masa ... dan nak dapat baru punye hehehe ...
Dah kecek mak punya ... tapi belum diterima lagi. Mak belum datang ke sini semenjak terakhir pulang beberapa minggu lepas.
Hmm ... ehem ...
* "Macam ni la ... kita sama-sama berubah, ok?!!"
Dia terus membatu. Aku umpama berbicara kepada dinding biru laut yang tegak kukuh di belakangnya. Hatiku mula berbahang perlahan-lahan. Arghh!!!
"Dengar sini!!!" Aku bersuara tegas. Aku tatap wajahnya dengan mata melotot. Dia masih buat bena tak bena. Celaka!!!
"Kita akan baiki keadaan. Mulai hari ini! Mulai detik ini!! Dengar???"
Dia memandangku sekilas. Menjeling muak lantas mengalihkan mata sambil mengerutkan dahi.
Huhh ... sapa lelaki sapa perempuan ni? getus hatiku jengkel. Aku menarik nafas. Wajahku terasa tegang diserbu perasaan bosan yang menggelodak.
"Kalau kau tak mahu berubah ... aku akan tetap berubah." Aku bersuara jelas dengan nada berbisik. Taktikku berjaya. Serta-merta dia merenungku dengan pandangan aneh. Dahinya yang jendul
berlapis-lapis kerut. Seperti dia mula susah hati.
Aku tersenyum di dalam hati. Padan muka! Aku mencapai anak kunci Ferrari di hadapanku sambil mengucapkan salam kepadanya.
Aku dah penat. Terlalu penat dan rengsa. Kini aku mahu bebas dari kerengsaan itu.*
Apabila hati bersuara, ia adalah bisikan paling halus dari sudut hati yang paling tersembunyi. Tiada sesiapa mengetahui melainkan Allah Taala yang Maha Seni. Lalu hanya kepada Allah aku berserah diri. Ya Allah, kurniakan daku takdir yang baik di dunia ini dan takdir yang baik juga di akhirat nanti. اللهحم امين
Bismillah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Search This Blog
Blog Archive
-
▼
2012
(195)
-
▼
Oct 2012
(14)
- "Boring duk umah!"
- ketetapan hari mati
- masih belajar menulis
- SHOLATUM BISSALAMIL MUBIN - Habib Syech
- "something wrong
- di majlis mengingati Rasulullah SAW
- 1. Cantik bawak diri entah ke mana ... dia mula
- 7 ekor kucing sudah ...
- Qasidah al-Jalaliyah by Fathul Mubin قصيدة الجلالية
- "sakanya ada ... di ...
- Alhamdulillah ... akhirnya
- projek cookies
- Boboiboy memang kucing special
- Qasida Burda Islamic Nasheed
-
▼
Oct 2012
(14)
Terima kasih :)
utamakan Bahasa Melayu
Pantai Lumut
Pantai Mersing

No comments:
Post a Comment