Raja Namrud dan kaitannya dengan
“Apakah
kamu tidak memerhatikan orang (Namrud) yang mendebat Ibrahim tentang
Tuhannya (Allah) kerana Allah telah memberikan kepada orang itu
pemerintahan (kekuasaan). Ketika Ibrahim mengatakan: “Tuhanku ialah yang
menghidupkan dan mematikan”. Orang itu berkata: “Aku dapat menghidupkan
dan mematikan”. Ibrahim berkata: “Sesungguhnya Allah menerbitkan
matahari dari timur, maka terbitkanlah dia dari barat,” lalu hairan
terdiamlah orang kafir itu, dan Allah tidak memberi petunjuk kepada
orang-orang yang zalim.” Surah Al baqarah : Ayat 258
Tafsir
Ibnu Katsir ada mentafsir kan ayat tersebut dan menceritakan bahawa
Raja Nimrod / Namrud telah mendatang kan dua orang pesalah, seorang
dilepaskan dan seorang lagi dijatuhkan hukuman mati. Itulah maksudnya
bahawa dia boleh menghidupkan dan mematikan orang, lantas Ibrahim
mencabarnya agar dia menerbitkan matahari dari barat. Maka terdiamlah
dia kerana tidak dapat melakukan sedemikian.
Sehinggalah
diringkaskan cerita kemudian hari Nabi Ibrahim telah memecahkan
berhala-berhala mereka dan itu dimarahi oleh Namrud dan dia
memerintahkan orang menangkap Ibrahim dan membakarnya hidup-hidup.
Tetapi Allah S.w.t telah menyelamatkan Ibrahim a.s dari api yang panas
bersemarak itu.
“Mereka
berkata: “Bakarlah dia dan bantulah tuhan-tuhan kamu, jika kamu
benar-benar hendak bertindak”. Kami (Allah) berfirman: “Hai api menjadi
dinginlah, dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim”, mereka hendak
berbuat makar terhadap Ibrahim, maka Kami menjadikan mereka orang-orang
yang paling merugi.” Surah Al Anbiyaa’ : Ayat 68 – 70
Dan
dikatakan lagi di dalam Tafsir Ibnu Katsir, Mujahid mengatakan bahawa
raja yang menguasai belah timur dan barat dunia ada empat orang. Dua
orang darinya adalah mukmin dan dua orang lagi kafir. Raja yang mukmin
ialah Nabi Sulaiman bin Daud dan ZulQarnain. Sedangkan raja yang kafir
itu ialah Namrud dan Bukhtanasar.
.
Kaitan Namrud dengan Illuminati
Subhanallah,
penyebutan sedikit kisah Namrud di dalam AlQuran rupa-rupanya ada
kaitan hingga ke zaman moden ini. Selain dari kisah yang berkaitan
dengan perjuangan Nabi Ibrahim a.s, juga berkaitan dengan keinginan
Namrud ingin menguasai dunia yang kini agendanya itu diteruskan oleh
cucu-cicit keturunannya yang sekarang ini berselindung di sebalik namaIlluminati.
Nama
‘Nimrod’ dalam bahasa Hebrew (Ibrani) berasal dari kata “Marad” yang
bererti “membangkang atau murtad” . Dan adalah bahasa Ibrani serumpun
dengan bahasa Arab. Contoh kata ”Marad” di dalam bahasa Arab ialah
”Ridda” yang bermaksud ”murtad”.
Ketahuilah
bahawa manusia pertama di muka bumi ini yang murtad dan musyrik dan
kemudian mengaku sebagai tuhan ialah Namrud. Kerajaan pertama yang
tertubuh di muka bumi ini ialah kerajaan Namrud (2275-1943 SM) di
Babylon (Iraq). Menurut suatu pendapat, Namrud memegang kuasa
pemerintahannya selama 400 tahun. Dia manusia pertama memerintahkan agar
membuat binaan-binaan besar. Dia telah membina kota Babylon yang amat
mahsyur itu, menara Babylon, kota Nineweh dan kota-kota lainnya. Dan
keinginan Namrud ingin menguasai dunia di bawah satu pemerintahannya
itulah yang kini disebut sebagai New World Order.
Melalui
pengaruh dan pemujaannya kepada Namrud, Semiramis dianggap sebagai
‘Ratu Langit’ oleh rakyat Babylon. Dengan berbagai julukan, akhirnya
Namrud dipuja sebagai ‘Anak Suci dari Syurga’. Melalui perjalanan
sejarah dan pergantian generasi dari masa ke masa, dari satu bangsa ke
bangsa lainnya, penyembahan berhala versi Babylon ini berubah menjadi
Messiah Palsu yang berupa dewa Baal, anak dewa Matahari.
Agama itu berpindah ke Mesir selepas kejatuhan kerajaan Babylon. Di sana mereka menyembah Isis dan anaknya Osiris (dikenali juga sebagai Horus). Dewa-dewi itu mempunyai nama dan asal yang sama. Nama Osiris sama makna dengan Orion iaitu ‘benih seorang wanita’.
Kemudiannya
, ajaran penyembahan berhala ibu dan anak itu tersebar ke serata
tempat lain pula. Di Asia bernama Cybele dan Deoius. Dalam agama Pagan
Roma disebut Fortuna dan Jupiter. Bahkan di Yunani, China, Jepun, Tibet
boleh ditemui adat pemujaan terhadap dewi Madonna.
Di
bawah ini merupakan gambar beberapa Goddess / Dewi kuno dan di
antaranya ialah Semiramis iaitu ibu kepada Raja Namrud. Watak-watak ini
telah disadur semuanya dari kisah Semiramis dengan Namrud;
Dan
lihat pula persamaan antara Semiramis dengan Statue of Liberty di
Amerika Syarikat. Dan ketahuilah bahawa Statue of Liberty itu
dihadiahkan oleh Freemason Peranchis kepada Amerika Syarikat sewaktu
perisytiharan kemerdekaan negara Amerika Syarikat sebagai tanda
persahabatan kedua negara tersebut.
Patung
Statue of Liberty itu merupakan lambang kepada Semiramis yang membawa
obor cahaya, yang kononnya obor cahaya itu ialah roh anaknya Namrud yang
sentiasa berada di dunia ini. Statue of Liberty bukan sahaja ada di
Amerika Syarikat, tetapi juga di Perancis, Austria, Germany, Italy,
Japan, China, Brazil and Vietnam. Dan simbol seperti Statue of Liberty
ada dalam logo Columbia Pictures yang mana ianya adalah sebahagian dari Columbia TriStar Motion Picture Group, yang dimiliki oleh Sony Pictures Entertainment.
.
Keturunan Namrud hingga kini
Keturunan
Namrud itu sebenarnya masih berterusan sehingga sekarang. Setelah
banyak dikaji dan diakui sendiri oleh orang-orang yang dikaji itu maka
terbuktilah bahawa salah satu keturunan yang berada di dalam Illuminati
ialah keturunan dari Raja Namrud, dan mereka ialah keturunan Rothschild (Rothschild Bloodline).
Dan keturunan-keturunan lain iaitu Astor, Bundy, Collins, DuPont,
Freeman, Kennedy, Li, Onassi, Rockefeller, Disney, Russell, Van Duyn,
Merovingian (kerabat diraja British) dan Reynolds dalam Illuminati ada
dikatakan berasal dari keturunan Firaun. Maka kerana itulah mereka mahu
menguasai dunia ini di bawah pemerintahan mereka sebagai menyambung
tradisi keluarga-keluarga mereka dahulu.
Perhatikan lah bahawa Children’s TV Workshop yang membuat rancangan seperti Sesame Street juga milik mereka. Dan tidak ketinggalan seperti yang dibicarakan pada topik-topik lalu iaitu Disney yang
membuat pelbagai rancangan kartun terutamanya. Pertubuhan-pertubuhan
seperti ini kerja mereka adalah memBRAINWASH minda kanak-kanak dan
remaja, yang mana cara mereka nampak seperti bagus tetapi ada muslihat
di sebaliknya terutamanya dapat menjauhkan fikiran kanak-kanak dari soal
keTuhanan yang sebenar. Dari kecil lagi kanak-kanak telah disajikan
dengan hiburan yang melalaikan. Sila baca Illuminati dan hiburan
.
Pertubuhan dan negara yang disebut United atau Union adalah di bawah pengaruh mereka
Sila perhatikan kepada negara-negara dan pertubuhan-pertubuhan berikut;
1 – UN – United Nation (PBB – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu)
2 – USA – United States of America
3 – UK – United Kingdom
4 – USSR – Union of Soviet Socialist Republics
5 – UAE – United Arab Emirates , 7 wilayah iaitu Abu Dhabi, Dubai, Ajman, Sharjah, Ras AlKhaimah, Fujairah dan Umm Al Quwain.
6 – UNESCO – United Nations Educational , Scientific and Cultural Organization
Konsep
UNITED ialah menyatukan semua di bawah kuasa mereka. Dan perhatikan
lagi maksud-maksud yang tersirat dari bendera-bendera negara yang
menjadi milik mereka.
Bendera
Amerika Syarikat (USA) – Perhatikan ada 50 bintang (unsur 3 piramid)
dan juga jalurnya ada 13 (13 bloodlines illuminati). Bendera Malaysia
pun dipengaruhi oleh mereka kerana Malaysia dulunya dijajah oleh
British.
Dari
zaman dahulu kala lagi mereka sudah cuba menukar sistem pemerintahan
monarki (beraja) dalam sebuah negara kepada sistem-sistem lain seperti
republik (re PUBLIC) , demokrasi, komunis dan sebagainya. Kerana sistem
monarki mesti taat dan patuh pada seorang raja, manakala sistem lain
ialah kuasa memilih ada pada tangan rakyat. Maka senang mereka menjajah
minda rakyat untuk memilih pemimpin yang sesuai dengan kehendak mereka.
Dan yang paling PENTING, rakyat semakin mudah tidak akan bersatu hati
danberlaku PERPECAHAN sesama sendiri!
.
Namrud disebut juga dalam Perjanjian Lama
Di
dalam kitab Perjanjian Lama juga ada menyebut tentang Namrud / Nimrod.
Tetapi bukan menceritakan tentang kezaliman dan kejahatannya, tetapi
kehebatannya.
Kejadian 10 : 8 Kush memperanakkan Nimrod; dialah yang mula-mula sekali orang yang berkuasa di bumi;
10
: 9 ia seorang pemburu yang gagah perkasa di hadapan TUHAN, sebab itu
dikatakan orang: “Seperti Nimrod, seorang pemburu yang gagah perkasa di
hadapan TUHAN.”
Tentang binaan-binaan yang mereka cuba bina ada disebutkan di dalam bahagian 11 kejadian
Kejadian 11 : 1 Semula, bangsa-bangsa di seluruh dunia hanya mempunyai satu bahasa dan mereka memakai kata-kata yang sama.
11 : 2 Ketika mereka mengembara ke sebelah timur, sampailah mereka di sebuah dataran di Babilonia, lalu menetap di sana.
11
: 3 Mereka berkata seorang kepada yang lain, “Ayo kita membuat batu
bata dan membakarnya sampai keras.” Demikianlah mereka mempunyai batu
bata untuk batu rumah dan ter untuk bahan perekatnya.
11
: 4 Kata mereka, “Mari kita mendirikan kota dengan sebuah menara yang
puncaknya sampai ke langit, supaya kita termasyhur dan tidak tercerai
berai di seluruh bumi.”
11 : 5 Maka turunlah TUHAN untuk melihat kota dan menara yang didirikan oleh manusia.
11
: 6 Lalu Ia berkata, “Mereka ini satu bangsa dengan satu bahasa, dan
ini baru permulaan dari rencana-rencana mereka. Tak lama lagi mereka
akan sanggup melakukan apa saja yang mereka kehendaki.
11 : 7 Sebaiknya Kita turun dan mengacaukan bahasa mereka supaya mereka tidak mengerti lagi satu sama lain.”
11 : 8 Demikianlah TUHAN menceraiberaikan mereka ke seluruh bumi. Lalu berhentilah mereka mendirikan kota itu.
11
: 9 Sebab itu kota itu diberi nama Babel, karena di situ TUHAN
mengacaukan bahasa semua bangsa, dan dari situ mereka diceraiberaikan
oleh TUHAN ke seluruh bumi.
Mereka
mahu membuat batu-bata dan membina binaan besar dan tinggi untuk
mencakar langit. Dan mereka ini lah yang mula dikenali sebagai MASONS, yang pada zaman moden kini disebut sebagai Freemasons. Mereka sememangnya hebat dalam senibina / arkitek.
Dan
cita-cita Namrud pada ketika itu tidak kesampaian, kerana itu lah
keturunannya sampai sekarang mahu merealisasikan juga cita-cita
tersebut. Dan kerana itu lah lukisan piramid pada duit 1 dollar Amerika
Syarikat itu belum siap, dan tinggal satu bucu lagi di atas. Dan mereka
sudah hampir untuk melaksanakan misi mereka.
Tentang
binaan-binaan yang mereka bina dan tujuan pembinaan serta matlamat
mereka mungkin saya akan tulis pada tajuk lain pula nanti, insyaAllah.
.
Babylon baru
Di dalam Perjanjian Baru pada surat Wahyu ada menyebut;
Wahyu 13
: 18 Maka inilah “hikmat”. Biarlah orang yang mengerti, menghitung
bilangan angka binatang itu; kerana itulah bilangan angka manusia.
Adapun jumlahnya itu enam ratus enam puluh enam.
Sistem
pernomboran dan harga Babylon lama ialah sexagesimal, iaitu berasaskan
kepada nombor 6 atau 60. Bandingan 60 sen mereka adalah sama
perkiraannya dengan 1 dollar. Dan sebenarnya kita juga sekarang ada
lagi mengguna pakai sistem pernomboran mereka sebagai contoh perkiraan
masa. 60 saat bersamaan dengan 1 minit, 60 minit bersamaan 1 jam, itu
sebenarnya berasal dari sistem mereka. Dan perkiraan pada bulatan juga
disebut sebagai 360 darjah, iaitu 60 x 6.
Babylon baru (Amerika) sekarang menggunakan sistem centesimal iaitu berasaskan kepada nombor 10. Tetapi apabila kita dekodkan nombor roman (MDCCLXXVI) pada
‘The great Seal’ , ianya mewakili nombor 1776, kita akan mendapati
pertukaran sistem Babylon lama dengan babylon baru. Secara
matematiknya, 1110 dollar Babylon lama adalah sama dengan 666 dollar
Babylon baru iaitu (0.6 x 1110 = 666).
Nombor
1110 dan 666 ini telah secara halusnya dikodkan kepada nombor 1776
(1110 + 666) , iaitu tarikh terjumpanya republik Amerika dan permulaan
Amerika sebagai yang disebut di dalam Bible sebagai ‘Babylon yang hebat’
bersama-sama dengan ‘Agama Misteri’ nya. Dan tahun 1776 inilah
dikenali sebagai tahun lompat bermulanya Hari Isnin sebagai hari
pertama dalam satu minggu (mengikuti kalendar Gregorian).
Dan
ketahuilah bahawa nombor 666 TIDAK ADA KAITAN dengan AlQuran, kerana
jumlah ayat AlQuran bukannya 6,666 ayat seperti yang digembar-gemburkan
dulu. Itu hanyalah satu FITNAH untuk memburukkan AlQuran tetapi sudah
ternyata SALAH. Jumlah sebenarnya setelah dikaji dengan teliti ialah
6,236 ayat.
.
Hari Easter dan kaitannya dengan Semiramis di Babylon
Menurut kepercayaan umat Kristian, Hari Easter merupakan
kepercayaan penganut agama Kristian bahawa Yesus telah dihidupkan
kembali (dibangkitkan) pada hari Ahad itu. Lazimnya ia disambut antara
akhir bulan Mac dan akhir bulan April setiap tahun (awal April hingga
awal Mei bagi penganut Kristian Timur), menurut kitaran bulan.
Sebelum
perayaan Easter, Minggu Suci (Holy Week) disambut oleh mereka dan pada
hari Jumaat sebelum Easter dikenali sebagai Good Friday iaitu hari Yesus
telah disalib. Pada Ahad Palma (Palm Sunday) yang menandakan permulaan
Minggu Suci, setiap penganut akan diberikan daun palma yang telah
diurapi oleh para paderi.
Tetapi
sebenarnya nama Easter itu bukan bermula di situ, tetapi sudah berkait
dari zaman penyembah berhala dulu lagi, terutamanya dengan babylon.
Perhatikan gambar di bawah;
Ishtar
itu adalah juga gelaran kepada Ratu Semiramis, ibu kepada Nimrod kerana
dikatakan dia melahirkan Nimrod tanpa ayah dan dikatakan dia adalah
Dewi dari syurga. Kerana itulah dia digelar ‘Dewi Kesuburan’ atau dalam
bahasa babilonian nya ‘Ishtar’. Maka Easter = Eastre = Ishtar = Ashtaroth = Astarte
.
Kesimpulan
Kisah
tentang Namrud sememangnya masih berlanjutan hingga ke hari ini dengan
diwarisi oleh keturunan-keturunannya. Dan anda dapat lihat dengan jelas
kenapa Amerika Syarikat telah menakluki Iraq (Babylon) tidak lama dulu.
Bukan semata-mata kerana minyak, tetapi ada agenda lain yang menjadi
misi mereka.
“Sejak terciptanya manusia hingga datangnya Hari Kiamat, tidak ada fitnah lebih besar daripada fitnahnya Dajjal” Hadith Riwayat Muslim
“Tidak
akan kiamat dunia ini sehingga ada seorang lelaki daripada keluargaku
yang akan memimpin bangsa Arab, namanya sesuai (serupa) dengan namaku.” Hadis riwayat Abu Dawud
Rasulullah bersabda: “Al-Mahdi berasal dari keturunanku, keturunan dari Fatimah.” Hadis riwayat Abu Dawud
.
Khutbah Rasulullah S.a.w berkenaan Dajjal
Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah
s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda
banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya
tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain
daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh
Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang
terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak
mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang
sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai
pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka
setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga
orang-orang mukmin.
Dajjal
itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Iraq. Dan
mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah,
wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu
ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada
umatnya.
Pada
mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak
ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan.
Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu
mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan
tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu
tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca
atau buta huruf.
Di
antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya
itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas.
Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia
meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah
Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar
Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.
“Di
antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: “Seandainya
aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal
dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?” Orang Arab itu
akan berkata: “Tentu.” Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah
atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama.
Ibu bapanya berkata kepadanya: “Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya
dialah Tuhanmu.” di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni
dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai:
“Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan
kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula.
Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: “Siapa Tuhanmu?” Orang yang dia
bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: “Tuhanku adalah
Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah.” Orang itu bererti lulus
dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di
syurga.”
Kata
Rasulullah s.a.w lagi: “Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit
supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya
mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian
yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan
orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai Tuhan, maka
disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak
menjadi.
“Dajjal
itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk
kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan
turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.
“Tidak
ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal
kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi
oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak
pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke
pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa
bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak
tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan
orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan
hari pembersihan kota Madinah.”
.
Penulisan
berkenaan Illuminati ini akan bersambung lagi selagi hayat saya masih
ada insyaAllah kerana masih terlalu banyak untuk dibongkarkan. Semoga
kita dapat mengambil manfaat darinya , mencegah mana-mana yang tidak
elok, berusaha untuk menguatkan umat Islam dengan bersatu di bawah
Tauhid yang satu, dan sentiasa berdoa kepada Allah agar dilindungi dari
fitnah Dajjal.
Semoga
kita dapat menjadi manusia yang membantu perjuangan Nabi Isa a.s nanti
dan sama-sama menegakkan HUKUM ALLAH kembali di muka bumi yang sudah
banyak tercemar dan ternoda ini.
.
Rujukan:
1 – AlQuran
2 – Tafsir Ibnu Katsir
3 – Tulisan Alexander Hislop
4 – Dajjal dan Simbol Setan – Toto Tasmara
5 – The plain truth about Christmas – H.W. Amstrong
6 – Wikipedia

No comments:
Post a Comment