aku perasan jari tangan dan kaki jadi sejuk dingin serta-merta. Hehehe ... Tapi alhamdulillah sangat, sebab aku dapat membaca dengan lancar. Sikit-sikit je tersangkut. Allah SWT yang Maha Pengasih telah memelihara maruahku.
Bila aku habis baca round kedua, isteri Imam Jailani kat kiri aku tepuk perlahan peha aku sambil tertawa kecil, "laju baca!"
Aku pun tersengih. Bila round ketiga, aku pun cuba memperlahankan bacaan. Kini dah masuk juz 13. Alhamdulillah.
Hari ni, Khamis, aku ikut tadarus al-Quran di surau Haji Hassan. Kelmarin aku dapat maklumat dari Niza, semalam nak pergi tapi hati aku masih cuak yang mana akhirnya aku dipelawa suami ikut beli barang kat NSK.
Tapi hati aku terus berkata-kata, aku mahu duduk dalam taman-taman syurga, yang mana para malaikat menaungi tempat duduk berlapis-lapis hingga ke langit sana.
Jadi hati aku terus mendesak dan mendesak, segan dan malu kena ditolak ke tepi. Sambil tadarus sambil membetulkan bacaan. Nak memahami bacaan masih jauh. Tapi tadi ustazah membacakan terjemahan Surah Yusuf yang kami baca.
Dan orang pelik macam aku yang tahu baca dengan tajwid tapi susah sangat nak ingat nama hukum-hukum tajwid mula ingat balik sikit-sikit. Untuk makluman, bacaan aku ok je tapi nak ingat hukum tu memang dari sekolah selalu kantoi. Aku mengaku aku malas nak mengingat. Ingat lepas tu lupakan balik. Tau baca je ... ohh inilah kelemahan yang aku malas nak mengakuinya, memalukan.
InsyaAllah aku berazam akan ikut tadarus ini sehingga selesai. Dengarnya tadi tahun lepas mereka ni dapat dua kali khatam.
Tapi nampaknya atas kelemahan azam aku yang lain, aku belum buat biskut perisa strawberi dan perisa kopi lagi. Novel bab 14 bab terakhir tu pun lum sempat nak selesaikan, bermain dalam kepala je. Tengkuk aku sangat tak selesa, ketidakselesaannya semakin ketara semasa tadarus tadi. Time solat pun gitu. Time ngadap pc okey je pulak sebab tak tunduk sangat. Ohh time menyapu lagi sakit.
Jadi, aku timbang-timbang dan kumpul dua perkara, dah aku ajukan ke blog ni. Hari tu aku sempat bagi komen kat entri penutupnya, aku nak ajukan soalan tapi tak jadi. Bila dah ada dua perkara ni, ok la kot. So sedang tunggu jawapannya pulak. InsyaAllah.
Sesapa ... jemputla ke Biskut Coklat Chips my new page kat fb tu. Please like n make order hehehe ... Kepada sesapa yang dah buat tempahan, kuucapkan ribuan terima kasih kerana menyokong perniagaan biskutku ini. InsyaAllah semoga Allah memberi kesedapan yang sangat enak kepada anda ketika menjamahnyan dari kunyahan pertama sehingga ke ketulan biskut yang terakhir, hingga sekali rasa, berkali-kali lagi nak rasa. Sungguh terasa keenakan coklatnya!
Azam nak kumpul belanja pergi haji @ umrah ... tahun depan ... insyaAllah. Semoga Allah bukakan pintu rezeki untuk aku. Aku meletakkan harapan kepada Allah sahaja yang Sebaik-baik Maha Pemberi Rezeki yang tak disangka-sangka. Aku tak mahu mengharap kepada mana-mana manusia. Dengan ini aku jadikan bisnes biskut ini sebagai satu usaha aku menitikkan air peluh (bukan dalam biskut aaaa!) untuk mengumpul belanja. Ya Allah redhailah usahaku yang terlalu kecil ini. Kepada Allah mengharap dan berserah diri, harapan seorang hambaNya yang kerdil hina lagi banyak berdosa. Oh sedih!
Apabila hati bersuara, ia adalah bisikan paling halus dari sudut hati yang paling tersembunyi. Tiada sesiapa mengetahui melainkan Allah Taala yang Maha Seni. Lalu hanya kepada Allah aku berserah diri. Ya Allah, kurniakan daku takdir yang baik di dunia ini dan takdir yang baik juga di akhirat nanti. اللهحم امين
Bismillah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Search This Blog
Blog Archive
-
▼
2012
(195)
-
▼
Jul 2012
(16)
- setelah tertangguh beberapa ketika
- aku terfikir
- Apabila tiba masa aku,
- bangkitlah ...
- bagaikan ...
- update Sarah
- cara jawab salam melalui orang tengah
- biskut mahal?
- sempena khurujnya ~ Sultan Muhammad Al-Fateh
- Hijjaz - Fatamorgana
- apabila mimpimu adalah
- apabila tiba masanya
- Kehebatan Surah Al-Ikhlas
- Buta Mata - Nadamurni
- Pandangan Mata- Hijjaz
- Habib Ali al-Jufri - Nikah (Sunnah dan Adab Majlis...
-
▼
Jul 2012
(16)
Terima kasih :)
utamakan Bahasa Melayu
Pantai Lumut
Pantai Mersing


No comments:
Post a Comment