aku muncul lagi di pintu rumah taklim Bukit Naga
alhamdulillah Allah Maha Kuasa
itulah yang aku pelajari semasa di sana
mata mengantuk layu menjadi jaga
mendengar tegas jelasnya suara
menerangkan 6 sifat sumber jaya
para sahabat contoh yang nyata
kerapkali kudengar begitu saja
Allah Maha Kuasa
makhluk tiada kuasa
diselit di celah-celah bicara
kufikir memang benar apa yang dikata
Allah benar Maha Kuasa
makhluk benar tiada kuasa
tetapi apakah sebenar maksud disebaliknya
suara yang tegas jelas terus berbicara
memberitahu itu mesti diucap pada kata-kata
25 orang harus mendengar dari kita
sekurang-kurang dalam sehari 25 kali mulut kita menyebutnya
andai engkau mahu berjaya
tirulah Junjungan SAW nabi tercinta
dari hal sekecil-kecil hingga sebesar-besarnya
tak ada dolak-dalik ikut sahaja
kerana ugama ini bergantung pada latihan jua
bukan sekadar yakin percaya di hati semata-mata
bukan mudah hendak mendapat taqwa
kerana syurga itu memang dijadikanNYA berselimut airmata
alhamdulillah semakin aku mengerti walau tak semua
semakin bererti semakin mendalam semakin bermakna
paling aku terharu dan gembira
ungkapan Allah Maha Kuasa
teramat benar Allah Maha Kuasa!!!
benar sebenar benar Allah Maha Kuasa!!!!!
semua yang lain tiada apa-apa hanya asbab sahaja
Allah sahaja yang Maha Kuasa!!!!!!
tanpa asbab tak jadi masalah kepada DIA
kerana DIA tak bergantung kepada asbab yang diciptaNYA
tanpa asbab boleh sahaja DIA berbuat sesukaNYA
benar benar benar Allah Maha Kuasa!!!!!!!
dikisahkan Nabi Ibrahim as yang mulia
dicampak ke dalam api yang marak menyala
hanya tali pengikat tangan yang binasa
sedang diri nabi tidak tercuit walau sehujung kukunya
bagaimana api yang panas bersifat dua cara
itulah tanda ALLAH MAHA KUASA!!!!!!!
demikianlah antara yang terkesan di jiwa
ada banyak lagi tak mampu aku mengungkapnya
dek kelemahan dan kedaifan diri yang hina
ya Allah yang Maha Kuasa!!!!!!
tolonglah bantulah maafkanlah hamba ...
Allah Maha Kuasa makhluk tiada kuasa
hanya kepada Allah berserah diri selama-lama
.
Apabila hati bersuara, ia adalah bisikan paling halus dari sudut hati yang paling tersembunyi. Tiada sesiapa mengetahui melainkan Allah Taala yang Maha Seni. Lalu hanya kepada Allah aku berserah diri. Ya Allah, kurniakan daku takdir yang baik di dunia ini dan takdir yang baik juga di akhirat nanti. اللهحم امين
Bismillah
Monday, July 30, 2012
Saturday, July 28, 2012
aku terfikir
kenapa bila time tazkirah
ada wanita yang rela bangun
lantas menarik tabir
sepit kiri sepit kanan
orang lelaki yang perasan
mula menoleh ke belakang
dan wanita yang duduk betul-betul bersetentangan
mula jadi tak keruan ...
pelik la pulak kan
bunyi suara ustaz tak kesampaian ke
terhalang dek tabir andai tak dibuka
bukan kitorang semua boleh tengok pun
ustaz yang bagi tazkirah kat sanun
sebab ruang yang dihalang tabir tu kecik je
kitorang yang dok jauh mana boleh nampak
kalau nampak pun nak wat hapa
takkan nak renung muka ustaz je ...
tadi pun macam tu jugak
tak ada yang bangun nak selak tabir
aku ingat dah bagus dah
tetiba ada pulak kakak yang sound
"woi tak bukak tabir ke?"
laaa pulak
dan ada la yang sangat rajin pergi tarik tabir
lepas tu rupa-rupanya wanita yang duduk depan tabir tak suka
si tukang tarik tabir pun jadi keliru
"Eh dorang ni kata tak yah bukak tabir la"
maka tabir pun dikemaskan semula
tapi masih ada keinginan nak menatap wajah si ustaz rupanya
jadi tertinjau-tinjau la pulak kat celah dinding yang sejengkal terbuka
tak boleh tidak mesti nak tatap wajah macho kat sebelah sana
hari ni tazkirah penuh bersemangat
al maklum ustaz muda
dua kali dia menyumbangkan suara
sedap jugak aku rasa
nasyid yang aku tak pernah dengar kat telinga
ooo ini la dia ustaz yang dikhabarkan kat aku semalam
tak sangka hari ni bersua pula
ok aku suka pengisiannya
tapi kenapa kakak yang sibukkan hal tabir tu tadi
dah sempat tinjau kat celah dinding walaupun dari jarak jauh
sibuk berborak pula
siap dengan angkat-angkat tangan dia
sampailah ustaz bagi salam tanda tazkirah setakat tu je
kakak ni pun selesailah dengan bicaranya
ok la kita tengok apa pengisian ustaz muda
aku catat sikit kat sini ya ...
katanya rukuk dan sujud dalam solat ada falsafahnya
rukuk menyamakan taraf kepala dengan perut
kepala yang mulia dan perut yang macam segala tuk nenek ada
betapa rendahnya kita di sisiNya
sujud pula lebih kurang sama
menyamakan kepala dengan kaki kita
kepala yang di atas sama rata dengan kaki yang dibawah
betapa hinanya kita di sisi Allah
itulah lebih kurang main pointnya
ustaz citer pasal kuda liar
ada dua cara nak menjinakkannya
pertama jangan bagi dia makanan
lama2 dia akan lemah dan menyerah
kedua bagi dia bebanan yang bertambah
hingga lama2 dia dah tak larat nak berdiri terus rebah
begitulah kata ustaz muda
macamana kita dapat menguasai hawa nafsu terendah
berlaparlah
dan kerjakan banyak ibadah
jangan bagi can kat nafsu yang tak suka mengalah
bagi padan nafsu agar makin lama makin menyerah
ustaz citer lagi pasal gua
hehehe gua apa?
ini bukan kisah Gua Niah
tapi kisah gua yang ada harta karun itu harta Ahmad Albab yang punya hahaha
ada orang yang dah tau
masuk terus cekut raup angkut rembat semua emas permata berlian manikam zabarjad mutiara yang ada
tak tanya dah
dia dah tau benda yang lip lap lip lap tu memang harta karun
dia tak peduli Ahmad Albab ka punya sapa ka punya
angkut angkut angkut banyak-banyak cepat-cepat
ada pulak orang yang masuk gua
tapi dia tercengang tengok harta karun yang ada
eh eh eh ni amenda ni ha dia tanya
macam permata tapi ntah-ntah kaca
macam berlian macam mutiara macam emas segala
ntah-ntah besi kuprum aluminium semata
tercangak-cangak tertanya-tanya garu-garu kapla
ayoyo nak ambik pun rasa tak sure je
sibuk fikir baru nak bertanya-tanya
rugi ... rugi ...
jenis orang ketiga lagi la kelakar giler
dia nampak pintu gua
dia boleh tanya
ni gua ke hapa?
apasal ada gua?
gua ni simpan apa?
apa ada dalam gua?
dia betul-betul tak tau dan tak faham
dan dia memang tak rasa heran
sebab dia tak pernah imajin ada sesuatu macam gua
dia tak pernah imajin ada benda berharga dalam gua
dia tak tau apa-apa
katanya, ada aku kesah?
begitulah tamsilan manusia menyambut Ramadhan, kata ustaz muda
ada yang sangat ambil berat
sudah bersiap rapi untuk menyambut segala kelebihan dan rahsia Ramadhan
memang tak lepas peluang
ada pula yang tertanya-tanya
orang posa dia ikut posa
orang terawih dia ikut terawih
tapi dia masih blur
untuk apa dia melakukannya
yang terakhir tu
memang tak kesah apa-apa
Ramadhan sama je tak ada lainnya
akhir sekali ustaz bukak iklan la plak
minyak but-but yang dah sampai ke benua India
gosok kat lutut yang ketat dengan izin Allah disembuhkanNya
sapu kat tengkuk dengan izin Allah hilang migrainnya
minyak zaitun tersangatlah berkatnya
pak haji minum 4 botol rambut uban hitam semula
kolesterol pun jadi normal
hebatnya tumbuhan yang Allah berkati
betapa banyak pengubatan cara sunnah yang Allah sediakan
nak dengan tak nak je kita-kita ni
tau la beli insuran masuk spital tak de masalah money
tapi bilanya nak ikut sunnah nabi
kalau tak yakin dan tak mo kasi peluang kat diri sendiri
jadi aku pun beli
sebotol minyak but-but buat sapuan kat mana-mana anggota yang nyeri
sebotol minyak zaitun minum dua sudu dua kali sehari
jangan lupa baca Bismillah dan selawat bersekali
kalau dah habis nanti insyaAllah nak beli lagi
nak sihat ... banyak perkara tak settle lagi
nikmat Allah wajiblah disyukuri
semoga Allah tambah lagi apa yang telah DIA beri
aamiin aamiin aamiin ya rabbal alaamiin
demikianlah coretan aku malam ni
tak sangka dah kul 2.17 dinihari
patutnya dah lama cookies aku siap dari tadi
tapi tak pe la semoga esok masih menanti
terima kasih daun keladi
sebab sudi baca catatan merapuku ini hihi ...

Thursday, July 26, 2012
Apabila tiba masa aku,
aku perasan jari tangan dan kaki jadi sejuk dingin serta-merta. Hehehe ... Tapi alhamdulillah sangat, sebab aku dapat membaca dengan lancar. Sikit-sikit je tersangkut. Allah SWT yang Maha Pengasih telah memelihara maruahku.
Bila aku habis baca round kedua, isteri Imam Jailani kat kiri aku tepuk perlahan peha aku sambil tertawa kecil, "laju baca!"
Aku pun tersengih. Bila round ketiga, aku pun cuba memperlahankan bacaan. Kini dah masuk juz 13. Alhamdulillah.
Hari ni, Khamis, aku ikut tadarus al-Quran di surau Haji Hassan. Kelmarin aku dapat maklumat dari Niza, semalam nak pergi tapi hati aku masih cuak yang mana akhirnya aku dipelawa suami ikut beli barang kat NSK.
Tapi hati aku terus berkata-kata, aku mahu duduk dalam taman-taman syurga, yang mana para malaikat menaungi tempat duduk berlapis-lapis hingga ke langit sana.
Jadi hati aku terus mendesak dan mendesak, segan dan malu kena ditolak ke tepi. Sambil tadarus sambil membetulkan bacaan. Nak memahami bacaan masih jauh. Tapi tadi ustazah membacakan terjemahan Surah Yusuf yang kami baca.
Dan orang pelik macam aku yang tahu baca dengan tajwid tapi susah sangat nak ingat nama hukum-hukum tajwid mula ingat balik sikit-sikit. Untuk makluman, bacaan aku ok je tapi nak ingat hukum tu memang dari sekolah selalu kantoi. Aku mengaku aku malas nak mengingat. Ingat lepas tu lupakan balik. Tau baca je ... ohh inilah kelemahan yang aku malas nak mengakuinya, memalukan.
InsyaAllah aku berazam akan ikut tadarus ini sehingga selesai. Dengarnya tadi tahun lepas mereka ni dapat dua kali khatam.
Tapi nampaknya atas kelemahan azam aku yang lain, aku belum buat biskut perisa strawberi dan perisa kopi lagi. Novel bab 14 bab terakhir tu pun lum sempat nak selesaikan, bermain dalam kepala je. Tengkuk aku sangat tak selesa, ketidakselesaannya semakin ketara semasa tadarus tadi. Time solat pun gitu. Time ngadap pc okey je pulak sebab tak tunduk sangat. Ohh time menyapu lagi sakit.
Jadi, aku timbang-timbang dan kumpul dua perkara, dah aku ajukan ke blog ni. Hari tu aku sempat bagi komen kat entri penutupnya, aku nak ajukan soalan tapi tak jadi. Bila dah ada dua perkara ni, ok la kot. So sedang tunggu jawapannya pulak. InsyaAllah.
Sesapa ... jemputla ke Biskut Coklat Chips my new page kat fb tu. Please like n make order hehehe ... Kepada sesapa yang dah buat tempahan, kuucapkan ribuan terima kasih kerana menyokong perniagaan biskutku ini. InsyaAllah semoga Allah memberi kesedapan yang sangat enak kepada anda ketika menjamahnyan dari kunyahan pertama sehingga ke ketulan biskut yang terakhir, hingga sekali rasa, berkali-kali lagi nak rasa. Sungguh terasa keenakan coklatnya!
Azam nak kumpul belanja pergi haji @ umrah ... tahun depan ... insyaAllah. Semoga Allah bukakan pintu rezeki untuk aku. Aku meletakkan harapan kepada Allah sahaja yang Sebaik-baik Maha Pemberi Rezeki yang tak disangka-sangka. Aku tak mahu mengharap kepada mana-mana manusia. Dengan ini aku jadikan bisnes biskut ini sebagai satu usaha aku menitikkan air peluh (bukan dalam biskut aaaa!) untuk mengumpul belanja. Ya Allah redhailah usahaku yang terlalu kecil ini. Kepada Allah mengharap dan berserah diri, harapan seorang hambaNya yang kerdil hina lagi banyak berdosa. Oh sedih!

Monday, July 23, 2012
bangkitlah ...
bangkitlah
dari tidur yang panjang
usah menjual akhirat yang kekal
demi dunia yang sebal
kelak insan kan merana
duka tak sudah
sesal tak bernoktah
ketika matahari hanya sejengkal
lalu peluh keringat bercucuran
airmata darah berlinangan
sekujur tubuh gigil gementar
mencari dan mencari
naungan untuk berteduh
entah bila soalan akan dihamburkan
entah bila buku catatan akan diserahkan
entah bila entah bila entah bila
bangunlah
usah ditunggu esok yang tak pasti
sedang para bidadari sudah menanti-nanti
merindu-rindu menghias diri
mengintai-intai dengan mata yang jeli
berbisik-bisik sesama sendiri
alangkah rindu kepada suami

Sunday, July 22, 2012
bagaikan ...
bagaikan sebutir garam
akan memedihkan pada luka yang terbuka
namun ia juga akan mencuci
virus kuman bakteria yang melekat bersembunyi
bagaikan sebutir bintang
bercahaya di malam yang pekat hitam
menangkap pandangan yang ditebarkan
menghibur jiwa yang selalu keresahan
bagaikan sebiji permata
di celah pasir yang merata
tak mungkin hilang nilainya
takkan hina walau di mana berada
umpama jarum jahitan
dengan benang berjuraian
buat mencantum helaian kain
yang terkoyak dek pisau tak bermata
umpama sang wali
dengan bicara penuh hikmah
meruntun hati-hati lesu yang parah
kembali ke jalan Allah
umpama bayangan nabi SAW
penuh santun kasih redha dan tabah
hingga menjadi Siti Khadijah R.ha
atau kan menjelma Siti Aisyah R.ha
* catatan ekspress di 2 Ramadhan 1433H.

Saturday, July 21, 2012
update Sarah
1. salam Ramadhan buat semua.
2. aku tak banyak masa nak mencatat, tapi nak jugak mencatat.
3. aku lebih kerap update Sarah. So kalau rajin, boleh jenguk kat Sarah tu.
4. nak buat biskut. dah beli satu karung 40pcs bekas kuih. tolonglah order!! please, aku nak kumpul belanja pergi haji tahun depan.
5. nak siapkan bab terakhir (bab 14) Sakinah. Sifu dah poke aku berkali-kali di fb. bila kena poke, yang aku kurang caya sangat sebab cuit2 kat fb ni boleh terjadi sendiri je, aku teringat janji aku nak pos biskut kat sifu, dan janji aku nak siapkan novel dengan segera dulu tapi sifu gelak je hahaha ... sekarang aku gelakkan diri sendiri hehehehe ...
6. aku nak buat akupuncuture lepas puasa.
7. aku berazam nak berterawih hingga malam raya, qiamullail sekali kat surau. cari geng.
8. aku dah bincang dengan suami tercinta pasal niqab. kalau sebelum ni dia kata 'pakai la!' macam mencabar je, now bila aku serius dia kata 'hold dulu!' pulak ...
9. telefon mak kandung jam 11 malam lepas balik terawih, rupanya mak dah lena. just mintak doa dari mak. nak mak doakan aku banyak2 dalam ramadhan ni Allah bagi kekuatan untuk pakai niqab dan anak dara aku dapat jodoh yang terbaik. amboi hehehe ... makasih mak.
10. sebelum tu call mak bela aku, ohh dia baru balik dari terawih jugak, dapat berkat moreh banyak. tak dapat cakap banyak sebab mak dalam kereta ada orang lain jugak. kerahasiaan mesti dijaga hehehe ...
11. tak call mak mertua, karang mak boleh terkejut sakit dada. tapi aku tau mak memang sentiasa mendoakan semua anak cucu mak, katanya setiap kali aku pi dekat-dekat bisik-bisik nak mintak doa mak. alhamdulillah :)
12. kedai tutup dua hari, hari ni dan esok. dorang buat preparation untuk buffet ramadhan until sahur.
13. seorang pekerja dah chow. nak kemas rumah katanya. bye bye amira!
14. suami kata hari2 boleh buka puasa kat kedai. kalau rajin sahur pun boleh pegi kedai, yahooooo!!!!!!! tak payah masak, boleh la siapkan biskut dan siapkan novel jugak hehehe ...
15. ada beberapa entri lama yang boleh meletakkan diri aku dalam bahaya. so kena keluarkan dari blog. dah terlambat tapi tak terlewat. kepada Allah berserah. kekadang terasa lurus bendul sangat. hmm ...
16. ada kisah anak-anak yang juga dikeluarkan dari blog.
17. eh banyak pulak aku menulis. kena stop ni! masak nasik jap pas tu zzzzzzzzzzzzzzzzZZZZZZZZZZZ.
jumpa lagi, maaf selalu :P

![]() |
| gambar hiasan |
Friday, July 20, 2012
cara jawab salam melalui orang tengah
---> copy dari fb. tak cukup masa utk menceceh pagi ni hehe ... Selamat berpuasa Ramadhan esok, semoga sama-sama dapat meningkatkan ibadah pada Ramadhan kali ini insyaAllah. Azam ~ tak mo tidur kat katil, nak lepaking kat hall je ... sebelum tido buat pendinding dari gonggok ... huhu ... mintak kat pemilik gonggok ... Ya Allah selamatkan kami dari gangguan gonggok yang merayap-rayap ... arghhh betul2 geli.
~ Seandainya kita tidak begitu faham bahasa Arab...
Kalau perempuan kirim salam pada lelaki dan penyampainya perempuan,
kalau lelaki penyampainya dan penerima nya perempuan pulak macam mana?
~boleh sahaja pakai utk semua org lafaz " wa'alaika wa'alaihissalam "
...tak payah pening2 fikir..
Tetapi kepada yg suka kan cabaran boleh lah bca jadual ini dan fahami
serta hafal perbezaan sighah mu'annas dan muzakkar dlm bhsa arab utk
menjawab salam yg dikirim berdasarkan jantina..
Kalau posmen tu wanita dan pengirimnya wanita - JAWAPAN salam ialah: 'Alaiki wa 'alaihassalam.
Kalau posmen tu wanita dan pengirimnya lelaki - JAWAPAN salam ialah: 'Alaiki wa 'alaihissalam.
Kalau posmen lelaki dan pengirimnya lelaki - JAWAPAN salam ialah: 'Alaika wa 'alaihissalam.
Kalau posmen lelaki dan pengirimnya wanita - Jawapan salam ialah: 'Alaika wa 'alaihassalam
Utk lelaki: 'ka' dan 'hi'
Utk wanita: 'ki' dan 'ha'
Utk ramai lelaki: 'kum' dan 'him'
Utk ramai wanita: 'kunna' dan 'hinna'
~ Credit to : Ibnu Batoota
* ingat dan fahamkan, lepas ni boleh jawab salam yang diterima melalui seseorang dari seseorang dengan cara yang betul, semoga ada pahala dan kebaikannya insyaAllah.
Sunday, July 15, 2012
biskut mahal?
Hari ini aku dengan hati yang besar, menuju kedai bersama satu bekas berisi sampel biskut coklat chips yang sudah dipeketkan. Di atas tutup bekas itu aku tampal catatan kecil berbunyi "SAMPLE - BISKUT COKLAT CHIPS - 50 pcs - RM22. Sekiranya ada pelanggan cafe yang terpandang sampel ini, dan dia ingin merasa, kebarangkalian dia menempah biskut mungkin ada. InsyaAllah.
Sampai di cafe, bekas itu aku letak di atas meja. Di situ ada en. K sedang santai2. Tiba-tiba en.K bersuara, "mahal rega nih!"
Aku tau isteri en. K ada buat biskut yang sama, tetapi bahannya berbeza. Ada bahan yang aku letak, isteri dia tak letak. Aku pakai bahan lain, isteri dia pakai lain. Aku rasa biskut isteri dia pun lebih sedap sebab pakai butter sepenuhnya. Dan memang isteri dia jual tak seperti harga yang aku letak. Aku katakan begini bukan bererti biskut aku kurang sedap, sebaliknya ramai pula yang mengatakan ia memang sedap dan ramai pula yang meminta resepinya. Maknanya biskut aku atau biskut isteri en.K telah diberi Allah rasa sedap, dengan kesedapan yang berbeza. Pokoknya sedap tetap sedap, nikmat sedap yang dikurniakan Allah. Alhamdulillah.
Haih cuma tang harga ... selama ini semua orang kata biskut aku murah sangat. Aku letak harga bawah dari RM22. Hari ni, tiba-tiba biskut aku dikatakan mahal. Sebab ... aku letak harga RM22. Itu, sebab aku ikut harga pasaran. Yang pasti, ia bukanlah harga keuntungan 100%. Ia cuma sedikit lebih untung dari biasa. Tapi aku sedia menurunkan harga kepada pelanggan yang menawar. Tak tawar, maka itulah harga yang digunakan untuk jualan. Kalau ikut muamalah, aku boleh meletakkan harga
Tadi, baru saja aku copy paste sebuah hadis nabi saw ke wall fb.

Dari Haris bin Wahbin r.a berkata, aku mendengar nabi SAW bersabda: Tidakkah aku tunjukkan kepada kamu, siapakah ahli-ahli syurga? (Kemudian Nabi SAW sendiri bersabda): Tidakkah aku tunjukkan kepada kamu, siapakah ahli-ahli syurga? Mereka ialah setiap orang yang lemah yakni orang yang berlebih kurang apabila bermuamalah dengan orang lain, tidak keras hatinya, tawadhuk dan berhati lembut sehingga orang menyangka dia seorang yang lemah (hubungannya dengan Allah adalah) sekiranya dia bersumpah dengan nama Allah, nescaya sumpahnya ditunaikan. Dan tidakkah aku beritahu kepadamu siapakah ahli neraka. Kemudian Nabi SAW sendiri menjawab: Dia ialah seorang yang mengumpulkan harta tetapi bakhil, keras hati dan takabur. (HR Bukhari)
Jadi, aku mendapati inilah peluang aku untuk mempraktikkan sikap ahli-ahli syurga yang disebutkan oleh nabi SAW di atas, iaitu orang yang berlebih kurang apabila bermuamalah dengan orang lain. Tidak keras hatinya, tawadhuk dan berhati lembut sehingga orang menyangka dia seorang yang lemah.
InsyaAllah. Ya Allah, kuharapkan pimpinanMu setiap saat dalam setiap gerak langkah dan bisikan hatiku ini. Selamatkanlah aku yang jahil lagi banyak berdosa kerana aku ngeri memikirkan saat pertemuan di Padang Mahsyar nanti, bagaimanakah aku?
* Hari ini, Ibnu Batoota telah sudi mampir lagi ke cafe, bersama semua ahli keluarga beliau untuk menikmati hidangan tengahari. Seperti yang dikatanya, mamanya memang suka sup, dan mengorder sup kambing UFO. Hehe ... dinding roti berjaya direbehkan ... :) Sampai je tadi dia terus menghulurkan buah tangan. Hai, customer bawak buah tangan hihi ... anyway aku rasa kunjungan ini yang sangat istimewa. Dan aku sangat happy sebab dapat berkenalan dengan mama Ibnu Batoota. Happy sebab dia datang lagi membawa famili, walaupun jauh tu ... 1 jam perjalanan dari Sungai Buloh. Waktu sekarang ialah 5.03pm ~ aku agak saat ini maulana muda ini sedang menjabat tangan bakal bapa mertuanya untuk mengucapkan akad nikah. Tahniah buat Ibnu Batoota @ Muhammad Zakuan, semoga rumahtangga berkekalan bahagia hingga ke syurga Firdhaus.
* Sesiapa yang nak order biskut coklat chips aku, boleh hubungi aku di mnormazzuin@yahoo.com.my atau Ummi Amirah di fb. Silalah menempah, jangan segan-segan hehehe ... gambar tak de. Kat fb ada la ... sekarang aku hanya nak melimitkan gambar di blog ni.
* Opss ... tiba-tiba ada notify kat fb. Oooo uncle Meon dah upload gambar tetamu istimewa dari Nibong Tebal la ... hahaha ... tak ada kaitan dengan diriku ... hehehe ... harap-harap uncle Meon tak upload gambar aku dengan mama Ibnu ... sat aku nak pi bisik ngan uncle Meon.
"Bang ooo bang, jangan upload gambo i tu yeeeeeeeeee ... tak rela u!"
Saturday, July 14, 2012
sempena khurujnya ~ Sultan Muhammad Al-Fateh
Sempena khurujnya
inilah Sultan Muhammad Al-Fateh
hilanglah khabar berita
selama 4 bulan
Sempena khurujnya
mencari redha Allah
kasih dan cinta Allah
menyukakan Allah
Sempena khurujnya
semoga sentiasa dalam keselamatan Allah
pemeliharaan Allah
terpelihara dari musibah
walau sehujung kukumu
namun andai berlaku
syahid menjelma
redha menyusul walau dalam duka
Sempena khurujnya
inilah Sultan Muhammad Al-Fateh
hilang khabar berita
bukan hilang dari jiwa.
InsyaAllah!
Alhamdulillah!
Subhanallah!
Allahuakhbar!
"yakinlah pada Allah sebenar-benar yakin!"
Wednesday, July 11, 2012
apabila mimpimu adalah
mimpi buruk. Hati akan merasa resah. Perasaan menjadi rungsing. Timbul pertanyaan demi pertanyaan, apakah mimpi buruk itu akan berlaku? Hilang rasa riang dan ceria. Datang mood muram. Makan pun hilang selera. Ohh ... mengapa aku bermimpi buruk sedemikian???
Okeh, bukan aku yang bermimpi. Alhamdulillah, aku tidur lena, tak ingat pun mimpi apa. Cuma dulu tu ada aku catatkan mimpi jatuh dari tempat tinggi ke dalam gaung yang mak datuk besar dan dalam macam kat Bukit Putus. Tak kisah. Aku mengidam dan mengharap menatap wajah Junjungan Nabi SAW yang suci di dalam tidur, itulah antara impian dan harapan.
Jika bermimpi buruk, janganlah gusar. Ada caranya yang sudah dikhabarkan oleh baginda SAW untuk kita ikuti. Ada doanya seperti berikut.
Setelah itu, marilah muhasabah diri. Mungkin mimpi itu satu teguran dari Allah SWT untuk kita yang selalu alpa dan lalai. Mungkin ada tanggungjawab yang semakin kita abaikan. Terimalah mimpi buruk ini sebagai tanda kasih sayang Allah, untuk mengingatkan kita agar kembali ke jalanNYA. Jalan mana lagi yang nak diikut, jika tidak jalan yang sudah ditunjukkan dengan nyata lagi jelas???
Bangunlah segera untuk berwuduk dan menghadapkan wajah kepadaNYA. Sujud dan berdoa kepadaNYA. Mengadu dan merintih kepadaNYA. Kepada siapa lagi kau nak mengadu jika bukan kepada Sebaik-baik Tempat Mengadu, Allah Azzawajalla???
Usah didiamkan bicara di dalam dada
kelak jiwamu akan merana derita
lepaskanlah bisikan nurani segala
dari hati yang paling halus di sudut dada
ketika alam sedang asyik terlena
bicaralah engkau kepada Yang Maha Esa
luahkan segala apa yang kau rasa
segala racun tusukan duri api yang membara
luahkan!
luahkan!
luahkannnn!!!
usah didiamkan bicara di dalam dada
usah kau kongsikan dengan manusia
apalah yang mampu pada mereka
sekadar meminjamkan sepasang telinga
sekadar menenangkan sepatah dua kata
apakah begitu kau sudah rasa lega???
usah didiamkan bicara di dalam dada
kasihanilah jiwa yang masih meraba
mencari-cari setitik cahaya
ada! ada! cuma kau yang buta
cahaya itu bukan setitik cuma
bahkan ialah cahaya yang melimpah rata
seisi alam akhirat dan dunia
kembalilah ...
kembalilah ke jalan itu
jalan menuju keredhaanNYA
jalan kepada keampunanNYA
jalan membawa kepada nurNYA
jalan menuju bahagia selama-lama.
Apabila seseorang sentiasa menjaga perhubungan dengan Allah SWT, tidak akan ada apa yang menjadi mudarat. Seburuk-buruk nasib insan ialah ketika roh berlepas dari tenggorokan tanpa sempat menyebut nama Allah.
Wallahu'alam.
Okeh, bukan aku yang bermimpi. Alhamdulillah, aku tidur lena, tak ingat pun mimpi apa. Cuma dulu tu ada aku catatkan mimpi jatuh dari tempat tinggi ke dalam gaung yang mak datuk besar dan dalam macam kat Bukit Putus. Tak kisah. Aku mengidam dan mengharap menatap wajah Junjungan Nabi SAW yang suci di dalam tidur, itulah antara impian dan harapan.
Jika bermimpi buruk, janganlah gusar. Ada caranya yang sudah dikhabarkan oleh baginda SAW untuk kita ikuti. Ada doanya seperti berikut.
Doa Ketika Terkejut Dari Mimpi Buruk :
Maksudnya: Aku
memohon perlindungan dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna
daripada kemurkaanNya dan azabNya, daripada kejahatan hambaNya dan
daripada hasutan syaitan-syaitan dan daripada syaitan mendekatiku.
Seterusnya, hendaklah kita melakukan perkara berikut, semoga Allah melindungi kita daripada perbuatan syaitan dan mimpi buruk itu tidak menjadi kenyataan.
2. Minta perlindungan dengan Allah daripada syaitan dan daripada perkara buruk yang telah dilihatnya - 3 kali
3. Jangan menceritakan mimpinya kepada seseorang pun.
4. Menukarkan posisi tidurnya.
5. Sebaik-baiknya bangun untuk melakukan solat.
Ada sebuah lagi doa yang maksudnya ~ Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung daripadaMu dari perbuatan setan dari mimpi-mimpi yang buruk.
Bangunlah segera untuk berwuduk dan menghadapkan wajah kepadaNYA. Sujud dan berdoa kepadaNYA. Mengadu dan merintih kepadaNYA. Kepada siapa lagi kau nak mengadu jika bukan kepada Sebaik-baik Tempat Mengadu, Allah Azzawajalla???
Usah didiamkan bicara di dalam dada
kelak jiwamu akan merana derita
lepaskanlah bisikan nurani segala
dari hati yang paling halus di sudut dada
ketika alam sedang asyik terlena
bicaralah engkau kepada Yang Maha Esa
luahkan segala apa yang kau rasa
segala racun tusukan duri api yang membara
luahkan!
luahkan!
luahkannnn!!!
usah didiamkan bicara di dalam dada
usah kau kongsikan dengan manusia
apalah yang mampu pada mereka
sekadar meminjamkan sepasang telinga
sekadar menenangkan sepatah dua kata
apakah begitu kau sudah rasa lega???
usah didiamkan bicara di dalam dada
kasihanilah jiwa yang masih meraba
mencari-cari setitik cahaya
ada! ada! cuma kau yang buta
cahaya itu bukan setitik cuma
bahkan ialah cahaya yang melimpah rata
seisi alam akhirat dan dunia
kembalilah ...
kembalilah ke jalan itu
jalan menuju keredhaanNYA
jalan kepada keampunanNYA
jalan membawa kepada nurNYA
jalan menuju bahagia selama-lama.
Apabila seseorang sentiasa menjaga perhubungan dengan Allah SWT, tidak akan ada apa yang menjadi mudarat. Seburuk-buruk nasib insan ialah ketika roh berlepas dari tenggorokan tanpa sempat menyebut nama Allah.
Wallahu'alam.
Tuesday, July 10, 2012
apabila tiba masanya
berlakulah ia mengikut ketentuanNya.
Tak siapa boleh menolak ketentuan Illahi.
Handphone aku rosak tiba-tiba ... hehe. Tiba-tiba! Ya, tiba-tiba ... siapa sangka. Aku tak sangka! Bila check bateri, dah 3 tahun umurnya. Tak pernah rosak, akhirnya rosak. Biasa ... adat benda baru jadi lama. Allah jua yang Maha Kekal. Allahuakhbar!
Laptop aku pun rosak. Kiranya pagi ni betul-betul ia innalillahi wainnailaihi rajiun. On off on off balik, memang dah koma habis. Tak pulak tiba-tiba ... hehe. Dah ada simptom-simptomnya tapi aku tak kesahkan ia. Bahkan aku bicara sama ia, "jangan kau rosak, aku tampar karang!" Huh, hehe ... gurau je. Ada ke nak menampar benda alah ni? Aku berdoa, janganlah ia rosak ya Allah. Aku azam nak posting yang baik aje kat fb. Benda meleleh mengarut mencarut apatah lagi, aku tak sentuh melainkan ada virus yang mempergunakan nama aku buat begitu. So far rasanya tak ada, dan so far insyaAllah melainkan aku alpa lupa, aku tak posting yang tak sepatutnya. Kalau ada, tolong tegur-tegurkan saya ...
Allah sahaja yang Maha Kekal dan Maha Hidup, tiada awal tiada akhir. Allahuakhbar!
Hikmahnya banyak. Aku redha. Pasti ada hikmahnya ini berlaku serentak.
Sejak 4 minggu ni, aku perasan tengkuk rasa tak selesa. Bila membaca atau tahiyat akhir, rasa berat menekan. Aku tak mau buruk sangka sebab aku tak suka andaian itu benar. Aku belum bersedia nak cari ustaz yang merawat pesakit saka dsb, walaupun aku ada ambil tau alamatnya. Tau alamat tak bermakna aku nak pergi. Kalau pergi, biar semua pergi. Ehh ...???
Dari segi logiknya, sejak Disember 2011, aku boleh dikatakan 4 kali sebulan darab 7 bulan lebih kurang makan nasi beriani kambing. Mungkinkah aku dapat darah tinggi? Tapi ... tak boleh agak macam ni, sebab sebenarnya dan sepatutnya daging kambing tak membuatkan aku dapat darah tinggi sebab aku bukanlah penghidap darah tinggi. InsyaAllah sihat. Hmm ...???
Lain ... ni lebih logik. Aku jarang bersenam. Jarang berpeluh melainkan bila tak mandi 2-3 hari (contohnya!). Atau duduk dalam bilik tanpa kipas dan aircond. Atau lepas sidai baju time tengahari. Yaaa ... mungkin ini agak tepat.
Lagi ... umur dah meningkat. Ini tak boleh tipu la ... walau rupa macam 27 tahun (contohnya!), umur tetap sama. Umur tetap bertambah. Dan maut semakin dekat. Bila-bila saja!
Ya Allah, di mana persiapanku untuk menghadapi mati? Ketika pipi menyentuh tanah. Ketika tanah mula menimbusi diri. Ketika talkin mula dibacakan, nama diseru untuk diberi peringatan.
Aduhaiiii ya Allah! Sempit atau lapangkah ruang itu nanti? Bagaimana nak kujawab soalan munkar nankir? Siapakah yang akan menemaniku? Adakah teman? Adakah doa anak-anak untukku? Aduhaiii ya Allah!
Sebenarnya ... aku tak nak kaitkan dengan kekerapan tinggi duduk mengadap laptop sampai tengkuk jadi sakit hehehe ... Err mungkin ke ada kaitan? Wallahu'alam.
Berbalik pada hikmahnya, alhamdulillah syukur kepada Allah walaupun aku tak tahu apa sebenarnya, kerana hanya DIA yang Maha Tahu segala hikmah yang nyata apatah lagi yang tersembunyi. Mungkin banyak tanggungjawab yang sepatutnya aku lakukan dengan istiqamah, telah aku abaikan dan buat bila sempat. Atau sesuatu yang segera telah aku lengah-lengahkan ... Astaghfirullahalazim.
Jadi, apabila tiba masanya ... aku tetap bersyukur dan redha atas ketentuanNYA. Semoga Allah mengampuni dosa-dosaku yang bertimbun-timbun ni dan permudahkan segala urusan. Aamiin InsyaAllah.
* mood menyibukkan diri ---------> nak buat cookies :)))
* tunggu kedai bukak ---------> repair hp/beli hp ???
* tunggu doktor laptop -------> servis laptop ...

Monday, July 9, 2012
Kehebatan Surah Al-Ikhlas
Fadhilat Membaca Surah Al-Ikhlas
1. Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada di dalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan. Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali.
Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah, berilah salam kerana malaikat yang berada di dalam rumah akan menyahut.
2. Diriwayatkan oleh Iman Bukhari, sabda Nabi Muhammad S.A.W. :
"Barang siapa membaca Qul huwa"llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemerdekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah. Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka".
Inilah yang dinamakan membaca Qulhua"llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.
3. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
"Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga." (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
Rasulullah S.A.W. pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya, "Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit?" Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah S.A.W. menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali, maka qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juzuk Al-Quran.
4. Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
"Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan."
Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.
Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca Surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah S.A.W. lagi:
"Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahad itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahad tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s. "
5. Siapa yang membaca surah Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke Jumaat yang berikutnya.
Jika dibaca 3 surah ini Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Annas pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan
Sunday, July 8, 2012
Saturday, July 7, 2012
Monday, July 2, 2012
Thursday, June 28, 2012
cuaca gelap guruh bergema sejak
lalu. Aku dah angkat kain, alhamdulillah, sume kering (sebab malam tadi dah sidai bawah kipas hehe ... kain semalam daa tak kering, tadi jemur kat cahaya matahari kejap bagi garing ~ nak garing macam goreng ikan kering la plak hehe ...)
Aku tengah tunggu Sarah ni. Dua hari sesi belajar ditangguhkan. Kelmarin, aku meraikan kedatangan seorang anak muda yang cukup berani datang 'mengadap' bersendirian, macam Lone Ranger siri koboi yang selalu keluar kat tv masa kecik-kecik dulu ... hehe ...Kebetulan Allah dah set takdirkan, pagi kelmarin tu jugak tanpa diduga Pak Meon dapat panggilan mengejut dari kawan aka bekas boss dia dari Brunei, yang hadiri seminar di KL. Pak Meon dijemput sama, sambil menyelam minum air untuk bertemu muka juga.
Maka aku bersendirian meraikan orang muda ni, di kedai makan cafe de permai. Alhamdulillah, dah kenal orangnya.
* waktu aku menulis ni, kat luar dah hujan. Tak lebat pun, barai-barai je kata orang Brunei. Rasanya Sarah tak datang kot ... bolehla aku merapu lagi nih.
Semalam pagi, tiba-tiba mak buat panggilan kat hp aku. "Intan, ada seprais! Ada orang jauh nak datang nak jumpa Intan tengahari ni tau!"
Mak, dengan nada ceria gelak-gelak kat hujung sana. Sapa la plak ... semalam pun dah cukup surprise dah! Efeknya masih ada lagi. Tetiba mak nak topup dengan surprise lagi!! Aku paksa gak mak bagitau, paksa lembut-lembut gitu macam lembut gigi dari lidah. Tak larat nak hadap surprise berderet-deret hehe ... Alah, mak saja je nak menyakat. Rupa-rupanya bapak angkat aku dari Segamat datang kampung, pas tu dia nak datang rumah aku plak kat sini. Hmm ... dah bertahun-tahun tak jumpa dengan bapak angkat yang aku panggil Uncle Hassan ni. Dah beruban, gigi pun dah rongak sebatang. Tapi boraknya masih maintain macam dulu hehe ...
Jadi semalam aku kensel kelas lagi, untuk meraikan mak abah dan Uncle Hassan pulak. InsyaAllah ganti dua kali Jumaat nanti.
"Ni sapa ni?" tanya mak bila aku tunjuk satu gambar kat kamera.
"Ni nak buat menantu ni, mak. Amacam, ok tak?"
Mak senyum. "Untuk sapa ...?"
Alahai buat-buat tanya pulak mak aku ni. "Untuk sapa lagi, mak! Takkan untuk Hanessa kot."
* tetiba aku baru tersedar, hujan dah berhenti laaa ... guruh je kedengaran. Hmm sat gi sampai la Sarah tu hehehe, tapi aku dah selesai merapu dah. Merapu ada sikit isi la ... hehe.
Aku tengah tunggu Sarah ni. Dua hari sesi belajar ditangguhkan. Kelmarin, aku meraikan kedatangan seorang anak muda yang cukup berani datang 'mengadap' bersendirian, macam Lone Ranger siri koboi yang selalu keluar kat tv masa kecik-kecik dulu ... hehe ...
Maka aku bersendirian meraikan orang muda ni, di kedai makan cafe de permai. Alhamdulillah, dah kenal orangnya.
* waktu aku menulis ni, kat luar dah hujan. Tak lebat pun, barai-barai je kata orang Brunei. Rasanya Sarah tak datang kot ... bolehla aku merapu lagi nih.
Semalam pagi, tiba-tiba mak buat panggilan kat hp aku. "Intan, ada seprais! Ada orang jauh nak datang nak jumpa Intan tengahari ni tau!"
Mak, dengan nada ceria gelak-gelak kat hujung sana. Sapa la plak ... semalam pun dah cukup surprise dah! Efeknya masih ada lagi. Tetiba mak nak topup dengan surprise lagi!! Aku paksa gak mak bagitau, paksa lembut-lembut gitu macam lembut gigi dari lidah. Tak larat nak hadap surprise berderet-deret hehe ... Alah, mak saja je nak menyakat. Rupa-rupanya bapak angkat aku dari Segamat datang kampung, pas tu dia nak datang rumah aku plak kat sini. Hmm ... dah bertahun-tahun tak jumpa dengan bapak angkat yang aku panggil Uncle Hassan ni. Dah beruban, gigi pun dah rongak sebatang. Tapi boraknya masih maintain macam dulu hehe ...
Jadi semalam aku kensel kelas lagi, untuk meraikan mak abah dan Uncle Hassan pulak. InsyaAllah ganti dua kali Jumaat nanti.
"Ni sapa ni?" tanya mak bila aku tunjuk satu gambar kat kamera.
"Ni nak buat menantu ni, mak. Amacam, ok tak?"
Mak senyum. "Untuk sapa ...?"
Alahai buat-buat tanya pulak mak aku ni. "Untuk sapa lagi, mak! Takkan untuk Hanessa kot."
* tetiba aku baru tersedar, hujan dah berhenti laaa ... guruh je kedengaran. Hmm sat gi sampai la Sarah tu hehehe, tapi aku dah selesai merapu dah. Merapu ada sikit isi la ... hehe.
Wednesday, June 27, 2012
cafe de' permai idaman
aku dah lama berangan nak tulis sesuatu tentang kedai makan idaman. Tapi tak mampu. Hari ni aku cuba lagi, tapi kerana masih rasa tak mampu, aku senaraikan je la ... macam jawab periksa plak. Apa-apa aje la.
1. tempat makan lelaki perempuan asing-asing.
2. tempat makan famili terbuka/tertutup - ikut pilihan customer dan keselesaan mereka.
3. tak de tv tapi ada speaker besau punya kat sudut-sudut tertentu, yang mengalunkan zikir-zikir, selawat-selawat, qasidah-qasidah untuk halwa telinga yang terus masuk ke hati.
(nak cite sikit. aku tak ngaku anti ngan tv ni, nyampah ngan cite-cite dia je hehe ... kekadang, ulang kekadang tengok gak (tipu la tak tengok langsung dlm setahun tu hehehe) ... tp aku selalu fikir, napa la cerita yang ada tu sangat tensen sebab ada jeritan la, marah-marah la, gaduh-gaduh la, kalau ketawa plak terbahak-bahak ... ooo ... rupa-rupanya lagi heavy watak tu lagi baguih, pelakon tu sangat berbakat, dan selebihnya pancaindera akan tertarik nak tengok apa hal yang sampai jerit-jerit, marah-marah tak masuk ngan muzik latar lagi. Pas tu ntah sapa memandai la kata filem ni berpuluh ribu orang tengok. Camana dorang buat statistik? Boleh caya ke? Aku tak caya. Susah nak caya banyak benda sekarang ni. Tak setuju tak pe.)
4. aku fikir nak bakar kemenyan wangi, tapi ... ni aku kena refer kat orang alim dulu.
5. Staf perempuan menutup aurat dengan sempurna dan serve wanita sahaja. Staf lelaki pakai pakaian sunnah dan serve lelaki je.
6. sunnah makan ialah dalam dulang. Dah dalam dulang kena la duduk bawah. So buat dua section, section meja makan dan section untuk makan dalam dulang, mbe boleh buat pondok-pondok kecil untuk ini.
7. tempat cuci tangan untuk lelaki dan perempuan berasingan.
8. tempat solat yang besar.
yang paling penting ialah sakinah mawaddah dan barkah yang turun dari Allah untuk semua di cafe de' permai ~ pemilik sementara, pekerja, pelanggan, semua peralatan dan apa sahaja yang ada di situ, rumput, batu, pasir, pokok, kucing, pinggan mangguk, sudu garfu, dulang, segala makanan dan minuman insyaAllah.

Monday, June 25, 2012
"saya nak cakap sikit ...
kamu makin berubah sekarang ya!" Ustazah H merenungnya tajam.
Dia hanya terkebil-kebil, terperanjat pun ada. Apa yang berubah? Hatinya tertanya-tanya.
"Dulu masa baru masuk, kamu lain. Tak macam gini. Sekarang lain saya tengok." sambung Ustazah H.
Dia menunduk. Serba-salah. Tertanya-tanya terus. Tak jadi menyambung syahadah hafalan hadis.
"Err ... apa yang berubahnya, ustazah?" dengan suara perlahan dia memberanikan diri bertanya. Risau, takut dan 1001 tandatanya.
"Awak makin nakal sekarang! Tengok, lengan baju pun macam tu. Saya tak suka macam tu!" jawab Ustazah H lagi, tegas sambil merenung lengan jubah hitamnya yang dilipat sedikit, kerana rimas dengan cuaca tengahari yang membahang.
Perlahan-lahan dia menurunkan lengan jubah hitam yang cuma dua tiga kali lipat itu. "Baik, ustazah." sahutnya akur.
"Baiklah, saya bagi awak seminggu untuk berubah!"
Hah! Berubah? Berubah apanya? katanya di dalam hati. "Seminggu, ustazah? Berubah? Berubah macamana, ustazah?" tanyanya lagi kebingungan.
"Awak mesti berubah! Kalau tak saya akan beritahu ibu awak. Awak nak ke?" tekan Ustazah H lebih tegas. Nampaknya seperti geram betul kepada dirinya.
"Err ... tak nak, ustazah." Walaupun hatinya menyahut dengan nada lain, 'cakaplah ustazah, mama saya tak kisah kot. Mungkin mama gelak je ...' Begitulah dugaan dia.
* Aku tak tau nak cakap apa. Tiba-tiba puteri yang garang tapi mudah menangis ni diberi amaran sebegitu oleh gurunya. Hmm ... jadi nakal rupanya. Dia memberitahu, setiap tahun kelas alimah 1 memang terkenal dengan kenakalan, kerana kemasukan pelajar baru yang tidak putus. Jadi ada yang sudah agak senior, ada pula yang masih terkial-kial nak menyesuaikan diri. Kiranya bermacam-macam perangai ada di alimah 1.
Nakal tak pe, tapi jangan buat perkara-perkara yang dimurkai Allah dan RasulNya. Aku risau sebenarnya. Penapisan Allah terus berlaku. Masih ada pelajar-pelajar yang dipotong nama, dengan kesalahan yang menggerunkan. Fitnah akhir zaman juga melanda mereka ini. Ya Allah, selamatkanlah anak-anakku dan rakan-rakan sepengajian mereka dengan kasih sayangMu. Masukkanlah mereka dalam golongan yang terpilih untuk kerja dakwah sehingga ke akhir hayat.
"Ma, dorang kata teruk la kawin dengan karkun. Dorang tak nak karkun." tiba-tiba dia bercakap begitu.
"HAAAA? Apasal plak? Jangan terpengaruh dengan dorang tu. Kita nak yang ada misi. Bukan misi dunia je, misi akhirat yang utama. Faham tak? Tu yang setakat hensem tu, mama tak perkenan. Hensem je tapi tak ada wibawa. Wibawa pulak, bukan wibawa pemimpin semata. Wibawa ugama." Hantam la janji dia boleh faham. Biasa la budak-budak perempuan ni, nak yang hensem macam Asyraff Sinclair.
Macam laa sat gi nak kawinkan dia, tapi tak salah aku merencana yang terbaik untuk masa depannya. Cita-cita adalah harapan, harapan adalah doa. Doa yang dimakbulkan Allah antaranya adalah doa ibu kepada anak-anaknya, insyaAllah. Sedangkan antara lelaki yang sangat mempertahankan sunnah nabi SAW setakat hari ini, aku nampak nyata ada pada yang dipanggil karkun. Paling mudah, ialah mengikut sunnah nabi SAW dengan pakaian jubah dan serban. Ni baru betul hensem kerana meniru pakaian rasmi para nabi dan rasul, para malaikat dan Rasulullah SAW sendiri.
"Tapi, ma. Napa mama suruh Ain fikir pasal poligami?" tanyanya lagi dengan wajah rusuh.
"Alah, biasalah kan kita orang pempuan ni. Mungkin boleh terjadi. Kamu kat madrasah ngadap kitab je, fikir-fikir la pasal ni jugak. Cer tanya-tanya ustazah. Bla bla bla ..." dia nampak cool, angguk-angguk. "Ok, belajar betul-betul. Nanti jadi ke nak ambik hafizah?" tanya aku lagi, walhal nak habis alimah pun lama lagi, dalam 4-5 tahun insyaAllah.
"InsyaAllah ..."
"Kalau dapat sambung, teruskan. Along kata orang perempuan ni walaupun ada cuti bulanan, tapi ingatan tajam." beri semangat.
* setengah hari bersama anak perempuan kami. Nakal? Huhh ... Aku rasa macam tak caya je ... tapi teguran ustazah tu tak boleh diabaikan. Dia mesti baiki diri dari nakal kepada lebih baik (mbe macam masa baru masuk madrasah ... lebih baik lagi ), dalam satu minggu hehehe ... Semoga Allah membantunya. InsyaAllah.
* Lantas aku terfikir, budak nakal ini perlu dibimbing dan dipimpin sentiasa. Garangnya perlu dibentuk kepada ketegasan yang bermanfaat. Segala kelemahannya perlu dibaiki menjadi kekuatan untuk membina peribadi yang unggul. Biarlah Allah yang uruskan. InsyaAllah. :)))
* terfikir dan tertanya-tanya pula, ada ke karkun yang sudi ... Biarlah Allah yang uruskan. Aku akan ajukan kepadaNYA. InsyaAllah :))))
* terfikir lagi, layakkah orang nakal untuk seorang bergelar karkun ... Biarlah Allah yang uruskan. Aku akan minta padaNYA. InsyaAllah :)))
* teringat pula, aku pernah nampak seseorang yang berperwatakan karkun berjalan bergandingan dengan wanita persis isterinya, sayangnya wanita yang dipimpin tangannya itu tidak memakain pakaian sunnah Ummul Mukminin tapi sama sahaja macam pakaian kebanyakan perempuan yang dijumpa merata-rata zaman sekarang ni. Kini aku belajar untuk selalu berbaik sangka. Dan aku berdoa agar Allah uruskan karkun sejati untuk anak-anak perempuanku.
~ tentang cara wanita berpakaian zaman mutakhir ini, aku pun pernah terjebak. Mahu kelihatan muda dan ranggi. Mahu kelihatan sama dengan gadis-gadis. Tak mahu kalah! Pakaian melambak dijual, pelbagai fesyen dan tidak terlalu mahal. Sama sahaja, semua bangsa boleh pakai. Tak ada sempadan. Fesyen yang berubah-ubah mesti dikejar sedapat-dapatnya. Supaya kita tak dipanggil ketinggalan zaman dan diketawakan. Dan hari ini, setelah aku mula menyarung kain hitam ke badan, aku selalu melihat dengan perasaan hairan. Apa tak herannya, dari belakang aku ingat sedang memandang gadis remaja, tapi bila ia berpaling, rupa-rupanya jauh dari yang disangka. Semuanya slim belaka. Nenek tua pun pakai jeans dan t-shirt dengan gaya santai. Pedih rasanya hati bila satu ketika anak sendiri berkata, "muka macam kertas renyuk, tapi pakaian macam orang muda." Celupar punya mulut, tapi itulah hakikatnya so apa aku nak kata ... Kini aku tanamkan azam banyakkan berdoa bukan sahaja untuk diri sendiri dan kaum keluarga, bahkan untuk sesiapa sahaja yang kutemui, semoga semua seisi alam mendapat hidayat Allah sebelum roh berlepas dari tenggorokan. Kepada Allah kuberserah dan berharap. Ya Allah!

Sunday, June 24, 2012
bukan Firaun
seperti yang pernah aku baca sebelum ini, tetapi bermula dari zaman Namrud. Namrud adalah raja yang zalim di zaman Nabi Ibrahim a.s. manakala Firaun di zaman Nabi Musa a.s. sesudahnya. Begitulah info terkini yang baru sahaja aku jumpa di sini. Ia satu entri yang agak panjang, meringkaskan kontroversi yang melanda dunia dengan isu dajjal laknatullah yang sudah diperingatkan oleh setiap para nabi kepada umat mereka, semenjak nabi Adam a.s. lagi.
Assalaamu’alaikum
w.b.t. dan selamat sejahtera ……. Raja Namrud bin Kan’an bin Kusy bin
Sam bin Nuh amat terkenal di dalam Islam sebagai seorang raja yang
mengaku sebagai tuhan dan menentang ajaran Tauhid Nabi Ibrahim a.s. Dan
Namrud lah orang yang cuba untuk membakar hidup-hidup Nabi Ibrahim a.s
kerana menentangnya dan tidak mengakui bahawa dia adalah tuhan. Kisah
Namrud ini disebut dengan jelas di dalam AlQuran AlKarim.
Dari
catatan-catatan kuno, jumlah kejahatan dan kezalimannya nya amat
banyak, di antaranya, dia mengahwini ibu kandungnya sendiri yang bernamaSemiramis.
Setelah Namrud meninggal dunia, ibu yang merangkap sebagai isteri
tersebut menyebarkan ajaran bahawa Roh Namrud tetap hidup selamanya,
walaupun jasadnya telah mati. Dia membuktikan ajarannya dengan adanya
pohon Evergreen yang tumbuh dari sebatang kayu yang mati, yang
ditafsirkan oleh Semiramis sebagai bukti kehidupan baru bagi Nimrod yang
sudah mati. Untuk mengenang hari kelahirannya, Namrud selalu hadir di
pohon Evergreen ini dan meninggalkan bingkisan yang digantungkan di
ranting-ranting pohon itu. 25 Disember itulah hari kelahiran Namrud. Dan
inilah asal usul pohon Natal yang dirayakan oleh orang-orang Kristian pada Hari Raya Natal / Krismas.
Walaupun
dikatakan bahawa Semiramis ialah seorang perawan ketika melahirkan
Namrud, dia juga kemudiannya melahirkan seorang lagi anak selepas Namrud
mati. Anak itu bernama Tammuz dan dia mengatakan anak itu adalah jelmaan semula Namrud. Tammuz diberi gelaran ‘Orion‘ yang bermaksud ‘benih seorang wanita’.
Semiramis mula dikenali sebagai ‘Ibu perawan’, ‘Ibu suci’ dan ‘Dewi
dari syurga’. Dan bermulalah penyembahan terhadap Semiramis dan anak
tuhan.
Bendera
Australia – Perhatikan ada 6 bintang (bintang yang mempunyai 4 piramid
di dalamnya), 1 bintang besar dan 5 bintang kecil. Dan ada bendera UK
di dalamnya, kerana Australia ialah milik kepada UK.
Bendera Russia (USSR) – Ada sabit dan tukul seolah-olah membentuk serampang 3 mata. Dan ada satu bintang di atasnya.
Bendera
United Kingdom (UK) – Anda mungkin tidak dapat melihat bintang di
dalamnya. Tetapi jika anda berimaginasi, ianya seolah-olah anda melihat
sebuah PIRAMID dari pandangan ATAS. Piramid 3 segi yang mempunyai 4
bucu. Dan cross di tengah dengan ditambah dengan 4 silang lagi itu pun
secara simboliknya seperti sebuah bintang. Dan anda juga dapat melihat
ada banyak segitiga di dalamnya.
Raja Namrud dan kaitannya dengan
“Apakah
kamu tidak memerhatikan orang (Namrud) yang mendebat Ibrahim tentang
Tuhannya (Allah) kerana Allah telah memberikan kepada orang itu
pemerintahan (kekuasaan). Ketika Ibrahim mengatakan: “Tuhanku ialah yang
menghidupkan dan mematikan”. Orang itu berkata: “Aku dapat menghidupkan
dan mematikan”. Ibrahim berkata: “Sesungguhnya Allah menerbitkan
matahari dari timur, maka terbitkanlah dia dari barat,” lalu hairan
terdiamlah orang kafir itu, dan Allah tidak memberi petunjuk kepada
orang-orang yang zalim.” Surah Al baqarah : Ayat 258
Tafsir
Ibnu Katsir ada mentafsir kan ayat tersebut dan menceritakan bahawa
Raja Nimrod / Namrud telah mendatang kan dua orang pesalah, seorang
dilepaskan dan seorang lagi dijatuhkan hukuman mati. Itulah maksudnya
bahawa dia boleh menghidupkan dan mematikan orang, lantas Ibrahim
mencabarnya agar dia menerbitkan matahari dari barat. Maka terdiamlah
dia kerana tidak dapat melakukan sedemikian.
Sehinggalah
diringkaskan cerita kemudian hari Nabi Ibrahim telah memecahkan
berhala-berhala mereka dan itu dimarahi oleh Namrud dan dia
memerintahkan orang menangkap Ibrahim dan membakarnya hidup-hidup.
Tetapi Allah S.w.t telah menyelamatkan Ibrahim a.s dari api yang panas
bersemarak itu.
“Mereka
berkata: “Bakarlah dia dan bantulah tuhan-tuhan kamu, jika kamu
benar-benar hendak bertindak”. Kami (Allah) berfirman: “Hai api menjadi
dinginlah, dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim”, mereka hendak
berbuat makar terhadap Ibrahim, maka Kami menjadikan mereka orang-orang
yang paling merugi.” Surah Al Anbiyaa’ : Ayat 68 – 70
Dan
dikatakan lagi di dalam Tafsir Ibnu Katsir, Mujahid mengatakan bahawa
raja yang menguasai belah timur dan barat dunia ada empat orang. Dua
orang darinya adalah mukmin dan dua orang lagi kafir. Raja yang mukmin
ialah Nabi Sulaiman bin Daud dan ZulQarnain. Sedangkan raja yang kafir
itu ialah Namrud dan Bukhtanasar.
.
Kaitan Namrud dengan Illuminati
Subhanallah,
penyebutan sedikit kisah Namrud di dalam AlQuran rupa-rupanya ada
kaitan hingga ke zaman moden ini. Selain dari kisah yang berkaitan
dengan perjuangan Nabi Ibrahim a.s, juga berkaitan dengan keinginan
Namrud ingin menguasai dunia yang kini agendanya itu diteruskan oleh
cucu-cicit keturunannya yang sekarang ini berselindung di sebalik namaIlluminati.
Nama
‘Nimrod’ dalam bahasa Hebrew (Ibrani) berasal dari kata “Marad” yang
bererti “membangkang atau murtad” . Dan adalah bahasa Ibrani serumpun
dengan bahasa Arab. Contoh kata ”Marad” di dalam bahasa Arab ialah
”Ridda” yang bermaksud ”murtad”.
Ketahuilah
bahawa manusia pertama di muka bumi ini yang murtad dan musyrik dan
kemudian mengaku sebagai tuhan ialah Namrud. Kerajaan pertama yang
tertubuh di muka bumi ini ialah kerajaan Namrud (2275-1943 SM) di
Babylon (Iraq). Menurut suatu pendapat, Namrud memegang kuasa
pemerintahannya selama 400 tahun. Dia manusia pertama memerintahkan agar
membuat binaan-binaan besar. Dia telah membina kota Babylon yang amat
mahsyur itu, menara Babylon, kota Nineweh dan kota-kota lainnya. Dan
keinginan Namrud ingin menguasai dunia di bawah satu pemerintahannya
itulah yang kini disebut sebagai New World Order.
Melalui
pengaruh dan pemujaannya kepada Namrud, Semiramis dianggap sebagai
‘Ratu Langit’ oleh rakyat Babylon. Dengan berbagai julukan, akhirnya
Namrud dipuja sebagai ‘Anak Suci dari Syurga’. Melalui perjalanan
sejarah dan pergantian generasi dari masa ke masa, dari satu bangsa ke
bangsa lainnya, penyembahan berhala versi Babylon ini berubah menjadi
Messiah Palsu yang berupa dewa Baal, anak dewa Matahari.
Agama itu berpindah ke Mesir selepas kejatuhan kerajaan Babylon. Di sana mereka menyembah Isis dan anaknya Osiris (dikenali juga sebagai Horus). Dewa-dewi itu mempunyai nama dan asal yang sama. Nama Osiris sama makna dengan Orion iaitu ‘benih seorang wanita’.
Kemudiannya
, ajaran penyembahan berhala ibu dan anak itu tersebar ke serata
tempat lain pula. Di Asia bernama Cybele dan Deoius. Dalam agama Pagan
Roma disebut Fortuna dan Jupiter. Bahkan di Yunani, China, Jepun, Tibet
boleh ditemui adat pemujaan terhadap dewi Madonna.
Di
bawah ini merupakan gambar beberapa Goddess / Dewi kuno dan di
antaranya ialah Semiramis iaitu ibu kepada Raja Namrud. Watak-watak ini
telah disadur semuanya dari kisah Semiramis dengan Namrud;
Dan
lihat pula persamaan antara Semiramis dengan Statue of Liberty di
Amerika Syarikat. Dan ketahuilah bahawa Statue of Liberty itu
dihadiahkan oleh Freemason Peranchis kepada Amerika Syarikat sewaktu
perisytiharan kemerdekaan negara Amerika Syarikat sebagai tanda
persahabatan kedua negara tersebut.
Patung
Statue of Liberty itu merupakan lambang kepada Semiramis yang membawa
obor cahaya, yang kononnya obor cahaya itu ialah roh anaknya Namrud yang
sentiasa berada di dunia ini. Statue of Liberty bukan sahaja ada di
Amerika Syarikat, tetapi juga di Perancis, Austria, Germany, Italy,
Japan, China, Brazil and Vietnam. Dan simbol seperti Statue of Liberty
ada dalam logo Columbia Pictures yang mana ianya adalah sebahagian dari Columbia TriStar Motion Picture Group, yang dimiliki oleh Sony Pictures Entertainment.
.
Keturunan Namrud hingga kini
Keturunan
Namrud itu sebenarnya masih berterusan sehingga sekarang. Setelah
banyak dikaji dan diakui sendiri oleh orang-orang yang dikaji itu maka
terbuktilah bahawa salah satu keturunan yang berada di dalam Illuminati
ialah keturunan dari Raja Namrud, dan mereka ialah keturunan Rothschild (Rothschild Bloodline).
Dan keturunan-keturunan lain iaitu Astor, Bundy, Collins, DuPont,
Freeman, Kennedy, Li, Onassi, Rockefeller, Disney, Russell, Van Duyn,
Merovingian (kerabat diraja British) dan Reynolds dalam Illuminati ada
dikatakan berasal dari keturunan Firaun. Maka kerana itulah mereka mahu
menguasai dunia ini di bawah pemerintahan mereka sebagai menyambung
tradisi keluarga-keluarga mereka dahulu.
Perhatikan lah bahawa Children’s TV Workshop yang membuat rancangan seperti Sesame Street juga milik mereka. Dan tidak ketinggalan seperti yang dibicarakan pada topik-topik lalu iaitu Disney yang
membuat pelbagai rancangan kartun terutamanya. Pertubuhan-pertubuhan
seperti ini kerja mereka adalah memBRAINWASH minda kanak-kanak dan
remaja, yang mana cara mereka nampak seperti bagus tetapi ada muslihat
di sebaliknya terutamanya dapat menjauhkan fikiran kanak-kanak dari soal
keTuhanan yang sebenar. Dari kecil lagi kanak-kanak telah disajikan
dengan hiburan yang melalaikan. Sila baca Illuminati dan hiburan
.
Pertubuhan dan negara yang disebut United atau Union adalah di bawah pengaruh mereka
Sila perhatikan kepada negara-negara dan pertubuhan-pertubuhan berikut;
1 – UN – United Nation (PBB – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu)
2 – USA – United States of America
3 – UK – United Kingdom
4 – USSR – Union of Soviet Socialist Republics
5 – UAE – United Arab Emirates , 7 wilayah iaitu Abu Dhabi, Dubai, Ajman, Sharjah, Ras AlKhaimah, Fujairah dan Umm Al Quwain.
6 – UNESCO – United Nations Educational , Scientific and Cultural Organization
Konsep
UNITED ialah menyatukan semua di bawah kuasa mereka. Dan perhatikan
lagi maksud-maksud yang tersirat dari bendera-bendera negara yang
menjadi milik mereka.
Bendera
Amerika Syarikat (USA) – Perhatikan ada 50 bintang (unsur 3 piramid)
dan juga jalurnya ada 13 (13 bloodlines illuminati). Bendera Malaysia
pun dipengaruhi oleh mereka kerana Malaysia dulunya dijajah oleh
British.
Dari
zaman dahulu kala lagi mereka sudah cuba menukar sistem pemerintahan
monarki (beraja) dalam sebuah negara kepada sistem-sistem lain seperti
republik (re PUBLIC) , demokrasi, komunis dan sebagainya. Kerana sistem
monarki mesti taat dan patuh pada seorang raja, manakala sistem lain
ialah kuasa memilih ada pada tangan rakyat. Maka senang mereka menjajah
minda rakyat untuk memilih pemimpin yang sesuai dengan kehendak mereka.
Dan yang paling PENTING, rakyat semakin mudah tidak akan bersatu hati
danberlaku PERPECAHAN sesama sendiri!
.
Namrud disebut juga dalam Perjanjian Lama
Di
dalam kitab Perjanjian Lama juga ada menyebut tentang Namrud / Nimrod.
Tetapi bukan menceritakan tentang kezaliman dan kejahatannya, tetapi
kehebatannya.
Kejadian 10 : 8 Kush memperanakkan Nimrod; dialah yang mula-mula sekali orang yang berkuasa di bumi;
10
: 9 ia seorang pemburu yang gagah perkasa di hadapan TUHAN, sebab itu
dikatakan orang: “Seperti Nimrod, seorang pemburu yang gagah perkasa di
hadapan TUHAN.”
Tentang binaan-binaan yang mereka cuba bina ada disebutkan di dalam bahagian 11 kejadian
Kejadian 11 : 1 Semula, bangsa-bangsa di seluruh dunia hanya mempunyai satu bahasa dan mereka memakai kata-kata yang sama.
11 : 2 Ketika mereka mengembara ke sebelah timur, sampailah mereka di sebuah dataran di Babilonia, lalu menetap di sana.
11
: 3 Mereka berkata seorang kepada yang lain, “Ayo kita membuat batu
bata dan membakarnya sampai keras.” Demikianlah mereka mempunyai batu
bata untuk batu rumah dan ter untuk bahan perekatnya.
11
: 4 Kata mereka, “Mari kita mendirikan kota dengan sebuah menara yang
puncaknya sampai ke langit, supaya kita termasyhur dan tidak tercerai
berai di seluruh bumi.”
11 : 5 Maka turunlah TUHAN untuk melihat kota dan menara yang didirikan oleh manusia.
11
: 6 Lalu Ia berkata, “Mereka ini satu bangsa dengan satu bahasa, dan
ini baru permulaan dari rencana-rencana mereka. Tak lama lagi mereka
akan sanggup melakukan apa saja yang mereka kehendaki.
11 : 7 Sebaiknya Kita turun dan mengacaukan bahasa mereka supaya mereka tidak mengerti lagi satu sama lain.”
11 : 8 Demikianlah TUHAN menceraiberaikan mereka ke seluruh bumi. Lalu berhentilah mereka mendirikan kota itu.
11
: 9 Sebab itu kota itu diberi nama Babel, karena di situ TUHAN
mengacaukan bahasa semua bangsa, dan dari situ mereka diceraiberaikan
oleh TUHAN ke seluruh bumi.
Mereka
mahu membuat batu-bata dan membina binaan besar dan tinggi untuk
mencakar langit. Dan mereka ini lah yang mula dikenali sebagai MASONS, yang pada zaman moden kini disebut sebagai Freemasons. Mereka sememangnya hebat dalam senibina / arkitek.
Dan
cita-cita Namrud pada ketika itu tidak kesampaian, kerana itu lah
keturunannya sampai sekarang mahu merealisasikan juga cita-cita
tersebut. Dan kerana itu lah lukisan piramid pada duit 1 dollar Amerika
Syarikat itu belum siap, dan tinggal satu bucu lagi di atas. Dan mereka
sudah hampir untuk melaksanakan misi mereka.
Tentang
binaan-binaan yang mereka bina dan tujuan pembinaan serta matlamat
mereka mungkin saya akan tulis pada tajuk lain pula nanti, insyaAllah.
.
Babylon baru
Di dalam Perjanjian Baru pada surat Wahyu ada menyebut;
Wahyu 13
: 18 Maka inilah “hikmat”. Biarlah orang yang mengerti, menghitung
bilangan angka binatang itu; kerana itulah bilangan angka manusia.
Adapun jumlahnya itu enam ratus enam puluh enam.
Sistem
pernomboran dan harga Babylon lama ialah sexagesimal, iaitu berasaskan
kepada nombor 6 atau 60. Bandingan 60 sen mereka adalah sama
perkiraannya dengan 1 dollar. Dan sebenarnya kita juga sekarang ada
lagi mengguna pakai sistem pernomboran mereka sebagai contoh perkiraan
masa. 60 saat bersamaan dengan 1 minit, 60 minit bersamaan 1 jam, itu
sebenarnya berasal dari sistem mereka. Dan perkiraan pada bulatan juga
disebut sebagai 360 darjah, iaitu 60 x 6.
Babylon baru (Amerika) sekarang menggunakan sistem centesimal iaitu berasaskan kepada nombor 10. Tetapi apabila kita dekodkan nombor roman (MDCCLXXVI) pada
‘The great Seal’ , ianya mewakili nombor 1776, kita akan mendapati
pertukaran sistem Babylon lama dengan babylon baru. Secara
matematiknya, 1110 dollar Babylon lama adalah sama dengan 666 dollar
Babylon baru iaitu (0.6 x 1110 = 666).
Nombor
1110 dan 666 ini telah secara halusnya dikodkan kepada nombor 1776
(1110 + 666) , iaitu tarikh terjumpanya republik Amerika dan permulaan
Amerika sebagai yang disebut di dalam Bible sebagai ‘Babylon yang hebat’
bersama-sama dengan ‘Agama Misteri’ nya. Dan tahun 1776 inilah
dikenali sebagai tahun lompat bermulanya Hari Isnin sebagai hari
pertama dalam satu minggu (mengikuti kalendar Gregorian).
Dan
ketahuilah bahawa nombor 666 TIDAK ADA KAITAN dengan AlQuran, kerana
jumlah ayat AlQuran bukannya 6,666 ayat seperti yang digembar-gemburkan
dulu. Itu hanyalah satu FITNAH untuk memburukkan AlQuran tetapi sudah
ternyata SALAH. Jumlah sebenarnya setelah dikaji dengan teliti ialah
6,236 ayat.
.
Hari Easter dan kaitannya dengan Semiramis di Babylon
Menurut kepercayaan umat Kristian, Hari Easter merupakan
kepercayaan penganut agama Kristian bahawa Yesus telah dihidupkan
kembali (dibangkitkan) pada hari Ahad itu. Lazimnya ia disambut antara
akhir bulan Mac dan akhir bulan April setiap tahun (awal April hingga
awal Mei bagi penganut Kristian Timur), menurut kitaran bulan.
Sebelum
perayaan Easter, Minggu Suci (Holy Week) disambut oleh mereka dan pada
hari Jumaat sebelum Easter dikenali sebagai Good Friday iaitu hari Yesus
telah disalib. Pada Ahad Palma (Palm Sunday) yang menandakan permulaan
Minggu Suci, setiap penganut akan diberikan daun palma yang telah
diurapi oleh para paderi.
Tetapi
sebenarnya nama Easter itu bukan bermula di situ, tetapi sudah berkait
dari zaman penyembah berhala dulu lagi, terutamanya dengan babylon.
Perhatikan gambar di bawah;
Ishtar
itu adalah juga gelaran kepada Ratu Semiramis, ibu kepada Nimrod kerana
dikatakan dia melahirkan Nimrod tanpa ayah dan dikatakan dia adalah
Dewi dari syurga. Kerana itulah dia digelar ‘Dewi Kesuburan’ atau dalam
bahasa babilonian nya ‘Ishtar’. Maka Easter = Eastre = Ishtar = Ashtaroth = Astarte
.
Kesimpulan
Kisah
tentang Namrud sememangnya masih berlanjutan hingga ke hari ini dengan
diwarisi oleh keturunan-keturunannya. Dan anda dapat lihat dengan jelas
kenapa Amerika Syarikat telah menakluki Iraq (Babylon) tidak lama dulu.
Bukan semata-mata kerana minyak, tetapi ada agenda lain yang menjadi
misi mereka.
“Sejak terciptanya manusia hingga datangnya Hari Kiamat, tidak ada fitnah lebih besar daripada fitnahnya Dajjal” Hadith Riwayat Muslim
“Tidak
akan kiamat dunia ini sehingga ada seorang lelaki daripada keluargaku
yang akan memimpin bangsa Arab, namanya sesuai (serupa) dengan namaku.” Hadis riwayat Abu Dawud
Rasulullah bersabda: “Al-Mahdi berasal dari keturunanku, keturunan dari Fatimah.” Hadis riwayat Abu Dawud
.
Khutbah Rasulullah S.a.w berkenaan Dajjal
Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah
s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda
banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya
tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain
daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh
Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang
terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak
mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang
sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai
pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka
setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga
orang-orang mukmin.
Dajjal
itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Iraq. Dan
mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah,
wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu
ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada
umatnya.
Pada
mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak
ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan.
Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu
mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan
tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu
tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca
atau buta huruf.
Di
antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya
itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas.
Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia
meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah
Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar
Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.
“Di
antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: “Seandainya
aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal
dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?” Orang Arab itu
akan berkata: “Tentu.” Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah
atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama.
Ibu bapanya berkata kepadanya: “Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya
dialah Tuhanmu.” di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni
dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai:
“Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan
kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula.
Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: “Siapa Tuhanmu?” Orang yang dia
bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: “Tuhanku adalah
Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah.” Orang itu bererti lulus
dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di
syurga.”
Kata
Rasulullah s.a.w lagi: “Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit
supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya
mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian
yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan
orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai Tuhan, maka
disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak
menjadi.
“Dajjal
itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk
kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan
turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.
“Tidak
ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal
kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi
oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak
pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke
pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa
bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak
tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan
orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan
hari pembersihan kota Madinah.”
.
Penulisan
berkenaan Illuminati ini akan bersambung lagi selagi hayat saya masih
ada insyaAllah kerana masih terlalu banyak untuk dibongkarkan. Semoga
kita dapat mengambil manfaat darinya , mencegah mana-mana yang tidak
elok, berusaha untuk menguatkan umat Islam dengan bersatu di bawah
Tauhid yang satu, dan sentiasa berdoa kepada Allah agar dilindungi dari
fitnah Dajjal.
Semoga
kita dapat menjadi manusia yang membantu perjuangan Nabi Isa a.s nanti
dan sama-sama menegakkan HUKUM ALLAH kembali di muka bumi yang sudah
banyak tercemar dan ternoda ini.
.
Rujukan:
1 – AlQuran
2 – Tafsir Ibnu Katsir
3 – Tulisan Alexander Hislop
4 – Dajjal dan Simbol Setan – Toto Tasmara
5 – The plain truth about Christmas – H.W. Amstrong
6 – Wikipedia
Subscribe to:
Posts (Atom)
Search This Blog
Blog Archive
Terima kasih :)
utamakan Bahasa Melayu
Pantai Lumut
Pantai Mersing