Saringan unfren kedua sedang dibuat dan hampir selesai. Masih ada yang aku lepaskan, kena rujuk kat suami nanti. Sebenarnya nak aman rasa hati, aku setuju lebih baik tak payah ada fb. Tapi buat sementara ni ... aku masih perlukan fb untuk berhubung dan rujukan kepada rakan masturat khususnya.
Baru sebentar aku menghantar mesej kepada bapa saudara suamiku. Walaupun aku berasa sangat khuatir dan serba-salah, tetapi Allah cekalkan hatiku. Bukan apa, bapa saudara yang bermisai tebal lagi terkenal tegas serta menjawat jawatan terhormat di kampung ini, bukanlah orang yang biasa aku bertemu. Dalam bicara pun ada hadnya. Apa yang dah aku mesejkan kepadanya?
Bapa saudara ini telah kehilangan anak perempuannya kira-kira setahun yang lepas. Pemergian yang sangat mengejutkan kerana kemalangan dalam bulan Ramadhan, meninggalkan tiga puteri yang masih bersekolah. Jadi segala kenangan sentiasa dijaga rapi dan disuburkan, antaranya di fb. Gambar arwah diupload, cumanya gambar itu adalah gambar di hari persandingan arwah yang bercucuk sanggul dengan solekan pengantin yang berseri-seri. Manakala di akhir hayat arwah, beliau sudah pun memakai tudung dan menutup aurat seperti muslimah yang lain.
Ada aku terdengar-dengar suara berbunyi tentang sikap bapa saudara ini. Tetapi mungkinkah tak ada yang mahu menyampaikannya? Aku tak pasti. Andai ada, mungkin gambar itu tak diupload lagi.
Apa tujuan aku menulis mesej begitu? Tak ada apa-apa ke nanti bila balik kampung raya ni? Hmm ... perlukah aku memikirkan hal yang tak pasti?
Adalah sangat jauh untuk mengatakan aku sedang melakukan usaha amal bil makruf nahi anil mungkar. Ia terlalu kecil, dan aku pula masih meraba-raba dalam perjalanan nak memaham usaha atas iman ini. (betul ke apa yang aku tulih ni?) Tapi entahlah, pagi ni, aku rasa macam satu desakan dalam hati untuk menyatakan sesuatu walaupun secara indirectly kepada bapa saudara suamiku ini. Aku tak mampu nak menyatakannya secara direct, dan aku harap bapa saudara suamiku ini sebenarnya boleh faham apa yang aku maksudkan. Sebenarnya beliau ni pernah upload sekeping gambar arwah kemas bertudung rapi, so kenapa masih nak keluarkan gambar yang membuka aurat tu? Bukankah itu bakal menjana dosa kepada arwah, tanpa kita sedari? (yang ini tak aku nyatakan, sebab aku tulis indirectly.) Bukan senang nak bercakap macam ni kepada seorang tua, seorang bapa saudara suami kita, yang selalu dihormati oleh masyarakat sekitarnya, dan beliau ni ada prinsip keras yang bukan calang-calang orang boleh deal. Fuhh!
Entahlah ... entahlah berapa banyak entahlah ...
Apa yang pasti, aku seolah-olah seekor rama-rama yang baru mahu lepas dari kepompongnya. Tapi rama-rama tu cantik rupanya, aku sebaliknya dengan serba hitam. Perlahan-lahan kini, aku rasa semakin mempamerkan identiti diriku sebenar, prinsipku dan peganganku yang mana aku mungkin berbeza dari kaum keluarga. Sebenarnya cenderung dari dulu lagi, tapi aku selalu tenggelam timbul macam orang yang hampir kelemasan dalam ombak tsunami di lautan yang luas. Jadi aku selalu bersikap easy, memerhati dengan sudut mata semata dan rasa lemah.
Bukan pula kini aku terasa kuat. Tetapi sedikikit sebanyak aku diberi faham oleh Allah terutama semenjak aku mengikut majlis taklim dan buat taklim di rumah bersama Sarah. Mungkin inilah antara hikmahnya Allah menghantar Sarah kepada aku. Sesuatu yang lahir dari bicaraku itu kekadang membuatkan aku berfikir semula. Semoga Allah menyelamatkan aku daripada bercakap dusta atau mengada-adakan cerita, nauzubillah. Astaghfirullahalazim.
* berbalik kepada bapa saudara dan mesejku tadi, aku tak kisah apa jua respon beliau. Aku sudah menyampaikan dan bukanlah tanggungjawabku menentukan tindakan yang perlu dibuatnya. Aku yakin beliau faham apa yang aku maksudkan di sebalik mesej secara indirectly tu. Bukanlah susah sangat nak meneka apa yang tersirat bagi seorang yang berpendidikan lagi baik akal fikiran. InsyaAllah, ya Allah berilah kami semua hidayat untuk mengikut jalan yang Engkau suka dan redha kami mengikutnya iaitu jalan yang ditempuh oleh Nabimu SAW.
----> Alhamdulillah, selepas 3 jam mesej kukirimkan kepada bapa saudara ini, aku menerima jawapan beliau. Lebih kurang begini katanya, "terima kasih, pakcik dah hilang punca hari ni. Terima kasih atas teguran." Barulah aku tersedar hari ini bertepatan dengan tarikh beliau kehilangan anak perempuannya itu. Aku terasa malu pula bila bapa saudara suamiku mention perkataan 'teguran', haih ... jadi ternyata dia memang faham benar apa yang aku maksudkan dalam ayat-ayat tidak langsung itu. Aku menyambut kata-katanya dengan kata-kata yang baik dan doa hidayat untuk semua. gGambar yang dimaksudkan juga telah ditukar dengan gambar lain, iaitu gambar cucu-cucu beliau anak kepada arwah.
Apabila hati bersuara, ia adalah bisikan paling halus dari sudut hati yang paling tersembunyi. Tiada sesiapa mengetahui melainkan Allah Taala yang Maha Seni. Lalu hanya kepada Allah aku berserah diri. Ya Allah, kurniakan daku takdir yang baik di dunia ini dan takdir yang baik juga di akhirat nanti. اللهحم امين
Bismillah
Saturday, August 4, 2012
Friday, August 3, 2012
Remove fren, n purdah ... lagi
1) copy dari Humairah Ibrahim ♥, kredit to Ummu Ahnaf ♥;
-~-~-> Nak tau apa yg membuatkan masturat ini istimewa..sebab deme 'terhijab'..somi cakap masturat tu sendiri bermaksud tersembunyi..pasal akal lelaki nih leh mencipta nafsu..tu pasal kita isi borang tasykil pun guna nama somi..satu sebab senang deme nak khususi...lagi satu sebab kadang2 bila deme tengok nama pun dah terkesan..IZAHARA...fuuhh h sodap nama..(nak interprem gak..hihih)..mesti cantik bini dye nih..tulisan pun halus..kemas jer..(yg nih den tambah pasal den xcantik dan tulisan pun buruk!!)..mula ler deme membayang-bayangkan wajah disebalik nama..tengok macamana jauhnya fikir eldest2 kita untuk jaga masturat nih..sampai nama pun disuruh hijab....setan nih kan bijak..bila dye tahu kita boleh hancurkan usaha dye dengan taubat dan istighfar..jadi dye buat pula cara lain..benda yg bukan agama kita nampak cam agama..jadi sampai bila pun kita xbertaubat..konon atas maksud agama..gi add ustaz2 popular nih..konon nak tambah ilmu..lagi cantik..add karkun2..bini nyer kita x add..si karkun nih pulak jadi pujaan hati...terkesima dengan bait2 statusnya yg islamik-komik tu..hadooii...pada den lelaki yg suka berdakwah dlm fb nih adalah seorang yang pengecut!! takut ketuk pintu rumah orang satu-satu..cakap kebesaran ALLAH tp takut bertentang mata..ketinggalan 500 tahun kebelakang..JADI jangan takut me' remove kawan lelaki dari fb...xde rugi apa pun..somi pun xkan jeles klo kita tekun merenung skrin pc nih..hihih..sedar ler masturat sumer..kita tak perlu benda2 nih untuk menuju ke syurga..taat ALLAH Taala..taat Nabi SAW..taat somi..haa masuk ler mana2 pintu syurga yg kita suka..sonang baitu..kalian xrugi apa pun..percayalahh!!..heh
~~> lama
daku tak online sebab sibuk urusan di KL.....sekarang pun masih di
KL,dekat kemensah height...anyway,aku dah berjumpa dengan
bidadariku(isteriku) dan itulah kali pertama dia lihat wajahku...

~~> bila aku baca status Ummu Ahnaf ni, aku mula faham sikit-sikit maksud MASTURAT. Dek kerana terkesannya fikir risau begini, hari ini aku remove hampir 300 org frens lelaki dari akaun. Ehh diam tak diam aku dah approved ramai rupanya, setelah kali pertama unfriend frens lelaki pada 2009, aku mengulangi lagi sikap yang sama. Nauzubillah ... alangkah lemahnya seorang aku. (aku menahan diri dari request friend, hanya tertentu sahaja ikut keperluan seperti editor/ kawan sekolah/ individu tertentu yang ada keperluan jualbeli ie abaya/ jiran terdekat). Kini tau la aku, perbuatan tanpa faham tak memberi kesan dan erti mendalam. Hanya kepatuhan tak akan berpanjangan, kerana aku belum mengerti erti TAAT yang sepatutnya aku lakukan. Dalam taat berlaku juga keengkaran. Astaghfirullahalazim. Walau rasa hati libang-libu semasa klik unfriend, memikirkan apa yang akan sebahagian orang-orang itu sangka dan kata, aku teruskan jua kecuali beberapa nama yang harus aku dapatkan izin dari suami nanti. (La ni dia sibuk, nanti aku listkan nama n tanya dia.) Walaupun status fb di atas ni kata penulisnya dengan rendah hati hanya 'repekan' dia semata, tetapi repekan ini telah menyentuh hatiku.
2) yang ini pula status Ibnu Batoota tentang dia dan bidadarinya, status yang kesekian kali ditunggu-tunggu oleh follower Ibnu Batoota di alam maya.
~~> lama
daku tak online sebab sibuk urusan di KL.....sekarang pun masih di
KL,dekat kemensah height...anyway,aku dah berjumpa dengan
bidadariku(isteriku) dan itulah kali pertama dia lihat wajahku...
dia terkejut tengok aku..tak tau la sebab apa,sebab huduh sangat ke,sebab muka macam angry bird ke..
tapi aku pun terkejut tengok dia...sebab,masa tu
aku,dia,abangnya,ayahnya keluar ke shah alam untuk urusan sijil
nikah,dan selama ni ku fikir dia berpurdah...
tapi..
sebenarnya dia bukan SAHAJA berpurdah,bahkan memakai burqa(tutup mata
terus)...dan pakai semua hitam tanpa manik dan bunga(rujuk status lama
tentang baju manik dan bunga)so sama2 terkejut kot...dia sangat malu
denganku dan tak cakap walau sepatah,dia menyorok belakang abangnya bila
berjalan...sampai di rumah dalam jam 10,aku baring di masjid berdekatan
rumah dia,aku tak tidur di rumahnya sebab dia ramai adik beradik
perempuan(ipar aku),jadi haram bagi aku melihat wajah mereka,bentuk
badan mereka,lenggokan suara mereka bahkan nama2 mereka juga dirahsiakan
dari aku...sebab itu semua hak suami mereka..
tiba2 aku dapat sms..
''abang..semua dah tidur,balik rumah pliz...rindu... :'( "
cergas aku bangun lari balik rumah..hahaha..dia bukak pintu,tapi tak
pandang aku sebab malu...dia pakai abaya hitam cantik,berkelip2,tak
pakai purdah tapi pakai tudung...kami duduk atas lantai dan mula
bersembang,mula dia malu yang amat,tapi lama2 dia macam agak
selesa....aku tak mahu cerita perkara yang tak da pengajaran..jadi aku
cuma selitkan dialog yang boleh dijadikan pengajaran sahaja dan untuk
pengamalan...
IB: ibn batoota
B: bidadariku
IB:sayang,kenapa sayang pakai purdah?
B:sebab perintah allah dan rasul..
IB:selain tu?
B:sebab...nak abang sorang je tengok saya..
IB:hmm..ok...kenapa pakai burqa?
B: sebab..mata ni pun milik abang..
IB: alahai....(buat muka sedih)
B:kenapa bang?
IB:sedih....sebab abang tak pakai burqa,semua perempuan tengok muka abang... :'(
B:abang nak pinjam saya punya tak?
IB: nakal... ♥ (sambil picit hidung dia)
B:adoi la.... :'(
IB:hmm..kenapa tak bahasakan diri 'sayang' macam selalu?
B:err..tu dalam sms...depan-depan camni malu la...(dia tunduk)
IB:hm....ok...tapi...soalan abang tadi pasal purdah..abang nak jawapan
yang lebih panjang kot..boleh?(saja tanya camtu sebab nak dapatkan
mutiara kata dia,boleh share kat fb,tapi dia tak tau..hehe)
B:hmm..macam ni bang...lelaki ni,bila nampak perempuan,yang pertama
sekali mereka lihat ialah WAJAH...jadi wajah wanita ni sebenarnya
mahkota wanita dan ketua segala kecantikan pada diri seorang
wanita..saya tak mau,mahkota yang sangat berharga ni dilihat mana-mana
lelaki bahkan tak mau bayangan wajah saya ni berada dalam mana-mana otak
lelaki haram termasuk biji mata ni pun,bahkan bulu mata pun...sebab
semua tu milik abang seorang..bukankah diri saya ini HARTA abang?dan
bukankah HARAM bagi saya membelanjakan harta suami tanpa izinnya?dan
kalau abang izin sekalipun dan jadikan saya bahan pameran untuk tatapan
lelaki yang bukan halal bagi saya,itu saya tidak rela dan abang dianggap
dayus oleh nabi saw....saya tak rela 'dizinai' mata-mata lelaki
haram...abang faham kan?
IB: hm....faham sangat(sambil senyum)..
note: adegan seterusnya dirahsiakan....nasib baik tak batal puasa... :D wkwkwkwk~
pengajaran: jangan belanjakan harta suami secara haram...kecantikan
kalian adalah harta terindah buat suami...tapi kalian senang-senang je
khianat harta suami kalian di fb,di supermarket,di twitter,di
pasar....sekarang baru aku faham apa maksud MASTURAT dan kenapa ulama
gelarkan wanita sebagai MASTURAT...selama ni yang aku faham,dengan hanya
berpurdah dah cukup dikira sebagai masturat..tapi aku salah...inilah
maksud sebenar masturat yang diajar rasulullah.....
*masturat=yang tersembunyi
semoga tulisan ini menyedarkan yang tidur,menjadi yang terindah hanya
untuk suami...hentikan segera pengkhianatan kepada suami/BAKAL suami...
~~~> inilah dua status fb yang aku sempat baca sementara menunggu waktu untuk menjemput anak perempuanku di madrasah pagi ini. Dua status yang kebetulan menyapa mataku di pagi Jumaat yang mulia. Dan cerita Ibnu Batoota tentang bidadarinya kali ini, aku tak tipu, memang sangat touching my heart, especially bab the reasons why she's wearing burqa. Burqa ialah sejenis pakaian yang menutup seluruh tubuh perempuan dari kepala hingga ke kaki, macam yang biasa dikenakan oleh wanita Iran. Bahagian mata ada kain jaring untuk pemakainya melihat ke luar tanpa dapat dilihat oleh orang lain. Aku sebenarnya malas nak mengaku, dan malas dek keegoan nak bagitahu sedikit sebanyak cerita bidadari Ibnu ni membantu aku membaiki pemikiran. 1st hari tu kisah bidadari mengaji 10 juz sehari, dan dicabar oleh abinya supaya khatam al-Quran dalam tempoh 15jam. Hebat sangat bagi seorang aku! Kebetulan aku dipelawa ikut tadarus al-Quran di surau berdekatan. Walaupun kaki tangan sejuk semacam, suara gigil semacam, aku dapat membaca dengan baik, hanya sedikit silap di sana sini. Dan aku antara 2-3 orang yang mampu membaca dengan lancar bersama kurang kesilapan, selain ustazah yang memantau bacaan kami. Alhamdulillah ini benar-benar satu kurniaan Allah kepada aku yang tak pernah khatam al-Quran semasa mengaji zaman kanak-kanak dulu (sebab aku bila cuti sekolah kena hantar balik kampung, orang lain cuti terus mengaji). Mujurlah semasa di Shah Alam aku ikut jiran-jiran belajar mengaji (pun tak sempat habis sebab berpindah ke Klang pulak) dengan seorang ustazah sekolah pondok yang amat muda belia. Usia yang dah dewasa dan ada basic sikit-sikit, membantu aku mudah faham tapi aku selalu melupakan nama-nama dan huruf-huruf dalam hukum tajwid. Bila aku merasa ada kemampuan untuk membaca dengan betul, memang aku mula asyik membaca al-Quran. Dalam kepala mula membayang-bayang nak mengaji dengan seorang guru. Dan aku teringat setiap Jumaat ada kelas mengaji di surau lain yang berdekatan. Azam mula ditanam. InsyaAllah selepas ini aku tak mau buang masa lagi melepek kat rumah je. Sementara masih ada masa masih ada umur masih ada kudrat dan masih ada kesempatan diberi Allah. Ya Allah permudahkanlah ...
Okey, itu bab mengaji. Bidadari Ibnu menjadi sumber inspirasi nampaknya. Bab purdah berulang lagi. Memang mengesankan cerita bidadari seorang ni. Nak tau apa jadi kat aku? Atas reason yang sama yang aku amat bersetuju, sambil mengenangkan jalan hidupku sejak kanak-kanak, remaja, dewasa, hingga kini, yang berbagai selok-belok corner baring dan tersungkur bangun memacam tu, aku akui ada insan yang dipilih Allah sangat bertuah dipelihara rapi sejak lahir ke dunia ini. Aku bukan insan seperti itu. Tetapi hari ini aku memilih untuk masuk dalam ruang pemeliharaan Allah, iaitu apa yang Allah suka, apa yang nabi SAW suka, dan suami aku pun suka. Aku sarung purdah dengan jiwa lain. Tak macam selalu, aku segan dan serba-salah, lemah dan tak ada kekuatan. Ragu-ragu dan saspen sendiri. Bodoh betul rasanya, aku tak suka perasaan itu tapi aku tak mampu mengelaknya.
Hari ini aku pakai siap-siap dari dalam rumah. Kalau selalu tu aku mula kelam-kabut pakai masa berhenti di traffic light. Payah juga, sebab aku segan orang kereta sebelah dan kereta belakang perasan perubahan aku. Tapi dah tutup muka, buat dek aje le. Siap speed kereta lagi tu ... hobi ... meloncat-loncat la Kancil aku mencicit-cicit lari.
Aku pakai dengan senang hati. Aku nak tutup wajah, kalau boleh mata sekali. Aku dah faham dan mengerti. Mengapa aku perlu menutup muka dengan sekeping kain ini. Aku tak kisah langsung kalau ada yang pertikai atau bertanya-tanya nanti. Aku mula membayangkan diriku berpakaian seperti ini di tengah keluarga semasa hari raya Aidilfitri tak lama lagi ...
Bila suami balik, aku pun berbicara lembut sekali. Aku ceritakan senangnya hatiku bila pakai purdah tadi. Kawan selisih yang selalu angkat tangan kali ni dia tak jadi. Aku tak kisah, lain kali tentu bertemu boleh story. Suami senyum sambil pasang telinga mendengar dengan teliti. Makin kembang aku rasa di dalam hati. Ada can baru nampaknya ni ... bila aku ajukan pertanyaan buat sekian kali, 'bang, ayang nak pakai purdah nanti?' ... abangku menjawab, 'hold dulu...' senyumku pun serta-merta mati. Ini semua salahku sendiri. Peluang sudah diberi, tapi aku yang tak mengerti. Peluang tak selalu mari, sekarang peluang sudah pergi. Ohh ... aku dah tak sabar menanti. Aku nak tutup mukaku ini. Bukan kerana aku perasan cantik berseri (uwekkk), tapi aku nak mengekslusifkan diri, selain itu menjadi dorongan kepada anak sendiri, juga kepada sahabat rakan jiran di kawasan ini, kepada anak buah anak pokok anak daun tapi bukan anak tiri (tak mo anak tiri!) bahawa sangat indah jika diri bertutup rapi. Peduli orang tak nak tengok kita bukan untuk dorang tapi untuk suami sendiri. Inilah yang Allah suka nabi SAW suka ikut sunnah Ummul Mukminin yang sudah sahih tempat mereka di Firdhausi. Ya Allah, berilah daku peluang itu sekali lagi. Tahun depan, pergi ke tak pergi aku tak peduli, kini aku nak rencana ayat baru untuk hubby, 'Bang, kata tahun depan pergi umrah atau haji. Tapi kalau tak de rezeki, ayang nak pakai purdah jugak mohon izinkan nanti ..." Uhhhh lamanya nak tunggu tahun depan nih .... ya Allah lembutkanlah hati-hati kami untuk mengikut jalan yang Engkau redhai. Aamiin.
Panjang plak ... hehe.
Wednesday, August 1, 2012
stress ke?
hari ini
aku ikut tadarus lagi
entah mengapa
tubuh rasa lesu tak bermaya
rasa nak menjalar pun ada
sekejap menguap sekejap tukar gear (kaki la ...)
ish ish ish macam tak ada semangat rasanya
tak sabar pulak rasa hati
aku nak ajak suami pergi
pusat rawatan yang islami
apa kena tengkukku ini
doaku belum dimakbulkan lagi
ish ish ish astaghfirullahalazim
BAIK SANGKA PADA ILLAHI
jangan main-main dalam bicara hati
insyaAllah akan sembuh jua nanti
Tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah, dan Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Allah
* catatan yang tak ada kena mengena dengan tajuk. sebab aku tak rasa stress. cuma saja ... takkan tak tulis apa-apa.
* Sesapa ... nanti jenguk la page Sarah, ada cerita lagi tentang dia.
Monday, July 30, 2012
setelah tertangguh beberapa ketika
aku muncul lagi di pintu rumah taklim Bukit Naga
alhamdulillah Allah Maha Kuasa
itulah yang aku pelajari semasa di sana
mata mengantuk layu menjadi jaga
mendengar tegas jelasnya suara
menerangkan 6 sifat sumber jaya
para sahabat contoh yang nyata
kerapkali kudengar begitu saja
Allah Maha Kuasa
makhluk tiada kuasa
diselit di celah-celah bicara
kufikir memang benar apa yang dikata
Allah benar Maha Kuasa
makhluk benar tiada kuasa
tetapi apakah sebenar maksud disebaliknya
suara yang tegas jelas terus berbicara
memberitahu itu mesti diucap pada kata-kata
25 orang harus mendengar dari kita
sekurang-kurang dalam sehari 25 kali mulut kita menyebutnya
andai engkau mahu berjaya
tirulah Junjungan SAW nabi tercinta
dari hal sekecil-kecil hingga sebesar-besarnya
tak ada dolak-dalik ikut sahaja
kerana ugama ini bergantung pada latihan jua
bukan sekadar yakin percaya di hati semata-mata
bukan mudah hendak mendapat taqwa
kerana syurga itu memang dijadikanNYA berselimut airmata
alhamdulillah semakin aku mengerti walau tak semua
semakin bererti semakin mendalam semakin bermakna
paling aku terharu dan gembira
ungkapan Allah Maha Kuasa
teramat benar Allah Maha Kuasa!!!
benar sebenar benar Allah Maha Kuasa!!!!!
semua yang lain tiada apa-apa hanya asbab sahaja
Allah sahaja yang Maha Kuasa!!!!!!
tanpa asbab tak jadi masalah kepada DIA
kerana DIA tak bergantung kepada asbab yang diciptaNYA
tanpa asbab boleh sahaja DIA berbuat sesukaNYA
benar benar benar Allah Maha Kuasa!!!!!!!
dikisahkan Nabi Ibrahim as yang mulia
dicampak ke dalam api yang marak menyala
hanya tali pengikat tangan yang binasa
sedang diri nabi tidak tercuit walau sehujung kukunya
bagaimana api yang panas bersifat dua cara
itulah tanda ALLAH MAHA KUASA!!!!!!!
demikianlah antara yang terkesan di jiwa
ada banyak lagi tak mampu aku mengungkapnya
dek kelemahan dan kedaifan diri yang hina
ya Allah yang Maha Kuasa!!!!!!
tolonglah bantulah maafkanlah hamba ...
Allah Maha Kuasa makhluk tiada kuasa
hanya kepada Allah berserah diri selama-lama
.

Saturday, July 28, 2012
aku terfikir
kenapa bila time tazkirah
ada wanita yang rela bangun
lantas menarik tabir
sepit kiri sepit kanan
orang lelaki yang perasan
mula menoleh ke belakang
dan wanita yang duduk betul-betul bersetentangan
mula jadi tak keruan ...
pelik la pulak kan
bunyi suara ustaz tak kesampaian ke
terhalang dek tabir andai tak dibuka
bukan kitorang semua boleh tengok pun
ustaz yang bagi tazkirah kat sanun
sebab ruang yang dihalang tabir tu kecik je
kitorang yang dok jauh mana boleh nampak
kalau nampak pun nak wat hapa
takkan nak renung muka ustaz je ...
tadi pun macam tu jugak
tak ada yang bangun nak selak tabir
aku ingat dah bagus dah
tetiba ada pulak kakak yang sound
"woi tak bukak tabir ke?"
laaa pulak
dan ada la yang sangat rajin pergi tarik tabir
lepas tu rupa-rupanya wanita yang duduk depan tabir tak suka
si tukang tarik tabir pun jadi keliru
"Eh dorang ni kata tak yah bukak tabir la"
maka tabir pun dikemaskan semula
tapi masih ada keinginan nak menatap wajah si ustaz rupanya
jadi tertinjau-tinjau la pulak kat celah dinding yang sejengkal terbuka
tak boleh tidak mesti nak tatap wajah macho kat sebelah sana
hari ni tazkirah penuh bersemangat
al maklum ustaz muda
dua kali dia menyumbangkan suara
sedap jugak aku rasa
nasyid yang aku tak pernah dengar kat telinga
ooo ini la dia ustaz yang dikhabarkan kat aku semalam
tak sangka hari ni bersua pula
ok aku suka pengisiannya
tapi kenapa kakak yang sibukkan hal tabir tu tadi
dah sempat tinjau kat celah dinding walaupun dari jarak jauh
sibuk berborak pula
siap dengan angkat-angkat tangan dia
sampailah ustaz bagi salam tanda tazkirah setakat tu je
kakak ni pun selesailah dengan bicaranya
ok la kita tengok apa pengisian ustaz muda
aku catat sikit kat sini ya ...
katanya rukuk dan sujud dalam solat ada falsafahnya
rukuk menyamakan taraf kepala dengan perut
kepala yang mulia dan perut yang macam segala tuk nenek ada
betapa rendahnya kita di sisiNya
sujud pula lebih kurang sama
menyamakan kepala dengan kaki kita
kepala yang di atas sama rata dengan kaki yang dibawah
betapa hinanya kita di sisi Allah
itulah lebih kurang main pointnya
ustaz citer pasal kuda liar
ada dua cara nak menjinakkannya
pertama jangan bagi dia makanan
lama2 dia akan lemah dan menyerah
kedua bagi dia bebanan yang bertambah
hingga lama2 dia dah tak larat nak berdiri terus rebah
begitulah kata ustaz muda
macamana kita dapat menguasai hawa nafsu terendah
berlaparlah
dan kerjakan banyak ibadah
jangan bagi can kat nafsu yang tak suka mengalah
bagi padan nafsu agar makin lama makin menyerah
ustaz citer lagi pasal gua
hehehe gua apa?
ini bukan kisah Gua Niah
tapi kisah gua yang ada harta karun itu harta Ahmad Albab yang punya hahaha
ada orang yang dah tau
masuk terus cekut raup angkut rembat semua emas permata berlian manikam zabarjad mutiara yang ada
tak tanya dah
dia dah tau benda yang lip lap lip lap tu memang harta karun
dia tak peduli Ahmad Albab ka punya sapa ka punya
angkut angkut angkut banyak-banyak cepat-cepat
ada pulak orang yang masuk gua
tapi dia tercengang tengok harta karun yang ada
eh eh eh ni amenda ni ha dia tanya
macam permata tapi ntah-ntah kaca
macam berlian macam mutiara macam emas segala
ntah-ntah besi kuprum aluminium semata
tercangak-cangak tertanya-tanya garu-garu kapla
ayoyo nak ambik pun rasa tak sure je
sibuk fikir baru nak bertanya-tanya
rugi ... rugi ...
jenis orang ketiga lagi la kelakar giler
dia nampak pintu gua
dia boleh tanya
ni gua ke hapa?
apasal ada gua?
gua ni simpan apa?
apa ada dalam gua?
dia betul-betul tak tau dan tak faham
dan dia memang tak rasa heran
sebab dia tak pernah imajin ada sesuatu macam gua
dia tak pernah imajin ada benda berharga dalam gua
dia tak tau apa-apa
katanya, ada aku kesah?
begitulah tamsilan manusia menyambut Ramadhan, kata ustaz muda
ada yang sangat ambil berat
sudah bersiap rapi untuk menyambut segala kelebihan dan rahsia Ramadhan
memang tak lepas peluang
ada pula yang tertanya-tanya
orang posa dia ikut posa
orang terawih dia ikut terawih
tapi dia masih blur
untuk apa dia melakukannya
yang terakhir tu
memang tak kesah apa-apa
Ramadhan sama je tak ada lainnya
akhir sekali ustaz bukak iklan la plak
minyak but-but yang dah sampai ke benua India
gosok kat lutut yang ketat dengan izin Allah disembuhkanNya
sapu kat tengkuk dengan izin Allah hilang migrainnya
minyak zaitun tersangatlah berkatnya
pak haji minum 4 botol rambut uban hitam semula
kolesterol pun jadi normal
hebatnya tumbuhan yang Allah berkati
betapa banyak pengubatan cara sunnah yang Allah sediakan
nak dengan tak nak je kita-kita ni
tau la beli insuran masuk spital tak de masalah money
tapi bilanya nak ikut sunnah nabi
kalau tak yakin dan tak mo kasi peluang kat diri sendiri
jadi aku pun beli
sebotol minyak but-but buat sapuan kat mana-mana anggota yang nyeri
sebotol minyak zaitun minum dua sudu dua kali sehari
jangan lupa baca Bismillah dan selawat bersekali
kalau dah habis nanti insyaAllah nak beli lagi
nak sihat ... banyak perkara tak settle lagi
nikmat Allah wajiblah disyukuri
semoga Allah tambah lagi apa yang telah DIA beri
aamiin aamiin aamiin ya rabbal alaamiin
demikianlah coretan aku malam ni
tak sangka dah kul 2.17 dinihari
patutnya dah lama cookies aku siap dari tadi
tapi tak pe la semoga esok masih menanti
terima kasih daun keladi
sebab sudi baca catatan merapuku ini hihi ...

Thursday, July 26, 2012
Apabila tiba masa aku,
aku perasan jari tangan dan kaki jadi sejuk dingin serta-merta. Hehehe ... Tapi alhamdulillah sangat, sebab aku dapat membaca dengan lancar. Sikit-sikit je tersangkut. Allah SWT yang Maha Pengasih telah memelihara maruahku.
Bila aku habis baca round kedua, isteri Imam Jailani kat kiri aku tepuk perlahan peha aku sambil tertawa kecil, "laju baca!"
Aku pun tersengih. Bila round ketiga, aku pun cuba memperlahankan bacaan. Kini dah masuk juz 13. Alhamdulillah.
Hari ni, Khamis, aku ikut tadarus al-Quran di surau Haji Hassan. Kelmarin aku dapat maklumat dari Niza, semalam nak pergi tapi hati aku masih cuak yang mana akhirnya aku dipelawa suami ikut beli barang kat NSK.
Tapi hati aku terus berkata-kata, aku mahu duduk dalam taman-taman syurga, yang mana para malaikat menaungi tempat duduk berlapis-lapis hingga ke langit sana.
Jadi hati aku terus mendesak dan mendesak, segan dan malu kena ditolak ke tepi. Sambil tadarus sambil membetulkan bacaan. Nak memahami bacaan masih jauh. Tapi tadi ustazah membacakan terjemahan Surah Yusuf yang kami baca.
Dan orang pelik macam aku yang tahu baca dengan tajwid tapi susah sangat nak ingat nama hukum-hukum tajwid mula ingat balik sikit-sikit. Untuk makluman, bacaan aku ok je tapi nak ingat hukum tu memang dari sekolah selalu kantoi. Aku mengaku aku malas nak mengingat. Ingat lepas tu lupakan balik. Tau baca je ... ohh inilah kelemahan yang aku malas nak mengakuinya, memalukan.
InsyaAllah aku berazam akan ikut tadarus ini sehingga selesai. Dengarnya tadi tahun lepas mereka ni dapat dua kali khatam.
Tapi nampaknya atas kelemahan azam aku yang lain, aku belum buat biskut perisa strawberi dan perisa kopi lagi. Novel bab 14 bab terakhir tu pun lum sempat nak selesaikan, bermain dalam kepala je. Tengkuk aku sangat tak selesa, ketidakselesaannya semakin ketara semasa tadarus tadi. Time solat pun gitu. Time ngadap pc okey je pulak sebab tak tunduk sangat. Ohh time menyapu lagi sakit.
Jadi, aku timbang-timbang dan kumpul dua perkara, dah aku ajukan ke blog ni. Hari tu aku sempat bagi komen kat entri penutupnya, aku nak ajukan soalan tapi tak jadi. Bila dah ada dua perkara ni, ok la kot. So sedang tunggu jawapannya pulak. InsyaAllah.
Sesapa ... jemputla ke Biskut Coklat Chips my new page kat fb tu. Please like n make order hehehe ... Kepada sesapa yang dah buat tempahan, kuucapkan ribuan terima kasih kerana menyokong perniagaan biskutku ini. InsyaAllah semoga Allah memberi kesedapan yang sangat enak kepada anda ketika menjamahnyan dari kunyahan pertama sehingga ke ketulan biskut yang terakhir, hingga sekali rasa, berkali-kali lagi nak rasa. Sungguh terasa keenakan coklatnya!
Azam nak kumpul belanja pergi haji @ umrah ... tahun depan ... insyaAllah. Semoga Allah bukakan pintu rezeki untuk aku. Aku meletakkan harapan kepada Allah sahaja yang Sebaik-baik Maha Pemberi Rezeki yang tak disangka-sangka. Aku tak mahu mengharap kepada mana-mana manusia. Dengan ini aku jadikan bisnes biskut ini sebagai satu usaha aku menitikkan air peluh (bukan dalam biskut aaaa!) untuk mengumpul belanja. Ya Allah redhailah usahaku yang terlalu kecil ini. Kepada Allah mengharap dan berserah diri, harapan seorang hambaNya yang kerdil hina lagi banyak berdosa. Oh sedih!

Monday, July 23, 2012
bangkitlah ...
bangkitlah
dari tidur yang panjang
usah menjual akhirat yang kekal
demi dunia yang sebal
kelak insan kan merana
duka tak sudah
sesal tak bernoktah
ketika matahari hanya sejengkal
lalu peluh keringat bercucuran
airmata darah berlinangan
sekujur tubuh gigil gementar
mencari dan mencari
naungan untuk berteduh
entah bila soalan akan dihamburkan
entah bila buku catatan akan diserahkan
entah bila entah bila entah bila
bangunlah
usah ditunggu esok yang tak pasti
sedang para bidadari sudah menanti-nanti
merindu-rindu menghias diri
mengintai-intai dengan mata yang jeli
berbisik-bisik sesama sendiri
alangkah rindu kepada suami

Sunday, July 22, 2012
bagaikan ...
bagaikan sebutir garam
akan memedihkan pada luka yang terbuka
namun ia juga akan mencuci
virus kuman bakteria yang melekat bersembunyi
bagaikan sebutir bintang
bercahaya di malam yang pekat hitam
menangkap pandangan yang ditebarkan
menghibur jiwa yang selalu keresahan
bagaikan sebiji permata
di celah pasir yang merata
tak mungkin hilang nilainya
takkan hina walau di mana berada
umpama jarum jahitan
dengan benang berjuraian
buat mencantum helaian kain
yang terkoyak dek pisau tak bermata
umpama sang wali
dengan bicara penuh hikmah
meruntun hati-hati lesu yang parah
kembali ke jalan Allah
umpama bayangan nabi SAW
penuh santun kasih redha dan tabah
hingga menjadi Siti Khadijah R.ha
atau kan menjelma Siti Aisyah R.ha
* catatan ekspress di 2 Ramadhan 1433H.

Saturday, July 21, 2012
update Sarah
1. salam Ramadhan buat semua.
2. aku tak banyak masa nak mencatat, tapi nak jugak mencatat.
3. aku lebih kerap update Sarah. So kalau rajin, boleh jenguk kat Sarah tu.
4. nak buat biskut. dah beli satu karung 40pcs bekas kuih. tolonglah order!! please, aku nak kumpul belanja pergi haji tahun depan.
5. nak siapkan bab terakhir (bab 14) Sakinah. Sifu dah poke aku berkali-kali di fb. bila kena poke, yang aku kurang caya sangat sebab cuit2 kat fb ni boleh terjadi sendiri je, aku teringat janji aku nak pos biskut kat sifu, dan janji aku nak siapkan novel dengan segera dulu tapi sifu gelak je hahaha ... sekarang aku gelakkan diri sendiri hehehehe ...
6. aku nak buat akupuncuture lepas puasa.
7. aku berazam nak berterawih hingga malam raya, qiamullail sekali kat surau. cari geng.
8. aku dah bincang dengan suami tercinta pasal niqab. kalau sebelum ni dia kata 'pakai la!' macam mencabar je, now bila aku serius dia kata 'hold dulu!' pulak ...
9. telefon mak kandung jam 11 malam lepas balik terawih, rupanya mak dah lena. just mintak doa dari mak. nak mak doakan aku banyak2 dalam ramadhan ni Allah bagi kekuatan untuk pakai niqab dan anak dara aku dapat jodoh yang terbaik. amboi hehehe ... makasih mak.
10. sebelum tu call mak bela aku, ohh dia baru balik dari terawih jugak, dapat berkat moreh banyak. tak dapat cakap banyak sebab mak dalam kereta ada orang lain jugak. kerahasiaan mesti dijaga hehehe ...
11. tak call mak mertua, karang mak boleh terkejut sakit dada. tapi aku tau mak memang sentiasa mendoakan semua anak cucu mak, katanya setiap kali aku pi dekat-dekat bisik-bisik nak mintak doa mak. alhamdulillah :)
12. kedai tutup dua hari, hari ni dan esok. dorang buat preparation untuk buffet ramadhan until sahur.
13. seorang pekerja dah chow. nak kemas rumah katanya. bye bye amira!
14. suami kata hari2 boleh buka puasa kat kedai. kalau rajin sahur pun boleh pegi kedai, yahooooo!!!!!!! tak payah masak, boleh la siapkan biskut dan siapkan novel jugak hehehe ...
15. ada beberapa entri lama yang boleh meletakkan diri aku dalam bahaya. so kena keluarkan dari blog. dah terlambat tapi tak terlewat. kepada Allah berserah. kekadang terasa lurus bendul sangat. hmm ...
16. ada kisah anak-anak yang juga dikeluarkan dari blog.
17. eh banyak pulak aku menulis. kena stop ni! masak nasik jap pas tu zzzzzzzzzzzzzzzzZZZZZZZZZZZ.
jumpa lagi, maaf selalu :P

![]() |
| gambar hiasan |
Friday, July 20, 2012
cara jawab salam melalui orang tengah
---> copy dari fb. tak cukup masa utk menceceh pagi ni hehe ... Selamat berpuasa Ramadhan esok, semoga sama-sama dapat meningkatkan ibadah pada Ramadhan kali ini insyaAllah. Azam ~ tak mo tidur kat katil, nak lepaking kat hall je ... sebelum tido buat pendinding dari gonggok ... huhu ... mintak kat pemilik gonggok ... Ya Allah selamatkan kami dari gangguan gonggok yang merayap-rayap ... arghhh betul2 geli.
~ Seandainya kita tidak begitu faham bahasa Arab...
Kalau perempuan kirim salam pada lelaki dan penyampainya perempuan,
kalau lelaki penyampainya dan penerima nya perempuan pulak macam mana?
~boleh sahaja pakai utk semua org lafaz " wa'alaika wa'alaihissalam "
...tak payah pening2 fikir..
Tetapi kepada yg suka kan cabaran boleh lah bca jadual ini dan fahami
serta hafal perbezaan sighah mu'annas dan muzakkar dlm bhsa arab utk
menjawab salam yg dikirim berdasarkan jantina..
Kalau posmen tu wanita dan pengirimnya wanita - JAWAPAN salam ialah: 'Alaiki wa 'alaihassalam.
Kalau posmen tu wanita dan pengirimnya lelaki - JAWAPAN salam ialah: 'Alaiki wa 'alaihissalam.
Kalau posmen lelaki dan pengirimnya lelaki - JAWAPAN salam ialah: 'Alaika wa 'alaihissalam.
Kalau posmen lelaki dan pengirimnya wanita - Jawapan salam ialah: 'Alaika wa 'alaihassalam
Utk lelaki: 'ka' dan 'hi'
Utk wanita: 'ki' dan 'ha'
Utk ramai lelaki: 'kum' dan 'him'
Utk ramai wanita: 'kunna' dan 'hinna'
~ Credit to : Ibnu Batoota
* ingat dan fahamkan, lepas ni boleh jawab salam yang diterima melalui seseorang dari seseorang dengan cara yang betul, semoga ada pahala dan kebaikannya insyaAllah.
Sunday, July 15, 2012
biskut mahal?
Hari ini aku dengan hati yang besar, menuju kedai bersama satu bekas berisi sampel biskut coklat chips yang sudah dipeketkan. Di atas tutup bekas itu aku tampal catatan kecil berbunyi "SAMPLE - BISKUT COKLAT CHIPS - 50 pcs - RM22. Sekiranya ada pelanggan cafe yang terpandang sampel ini, dan dia ingin merasa, kebarangkalian dia menempah biskut mungkin ada. InsyaAllah.
Sampai di cafe, bekas itu aku letak di atas meja. Di situ ada en. K sedang santai2. Tiba-tiba en.K bersuara, "mahal rega nih!"
Aku tau isteri en. K ada buat biskut yang sama, tetapi bahannya berbeza. Ada bahan yang aku letak, isteri dia tak letak. Aku pakai bahan lain, isteri dia pakai lain. Aku rasa biskut isteri dia pun lebih sedap sebab pakai butter sepenuhnya. Dan memang isteri dia jual tak seperti harga yang aku letak. Aku katakan begini bukan bererti biskut aku kurang sedap, sebaliknya ramai pula yang mengatakan ia memang sedap dan ramai pula yang meminta resepinya. Maknanya biskut aku atau biskut isteri en.K telah diberi Allah rasa sedap, dengan kesedapan yang berbeza. Pokoknya sedap tetap sedap, nikmat sedap yang dikurniakan Allah. Alhamdulillah.
Haih cuma tang harga ... selama ini semua orang kata biskut aku murah sangat. Aku letak harga bawah dari RM22. Hari ni, tiba-tiba biskut aku dikatakan mahal. Sebab ... aku letak harga RM22. Itu, sebab aku ikut harga pasaran. Yang pasti, ia bukanlah harga keuntungan 100%. Ia cuma sedikit lebih untung dari biasa. Tapi aku sedia menurunkan harga kepada pelanggan yang menawar. Tak tawar, maka itulah harga yang digunakan untuk jualan. Kalau ikut muamalah, aku boleh meletakkan harga
Tadi, baru saja aku copy paste sebuah hadis nabi saw ke wall fb.

Dari Haris bin Wahbin r.a berkata, aku mendengar nabi SAW bersabda: Tidakkah aku tunjukkan kepada kamu, siapakah ahli-ahli syurga? (Kemudian Nabi SAW sendiri bersabda): Tidakkah aku tunjukkan kepada kamu, siapakah ahli-ahli syurga? Mereka ialah setiap orang yang lemah yakni orang yang berlebih kurang apabila bermuamalah dengan orang lain, tidak keras hatinya, tawadhuk dan berhati lembut sehingga orang menyangka dia seorang yang lemah (hubungannya dengan Allah adalah) sekiranya dia bersumpah dengan nama Allah, nescaya sumpahnya ditunaikan. Dan tidakkah aku beritahu kepadamu siapakah ahli neraka. Kemudian Nabi SAW sendiri menjawab: Dia ialah seorang yang mengumpulkan harta tetapi bakhil, keras hati dan takabur. (HR Bukhari)
Jadi, aku mendapati inilah peluang aku untuk mempraktikkan sikap ahli-ahli syurga yang disebutkan oleh nabi SAW di atas, iaitu orang yang berlebih kurang apabila bermuamalah dengan orang lain. Tidak keras hatinya, tawadhuk dan berhati lembut sehingga orang menyangka dia seorang yang lemah.
InsyaAllah. Ya Allah, kuharapkan pimpinanMu setiap saat dalam setiap gerak langkah dan bisikan hatiku ini. Selamatkanlah aku yang jahil lagi banyak berdosa kerana aku ngeri memikirkan saat pertemuan di Padang Mahsyar nanti, bagaimanakah aku?
* Hari ini, Ibnu Batoota telah sudi mampir lagi ke cafe, bersama semua ahli keluarga beliau untuk menikmati hidangan tengahari. Seperti yang dikatanya, mamanya memang suka sup, dan mengorder sup kambing UFO. Hehe ... dinding roti berjaya direbehkan ... :) Sampai je tadi dia terus menghulurkan buah tangan. Hai, customer bawak buah tangan hihi ... anyway aku rasa kunjungan ini yang sangat istimewa. Dan aku sangat happy sebab dapat berkenalan dengan mama Ibnu Batoota. Happy sebab dia datang lagi membawa famili, walaupun jauh tu ... 1 jam perjalanan dari Sungai Buloh. Waktu sekarang ialah 5.03pm ~ aku agak saat ini maulana muda ini sedang menjabat tangan bakal bapa mertuanya untuk mengucapkan akad nikah. Tahniah buat Ibnu Batoota @ Muhammad Zakuan, semoga rumahtangga berkekalan bahagia hingga ke syurga Firdhaus.
* Sesiapa yang nak order biskut coklat chips aku, boleh hubungi aku di mnormazzuin@yahoo.com.my atau Ummi Amirah di fb. Silalah menempah, jangan segan-segan hehehe ... gambar tak de. Kat fb ada la ... sekarang aku hanya nak melimitkan gambar di blog ni.
* Opss ... tiba-tiba ada notify kat fb. Oooo uncle Meon dah upload gambar tetamu istimewa dari Nibong Tebal la ... hahaha ... tak ada kaitan dengan diriku ... hehehe ... harap-harap uncle Meon tak upload gambar aku dengan mama Ibnu ... sat aku nak pi bisik ngan uncle Meon.
"Bang ooo bang, jangan upload gambo i tu yeeeeeeeeee ... tak rela u!"
Saturday, July 14, 2012
sempena khurujnya ~ Sultan Muhammad Al-Fateh
Sempena khurujnya
inilah Sultan Muhammad Al-Fateh
hilanglah khabar berita
selama 4 bulan
Sempena khurujnya
mencari redha Allah
kasih dan cinta Allah
menyukakan Allah
Sempena khurujnya
semoga sentiasa dalam keselamatan Allah
pemeliharaan Allah
terpelihara dari musibah
walau sehujung kukumu
namun andai berlaku
syahid menjelma
redha menyusul walau dalam duka
Sempena khurujnya
inilah Sultan Muhammad Al-Fateh
hilang khabar berita
bukan hilang dari jiwa.
InsyaAllah!
Alhamdulillah!
Subhanallah!
Allahuakhbar!
"yakinlah pada Allah sebenar-benar yakin!"
Wednesday, July 11, 2012
apabila mimpimu adalah
mimpi buruk. Hati akan merasa resah. Perasaan menjadi rungsing. Timbul pertanyaan demi pertanyaan, apakah mimpi buruk itu akan berlaku? Hilang rasa riang dan ceria. Datang mood muram. Makan pun hilang selera. Ohh ... mengapa aku bermimpi buruk sedemikian???
Okeh, bukan aku yang bermimpi. Alhamdulillah, aku tidur lena, tak ingat pun mimpi apa. Cuma dulu tu ada aku catatkan mimpi jatuh dari tempat tinggi ke dalam gaung yang mak datuk besar dan dalam macam kat Bukit Putus. Tak kisah. Aku mengidam dan mengharap menatap wajah Junjungan Nabi SAW yang suci di dalam tidur, itulah antara impian dan harapan.
Jika bermimpi buruk, janganlah gusar. Ada caranya yang sudah dikhabarkan oleh baginda SAW untuk kita ikuti. Ada doanya seperti berikut.
Setelah itu, marilah muhasabah diri. Mungkin mimpi itu satu teguran dari Allah SWT untuk kita yang selalu alpa dan lalai. Mungkin ada tanggungjawab yang semakin kita abaikan. Terimalah mimpi buruk ini sebagai tanda kasih sayang Allah, untuk mengingatkan kita agar kembali ke jalanNYA. Jalan mana lagi yang nak diikut, jika tidak jalan yang sudah ditunjukkan dengan nyata lagi jelas???
Bangunlah segera untuk berwuduk dan menghadapkan wajah kepadaNYA. Sujud dan berdoa kepadaNYA. Mengadu dan merintih kepadaNYA. Kepada siapa lagi kau nak mengadu jika bukan kepada Sebaik-baik Tempat Mengadu, Allah Azzawajalla???
Usah didiamkan bicara di dalam dada
kelak jiwamu akan merana derita
lepaskanlah bisikan nurani segala
dari hati yang paling halus di sudut dada
ketika alam sedang asyik terlena
bicaralah engkau kepada Yang Maha Esa
luahkan segala apa yang kau rasa
segala racun tusukan duri api yang membara
luahkan!
luahkan!
luahkannnn!!!
usah didiamkan bicara di dalam dada
usah kau kongsikan dengan manusia
apalah yang mampu pada mereka
sekadar meminjamkan sepasang telinga
sekadar menenangkan sepatah dua kata
apakah begitu kau sudah rasa lega???
usah didiamkan bicara di dalam dada
kasihanilah jiwa yang masih meraba
mencari-cari setitik cahaya
ada! ada! cuma kau yang buta
cahaya itu bukan setitik cuma
bahkan ialah cahaya yang melimpah rata
seisi alam akhirat dan dunia
kembalilah ...
kembalilah ke jalan itu
jalan menuju keredhaanNYA
jalan kepada keampunanNYA
jalan membawa kepada nurNYA
jalan menuju bahagia selama-lama.
Apabila seseorang sentiasa menjaga perhubungan dengan Allah SWT, tidak akan ada apa yang menjadi mudarat. Seburuk-buruk nasib insan ialah ketika roh berlepas dari tenggorokan tanpa sempat menyebut nama Allah.
Wallahu'alam.
Okeh, bukan aku yang bermimpi. Alhamdulillah, aku tidur lena, tak ingat pun mimpi apa. Cuma dulu tu ada aku catatkan mimpi jatuh dari tempat tinggi ke dalam gaung yang mak datuk besar dan dalam macam kat Bukit Putus. Tak kisah. Aku mengidam dan mengharap menatap wajah Junjungan Nabi SAW yang suci di dalam tidur, itulah antara impian dan harapan.
Jika bermimpi buruk, janganlah gusar. Ada caranya yang sudah dikhabarkan oleh baginda SAW untuk kita ikuti. Ada doanya seperti berikut.
Doa Ketika Terkejut Dari Mimpi Buruk :
Maksudnya: Aku
memohon perlindungan dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna
daripada kemurkaanNya dan azabNya, daripada kejahatan hambaNya dan
daripada hasutan syaitan-syaitan dan daripada syaitan mendekatiku.
Seterusnya, hendaklah kita melakukan perkara berikut, semoga Allah melindungi kita daripada perbuatan syaitan dan mimpi buruk itu tidak menjadi kenyataan.
2. Minta perlindungan dengan Allah daripada syaitan dan daripada perkara buruk yang telah dilihatnya - 3 kali
3. Jangan menceritakan mimpinya kepada seseorang pun.
4. Menukarkan posisi tidurnya.
5. Sebaik-baiknya bangun untuk melakukan solat.
Ada sebuah lagi doa yang maksudnya ~ Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung daripadaMu dari perbuatan setan dari mimpi-mimpi yang buruk.
Bangunlah segera untuk berwuduk dan menghadapkan wajah kepadaNYA. Sujud dan berdoa kepadaNYA. Mengadu dan merintih kepadaNYA. Kepada siapa lagi kau nak mengadu jika bukan kepada Sebaik-baik Tempat Mengadu, Allah Azzawajalla???
Usah didiamkan bicara di dalam dada
kelak jiwamu akan merana derita
lepaskanlah bisikan nurani segala
dari hati yang paling halus di sudut dada
ketika alam sedang asyik terlena
bicaralah engkau kepada Yang Maha Esa
luahkan segala apa yang kau rasa
segala racun tusukan duri api yang membara
luahkan!
luahkan!
luahkannnn!!!
usah didiamkan bicara di dalam dada
usah kau kongsikan dengan manusia
apalah yang mampu pada mereka
sekadar meminjamkan sepasang telinga
sekadar menenangkan sepatah dua kata
apakah begitu kau sudah rasa lega???
usah didiamkan bicara di dalam dada
kasihanilah jiwa yang masih meraba
mencari-cari setitik cahaya
ada! ada! cuma kau yang buta
cahaya itu bukan setitik cuma
bahkan ialah cahaya yang melimpah rata
seisi alam akhirat dan dunia
kembalilah ...
kembalilah ke jalan itu
jalan menuju keredhaanNYA
jalan kepada keampunanNYA
jalan membawa kepada nurNYA
jalan menuju bahagia selama-lama.
Apabila seseorang sentiasa menjaga perhubungan dengan Allah SWT, tidak akan ada apa yang menjadi mudarat. Seburuk-buruk nasib insan ialah ketika roh berlepas dari tenggorokan tanpa sempat menyebut nama Allah.
Wallahu'alam.
Tuesday, July 10, 2012
apabila tiba masanya
berlakulah ia mengikut ketentuanNya.
Tak siapa boleh menolak ketentuan Illahi.
Handphone aku rosak tiba-tiba ... hehe. Tiba-tiba! Ya, tiba-tiba ... siapa sangka. Aku tak sangka! Bila check bateri, dah 3 tahun umurnya. Tak pernah rosak, akhirnya rosak. Biasa ... adat benda baru jadi lama. Allah jua yang Maha Kekal. Allahuakhbar!
Laptop aku pun rosak. Kiranya pagi ni betul-betul ia innalillahi wainnailaihi rajiun. On off on off balik, memang dah koma habis. Tak pulak tiba-tiba ... hehe. Dah ada simptom-simptomnya tapi aku tak kesahkan ia. Bahkan aku bicara sama ia, "jangan kau rosak, aku tampar karang!" Huh, hehe ... gurau je. Ada ke nak menampar benda alah ni? Aku berdoa, janganlah ia rosak ya Allah. Aku azam nak posting yang baik aje kat fb. Benda meleleh mengarut mencarut apatah lagi, aku tak sentuh melainkan ada virus yang mempergunakan nama aku buat begitu. So far rasanya tak ada, dan so far insyaAllah melainkan aku alpa lupa, aku tak posting yang tak sepatutnya. Kalau ada, tolong tegur-tegurkan saya ...
Allah sahaja yang Maha Kekal dan Maha Hidup, tiada awal tiada akhir. Allahuakhbar!
Hikmahnya banyak. Aku redha. Pasti ada hikmahnya ini berlaku serentak.
Sejak 4 minggu ni, aku perasan tengkuk rasa tak selesa. Bila membaca atau tahiyat akhir, rasa berat menekan. Aku tak mau buruk sangka sebab aku tak suka andaian itu benar. Aku belum bersedia nak cari ustaz yang merawat pesakit saka dsb, walaupun aku ada ambil tau alamatnya. Tau alamat tak bermakna aku nak pergi. Kalau pergi, biar semua pergi. Ehh ...???
Dari segi logiknya, sejak Disember 2011, aku boleh dikatakan 4 kali sebulan darab 7 bulan lebih kurang makan nasi beriani kambing. Mungkinkah aku dapat darah tinggi? Tapi ... tak boleh agak macam ni, sebab sebenarnya dan sepatutnya daging kambing tak membuatkan aku dapat darah tinggi sebab aku bukanlah penghidap darah tinggi. InsyaAllah sihat. Hmm ...???
Lain ... ni lebih logik. Aku jarang bersenam. Jarang berpeluh melainkan bila tak mandi 2-3 hari (contohnya!). Atau duduk dalam bilik tanpa kipas dan aircond. Atau lepas sidai baju time tengahari. Yaaa ... mungkin ini agak tepat.
Lagi ... umur dah meningkat. Ini tak boleh tipu la ... walau rupa macam 27 tahun (contohnya!), umur tetap sama. Umur tetap bertambah. Dan maut semakin dekat. Bila-bila saja!
Ya Allah, di mana persiapanku untuk menghadapi mati? Ketika pipi menyentuh tanah. Ketika tanah mula menimbusi diri. Ketika talkin mula dibacakan, nama diseru untuk diberi peringatan.
Aduhaiiii ya Allah! Sempit atau lapangkah ruang itu nanti? Bagaimana nak kujawab soalan munkar nankir? Siapakah yang akan menemaniku? Adakah teman? Adakah doa anak-anak untukku? Aduhaiii ya Allah!
Sebenarnya ... aku tak nak kaitkan dengan kekerapan tinggi duduk mengadap laptop sampai tengkuk jadi sakit hehehe ... Err mungkin ke ada kaitan? Wallahu'alam.
Berbalik pada hikmahnya, alhamdulillah syukur kepada Allah walaupun aku tak tahu apa sebenarnya, kerana hanya DIA yang Maha Tahu segala hikmah yang nyata apatah lagi yang tersembunyi. Mungkin banyak tanggungjawab yang sepatutnya aku lakukan dengan istiqamah, telah aku abaikan dan buat bila sempat. Atau sesuatu yang segera telah aku lengah-lengahkan ... Astaghfirullahalazim.
Jadi, apabila tiba masanya ... aku tetap bersyukur dan redha atas ketentuanNYA. Semoga Allah mengampuni dosa-dosaku yang bertimbun-timbun ni dan permudahkan segala urusan. Aamiin InsyaAllah.
* mood menyibukkan diri ---------> nak buat cookies :)))
* tunggu kedai bukak ---------> repair hp/beli hp ???
* tunggu doktor laptop -------> servis laptop ...

Monday, July 9, 2012
Kehebatan Surah Al-Ikhlas
Fadhilat Membaca Surah Al-Ikhlas
1. Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada di dalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan. Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali.
Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah, berilah salam kerana malaikat yang berada di dalam rumah akan menyahut.
2. Diriwayatkan oleh Iman Bukhari, sabda Nabi Muhammad S.A.W. :
"Barang siapa membaca Qul huwa"llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemerdekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah. Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka".
Inilah yang dinamakan membaca Qulhua"llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.
3. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
"Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga." (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
Rasulullah S.A.W. pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya, "Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit?" Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah S.A.W. menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali, maka qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juzuk Al-Quran.
4. Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
"Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan."
Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.
Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca Surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah S.A.W. lagi:
"Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahad itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahad tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s. "
5. Siapa yang membaca surah Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke Jumaat yang berikutnya.
Jika dibaca 3 surah ini Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Annas pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan
Sunday, July 8, 2012
Saturday, July 7, 2012
Monday, July 2, 2012
Thursday, June 28, 2012
cuaca gelap guruh bergema sejak
lalu. Aku dah angkat kain, alhamdulillah, sume kering (sebab malam tadi dah sidai bawah kipas hehe ... kain semalam daa tak kering, tadi jemur kat cahaya matahari kejap bagi garing ~ nak garing macam goreng ikan kering la plak hehe ...)
Aku tengah tunggu Sarah ni. Dua hari sesi belajar ditangguhkan. Kelmarin, aku meraikan kedatangan seorang anak muda yang cukup berani datang 'mengadap' bersendirian, macam Lone Ranger siri koboi yang selalu keluar kat tv masa kecik-kecik dulu ... hehe ...Kebetulan Allah dah set takdirkan, pagi kelmarin tu jugak tanpa diduga Pak Meon dapat panggilan mengejut dari kawan aka bekas boss dia dari Brunei, yang hadiri seminar di KL. Pak Meon dijemput sama, sambil menyelam minum air untuk bertemu muka juga.
Maka aku bersendirian meraikan orang muda ni, di kedai makan cafe de permai. Alhamdulillah, dah kenal orangnya.
* waktu aku menulis ni, kat luar dah hujan. Tak lebat pun, barai-barai je kata orang Brunei. Rasanya Sarah tak datang kot ... bolehla aku merapu lagi nih.
Semalam pagi, tiba-tiba mak buat panggilan kat hp aku. "Intan, ada seprais! Ada orang jauh nak datang nak jumpa Intan tengahari ni tau!"
Mak, dengan nada ceria gelak-gelak kat hujung sana. Sapa la plak ... semalam pun dah cukup surprise dah! Efeknya masih ada lagi. Tetiba mak nak topup dengan surprise lagi!! Aku paksa gak mak bagitau, paksa lembut-lembut gitu macam lembut gigi dari lidah. Tak larat nak hadap surprise berderet-deret hehe ... Alah, mak saja je nak menyakat. Rupa-rupanya bapak angkat aku dari Segamat datang kampung, pas tu dia nak datang rumah aku plak kat sini. Hmm ... dah bertahun-tahun tak jumpa dengan bapak angkat yang aku panggil Uncle Hassan ni. Dah beruban, gigi pun dah rongak sebatang. Tapi boraknya masih maintain macam dulu hehe ...
Jadi semalam aku kensel kelas lagi, untuk meraikan mak abah dan Uncle Hassan pulak. InsyaAllah ganti dua kali Jumaat nanti.
"Ni sapa ni?" tanya mak bila aku tunjuk satu gambar kat kamera.
"Ni nak buat menantu ni, mak. Amacam, ok tak?"
Mak senyum. "Untuk sapa ...?"
Alahai buat-buat tanya pulak mak aku ni. "Untuk sapa lagi, mak! Takkan untuk Hanessa kot."
* tetiba aku baru tersedar, hujan dah berhenti laaa ... guruh je kedengaran. Hmm sat gi sampai la Sarah tu hehehe, tapi aku dah selesai merapu dah. Merapu ada sikit isi la ... hehe.
Aku tengah tunggu Sarah ni. Dua hari sesi belajar ditangguhkan. Kelmarin, aku meraikan kedatangan seorang anak muda yang cukup berani datang 'mengadap' bersendirian, macam Lone Ranger siri koboi yang selalu keluar kat tv masa kecik-kecik dulu ... hehe ...
Maka aku bersendirian meraikan orang muda ni, di kedai makan cafe de permai. Alhamdulillah, dah kenal orangnya.
* waktu aku menulis ni, kat luar dah hujan. Tak lebat pun, barai-barai je kata orang Brunei. Rasanya Sarah tak datang kot ... bolehla aku merapu lagi nih.
Semalam pagi, tiba-tiba mak buat panggilan kat hp aku. "Intan, ada seprais! Ada orang jauh nak datang nak jumpa Intan tengahari ni tau!"
Mak, dengan nada ceria gelak-gelak kat hujung sana. Sapa la plak ... semalam pun dah cukup surprise dah! Efeknya masih ada lagi. Tetiba mak nak topup dengan surprise lagi!! Aku paksa gak mak bagitau, paksa lembut-lembut gitu macam lembut gigi dari lidah. Tak larat nak hadap surprise berderet-deret hehe ... Alah, mak saja je nak menyakat. Rupa-rupanya bapak angkat aku dari Segamat datang kampung, pas tu dia nak datang rumah aku plak kat sini. Hmm ... dah bertahun-tahun tak jumpa dengan bapak angkat yang aku panggil Uncle Hassan ni. Dah beruban, gigi pun dah rongak sebatang. Tapi boraknya masih maintain macam dulu hehe ...
Jadi semalam aku kensel kelas lagi, untuk meraikan mak abah dan Uncle Hassan pulak. InsyaAllah ganti dua kali Jumaat nanti.
"Ni sapa ni?" tanya mak bila aku tunjuk satu gambar kat kamera.
"Ni nak buat menantu ni, mak. Amacam, ok tak?"
Mak senyum. "Untuk sapa ...?"
Alahai buat-buat tanya pulak mak aku ni. "Untuk sapa lagi, mak! Takkan untuk Hanessa kot."
* tetiba aku baru tersedar, hujan dah berhenti laaa ... guruh je kedengaran. Hmm sat gi sampai la Sarah tu hehehe, tapi aku dah selesai merapu dah. Merapu ada sikit isi la ... hehe.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Search This Blog
Blog Archive
Terima kasih :)
utamakan Bahasa Melayu
Pantai Lumut
Pantai Mersing