Rasa agak lengang apabila sudah deaktive FB. Biarlah apa pun maklumat yang sedang beredar di sana. Apa aku perduli. Buat sementara aku enggan memperdulikan apa-apa.
Cuma ada sesuatu yang sedang diambil peduli. Ada pertanyaan perkenalan di Whats App, alamak. Siang tadi aku tukar pic profile dan memberi tanda bagus di bawah status petikan kata-kata hikmah di sebuah grup. Aku belum bercadang menjawabnya, dan rasanya tidak perlu dijawab. Bukan member yang aktif di kebanyakan grup, cuma pembaca senyap. Itu lebih afdal. Ada grup-grup terpilih yang aku gemar share maklumat. Ya, ada grup untuk supply dan ada grup untuk receive informasi. Ok la tu.
Termenung kadang-kadang. Aku terfikir. Cerita di blog ini sangat mendedahkan siapa aku. Barulah aku faham. Sesiapa yang mengikuti dari awal penulisan blog ini, akan mengenali tentang penulisnya, dengan izin Allah. Proses biasa, penulisan menggambarkan watak dan pemikiran yang menulis. Bagaimana anda menulis, begitulah anda yang dibaca.
Aku? Sangat tidak gemar membaca semula catatan sendiri yang lepas-lepas, tetapi untuk 'berada di dalam kasut orang ... eh ... untuk membaca pandangan orang' aku terpaksa membaca balik. Hmm ... not bad jugak. Ok la tu ... aku suka apa yang aku tulis hehe ... tentang anak-anak. Tentang kehidupan yang ringan. Tiada politik. Tiada prasangka buruk. Mungkin kadang-kadang lucu secara bersahaja. Lagi? Apa-apa je la ...
Hamka Kereta Mayat agak menyakitkan hati tatkala membaca komennya, bahawa orang yang bercerita tentang diri sendiri adalah bodoh. Rupanya bodoh tu kalau engkau bercerita dengan nada mendabik dada sombong dan riak ujub sebagainya.
Elok juga ambil peringatan ni, supaya tak jadi penulis bodoh. Huhh pedas.
***
Malam ni tiba-tiba aku tergerak hati nak buatkan pelajar air milo panas yang sedap. Aku hangatkan kuali dan bakar roti. Kemudian picit loceng tanda 'ada sesuatu' di sini ... sila datang segera. Macam dijangka, mereka menyerbu beramai-ramai. Adoii ...
Semoga Allah sampaikan hajat di hati, aameeen.
Setelah menyuruh mereka balik (ada yang potong kulit buah asam muda, sudah cakap tak baik untuk orang menghafal tapi ambil jua, terutamanya anak Tuan Mudir yang selalu buat muka selamba tu ... sabar je. Siap ambil kicap mi letak gula dan hiris cili, memandai buka freezer ea!!!) dengan muka serius, Hanessa bersalam dan aku mencium pipinya. Tiba-tiba Maisarah menghulurkan pipinya juga. Eh eh, Anis pun sama. Hehe ... saja nak buat anak aku cemburu giler la tu.
"Jangan mare eh!" kata Maisarah gelak-gelak. Selama ni Saudah sahaja yang berani mencium aku. (Sedih, dia dah berhenti ...)
Tiba-tiba Hanessa menyahut, "Tak pe, bakal kakak ipar."
Haih ... tak sudah-sudah, ramainya bakal kakak ipar dia. Dia kembali mendapatkan aku, dan aku cium lagi pipinya. Senang benar hatinya lalu balik melenggang ke madrasah. Syukur, janji jangan karang pergi cubit dua kakak tu sudah la ...
***
Ralit dengan blog sendiri. Agak rasa cool. Buku tulis yang dimintaAfifah yang baru masuk belajar kelmarin sudah aku belikan petang tadi. Selesai hutang janji dengannya. Teringat Intan yang mengadu gatal-gatal badan. Terfikir tentang peranan Ketua Pelajar yang berat untuk dipikul oleh Zakiah. Dia hampir menangis tatkala aku membebel melihat susunan baldi yang lintang-pukang dan sedikit sampah di dalam longkang. Alya yang manis cool je mengutip semuanya, memang tugas dia.
"Tengok Kak Alya, ok je kena marah dengan mama. Kalau orang lain mesti ..." kata Hanessa. Aku fikir kalau dia kena marah pun tak se'cool' Alya.
Alya memang selamba. Walhal baru sebentar dia menolong menyusun air tin dalam freezer. Tiba-tiba aku diberitahu yang belambak ini adalah tugas dia. Huhh!
"Mama, talam tiga tak makan sebab makanan kena makan dengan Mimi. Siap masuk kaki sekali." Zakiah sempat mengadu.
"Ambik yang kena makan tu buang, selebihnya boleh makan." Teringat kisah Aisyah rha yang mencedok bahagian bubur yang dijilat kucing dan dia makan selebihnya.
"Dorang dah tak de selera dah, mama. Lagipun habis dah kena makan dek kucing."
Aku rasa macam nak melenting. "Kucing tu ikut ustazah balik sini. Dorang pulak biar je talam tak berjaga. Ainul."
Ainul lagi. Ada unsur kecuaian. Pelajar ini, anak kepada Tuan Mudir ini, ok saja sebenarnya. Cuma aku fikir mungkin status dia yang istimewa memberi sedikit kesan kurang positif kepada sikap dan cara dia bertindak.
Selesai Maghrib tadi, Amira datang mengambil air minumannya. Aku bertanya, "Sampai bila Zakiah menjadi ketua?"
Dia kerut dahi, "mungkin sampai Sabtu ni."
"Mama nak rekomen kamu je jadi Ketua Pelajar. Zakiah tak boleh. Dia kata dia tak pandai. Tadi pun macam nak menangis je."
Amira tergelak. Dia pernah menjadi ketua tetapi ramai yang tidak berpuas hati, iaitu golongan yang 'harap-bukan-pewaris-sikap-ahli politik-yang-perasan-bagus'. Tetapi tentulah perlantikan tidak dibuat sebarangan. Amira, bukan sebab dia rapat dengan aku atau apa, tetapi aku melihat ada keyakinan dan ketegasan dalam dirinya ketika menjalankan tanggungjawab. Semoga Allah membantunya selalu insyaAllah.
* tak tau macamana story begini yang keluar malam ni ... rasanya nak tulis benda lain asalnya tadi. Hmm ...
Ya Allah, tetapkanlah iman kami dan masukkan kami dalam golongan orang yang bertaqwa, aameeen.
Wassalam.
Apabila hati bersuara, ia adalah bisikan paling halus dari sudut hati yang paling tersembunyi. Tiada sesiapa mengetahui melainkan Allah Taala yang Maha Seni. Lalu hanya kepada Allah aku berserah diri. Ya Allah, kurniakan daku takdir yang baik di dunia ini dan takdir yang baik juga di akhirat nanti. اللهحم امين
Bismillah
Saturday, April 5, 2014
Friday, April 4, 2014
Terinspirasi
oleh video remaja buta yang hafaz al-Quran. Tiba-tiba aku memikirkan. Telah banyak membuang masa dengan alam maya yang melekakan.
Lalu aku membuat keputusan drastik. Aku deactive akaun dengan cadangan akan menjenguknya pada sesekali masa seandainya ada keperluan. InsyaAllah.
Tak perlu rasa terikat dengan apa-apa. Buku yang bakal diterbitkan, grup-grup atau siapa-siapa.
Mati tak tau bila-bila.
Semua sudah ditakdirkan. Rezeki sudah ditentukan. Dunia akan ditinggalkan.
Aku mencintaimu dan aku mahu mengikutimu. Ya Rasulullah.
Allahumma aameeen. InsyaAllah.
4 April 2014, 10.41AM.

Aku duduk dan mula menjamah sarapan pagi ini. Kue teow goreng. Tiba-tiba, 'alamak!' hatiku berkata. Kupandang Zakiah yang sedang berdiri di pintu, dia memandang aku juga.
"Sori, mama lupa nak letak garam." kataku bersahaja.
Zakiah terjerit, terkejut. "Ala mama!!! Napa terlupa?!!!" Dia ketawa, matanya jadi kecil dan dia terlompat-lompat. Tiba-tiba dia menjerit lagi, "Ehh, pulangkan balik kue teow tu, mama nak repair."
Ehh memandai je ea. Sapa pulak cakap nak repair. Aku sudah merendam kuali dengan air. Zakiah terdiam tetapi ketawa semula. "Abih tu camana mama?"
Anis masih sibuk mencuci baju di sinki aku. Cuci baju pun di sinki. Apabila semua paip digunakan, dan air menjadi halus. Sinki aku menjadi mangsa. Alya yang comel termenung di pinggir meja, melihat aku. Dia malas nak sarapan, aku tau. Masing-masing mendekati aku.
"Meh kita rasa, mama." Masing-masing mula menyuap kue teow aku dalam pinggan.
Dah kata tak de garam, tak percaya. Aku bangun. Buka almari dapur dan mencapai sos cili. Aku tuang sos itu ke dalam pinggan dan duduk menyambung suapan yang terhenti.
"Ala mama ... mama ada sos. Kitorang tak de."
Lalu aku hulurkan sos kepada Zakiah. "Pedas ni, jangan letak banyak. Okeh, semua boleh balik."
Bagaimana ya ... Kelmarin aku menggoreng ikan, termasin pulak. Waktu itu Hani yang kepoh menolong aku di dapur. Sudah tiga hari pelajar khidmat taam 'menyebuk' nak menolong aku di dapur. Terdorong dek rasa 'ok juga dorang tolong ...' aku benarkan saja. Natijahnya ... itulah dia. Kelmarin terlebih garam. Hari ini langsung tiada garam!
Teringat tadi, ketika ada yang memuji mama masak mesti sedap, tetapi Hanani yang sibuk nak menolong kacau kuali cepat mencantas, "eh bukan mama la, kita yang masak tau." Iye la tu, ni semua gara-gara sibuk nak menolong la ni.
"Mama, mama ni awat? Mama ... mama ... napa mama? Kenapa???" tanya Hani waktu itu. Dia dan beberapa orang mencubit sedikit daging ikan dan buat muka kerut. Konon la.
Aku berikan senyuman. "Apa apanya? Ok la tu, nanti dimakan dengan nasi putih memang sedap."
Mereka tak berani nak berlebih-lebih.
Selepas ni aku rasa akan kembali kepada cara biasa. Nobody is allowed staying in my kitchen with any reason okeh! Cau cau cau go back n clear up your kitchen over there. Nanti mama datang buat spot check, tak clear siap! Tapi selalunya rutin lepas masak ialah ... di sini hehe. Terlupa mau spot check apa-apa. :P
Walau apa pun, walau rasa nak pergi, kadang-kadang rasa sayang. Maka selagi Allah belum mengizinkan, aku akan terus di sini buat beberapa ketika lagi. InsyaAllah.
Ya Allah, bantulah daku membaiki diri. Kuatkanlah imanku dan janganlah biarkanku walaupun sesaat.
Allahumma aameen. Alhamdulillah.

Wednesday, April 2, 2014
Dia Seorang Pelarian
Tidak ...
dia bukanlah seorang pelarian
yang melarikan diri dari permasalahan.
Aku agak mengenalinya. Semenjak lahir, katanya dia selalu beroleh cinta walaupun dia tidak mengerti apakah maknanya cinta. Namun dia sangat bahagia. Dikasihi dan disayangi dalam keluarga dan di mana saja berada. Kasih sayang membuatkan fikirannya tenang, dadanya lapang dan jiwanya senang. Begitulah ceritanya.
Lalu dia membesar umpama sekuntum bunga mawar terindah yang menjadi idaman banyak sang kumbang. Wajahnya halus dan perangainya tulus. Sehingga perkhabaran tentang dirinya cukuplah membuatkan hati menjadi rawan. Hingga dia beroleh perutusan dari kejauhan, tidak pernah bertemu tidak pernah kan berpisah, dengan hati yang hairan. Begitulah ceritanya.
Hatinya keras tidak mudah terusik. Andai tercalar, disimpan diam-diam. Andai terkena imbasan perasaan, tidak mendatangkan kesan. Hingga satu jeda di usia remaja. Matanya menangkap satu bayangan yang menerbitkan rasa luar biasa di jiwa. Entah mengapa ... Dan begitulah bermula ceritanya umpama Laila, sebuah kisah yang semakin panjang.
Aku pun hairan.
Dia tidak pernah menyenaraikan sebarang permintaan dan harapan. Baginya semua adalah tiba-tiba. Kini dia adalah selautan perasaan yang sungguh dalam dan mengasyikkan. Tidak mungkin termampu insan yang tercebur selamat hingga ke tepian. Pasti akan tenggelam ... tenggelam dalam kemabukan yang melalaikan.
Aku bertambah hairan.
Ketika dia menggapai impian, tiba-tiba dia mendapat kejutan. Bagai baru terjaga dari lena yang terlalu panjang. Dia mencari-cari tetapi tidak menemui. Masakan ada, kerana dia tidak pernah teringat mahu memikirkan. Dia tiada simpanan senarai yang panjang. Dan dia berkali-kali menyesali diri. Sayangnya masa sudah berlalu pergi tidak akan kembali. Yang pasti, adalah keterlaluan menganggap dirinya seperti Asiah yang dizalimi.
Kini aku mula mengerti.
Harus kukhabarkan pada dia. Bahawa itu semua ketentuan Illahi jua. Sebaik pena diletakkan dan dakwat pun kering. Takdir sudah siap untuk dijalani. Bersedialah dan bersabar selalu. Andai dia lautan, pasti ada gelombang. Semoga hatinya pun demikian. Serangkai doa yang tidak pernah diketahuinya, kini direzekikan Allah untuk diucapkan bersama harapan tinggi yang tidak berkesudahan. Bukankah Allah benar-benar Maha Kuasa dan Maha Mengabulkan doa?
Begitulah ceritanya tentang dia.
Kini dia masih di sana. Dia tidak ke mana-mana. Dia bukan seorang pelarian yang tiada arah tujuan. Cuma mungkin hatinya yang selalu mengembara dalam pencarian. Entah apa yang dicarinya ... mungkin permata cinta kepada Penciptanya. Kadangkala dia umpama seorang Zulaikha yang derita. Semoga dia akan memperolehinya, tidak lama lagi, di suatu hari yang kian dekat. Di sini, tiada sesiapa yang dapat menyelami rahsianya. InsyaAllah bahagian yang ditangguhkan pasti menantinya di sana. Di daerah yang lapang dan luas, tiada lagi persoalan dan kekusutan. Tiada lagi rahsia dan ketakutan.
Kudoakan semoga hajat dan hasratnya disampaikan oleh Allah Yang Maha Luas Pemberiannya. Dunia ini luas. Alam cakrawala ini luas dan semakin luas. Alam akhirat itu benar-benar luas. Langit pertama dibandingkan dengan langit kedua, umpama sebutir cincin di tengah padang pasir yang tandus. Demikian tamsilannya sehingga langit yang ketujuh. Tak terbayangkan dek akal dan perasaan yang dimiliki manusia melainkan dengan ilham dariNya jua.
Mengakhiri ini semua, bicara iman di sela masa yang ada untuk meningkatkan iman yang sifatnya di akhir zaman ini pagi dan petang tidak serupa, adalah lebih afdal dilakukan. Ia seperti busur panah yang terlepas dari dada anak Adam di akhir zaman, mafhum hadis nabi SAW. Bagaimana andai Izrael muncul menjemput tatkala iman sedang terlepas dari jiwa? Nauzubillahi minzalik.
Apa yang pasti, mati itu benar. Alam kubur itu benar. Alam akhirat itu benar. Padang Mahsyar itu benar. Syurga itu benar. Neraka itu benar. Allah itu Tuhan sekelian alam yang Maha Pengasih lagi Maha Mengetahui, Maha Penyayang lagi Maha Pemgampun. Dan Rasulullah SAW itu nabi dan rasul terakhir yang menjadi kekasih para kekasihNya.

Tuesday, April 1, 2014
"Mama, nak beli air."
Dia membuka purse merah jambu corak love dan membelek wangnya. Purse lama kakak yang diberikan kepadanya, setelah kakak membeli purse baru ketika ronda-ronda TS kelmarin. Dia tidak lagi memberikan wang kepadaku untuk disimpan. Bergaya, sudah ada wang sendiri! Kuasa wang seolah-olah memberi rasa hebat kepada pemiliknya.
Allah maha kuasa, yang lain tiada kuasa. Allah maha hebat yang selainNya tidak hebat. Jangan percaya kepada kuasa wang. Anakku sudah terpesona dengan kehebatan bayang-bayang wang kertas di dalam dompetnya. Ya Allah selamatkan kami semua dari fitnah dunia akhir zaman ini, aameen.
"Berapa, mama?"
"Satu ringgit dua puluh sen."
Dia termenung membelek lagi wang di dalam dompet. "Tak ada dua puluh sen."
"Tak mengapa, bagi mama dua ringgit, nanti mama pulangkan lapan puluh sen." aku memberitahu sambil tersenyum lebar. Biasanya tolak saja dari akaun. Bagus juga dia memegang duit sendiri, boleh selitkan ilmu pengiraan. Boleh juga dia memahami betapa kecilnya nilai wang Malaysia hari ini nanti, kalau hari-hari membayar kepadaku. Hehe ...
***
"Mama, hutang saya berapa?" tanya Anis. Dia masih belum membayar hutang semenjak awal cuti kelmarin.
"Awak ada duit ke tak?"
"Mama, umi saya bagi tu je. Nanti saya bayar lagi ye." Kasihan juga, tentu dia ada hajat mahu membeli.
Anis mengambil air tin hijau untuk kawannya, Intan. "Hmm rasa macam nak beli jugak la. Tapi ... tak pe la mama."
Aku tersentuh. Orang berhajat jangan dibiarkan. Sampaikan hajatnya semoga dia gembira. Mudah-mudahan Allah menyampaikan hajatku pula. "Hmm ... takpe ambiklah satu Anis. Mama tak kisah."
Tetapi dia enggan. Dia benar-benar enggan. Tak sampai hati, aku lalu bertanya, "Takkan umi kamu bagi itu sahaja?" Aku bukan nak jaga tepi kain orang, tetapi terdetik mahu mengetahui. Mungkin ibunya terlupa mahu meninggalkan wang saku.
Kemudian Anis memberitahu sesuatu. Ohh ... begitu rupanya. Setiap insan diuji dengan sesuatu yang bersesuaian dengan kemampuannya. Tidak lebih tidak kurang. Maka hanya kepada Allah jua tempat mengadu dan tempat merintih. Aku mula diserang simpati.
Anis berlalu pergi. Kini tinggal aku dan si bongsu yang baru siap mandi. Dia membeli air untuk dirinya dan membayar. Macam banyak wang gayanya.
"Mama, nak belikan Anis air?"
"Hmm belikanlah. Seringgit dua puluh sen." Dia selalu tidak teragak-agak membelanja kawan-kawan. Dia juga tidak teragak-agak meminta wang untuk diberikan kepada orang-orang yang kurang bernasib baik yang ditemui di kaki lima. Mewarisi sikapku ketika kanak-kanak dulu. Asuhan arwah abah yang pemurah dan penyayang.
Sebentar dia beredar. Terbayang dalam kepala, reaksi Anis yang mungkin terkejut, semoga gembira dia. InsyaAllah allahumma aameeen.
***
Anak bongsu yang ceria tetapi kadang-kadang sensitif kembali semula. Dia duduk di kerusi memandang aku dengan senyum.
"Mama, dalam buku Masturah diberitahu bau mulut atau tubuh anak-anak adalah sebahagian dari angin syurga." Aku memasang telinga sambil merenungnya.
Dia tersenyum lagi. "Mama, kalau ibubapa keluar rumah disuruh belikan buah tangan untuk anak-anak perempuan, nanti dapat rahmat Allah dan selamat dari siksa neraka. Ada dalam buku Masturah, nanti Baby tunjukkan ye. Buku tu ada kat madrasah."
Aku mula angkat kening. Aku pun ada buku tu, dah naik lunyai macam sudah dibaca 1000 kali walhal lunyainya kerana ditimpa titisan hujan yang jatuh dari siling bocor tanpa disedari. So sad. "Hmm nanti mama belikan buah tangan ye. Petang nanti. InsyaAllah."
Dia tersenyum semakin lebar. Manis sekali rupanya. "Baby nak biskut cheese tu."
Aku pula mengukir senyum. "Ooohhhh dah tau ea ...!"
Dia tergelak-gelak. "Dahhhh ..."
Sesekali menghiburkan anak dengan memenuhi hajatnya memang mendatangkan rasa seronok dan bahagia, walaupun tidak seberapa barangnya.
Gembira bahagia itu satu nikmat perasaan anugerah Allah. Alhamdulillah Allahumma Aameen, segala puji bagi Allah yang Maha Hebat memberi insan nikmat perasaan yang tak boleh dipegang dan dilihat, tetapi boleh dirasai dalam hati. Muncul kesannya pada jiwa. Nampak natijahnya pada paras rupa.

Monday, March 31, 2014
Dua beradik itu sudah kembali. Mereka muncul di hari akhir cuti madrasah, dua hari awal dari madrasah lain, mengembalikan bilangan pelajar yang susut sementara. Hanya Rosana yang masih belum sembuh mungkin sedang dalam rawatan di Kemboja. Hafizoh sudah jelas berhenti ketika dia datang mengambil tilam bantal dan segala barangnya pagi-pagi sebelum pelajar tiba. Kini pelajar genap 20 orang. InsyaAllah semoga mudah diuruskan dengan izin Allah.
Esoknya, setengah jam sebelum kenderaan datang untuk membawa asatizah ke program motivasi, aku terpaksa menggempur mereka yang masih rilek dan santai. Memakai apron coklat gelap, aku muncul bersama wajah tegang. Kugempur semuanya dengan lantang dan garang. Macam selalu, mereka bersahaja dan tenang saja.
"Mama ... cool ma ... cool mama ..."
Bagus, tidak sensitif sangat. Jadi aku tidak perlu berhati-hati benar untuk menunjukkan belang.
"Siapa yang dah ada talam terus makan. Hari ni pengecualian, tak payah tunggu geng biasa. Dah cukup terus makan. Sapa dah makan pergi tunggu van kat depan." Aku semakin belajar bercakap dengan jelas dan teratur. Tak perlu terburu-buru dan kelam-kabut. Yang penting arahan dapat disampaikan dan diterima dengan sempurna. Walaupun ... entahlah ya ... masih ada yang blur. Haihh ...
Hidup adalah proses belajar berterusan. Aku belajar berbicara. Belajar bertenang. Belajar berdiam diri. Belajar berbuat ikut keperluan. Belajar tidak kesah dan berlebih kurang. Belajar memudahkan. Belajar menerima keadaan. InsyaAllah. Masih tidak sempurna dan begitulah selamanya. Kesempurnaan hanya milik Yang Esa. Lalu aku belajar memaafkan orang dan memaafkan kesilapan diri, walaupun ada rasa kesal yang mendalam.
Malam ini adalah malam kedua pelajar bermalam di madrasah. Teringat pertanyaan ibu dua beradik tentang Hani. Aku hanya dapat berharap dan terus berharap. Apa yang telah pernah terjadi tidak akan berulang lagi, insyaAllah. Ustaz yang pernah merawatnya masih bersisa beberapa jam untuk pulang dari umrah. Tentu beliau akan bercuti sehari dua untuk mengembalikan tenaga setelah perjalanan yang jauh. Kepada Allah berserah.

Sunday, March 30, 2014
cuti berakhir
buat Naqib dan puteriku yang kedua. Tugas menanti untuk menghantar mereka pulang dengan arahan suami yang kurang sihat. Setelah bertungkus-lumus memasak untuk asatizah, aku bertungkus-lumus pula mengukus kek pisang beberapa talam untuk asatizah dan buah tangan anak buat kawan-kawan. Dua tandan pisang Kapas yang dimasukkan abah ke dalam kereta kelmarin sudah cantik masaknya, berwarna kuning emas. Andai dibiarkan atau ditinggalkan separuh untuk diselesaikan kemudian, aku agak akan terlalu masak dan kehitaman. Maka semua pisang itu dioperasi untuk campuran kek. Alhamdulillah, sedap rasanya.
Ikram anak-anak yang akan pulang, melainkan Hidayat yang sudah pulang Sabtu semalam (dengan rengekan mahu ulang-alik dan airmata serta wajah duka), kami makan bersama satu talam nasi bersama ayam panggang resepi sendiri. Berulam salad dan kuah ayam panggang, sungguh menyelerakan. Alhamdulillah. Terfikir, di lain kali apabila berkumpul lagi satu keluarga seperti ini, hidangan ayam panggang resepi sendiri seperti ini bakal menjadi juadah utama di tengah meja atau di dalam talam besar. Sedap dan sesuai dengan diet Atkins aku yang masih gagal nak dimulakan ... :P
Meneguk segelas kopi pekat selepas makan. Aku geleng kepala setiap kali ditanya, "Mama ngantuk?" Selalunya memang menguap-nguap ketika memandu. Apatah lagi perlu bersabar mengekori lori-lori di jalan double line sepanjang ke Dengkil. Memandu dengan berhemah selalu memberi cabaran sebenarnya. Namun petang tadi aku harus mengejar masa untuk 'mengembalikan' Naqib ke madrasah tepat pada masanya. Asbab minum kopi tanpa gula dan teruja untuk menjimat masa di jalanan, aku berusaha menyelinap ke depan selaju mungkin sesuai dengan jenis jalan raya yang dilalui. Ia bukanlah lebuh raya. Dan tidak banyak lori untuk diekori. Alhamdulillah.
"Ma, kena sedas ni karang." ujar Naqib di tingkap, ketika kami akan beredar. Aku sekadar senyum di balik niqob. Rotan kerana lewat sampai ke madrasah, selepas semua sudah selesai solat Asar.
"Ok, pergi la serah diri jangan tak pergi. Termasuk hutang rotan hari tu, kena tuntut jugak."
Naqib tersengih mengangguk. "Yela mamaaaa ..."
Ketika semua pelajar menerima rotan di punggung kerana kesalahan memakai t-shirt bergambar, Naqib dikecualikan oleh ustaz. Selamatlah dia buat sementara asbab bisul di punggung haha ... Tetapi apabila sudah sembuh, dia wajib menyerah diri kepada ustaz untuk dilangsaikan hukuman yang tertangguh.
Ketika sedang bercakap, Taufik muncul tiba-tiba. Dia mengangguk, tersenyum manis. Baru aku perasan betapa cair warna matanya yang kecoklatan.
"Haa mana buku Diet Atkins tu?" aku bertanya tetapi seperti kurang didengari. Aku taklah gemuk, err ... cuma aku mahu membaiki struktur diri menjadi lebih baik dan sihat ... oyea! Nak buat apa tipu.
Membaca program ini di grup, macam sulit nak difahamkan. Jangan makan nasi, roti, mi dan segala karbohidrat. Jangan makan buah. Jangan ... jangan ... jangan ... tapi makan sayur hijau. Itu induksi. Apa lagi? Ok, nanti kita baca buku Diet Atkins tu. Kena tunggu Sabtu minggu depan macam kata Taufik. Mungkin parents dia nak datang lagi menghantar apa yang tertinggal.
Tertinggal???
Yep ... Naqib juga tertinggal barang. Satu beg yang semua jubah putih untuk dipakai waktu kelas telah tertinggal di rumah.
"Abih macamana ni mama? Jubah putih elek. Semua kat dalam beg tu. Tadi bla bla bla ... bla bla bla ..." Naqib menceritakan bagaimana dia boleh meninggalkan beg itu dengan selesa di tepi pintu rumah.
"Hmm ... pinjam la jubah Taufik. Jabbar ke ... Amir Hamzah ke ... jubah ustaz Azman ke ... hihihi ..."
Naqib terfikir-fikir. "Ok mama, buku tu hari Sabtu ni. Mama datang hantar beg bila?" Dia tidak pernah memaksa tetapi pertanyaannya selalu memaksa aku berfikir mencari jawapan.
Aku menarik nafas. Pasti ada yang berleter sedikit padaku sekejap lagi ni ... salah akukah? Hmm ...
Beredar meninggalkan madrasah, aku memecut dari arah datang menghala ke Bukit Naga. Puteri mesti masuk pagar sebelum 6.30 petang. Tetapi memang sudah lewat pun tatkala sampai. Aku membeli sedikit barang di MyMaidin dan beratur di belakang empat lelaki Bangladesh yang membeli beras dan bahan dapur. Alahai ...
Mujur pintu belum dikunci asbab ada pelajar baru sampai sedang menurunkan barang di pintu madrasah yang comel.
"Mama ..." serunya manja mengada-ngada, macam selalu bila nak berpisah.
"Iye ... hadiah al-Fatihah banyak-banyak. Tapi ..." aku tak perlu bertanya banyak. InsyaAllah sangat faham apa yang bergelodak. "Mama tak boleh ingat la apa dah jadi. Aduhai ..."
Dia tersenyum manis. Aku menahan tawa. Entahlah ... aku akur, ia adalah satu kecuaian. Tetapi kembali kepada hukum alam. Tiada yang dinamakan 'kebetulan'. Ia sudah siap dijadualkan dan jadual Allah terjadi semalam. Semoga sama-sama dapat mengambil pengajaran. InsyaAllah.
Apabila sudah berkenan, hanya menunggu masa untuk memulakan langkah mencapai hasrat. Kami, kita, kamu, sama-sama akan menunggu waktu andai diizinkan Allah. Andai hati tidak berubah. Andai janji yang tidak bersaksi akan termateri. Hmm ... InsyaAllah Allahumma Aameen.
Alhamdulillah, urusan seminggu bersama anak-anak dan keluarga bertangguh lagi sehingga Syawal nanti, insyaAllah. Dan aku mencari masa untuk bermain aksara di sini. Apakah permainan ini benar-benar jujur dan sebenarnya? Hanya Allah yang Maha Mengetahui segala isi hati.
Aku terfikir untuk block orang pulak. Setelah lima tahun, aku teringat untuk mejenguk menu blocking di FB. Owh, ada beberapa nama yang sudah aku lupa. Dan aku mula unblock mereka bersama keyakinan, akaun mereka sudah tidak wujud lagi. Ternyata benar!
Teringat pula satu nama yang setelah setahun baru aku sedari bahawa dia sudah mem'block' akaunku di FB. Aku tak perduli pun. Atas asbab yang sama, aku yakin lebih ramai yang blocking dia, hanya aku yang tak kisah untuk melakukan hal yang serupa kepadanya.
Dan aku membatalkan niat untuk block friends. Kata-kata mak semasa aku di sekolah rendah dulu terngiang-ngiang kembali. Mak kata, "Biar orang buat kita, jangan kita buat orang." Tak mengapa orang block aku, aku tak akan block orang. Kecuali kes lima tahun lepas, aku rasa tak ada keperluan untuk sengaja block sesiapa selepas itu.
Cuma, kedegilan dalam diri itu kadang-kadang adalah umpama perisai untuk pertahanan dari tersungkur diterpa gelombang kehidupan. Aku pernah terbaca sesuatu yang positif tentang orang degil. Kalau salah, mohon diperbetulkan.
"Orang degil selalu yakin apa yang dilakukannya. Andai dia benar, dia akan meneruskan dan tidak akan dapat ditentang. Andai tersilap catur, pasti tidak segan mengakui kesalahan." (tak perlu percaya).
Hanya Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Benar.
Apa pun, manusia tetap bergelar insan. Makhluk yang lemah dan daif, perlu sentiasa kembali kepada Allah Taala. Apa pun yang melanda, kemaafan dan persefahaman adalah tunggak keharmonian. Iman dan amal menjadi sendi dan mencorak nadi kehidupan.
* andai apa yang dibaca tidak bermakna, usahlah dinista.
* bermain kata-kata dan bahasa, semoga ada jua terpancar sedikit cahaya di antara aksara.
* usah percaya kata-kata manusia, melainkan yang terpimpin olehNya.
mohon maaf selamanya, dari semua.
Allahumma aameen. InsyaAllah. Ketemu lagi.

Saturday, March 29, 2014
Doktor, saya nak inject dengan diorang
"Eh, diorang bukan nurse. Diorang kena belajar baru boleh buat injection." Doktor menarik picagari. Air jernih dalam botol kecil masuk ke dalam jarum yang halus.
"Doktor ajarlah diorang." Macam dah kenal je, tapi baru ni pertama kali datang ke klinik ini.
"Boleh, saya boleh ajar kalau awak mau."
Aku diam dan terfikir. Aku jeling Naqib yang sedang berdiri di belakangku. "Lebih baik doktor ajar anak saya je. Biar dia yang buat."
Doktor mengangkat kepala. Dia memandang anakku yang tersengih kecil. "Boleh kalau dia berani."
Serta-merta aku berdiri dengan senyuman sambil memandang Naqib penuh harap. "Ok, boleh tak Along?"
Dia tersengih, seperti tidak pasti. "Hmm insyaAllah boleh," sahutnya beberapa ketika kemudian.
Doktor menghulurkan picagari kecil kepada Naqib lalu mengarahkan kami ke bilik sebelah yang berdekatan dengan ruang kaunter. "Kamu cucuk tegak ye, macam ni (doktor menunjukkan cara mencucuk). Tekan pelan-pelan je supaya mak kamu tak sakit. Boleh ye? Senang je tu ..." Doktor gelak kecil.
Kami beredar ke bilik yang ditunjukkan. Aku terkial-kial menyingsing lengan blouse ungu bunga hitam yang agak ketat. Pembantu doktor (perempuan) muncul menghulurkan kapas yang sudah basah. Tentu untuk disapu di kulit sebelum jarum dicucuk. Naqib menguja-uja mahu membenamkan jarum halus di lenganku hehe ...
Hanessa dan Hidayat yang keluar masuk bilik sesuka hati leka menimbang badan dan memerhati sekitar bilik. "Eee mama, jangan pandang! Mama pandang tempat lain." Hanessa memberi nasihat tiba-tiba. Memang anak yang prihatin haha ...
Aku tidaklah nervous. Teringat satu ketika dulu teramat kerap jarum yang lebih besar dibenamkan di lenganku untuk mengambil beberapa tiub darah untuk dibawa ke makmal. Cuma memikirkan keberanian yang dimiliki anakku untuk melakukan sesuatu yang tidak pernah dibuat olehnya. Namun aku berkeyakinan dia boleh. InsyaAllah.
"Ok, baca bismillah. Selawat ... selawat ..." aku mengingatkan dia tatkala dia mula mengangkat jarum dan dihalakan ke lengan kananku. Naqib mengangguk-angguk sambil tersenyum. Secepat kilat aku mengalihkan pandangan ke arah lain.
Sekali lagi Hanessa menjerit kecil, "Mama, jangan pandang! Mama, sakit ke mama?"
Hmm ... sungguh halus tusukan jarum sehingga bagai tidak terasa sakitnya. Lama juga menunggu Naqib menyelesaikan tugasnya ... "Cepat sikit la Along." gesa aku tak sabar.
"Eh kak, tak boleh nanti akak sakit nanti." sahut pembantu doktor yang memerhatikan kami. Hmm ... memang tak terasa sakitnya. Tetapi terasa lama menunggu selesainya. Tak mengapalah ... Syukur alhamdulillah, auratku terjaga. Tanpa bimbang sedikitpun andai Naqib tersilap melakukannya.
Kini giliran Naqib pula untuk mengambil suntikan dengan doktor. Dia berdiri saja. Doktor melakukannya dengan pantas sekali. Setelah selesai, doktor kembali duduk dan mencatat sesuatu pada dua keping kad kecil berwarna coklat. Sambil mencatat dia mengajak aku bersembang. Ramah juga doktor ni ... Katanya dah dua kali dia diberi rezeki oleh Allah untuk mengerjakan haji ketika masih bekerja dengan hospital kerajaan. Isu pakej yang tertunda kerana masalah teknikal pada pihak kerajaan Arab Saudi juga diceritakannya.
"Pakej-pakej tu diberikan bantuan dalam bentuk pinjaman jangka panjang oleh kerajaan. Ramai yang pergi tahun ini adalah yang tersangkut pada tahun lepas."
"Jadi yang dah dibayar tu burn la ye doktor?" tanyaku mahukan kepastian.
"Ya, burn la ... Selagi masih under renovation ... macam-macam syarat dikenakan."
Selesai urusan bersama doktor, kami keluar menanti untuk membuat pembayaran di kaunter. Naqib duduk di sebelahku. "Sakit la mama." adunya sambil tersengih-sengih.
Aku ketawa mendengarkan. Ya, laju betul doktor memberi suntikan padanya tadi. Seolah-olah sekelip mata saja. Sedangkan dia sendiri menyuntik aku terasa lama pula. Dan rupa-rupanya benar, dia terasa sakit dan sengal.
Mudah-mudahan ini satu permulaan yang baik. Semoga Allah memberi kami kemudahan demi kemudahan semua urusan mulai hari ini sehingga kami pulang semula ke tanahair nanti. InsyaAllah. Teringat ketika aku bertanya status halal ubat yang digunakan kepada doktor tadi.
"JAKIM kata halal, halal la ...Tapi mana ada dari Malaysia. Semuanya dari oversea. Kebanyakannya dari Switzerland." katanya gelak kecil. Aku dah minta suami berhati-hati tentang ubat yang digunakan untuk suntikan.
Ada pakej yang menawarkan surat pengesahan tanpa perlu suntikan. "Mana ada ubat yang halal, tak banyak sikit mesti ada yang haram tu." Begitulah kata yang disampaikan.
Teringat pula ketika bertanya kepada suami, selepas dia memberitahuku doktor ini mengabarkan ada ubat yang halal untuk diambil. "Sungguh ke halal ubat tu?"
"Ya doktor kata ada ubat yang halal, tapi mahal, kena order." Tak kisah kalau mahal, janji halal.
Aku menulis tanpa membuat selidikan. Maka yang ada ialah harapan. Semoga yang halal benar-benar halal untuk mengalir bersama darah di sekujur tubuhku.
Kepada Allah berserah. Allahumma aameeen.

Monday, March 24, 2014
Sunyi pula. Pelajar sudah pulang semuanya. Di tempat mereka selalu bermain, ada baldi sebiji, besen merah yang terlentang menadah langit. Ada berus toilet (arghh). Ada selipar entah siapa. Dan tangki hitam yang ternganga menjadi tempat mereka mandi-manda pada hujung minggu sebelum air mula dicatu.
Setakat dua hari, belum ada sesiapa yang menghantar berita bertanya khabar melalui Whatsapp. Sibuk barangkali. Aku pun sibuk pula. Meladeni dua puteri hingga ke Alam Sentral, Shah Alam. Dan serik mahu ke sana sendirian begini lagi. Setengah jam masa terbuang gara-gara masing-masing tiada yang teringat mahu merekod nombor kawasan tempat parkir. Tambah nazak apabila lupa pula jalan mana diambil untuk ke tempat parkir. Hasilnya kami pilih lift yang salah, dan keluar di kawasan yang salah. Aduii ...
"Ok ok ... jangan panik. Istighfar! Istighfar! Ya Allah, tolonglah kami jumpa balik kereta kami ni ..." Semoga ketenanganku menjadi ikutan yang baik di saat mereka kecemasan.
Muncul di tingkat berbeza yang memang tak sama dengan tempat parkir kereta tadi. Aku hairan betul.
"Takkan kereta kita dah bertukar jadi BMW pulak eh ..."melihat kereta mewah di 'tempat' sepatutnya Kancil berada.
Saja melawak yang kurang lawak, melihat Hanessa yang kepenatan diheret turun naik tangga.
"Kaki krem la ...." masing-masing mengeluh tatkala muncul di kawasan parkir yang lengang.
"Masuk balik, bahaya macam ni. Ya Allah ... kenapa la tak ada sesapa teringat nak ingat nombor tempat parking tadi ..." Nak merungut lebih memang tidak afdal. Usah merungut langsung sepatutnya.
Aku terus beri semangat kepada anak-anak yang semakin penat. "Lain kali nak datang lagi ke?" sekadar menduga.
Geleng kepala nak tak nak je.
"Inilah kali terakhir, melainkan semua ada. Mama dah tak larat macam ni. Buang masa sungguh." aku jawab semula. "Doa la ... kita nak solat lagi ni. Kita pergi masjid semula ya."
Angguk lemah.
Turun di setiap tingkat parkir, kali ini menggunakan lif. Orang pun dah tak padat. Tak ada kereta kami di mana-mana. Puashati, kami turun semula ke groundfloor. Masing-masing cuba mengecam semula lebih teliti. Doa dan terus berdoa. Harap dan terus berharap.
Akhirnya terpandang papan tanda lif yang lain, iaitu lif yang sepatutnya kami gunakan. Alhamdulillah syukur, akhirnya bertemu juga dengan kereta Kancil merah. Belum bertukar jadi kereta lain rupanya. Masih Kancil juga.
Menghenyak punggung di tempat duduk, rasa hilang segala beban. Kini mesti menuju masjid biru untuk solat Asar. Berehat sebentar dan pulang ke rumah. Singgah beli nasi kerabu untuk yang sudah keroncong perutnya.
Hari ini, wang kertas mengalir seperti air ... kata anakku.
Alhamdulillah, rezeki dari Allah. 'Pulang' nanti tak bawa duit masuk keranda. Mati bila-bila masa tak tau bila. Sudah bersiap ke??? Wallahu'alam.
* kurang ampuh mood nak menulis ...

Wednesday, March 19, 2014
Sungguh aneh
dan menakjubkan pekerjaan Allah Taala. Tak dapat akal mencapai dengan sewenang-wenang. Perlu duduk tafakkur dan merenung dalam-dalam, jauh-jauh dan merayau sekitar cakrawala. Andai Allah izin, pasti ketemu sedikit dari hikmah yang disediakanNya.
Andai Allah tidak izin, bisa jadi nanar gila. Hilang kuasa perasaan, sesat dalam fikiran. Na'uzubillahiminzalik.
Meliputi segalanya, adalah kasih-sayang Allah kepada makhlukNya. Selagi matahari masih terbit di timur, keampunanNya seluas langit dan bumi tiada had batasan.
Mengembara bersamaNya, dalam pimpinanNya. Itulah asbab keselamatan dan keberkatan.
TakdirNya usah dipertikaikan. Ketika bara fitnah semakin jauh percikan, mula menyambar wajah dan perasaan. Dan kesedihan datang bertimpa-timpa. Ya Allah, benar-benar Kau jadikan dunia ini tempat ujian. Tempat airmata dan kehancuran jiwa. Lalu Kau hidupkan dengan harapan dan impian yang dirahsiakan.
Ya Allah, perjalanan hidup anak Adam adalah suatu pengembaraan yang benar-benar luar biasa Kau ciptakan.
Telah Kau suratkan pada diri, namun natijahnya adalah Kau sendiri.
Yang Maha Kuasa, tidak memerlukan apa-apa. Hatta asbab hanyalah ujian juga.
Maka, kutitipkan padaMu akan ia. Aku tak kuat daya menjaganya. Pasti ia akan selamat dalam pemeliharaan Maha Pencipta. Astagfirullah Allahumma aameen. InsyaAllah.
* Allah sebaik-baik Penjaga dan Pemelihara. Allah sebaik-baik Pelindung dan Pemerhati. Allah sebaik-baik Pencinta dan benar-benar Mengerti. Allah segala-gala yang Maha Terpuji.
* Syeikh Maulana Zubair al-khandahlawi rah b Maulana In'amul hasan rah al-khandahlawi meninggal dunia 11 pagi tadi...Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.Allahumma ajurni fi musibati wa akhlifli hoiron minha.

Monday, March 17, 2014
Laila itu amat perahsia
Sanah helwah buat anakanda Amirah berdua. Semoga hidup kalian sentiasa dalam bahagia berpanjangan, menjadi pilihan Tuhan sebagai asbab hidayat seluruh alam iaitu daieyahNya yang terpelihara. Semoga DIA menyembunyikan keaibanmu dan menggantikan keburukan dengan kebaikan, mengangkat darjatmu di sisiNYA dan menjadikanmu benar-benar Ratu di Syurga. Segala doa dan harapan yang tertinggi, terbaik dan terindah buat kalian sehingga akhir hayat, hingga ke akhirat. Allahumma aameeen, insyaAllah, alhamdulillah. Semoga dimakbulkan Allah yang Maha Pengasih dan Maha Pengasihani.
Laila sangat kuat menyimpan rahsia hati. Biar dia menderita makan hati daripada mencurahkan rahsia yang tersembunyi. Aku terfikir-fikir, berapa lama agaknya kisah Laila Majnun ini sebenarnya?
Majnun; dari hari pertemuan pertama memandang Laila sehingga hari matinya di atas pusara Laila. Tidak ada dinyatakan tempohnya. Semuanya berkisar perjalanan hidup Majnun yang nanar perasaan membawa diri ke tengah padang pasir tandus dan gua-gua bertemankan haiwan-haiwan liar.
Seribu tahun lampau, andaikata demikian, tempoh waktu masih panjang untuk sehari semalam. Yang pasti tentu bukan setahun atau dua tahun. Mungkin lima tahun? (siapa tau angkat tangan!).
Jadi ia adalah satu kisah yang panjang. Dipersembahkan di dalam sebuah cerita dengan menumpukan kepada Majnun dan perasaannya. Watak Laila hanya muncul sedikit sahaja untuk melengkapkan jalan cerita. Tidak banyak tetapi masih mengesankan.
Aku harus merakamkan catatan Epilog novel ini untuk ingatan. Bahawa sanya cinta itu adalah menuju Tuhan.
Nizami Ganjavi adalah seorang sufi yang berasal dari Persia. Menurut sufi penyair ini, cinta Majnun terhadap Laila adalah metafora cinta Majnun terhadap Tuhan. Artinya, dengan mencintai Laila, Majnun sebenarnya sedang mencintai Tuhan. Melalui cintanya terhadap Laila, Majnun benar-benar menghilangkan egonya hingga sampai ke tingkatan peniadaan diri sehingga ia tidak memandang dirinya dan diri kekasihnya sebagai kesatuan yang terpisah, tetapi sebagai satu kesatuan yang utuh. Dengan kata lain, kisah ini adalah sebuah alegori perjalanan sufi untuk sampai kepada Tuhan.
Sebagai akhir cerita, ada seorang sufi bermimpi melihat Majnun berada di samping Tuhan, dan Tuhan membelai-belai kepala Majnun dengan penuh kecintaan dan kasih sayang. Majnun disuruh duduk di samping Tuhan kemudian Tuhan berkata kepada Majnun, "Tidakkah engkau malu memanggil Aku dengan Laila setelah kau teguk anggur cintaKu?" Sufi itu terbangun dalam keadaan cemas. Ia sudah melihat posisi Majnun. Lalu di manakah posisi Laila? Tuhan kemudian mengilhamkan ke dalam hatinya, bahwa posisi Laila lebih tinggi lagi kerana Laila menyembunyikan kisah cintanya dalam hatinya. Kaum sufi menganggap Majnun dan Laila adalah kisah kecintaan seorang pencinta dengan Tuhannya, Kekasihnya. Majnun adalah pencinta, sementara laila adalah Tuhan yang kecintaaannya tersembunyi.
(Hujan turun, alhamdulillah.)
Bahagian cinta untuk alam dunia hanya 1 persen berbanding cinta di syurga. Yang satu persen inilah yang berada di dalam hati para ibu yang mencintai anaknya. Satu persen inilah cinta yang diangkat oleh Majnun dengan jiwanya hingga musnah dirinya.
Cinta tidak semestinya akan bersatu. Zaman mutakhir ini, cinta diperjuangkan habis-habisan sehingga anak-anak gadis sanggup menghilangkan diri dari keluarga untuk mencapai hasrat cinta yang membara. Sedangkan Laila, ketika ada peluang untuk bertemu, dia hanya berdiri memandang dari kejauhan.
Laila melihat Majnun berada tepat di depannya, namun ia berhenti sebelum langkah kakinya sampai pada pohon palem di mana kekasihnya itu sedang duduk. Seluruh tubuhnya gementar dan seolah-olah badannya telah tertanam di tempat itu. Tidak lebih dari dua puluh langkah memisahkan dirinya dari kekasihnya, tapi seakan-akan seorang penyihir telah menggambar sebuah lingkaran gaib di sekeliling tubuhnya hingga ia tidak bisa melangkah lebih jauh lagi.
Si orang tua, yang kini telah berhasil menyusulnya, menarik tangannya seakan-akan hendak menuntunnya ke depan. Laila berkata dengan sopan, "Tuan yang mulia, cukup sampai di sini, jangan lebih dekat lagi. Bahkan sekarang aku bagaikan lilin yang terbakar, selangkah lebih dekat kepada api maka aku akan terbakar hidup-hidup. Karena kedekatan dapat membawa malapetaka. Bagi para pencinta, keselamatan hanya ada dalam perpisahan.
"Memang benar kedekatan adalah berkah, namun itu adalah setetes madu yang menutupi racun. Mengapa aku harus meminta lebih? Bahkan Majnun, sang Pangeran Cinta, tidak meminta lebih. Pergilah kepadanya! Pergilah kepadanya dan minta padanya untuk melantunkan beberapa bait syairnya untukku. Biarkan dia menyenandungkan cinta, aku akan menjadi telinganya. Biar dia menjadi pembawa cawan, aku akan menjadi peminum anggurnya."
Jadi, cinta tidak semestinya kesampaian. Ia tidak semesti diluahkan dan dikongsikan. Ia adalah perasaan dalaman. Hanya dua hati yang bercinta dapat merasai getaran. Dan cinta yang terindah adalah cinta kerana Illahi; mencintai sang pencinta Illahi. Agar menyintai sang pencinta dapat membawa kepada menyintai Illahi.
Cinta yang paling luarbiasa adalah cinta Pencipta kepada makhlukNya. Hanya DIA yang dapat menceritakannya dan mengetahui tentangnya. Cinta selainnya hanyalah serpihan-serpihan dari cintaNYA.
Cinta kepada selainNYA; cinta bukan kepada pencintaNYA adalah hampa dan kecewa. Cinta manusia dan harta, semua akan lebur binasa. Cinta yang tidak beroleh redhaNYA, tidak memberi bahagia. Cinta dua saat cuma, antara azan dan iqamah. Terbatas hanya ketika masih bernyawa. Hilang nyawa lenyaplah cinta. Susut harta benda, susutlah jua cinta. Menginjak usia tua, cinta juga menjadi renta. Malangnya jiwa.

semoga jumpa lagi, Saudah.
Mereka pakat menangis. Aku berasa geram. Talam dihadap dengan pandangan kosong. 'Apa ni?' bisik hatiku.
Tadi Amira, pelajar yang sangat baik denganku sehingga menimbulkan kecemburuan tak dijangka dari pelajar lain (yang tak reti nak buat baik tapi reti cemburu semata) mengabarkan, "Mama, dorang nangis. Tak nak makan.."
Geram. Aku atur langkah lebar-lebar ke rumah bercat merah muda itu. Kenapa makanan sudah dihidang tapi tak dijamah? Kenapa pakat meleleh air mata pula? Inilah namanya kerana pulut santan binasa, kerana mulut tubuh merana.
Sampai di ruang makan, sahih beberapa talam dibiarkan tak bersentuh. Masing-masing terpaku memandang nasi. Ada yang merah mata, merah hidung, merah muka. Tetapi ada juga yang selamba menyuap, hanya dua tiga orang sahaja.
Perasan ada kuasa veto, aku berkata, "Mama tak nak tengok ada yang tak makan. Sila makan sekarang. Mama kira sampai tiga." (Itu pun mau kira hehehe ... gertak je. Lepas tiga bukan nak buat apa pun ...)
Masing-masing yang tadi buat muka pink, mata pink, hidung pink mendekati talam dan mula menyuap. Suara tangisan masih ada. Aik ... dari mana? Tapi tak mengapa, hold dulu.
"Lain kali ingat. Bila nak bercakap, fikir dulu. Dah fikir baik-baik, baru bercakap. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna. Nasi dah jadi bubur." Kadang-kadang tak perlu bercakap berjela-jela, sikit sahaja sudah memadai tapi mendalam maknanya. Cuma, ntah faham ntah tidak, biarlah Allah yang bagi faham.
Dalam pada aku bercakap, ada je yang nak menyampuk. "Shhh!!! bagi mama cakap dulu. Kamu diam." Teringat satu ketika dulu, dulu sangat, aku pun kuat menyampuk hmm ... Anis yang serak basah dan lantang suaranya terdiam.
Berpusing mahu keluar dari pintu dapur madrasah, aku terpandang seseorang sedang menangis di celah tilam di bilik A. Langkah terhenti. Di atas lantai ada timbunan kain. Separuh sudah tersusun separuh lagi masih belum dilipat. Seseorang terselit di tepi tilam terbaring dan ada suara tangisan.
"Ni pasal pulak ni?" tanyaku kepada ketua pelajar yang muncul tiba-tiba.
"Tak pe ma, saya tengah lipat kain. Dia ... err ... kata nak bunuh diri, dia menyesal." jawab ketua pelajar jujur.
'Mengarut betul!' desis hati.
Aku diam. Sambil melangkah pulang, dalam kepala muncul bermacam-macam. Kasihan Saudah. Semoga kita berjumpa lagi nanti. Gara-gara aduan segelintir kawan-kawan yang kadang-kadang seolah-olah membesarkan perkara yang kecil, kamu harus beredar dari sini. Semalamnya aku sempat 'mencuri' Saudah dari rumah kakaknya, untuk menemani aku membeli barang di pasaraya. Saudah menceritakan segala-galanya sehingga aku faham. Ternyata dia sangat tabah dan kuat semangat. Aku berikan kata-kata sokongan dan harapan yang baik untuknya.
"Kamu teruskan belajar bersungguh-sungguh. Semoga kamu berjaya, lebih berjaya dari mereka. Tapi janganlah berdendam atau rasa kesal. Tentu ada hikmahnya ini semua."
Selepas ini tentu sesekali aku akan rasa rindu padanya. Terbayang lesung pipit kecil di sudut dagunya tatkala tersenyum. Dia satu-satunya pelajar yang berani mencium pipiku setiap kali bersalaman untuk tidur malam tanpa memperdulikan jelingan cemburu Nurhanessa. Dan dia juga yang paling rapat denganku selain Amira, dengan caranya yang tersendiri.
Allah sahaja yang Maha Mengetahui segala hikmah tersembunyi. Aku dengar khabar dia akan menjadi peneman umminya sepanjang abuya keluar khuruj 4 bulan negara jauh. Dalam hati berangan-angan mahu memberi kejutan dengan kunjungan mengejut untuknya pada cuti minggu depan. InsyaAllah.
Ya Allah, berilah kebaikan dari sisiMu untuk mereka semua. Pilihlah mereka menjadi daieyahMu sehingga hari Kiamat. Baikilah mereka dan gantikanlah keburukan mereka dengan kebaikan dari sisiMu. Ampunilah kami semua ya Allah.
Allahumma aameeen.

Thursday, March 13, 2014
Masih terheran-heran
Terdesak untuk menghabiskan bacaan ini. Aku bukan pembaca yang terbaik. Tak mampu menyelami perasaan Laila mahupun Majnun hingga ke sudut hati mereka yang paling menghibakan. Aku hanya mengerti keadaan mereka. Airmata masih belum mampu menitis sendiri.
Semakin lama semakin lara. Aku mula terpesona dengan perumpaan yang diungkapkan.
Antara yang agak mudah, "Di taman, daun-daun berguguran seperti air mata. Bunga-bunga telah menanggalkan gaun musim panas mereka yang berwarna-warni lalu mengenakan jubah gelap musim gugur. Warna putih bunga melati telah kehilangan kesegarannya. Mawar menggugurkan helai-helai daun bunganya seakan-akan meratapi berakhirnya musim panas. Bunga narsis mengucapkan selamat tinggal pada teman-temannya dan bersiap untuk berangkat.
Bagaikan para nelayan yang ketakutan akan sebuah badai yang tengah mendekat, pohon-pohon melemparkan buah-buahan muatan mereka ke luar kapal. Para tukang kebun kemudian akan memunguti buah beri, apel dan anggur itu untuk bekal mereka menghadapi musim dingin yang segera datang. Sungai dan danau melepaskan kehangatan mereka, sementara rerumputan merelakan kemilau zamrudnya untuk menguning dan memucat.
Sementara daun-daun di taman layu perlahan-lahan, Laila pun tidak jauh berbeda; musim seminya telah berakhir, berubah menjadi musim dingin akibat jari beku takdir, oleh sentuhan dingin kesengsaraan hidup yang sangat berat. Api kehidupan yang pernah menyala cemerlang di dalam dirinya kini tidak lebih dari sebuah kerlip api yang kecil, dipermainkan oleh angin, yang dapat padam sewaktu-waktu. Dari sebuah purnama yang dulu bersinar-sinar, hanya sebuah bulan sabit pucat yang kini tersisa. Dari pohon cemara yang dulu berdiri mengah, kini hanya sebuah bayangan lemah yang dapat terlihat. Laila adalah bunga yang telah kehilangan kesegaran dan gugur daun-daunnya, bahkan Laila bukanlah Laila lagi."
Tak tahu. Mungkin kerana perumpamaan yang halus. Mungkin kehebatan cinta yang dipertahankan kesuciannya. Mungkin penderitaan yang dipersembahkan hingga maut menjemput. Mungkin juga kegilaan luar biasa yang menyelubungi jiwa Majnun. Mungkin keindahan wajah Laila yang dianugerahkan Allah begitu memukau.
"Sudah sekian lama ia mengejar gadis itu. Namun sekarang, ketika harta itu telah berada dalam genggamannya, kunci menuju peti itu menolaknya. Penasihat kepercayaan Ibnu Salam menasihati dirinya untuk bersabar dan menunggu ... dan berharap. Ibnu Salam mencoba sedapat mungkin untuk menyenangkan Laila dan mencari tahu mengapa istrinya menolak untuk membahagiakan dirinya, tapi semuanya sia-sia. Tidak ada yang dapat dibaca dari mata istri tercintanya selain air mata, dan setiap malam Ibnu Salam selalu terjaga dan kesepian.
Ibnu Salam telah menjadi begitu putus asa hingga ia akhirnya berpikir untuk melakukannya dengan paksaan. Lagi pula, tanyanya kepada dirinya sendiri, bukankah dia adalah istriku? Bukankah itu adalah hakku? Siapa tahu mungkin hal inilah yang diharapkannya? Kemudian berhentilah ia untuk mencoba mendapatkan Laila dengan lemah lembut, dan mengambil tindakan yang lebih memaksa. Tapi ia gagal lagi. Dalam usahanya untuk memetik sang buah, tangannya malah tergores oleh duri. Dalam ketergesaannya untuk menikmati rasa manis buah itu, satu-satunya hal yang ia dapat rasakan ternyata lebih pahit daripada kayu kina. Karena begitu ia menjulurkan tangannya untuk menyentuh Laila, gadis itu akan membenamkan giginya pada tangannya dan mencakar wajahnya sampai mereka berdua bersimbah darah Ibnu Salam.
"Aku bersumpah, demi Tuhan, jika kau mencobanya sekali lagi," Laila menjerit, "kau akan menyesalinya seumur hidup! Aku telah berjanji kepada Penciptaku bahawa aku tidak akan menyerah kepada keinginanmu. Kau bisa menyembelih leherku dengan pedangmu kalau kau mau, tapi kau tidak bisa mendapatkanku dengan paksaan!"
* masih terheran-heran. Kisah cinta klasik yang tak pudar dek masa.
*inilah barangkali yang selalu ditekankan oleh Sifu. Menyelami hingga ke dasar hati dan jiwa. Hingga Laila dan Majnun itu hidup bernyawa dalam perasaan.
*bagaimana dapat menyelaminya ... perlu diulang baca ke?
*tapi ada satu novel yang tak sengaja aku baca sekitar 3 tahun lalu, yang sempat mencuit rasa dukacita dan simpati kepada wataknya. (tentulah bukan kisah cinta adam dan hawa).
* muak dengan kisah cinta walaupun seingat aku hanya 1-2 novel yang pernah aku baca tentang cinta. Aku pun hairan, kenapa? Hmm novel kisah cinta pasaran hari ni ... entah apa-apa.
*** Permata Hitam, tajuk novel dewasa pertama, agaknya. InsyaAllah.***

Wednesday, March 12, 2014
semoga dengan asbab
berkat doa Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid ini, berakhirlah penantian seluruh negara menjelang esok. InsyaAllah.
Terasa hati-hati bersatu yakin untuk tunduk kusyuk memanjatkan harapan dan doa buat mereka.
Dan fenomena 'orang Tabligh' semakin ketara.
Ini semua bukan kerja manusia tetapi kerja Allah.
Ini semua bukan kebetulan tetapi sudah ditetapkan oleh Allah.
Dan insiden-insiden yang berlawanan dengan fenomena yang sedang melanda, semoga dapat membuka mata dan minda kita. Mana yang benar dan mana yang lagho.
Wahai, petunjuk Allah itu jelas. Dan hidayah Allah itu bukan calang-calang bahkan amat mahal harganya.
Semoga kita semua menjadi golongan yang beruntung dunia dan akhirat.
* Rasa cinta yang mendalam kepada negaraku mekar tiba-tiba, asbab orang-orang solehnya. Allahu.

Tuesday, March 11, 2014
Allah menghiburkan
tatkala fikiran terasa sendat dan padat dengan bayangan pesawat MH370. Allah menghiburkan tatkala fikiran buntu menghabisi helaian demi helaian Laila Majnun. Allah menghiburkan tatkala fikiran terasa beku akan manuskrip yang mahu diselesaikan.
"Mama, ni apa?" tanya Alya yang manis. Dia menarik bibir merah delima dan menunjukkan sesuatu yang bulat berwarna keputihan di sudut tepi.
"Ohh itu upas atau mata ikan. Pedih eh?" Aku sedang mengacau air gula bersama biji sagu di dalam periuk di atas tungku dapur. InsyaAllah setelah bertangguh satu malam, mereka akan menikmati sedikit pengat pisang malam ini.
Alya menganggukkan kepala yang dibaluti telekung putih.
"Aaa ambik garam gosok kat situ."
Beberapa orang kawannya turut mengiyakan sambil berkongsi pengalaman masing-masing. Alya menggeleng dan mula nak melarikan diri keluar dari dapur. "Nanti pedihhh!" katanya sayup.
"Kejar Alya, sapukan garam halus kat bibir dia." aku menahan tawa.
Beberapa orang mula mengacah-acah mahu mengejar. "Dah sapu?"
An Nur mengangguk mengah, "Dia tengah sapu sendiri."
"Kak, ada keluar ke mana-mana tak nanti?" tanya ustazah bersandar di birai pintu dengan muka lesu. InsyaAllah akan bersalin bakal daie ketiga pada bulan Mei ini. Suaminya sedang khuruj 2 bulan.
"Napa?"
Tiba-tiba matanya terpandang dua pelajar masih santai-santai di meja makan. "Tu tunggu apa tu? Napa tak balik lagi?" tanyanya agak tegas.
Ainul Mardhiah dan Adriana memuncungkan bibir. "Tunggu mama. Kita nak beli."
"Ntah, ada rahsia nak bagitau." jawabku leweh. "Hmm tak pe la, nak citer apa?" aku mendesak sambil mengacau air gula.
"Ala kita pun rahsia jugak." Lhoo aku terlopong seketika. Masing-masing ada rahsia rupanya.
"Hmm takpe nanti kita wassap wassap la ea ..." sambutku sambil buat gaya sedang menekan-nekan hp. Ustazah berlalu pergi.
Ainatul Mardhiah disuruh balik selesai urusan. Tinggal Adriana yang sudah mohon izin dari ustazah untuk berjumpa mama.
Dan buat seketika aku duduk mendengar hikayat darinya.
Inilah hiburan yang diberi Allah.
Ketika terasa wajah tegang untuk tersenyum, aku bahkan tertawa melihat telatah mereka.
Ketika terasa hati beku untuk bermesra, aku ralit melayan kerenah mereka.
Ketika jiwa terasa lesu untuk bercanda, aku terbuai dengan gelak-tawa mereka.
Namun ini semua hanya sementara. Dan ini semua hanya di sini. Tidak kekal dan tidak berulang di mana-mana.
Ini semua hanya di sini sahaja.
Dan aku bukanlah insan istimewa. Istimewanya aku hanya di sini sahaja, sementara semata.
Di luar sana aku adalah manusia biasa yang kosong tidak punya apa-apa.
Bahkan aku adalah kerdil hina dan berdosa.
Sampai bila aku akan berada di sini agaknya?
Biarlah Allah yang memasukkan aku ke sini, yang akan mengeluarkan aku dari sini. Aku bebas dalam kehendakNya. Aku redho pada ketentuanNya.
Ya Allah, pimpinlah aku jangan biarkanku walau sesaat pun jua. Allahumma aameen.

Rahsia Mata Hati
entah kenapa aku suka menulis tajuk ini begini.
Hanya sebenarnya aku mahu bercerita tentang kata-kata hati atau bicara hati atau 'instict' atau gerak hati atau ... apa sahaja kamu nyatakan mungkin lebih tepat.
Selalunya begini.
Apabila hati berkata, aku membiarkannya sahaja namun masih memerhatikan tanda-tanda yang tiba.
Apabila sesuatu itu berlaku, aku juga membiarkannya sahaja namun kadang-kadang aku tertanya-tanya, mengapa hatiku sempat berbisik-bisik bahawa ... demikian demikian ... sebelumnya.
Dan selalunya aku membiarkan ia berlalu begitu sahaja.
Apa yang aku yakini, tiada istilah 'kebetulan' dalam hidup ini. Walaupun dalam hampir segenap kehidupan harian, hampir sering dipasangkan dengan istilah 'kebetulan' apabila sesuatu dan sesuatu itu berlaku bersesuaian keadaannya. Inilah situasi yang selalu disogokkan di dalam kehidupan aku.
Kini aku sudah mula pandai menangkisnya. Kataku, "Tiada istilah kebetulan. Semuanya sudah ditentukan Tuhan. Sejak pena diletakkan dan dakwat pun kering." (bahasa agak tinggi).
"Heh, mana ada kebetulan. Allah dah set siap-siap dah. Korang ni asik kebetulan je."
Tapi kepada orang tua, aku (yang juga sedang menjadi tua) agak terkedu. Dalam suara lemah dan nada rendah, aku hanya dapat berbisik.
Maka, ketika aku sedang melangkah dalam perjalanan yang kian singkat. Tiba-tiba aku terkesima. Dan hatiku berkata, 'kamu sedang diduga lagi untuk sekian kali.'
Ya, sesungguhnya dugaan hidup tidak pernah berhenti menerpa manusia. Manusia akan terus diterpa dan ditujah ujian demi ujian, dugaan demi dugaan, keadaan demi keadaan yang menuntut akal waras yang dihiasi ilmu dan iman untuk terus melangkah di atas jalan yang lurus.
Namun kadang-kadang masih hati ingin membiarkan diri terlena. Walhal di sebalik hembusan angin wangi dari gunung harapan, adalah gelora asap neraka yang sedang menjulang-julang mahu membelit diri dengan lidah api yang maha hitam, mengerikan lagi menyakitkan.
Seperkara, ujian tidak pernah sama. Andai ia serupa, mungkin kau mudah menanggapinya. Hidup adalah milik Allah. Jiwa adalah milik Allah. Alam ruh, alam rahim, alam fana, alam baqa' dan alam akhirat, semuanya amat menakjubkan. Dan aku tenggelam dalam ketakjuban padaMu Tuhan. Engkau berbuat sekehendakMu dan aku berada dalam genggamanMu. Sebarkan hidayatMu serata alam, ya Allah. Semoga dapat kami meniti jalan yang lurus itu. Jalan yang benar menuju redhoMu ya Illahi.
* cukuplah maut sebagai peringatan. Selamat tinggal, semoga pertemuan di Padang Mahsyar adalah pertemuan tanpa hutang dan dapat bernaung di bawah rahmat Illahi, di ketika tiada naungan dan matahari sejengkal di atas ubun. Allahu.
* ilmu yang benar adalah cahaya walau dari siapa pun ia. Semua dengan izin Allah jua.

Monday, March 10, 2014
Airmata Laila
Ketika aku melihat seorang Qais meratap berdoa merintih di pintu Kaabah. Dia memohon merayu meminta agar Tuhan membiarkan dia di dalam cintanya. Benarkan dia menjadi hamba cinta.
Kemudian aku menatap derita seorang Laila yang indah rupawan menyembunyikan segala rahsia rindu dendam di dalam dadanya. Betapa seorang ibu yang mampu menyelami nurani puterinya; seorang bapa yang memikirkan dirinya begitu pengasih demi kesinambungan kehidupan puteri berlangsung atas nama maruah dan kehormatan kabilah.
Tersingkap dalam fikiran tentang kisah cinta terindah dari Qalamullah abadi. Seorang nabi Allah bernama Yusuf a.s. yang terakam kisahnya menyelusuri zaman. Tidak rekaan bukan nukilan dari perasaan sebarangan insan.
Puteri Zulaikha, seorang puteri jelita yang ditakdirkan Allah menemukan wajah bakal suaminya di dalam lena.
Bagaimana pula dengan ceritera seorang Khalifah yang kehilangan akalnya, tatkala menyedari perempuan pujaannya kembali ke pelukan Illahi kerana tercekik butiran anggur. Meratap dia menghiba-hiba. merenung jasad yang mula hancur dan mengatakan itulah wajah yang paling indah pernah ditatapnya. Hingga akhirnya hilang total kewarasannya.
Benarkah, rasa cinta membuat insan hilang upaya fikirnya?
* Ingat mati, hilang selera kepada dunia. Sebab tu hari-hari sepatutnya bercakap yang boleh meningkatkan iman dan taqwa kepada Allah. Menyebut kebesaran Allah. Kecilkan dunia dalam hati. Sama-sama kita. InsyaAllah. Allahumma aameeen.

Sunday, March 9, 2014
Jaga AgamaNya, Dia akan jaga kita
Sembang-sembang akhirat yang santai; tiba-tiba meleraikan kemelut yang bergema-gema memekakkan telinga fikirku.
Ketika seseorang membuka topik CARI MENANTU ...
Ketika seseorang telah berpakat dengan 'bakal besan' tanpa pengetahuan anak-anak yang masih terlalu mentah.
Ketika seorang teman bertegas mempertahankan pendiriannya; apabila sampai masa dan ketika ia akan jadi sepertimana yang Allah kehendaki. Jaga agama Allah, Allah akan jaga kita. Ini janji Allah. Dan Allah tiada sifat mungkir janji apatah lagi menzalimi.
Aku dengan segera mempelajari dan cuba mengambil hikmahnya.
Benar lagi sahih. Jaga agama Allah, maka pasti dan pasti Allah akan jaga kita. Dan lagi, Allah yang Maha Menepati Janji tidak pernah memungkiri janjiNya. Dan pasti Allah tidak akan menzalimi, hanya manusia yang selalu bersikap zalim kepada dirinya sendiri.
Maka, tiba-tiba kemelut yang membelit mata hati dan mata fikirku bagai lerai begitu sahaja.
Azam yang berkobar-kobar juga tiba-tiba bagai sirna. Umpama malam yang dijenguk matahari. Lenyap segala kegelapan. Yang ada kini hanyalah terangnya siang bagai nur yang menyuluh hati.
Alhamdulillah syukur dan segala puji buatMu Ya Allah. Sungguh apabila Engkau kehendaki kefahaman itu tiba, ia datang tanpa disangka. Kini Engkau berilah iman yakin yang teguh kukuh lagi utuh di dalam hatiku yang mudah rapuh, agar ia menjadi sekeras butir intan yang paling keras. InsyaAllah.
aku melihat tanpa mata
aku mendengar tanpa telinga
aku mengerti dengan hati
apa yang direzekikanMu untukku fahami.
selainnya
aku tidak peduli
kerana ia bukan urusanku lagi
biarkan sahaja
ia berlalu pergi.
* tak tahu bagaimana mahu menukilkannya. Azam baru disemai pula ...
InsyaAllah. Allahumma aameeen.

Tuesday, March 4, 2014
Qadho Solat Fardhu
Aku masih terkesima tentang hal ini.
Ya, kita wajib qadho semua solat fardhu yang telah ditinggalkan, semenjak usia baligh hingga ... hingga bila kita yakin telah menunaikan solat fardhu dengan istiqamah.
Susah dan memeningkan.
Bila terakhir aku solat penuh agaknya? Aduhh!
Bila solat pertama aku ya? Mana ingat!
Tetapi qadho solat itu WAJIB juga ditunaikan. Dan aku 'merayau' mencari jawapan dan aku mahukan jawapan yang kukuh untuk dipegang. Untuk tidak menjadi seperti helai-helai lalang yang bergerak mengikut arah angin. Al maklum zaman mutakhir ini, ada ramai tuan guru-tuan guru dengan pelbagai pegangan, termasuk ustaz google untuk menambahkan kepeningan dan kekeliruan.
Akhirnya aku beroleh keyakinan yang mantap. Cuma ada sikit-sikit sahaja yang perlu dijelaskan lagi.
Hasilnya, WAJIB QADHO SOLAT FARDHU YANG TELAH DITINGGALKAN. Ini adalah untuk kes SOLAT FARDHU SEJAK AKHIL BALIGH bukan kes tertinggal solat masa terkini akibat tertidur ke, terlupa ke, atau segala jenis ter ... termasuk sengaja melewatkan solat sehingga habis waktu.
Maka aku terkesima lagi mengetahui kesungguhan beberapa insan yang sedang membenamkan perasaan mereka untuk menunaikan solat-solat sunat yang penuh dengan fadhilat dan ganjaran pahala yang besar yang dijanjikan Allah.
Ada yang sudah 6 tahun masih meneruskan solat qadho beliau.
Ada yang sangat praktikal menyiapkan jadual solat qadho setahun untuk 5 tahun.
Dan aku ajukan kemusykilan. "Jadi tak dapat la nak buat solat tahajjud, hajat, istikharoh, syukur semua tu? Solat hari raya jugak?"
Tak tau mesti bertanya, kan.
Jawapannya, "Benar. Lakukan solat qadho di waktu-waktu itu. Semasa solat dhuha buat solat qadho. Semasa solat tahajjud buat solat qadho. Saya belum habis mengqadho solat sejak 6 tahun. Masa terawih pun saya buat solat qadho."
Nah, memang terkesima aku. Terkejut kagum.
"Pahala tahajjud tu ada bahkan berlipat kali ganda lagi Allah bagi sebab kita menunaikan solat yang wajib. Tahajjud tu sunat. Dhuha tu sunat. Kita dah tunaikan apa yang Allah suruh buat paling utama. Lenguh tangan saya menaip." (ada adjustment sikit ayat-ayat tu ...)
Semoga Allah bagi faham.
Solat fardhu mesti diqadho dari usia baligh sampai umur kita yakin kita dah solat penuh.
Tidak boleh menunaikan solat sunat lain selagi belum habis menunaikan solat qadho ini. Semua solat sunat ini digantikan dengan solat qadho. Kecuali solat jenazah kerana ia bukan solat sunat. Semasa solat hari raya pun diganti dengan solat qadho contohnya solat qadho Subuh.
Solat qadho dan minta la hajat apa yang dihajatkan. Dan solat qadho ini boleh dibuat bila-bila masa tak termasuk waktu haram solat. Waktu haram solat tu adalah untuk solat sunat sahaja. Makanya tak boleh solat sunat selagi solat qadho tu tak selesai (qadho tu wajib).
Contohnya, Orang lelaki pergi masjid pakai serban tapi tak pakai baju dan seluar. Hukumnya haram.
Sejuta solat tahajjud tak boleh menandingi pahala satu solat fardhu. Bangun tahajjud tapi buat solat qadho, dapat pahala tahajjud dan lebih besar dari itu.
Makna 'ganti' solat sunat dengan solat fardhu ialah di waktu solat sunat tu niat qadho solat fardhu.
* Terima kasih kepada Abi & Ibnu Batoota. Ada beberapa pendapat lagi yang diperolehi tetapi aku rasa yang ada ni lebih afdal dikongsikan. Semoga dapat mengambil kebaikan. Ringkas saja. Untuk lebih mendalam boleh rujuk maulana-maulana di Sri Petaling, cadanganku kepada anda. Allah bagi faham. Ringkas tapi kalau tak faham, pun tak guna. Begitu detail tapi kalau tak faham pun tak guna. Kalau faham tapi tak mau buat pun tak guna. Semoga Allah beri kita faham. Ini semua sekadar sedikit perkongsian. Mohon hidayat dari Allah untuk melakukannya. Termasuk diri aku juga. :'(

Monday, March 3, 2014
jiranku yang terbaik
Satu ketika, aku mengangkat tangan berdoa. Satu ketika, aku mengalirkan airmata dan bertanya, "Ya Allah, ke mana kan Kau hantar aku nanti? Ke daerah mana dan ke pondok mana? Siapa jiran-jiranku nanti, ya Allah? Bagaimana mereka terhadapku ya Allah? Berikanlah aku jiran yang terbaik, ya Allah."
Di sana waktu itu, jiran-jiranku adalah yang baik. Manis muka, akhlak mulia. Mengambil berat dan prihatin selalu.
Nanti ke mana akan aku pergi?
***
Menjelang saat akan keluar dari penginapan itu, yang kini sudah bertukar tangan, aku masih ragu-ragu. Ada tugas bakal menanti. Aku tak pasti, mampukah aku menanganinya. Namun Allah sudah takdirkan aku akan berada di sini.
Saat demi saat.
Hari demi hari.
Minggu demi minggu.
Di sini aku berada tika ini. Dan mereka adalah jiran-jiranku. Tatkala memandang mereka, aku mengingatiMU ya Allah. Tatkala berbicara dengan mereka juga aku mengingatiMU ya Allah. Apa yang mereka perbuat, semuanya untuk redhoMU ya Allah.
Alhamdulillah syukur dan segala puji buatMU Ya Allah.
***
Kebelakangan ini aku agak keras. Hasilnya, "Mama, mama period ke?"
"Apasal pulak?" Pertanyaan yang janggal. Tak pernah ditanya begini.
"Tak de la, mama tak senyum." Lantas aku ukir senyum lebar-lebar. Tapi, sebenarnya separuh hati sahaja.
Jiran-jiran yang comel dan manja. Mereka bertanya dengan tulus dan telus. Tapi, tak senyum pun mereka macam biasa juga. Macam selalu. Kecoh dan agak gedik. Arghh!
***
"Mama, mama period lagi ke?" Aku ditanya lagi selepas beberapa hari.
Walhal mereka dah melihat aku dalam telekung sebelumnya. Sibuk dan sangat prihatin, kan. "Mana ada. Mama kan dah solat." Jawab aku garang. "Nape?"
"Tak de la. Mama tak senyum."
Aduhhh ...
***
Perkara sebenarnya ialah, aku enggan melayan mereka berlebih-lebihan. Firasatku mengatakan, kalau dilayan hampir semuanya akan menyelit di dapur hangat ini. Tak percaya? Sudah terjadi pun sebelum ni, sampai kena kira "SATU! DUA!! TIIIIIIIGAAAAAA!!! Balik sekarang!!!!"
Hehe itu time aku sangat sporting.
Time aku sangat tak sporting, "Mama kata semua balik sekarang." Dengan nada yang rendah dan muka yang sangat serius. :P
Dan mereka akan balik sambil, "ala mama nih!"
Hmm ... mereka adalah jiran-jiranku sekarang. Jiran-jiran yang terbaik yang aku pinta dalam tangisan dulu. Segala puji bagi Allah, mengurniakan jiran-jiran yang berhati bersih tanpa dosa. Umpama kain-kain putih yang belum berwarna.
Ya Allah, jadikanlah diriku dan keluargaku pula sebagai jiran yang terbaik untuk mereka. Selagi hayat dikandung badan. Selagi khidmat masih diperlukan. Selagi Allah masih mengizinkan aku di sini.
Allahumma aameen. Alhamdulillah syukur ya Allah.
* Apa yang tersedik di hati biar disimpan sampai mati.
* Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.
* Alang-alang mandi biar basah.
* Alang-alang sudah melangkah, biar aku berlari.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Search This Blog
Blog Archive
Terima kasih :)
utamakan Bahasa Melayu
Pantai Lumut
Pantai Mersing