1) copy dari Humairah Ibrahim ♥, kredit to Ummu Ahnaf ♥;
-~-~-> Nak tau apa yg membuatkan masturat ini istimewa..sebab deme
'terhijab'..somi cakap masturat tu sendiri bermaksud tersembunyi..pasal
akal lelaki nih leh mencipta nafsu..tu pasal kita isi borang tasykil pun
guna nama somi..satu sebab senang deme nak khususi...lagi satu
sebab kadang2 bila deme tengok nama pun dah terkesan..IZAHARA...fuuhh h
sodap nama..(nak interprem gak..hihih)..mesti cantik bini dye
nih..tulisan pun halus..kemas jer..(yg nih den tambah pasal den xcantik
dan tulisan pun buruk!!)..mula ler deme membayang-bayangkan wajah
disebalik nama..tengok macamana jauhnya fikir eldest2 kita untuk jaga
masturat nih..sampai nama pun disuruh hijab....setan nih kan bijak..bila
dye tahu kita boleh hancurkan usaha dye dengan taubat dan
istighfar..jadi dye buat pula cara lain..benda yg bukan agama kita
nampak cam agama..jadi sampai bila pun kita xbertaubat..konon atas
maksud agama..gi add ustaz2 popular nih..konon nak tambah ilmu..lagi
cantik..add karkun2..bini nyer kita x add..si karkun nih pulak jadi
pujaan hati...terkesima dengan bait2 statusnya yg islamik-komik
tu..hadooii...pada den lelaki yg suka berdakwah dlm fb nih adalah
seorang yang pengecut!! takut ketuk pintu rumah orang satu-satu..cakap
kebesaran ALLAH tp takut bertentang mata..ketinggalan 500 tahun
kebelakang..JADI jangan takut me' remove kawan lelaki dari fb...xde rugi
apa pun..somi pun xkan jeles klo kita tekun merenung skrin pc
nih..hihih..sedar ler masturat sumer..kita tak perlu benda2 nih untuk
menuju ke syurga..taat ALLAH Taala..taat Nabi SAW..taat somi..haa masuk
ler mana2 pintu syurga yg kita suka..sonang baitu..kalian xrugi apa
pun..percayalahh!!..heh
~~> bila aku baca status Ummu Ahnaf ni, aku mula faham sikit-sikit maksud MASTURAT. Dek kerana terkesannya fikir risau begini, hari ini aku remove hampir 300 org frens lelaki dari akaun. Ehh diam tak diam aku dah approved ramai rupanya, setelah kali pertama unfriend frens lelaki pada 2009, aku mengulangi lagi sikap yang sama. Nauzubillah ... alangkah lemahnya seorang aku. (aku menahan diri dari request friend, hanya tertentu sahaja ikut keperluan seperti editor/ kawan sekolah/ individu tertentu yang ada keperluan jualbeli ie abaya/ jiran terdekat). Kini tau la aku, perbuatan tanpa faham tak memberi kesan dan erti mendalam. Hanya kepatuhan tak akan berpanjangan, kerana aku belum mengerti erti TAAT yang sepatutnya aku lakukan. Dalam taat berlaku juga keengkaran. Astaghfirullahalazim. Walau rasa hati libang-libu semasa klik unfriend, memikirkan apa yang akan sebahagian orang-orang itu sangka dan kata, aku teruskan jua kecuali beberapa nama yang harus aku dapatkan izin dari suami nanti. (La ni dia sibuk, nanti aku listkan nama n tanya dia.) Walaupun status fb di atas ni kata penulisnya dengan rendah hati hanya 'repekan' dia semata, tetapi repekan ini telah menyentuh hatiku.
2) yang ini pula status Ibnu Batoota tentang dia dan bidadarinya, status yang kesekian kali ditunggu-tunggu oleh follower Ibnu Batoota di alam maya.
~~> lama
daku tak online sebab sibuk urusan di KL.....sekarang pun masih di
KL,dekat kemensah height...anyway,aku dah berjumpa dengan
bidadariku(isteriku) dan itulah kali pertama dia lihat wajahku...
dia terkejut tengok aku..tak tau la sebab apa,sebab huduh sangat ke,sebab muka macam angry bird ke..
tapi aku pun terkejut tengok dia...sebab,masa tu
aku,dia,abangnya,ayahnya keluar ke shah alam untuk urusan sijil
nikah,dan selama ni ku fikir dia berpurdah...
tapi..
sebenarnya dia bukan SAHAJA berpurdah,bahkan memakai burqa(tutup mata
terus)...dan pakai semua hitam tanpa manik dan bunga(rujuk status lama
tentang baju manik dan bunga)so sama2 terkejut kot...dia sangat malu
denganku dan tak cakap walau sepatah,dia menyorok belakang abangnya bila
berjalan...sampai di rumah dalam jam 10,aku baring di masjid berdekatan
rumah dia,aku tak tidur di rumahnya sebab dia ramai adik beradik
perempuan(ipar aku),jadi haram bagi aku melihat wajah mereka,bentuk
badan mereka,lenggokan suara mereka bahkan nama2 mereka juga dirahsiakan
dari aku...sebab itu semua hak suami mereka..
tiba2 aku dapat sms..
''abang..semua dah tidur,balik rumah pliz...rindu... :'( "
cergas aku bangun lari balik rumah..hahaha..dia bukak pintu,tapi tak
pandang aku sebab malu...dia pakai abaya hitam cantik,berkelip2,tak
pakai purdah tapi pakai tudung...kami duduk atas lantai dan mula
bersembang,mula dia malu yang amat,tapi lama2 dia macam agak
selesa....aku tak mahu cerita perkara yang tak da pengajaran..jadi aku
cuma selitkan dialog yang boleh dijadikan pengajaran sahaja dan untuk
pengamalan...
IB: ibn batoota
B: bidadariku
IB:sayang,kenapa sayang pakai purdah?
B:sebab perintah allah dan rasul..
IB:selain tu?
B:sebab...nak abang sorang je tengok saya..
IB:hmm..ok...kenapa pakai burqa?
B: sebab..mata ni pun milik abang..
IB: alahai....(buat muka sedih)
B:kenapa bang?
IB:sedih....sebab abang tak pakai burqa,semua perempuan tengok muka abang... :'(
B:abang nak pinjam saya punya tak?
IB: nakal... ♥ (sambil picit hidung dia)
B:adoi la.... :'(
IB:hmm..kenapa tak bahasakan diri 'sayang' macam selalu?
B:err..tu dalam sms...depan-depan camni malu la...(dia tunduk)
IB:hm....ok...tapi...soalan abang tadi pasal purdah..abang nak jawapan
yang lebih panjang kot..boleh?(saja tanya camtu sebab nak dapatkan
mutiara kata dia,boleh share kat fb,tapi dia tak tau..hehe)
B:hmm..macam ni bang...lelaki ni,bila nampak perempuan,yang pertama
sekali mereka lihat ialah WAJAH...jadi wajah wanita ni sebenarnya
mahkota wanita dan ketua segala kecantikan pada diri seorang
wanita..saya tak mau,mahkota yang sangat berharga ni dilihat mana-mana
lelaki bahkan tak mau bayangan wajah saya ni berada dalam mana-mana otak
lelaki haram termasuk biji mata ni pun,bahkan bulu mata pun...sebab
semua tu milik abang seorang..bukankah diri saya ini HARTA abang?dan
bukankah HARAM bagi saya membelanjakan harta suami tanpa izinnya?dan
kalau abang izin sekalipun dan jadikan saya bahan pameran untuk tatapan
lelaki yang bukan halal bagi saya,itu saya tidak rela dan abang dianggap
dayus oleh nabi saw....saya tak rela 'dizinai' mata-mata lelaki
haram...abang faham kan?
IB: hm....faham sangat(sambil senyum)..
note: adegan seterusnya dirahsiakan....nasib baik tak batal puasa... :D wkwkwkwk~
pengajaran: jangan belanjakan harta suami secara haram...kecantikan
kalian adalah harta terindah buat suami...tapi kalian senang-senang je
khianat harta suami kalian di fb,di supermarket,di twitter,di
pasar....sekarang baru aku faham apa maksud MASTURAT dan kenapa ulama
gelarkan wanita sebagai MASTURAT...selama ni yang aku faham,dengan hanya
berpurdah dah cukup dikira sebagai masturat..tapi aku salah...inilah
maksud sebenar masturat yang diajar rasulullah.....
*masturat=yang tersembunyi
semoga tulisan ini menyedarkan yang tidur,menjadi yang terindah hanya
untuk suami...hentikan segera pengkhianatan kepada suami/BAKAL suami...
~~~> inilah dua status fb yang aku sempat baca sementara menunggu waktu untuk menjemput anak perempuanku di madrasah pagi ini. Dua status yang kebetulan menyapa mataku di pagi Jumaat yang mulia. Dan cerita Ibnu Batoota tentang bidadarinya kali ini, aku tak tipu, memang sangat touching my heart, especially bab the reasons why she's wearing burqa. Burqa ialah sejenis pakaian yang menutup seluruh tubuh perempuan dari kepala hingga ke kaki, macam yang biasa dikenakan oleh wanita Iran. Bahagian mata ada kain jaring untuk pemakainya melihat ke luar tanpa dapat dilihat oleh orang lain. Aku sebenarnya malas nak mengaku, dan malas dek keegoan nak bagitahu sedikit sebanyak cerita bidadari Ibnu ni membantu aku membaiki pemikiran. 1st hari tu kisah bidadari mengaji 10 juz sehari, dan dicabar oleh abinya supaya khatam al-Quran dalam tempoh 15jam. Hebat sangat bagi seorang aku! Kebetulan aku dipelawa ikut tadarus al-Quran di surau berdekatan. Walaupun kaki tangan sejuk semacam, suara gigil semacam, aku dapat membaca dengan baik, hanya sedikit silap di sana sini. Dan aku antara 2-3 orang yang mampu membaca dengan lancar bersama kurang kesilapan, selain ustazah yang memantau bacaan kami. Alhamdulillah ini benar-benar satu kurniaan Allah kepada aku yang tak pernah khatam al-Quran semasa mengaji zaman kanak-kanak dulu (sebab aku bila cuti sekolah kena hantar balik kampung, orang lain cuti terus mengaji). Mujurlah semasa di Shah Alam aku ikut jiran-jiran belajar mengaji (pun tak sempat habis sebab berpindah ke Klang pulak) dengan seorang ustazah sekolah pondok yang amat muda belia. Usia yang dah dewasa dan ada basic sikit-sikit, membantu aku mudah faham tapi aku selalu melupakan nama-nama dan huruf-huruf dalam hukum tajwid. Bila aku merasa ada kemampuan untuk membaca dengan betul, memang aku mula asyik membaca al-Quran. Dalam kepala mula membayang-bayang nak mengaji dengan seorang guru. Dan aku teringat setiap Jumaat ada kelas mengaji di surau lain yang berdekatan. Azam mula ditanam. InsyaAllah selepas ini aku tak mau buang masa lagi melepek kat rumah je. Sementara masih ada masa masih ada umur masih ada kudrat dan masih ada kesempatan diberi Allah. Ya Allah permudahkanlah ...
Okey, itu bab mengaji. Bidadari Ibnu menjadi sumber inspirasi nampaknya. Bab purdah berulang lagi. Memang mengesankan cerita bidadari seorang ni. Nak tau apa jadi kat aku? Atas reason yang sama yang aku amat bersetuju, sambil mengenangkan jalan hidupku sejak kanak-kanak, remaja, dewasa, hingga kini, yang berbagai selok-belok corner baring dan tersungkur bangun memacam tu, aku akui ada insan yang dipilih Allah sangat bertuah dipelihara rapi sejak lahir ke dunia ini. Aku bukan insan seperti itu. Tetapi hari ini aku memilih untuk masuk dalam ruang pemeliharaan Allah, iaitu apa yang Allah suka, apa yang nabi SAW suka, dan suami aku pun suka. Aku sarung purdah dengan jiwa lain. Tak macam selalu, aku segan dan serba-salah, lemah dan tak ada kekuatan. Ragu-ragu dan saspen sendiri. Bodoh betul rasanya, aku tak suka perasaan itu tapi aku tak mampu mengelaknya.
Hari ini aku pakai siap-siap dari dalam rumah. Kalau selalu tu aku mula kelam-kabut pakai masa berhenti di traffic light. Payah juga, sebab aku segan orang kereta sebelah dan kereta belakang perasan perubahan aku. Tapi dah tutup muka, buat dek aje le. Siap speed kereta lagi tu ... hobi ... meloncat-loncat la Kancil aku mencicit-cicit lari.
Aku pakai dengan senang hati. Aku nak tutup wajah, kalau boleh mata sekali. Aku dah faham dan mengerti. Mengapa aku perlu menutup muka dengan sekeping kain ini. Aku tak kisah langsung kalau ada yang pertikai atau bertanya-tanya nanti. Aku mula membayangkan diriku berpakaian seperti ini di tengah keluarga semasa hari raya Aidilfitri tak lama lagi ...
Bila suami balik, aku pun berbicara lembut sekali. Aku ceritakan senangnya hatiku bila pakai purdah tadi. Kawan selisih yang selalu angkat tangan kali ni dia tak jadi. Aku tak kisah, lain kali tentu bertemu boleh story. Suami senyum sambil pasang telinga mendengar dengan teliti. Makin kembang aku rasa di dalam hati. Ada can baru nampaknya ni ... bila aku ajukan pertanyaan buat sekian kali, 'bang, ayang nak pakai purdah nanti?' ... abangku menjawab, 'hold dulu...' senyumku pun serta-merta mati. Ini semua salahku sendiri. Peluang sudah diberi, tapi aku yang tak mengerti. Peluang tak selalu mari, sekarang peluang sudah pergi. Ohh ... aku dah tak sabar menanti. Aku nak tutup mukaku ini. Bukan kerana aku perasan cantik berseri (uwekkk), tapi aku nak mengekslusifkan diri, selain itu menjadi dorongan kepada anak sendiri, juga kepada sahabat rakan jiran di kawasan ini, kepada anak buah anak pokok anak daun tapi bukan anak tiri (tak mo anak tiri!) bahawa sangat indah jika diri bertutup rapi. Peduli orang tak nak tengok kita bukan untuk dorang tapi untuk suami sendiri. Inilah yang Allah suka nabi SAW suka ikut sunnah Ummul Mukminin yang sudah sahih tempat mereka di Firdhausi. Ya Allah, berilah daku peluang itu sekali lagi. Tahun depan, pergi ke tak pergi aku tak peduli, kini aku nak rencana ayat baru untuk hubby, 'Bang, kata tahun depan pergi umrah atau haji. Tapi kalau tak de rezeki, ayang nak pakai purdah jugak mohon izinkan nanti ..." Uhhhh lamanya nak tunggu tahun depan nih .... ya Allah lembutkanlah hati-hati kami untuk mengikut jalan yang Engkau redhai. Aamiin.
Panjang plak ... hehe.
No comments:
Post a Comment