Aku tengah tunggu Sarah ni. Dua hari sesi belajar ditangguhkan. Kelmarin, aku meraikan kedatangan seorang anak muda yang cukup berani datang 'mengadap' bersendirian, macam Lone Ranger siri koboi yang selalu keluar kat tv masa kecik-kecik dulu ... hehe ...
Maka aku bersendirian meraikan orang muda ni, di kedai makan cafe de permai. Alhamdulillah, dah kenal orangnya.
* waktu aku menulis ni, kat luar dah hujan. Tak lebat pun, barai-barai je kata orang Brunei. Rasanya Sarah tak datang kot ... bolehla aku merapu lagi nih.
Semalam pagi, tiba-tiba mak buat panggilan kat hp aku. "Intan, ada seprais! Ada orang jauh nak datang nak jumpa Intan tengahari ni tau!"
Mak, dengan nada ceria gelak-gelak kat hujung sana. Sapa la plak ... semalam pun dah cukup surprise dah! Efeknya masih ada lagi. Tetiba mak nak topup dengan surprise lagi!! Aku paksa gak mak bagitau, paksa lembut-lembut gitu macam lembut gigi dari lidah. Tak larat nak hadap surprise berderet-deret hehe ... Alah, mak saja je nak menyakat. Rupa-rupanya bapak angkat aku dari Segamat datang kampung, pas tu dia nak datang rumah aku plak kat sini. Hmm ... dah bertahun-tahun tak jumpa dengan bapak angkat yang aku panggil Uncle Hassan ni. Dah beruban, gigi pun dah rongak sebatang. Tapi boraknya masih maintain macam dulu hehe ...
Jadi semalam aku kensel kelas lagi, untuk meraikan mak abah dan Uncle Hassan pulak. InsyaAllah ganti dua kali Jumaat nanti.
"Ni sapa ni?" tanya mak bila aku tunjuk satu gambar kat kamera.
"Ni nak buat menantu ni, mak. Amacam, ok tak?"
Mak senyum. "Untuk sapa ...?"
Alahai buat-buat tanya pulak mak aku ni. "Untuk sapa lagi, mak! Takkan untuk Hanessa kot."
* tetiba aku baru tersedar, hujan dah berhenti laaa ... guruh je kedengaran. Hmm sat gi sampai la Sarah tu hehehe, tapi aku dah selesai merapu dah. Merapu ada sikit isi la ... hehe.

No comments:
Post a Comment