Satu ketika, aku mengangkat tangan berdoa. Satu ketika, aku mengalirkan airmata dan bertanya, "Ya Allah, ke mana kan Kau hantar aku nanti? Ke daerah mana dan ke pondok mana? Siapa jiran-jiranku nanti, ya Allah? Bagaimana mereka terhadapku ya Allah? Berikanlah aku jiran yang terbaik, ya Allah."
Di sana waktu itu, jiran-jiranku adalah yang baik. Manis muka, akhlak mulia. Mengambil berat dan prihatin selalu.
Nanti ke mana akan aku pergi?
***
Menjelang saat akan keluar dari penginapan itu, yang kini sudah bertukar tangan, aku masih ragu-ragu. Ada tugas bakal menanti. Aku tak pasti, mampukah aku menanganinya. Namun Allah sudah takdirkan aku akan berada di sini.
Saat demi saat.
Hari demi hari.
Minggu demi minggu.
Di sini aku berada tika ini. Dan mereka adalah jiran-jiranku. Tatkala memandang mereka, aku mengingatiMU ya Allah. Tatkala berbicara dengan mereka juga aku mengingatiMU ya Allah. Apa yang mereka perbuat, semuanya untuk redhoMU ya Allah.
Alhamdulillah syukur dan segala puji buatMU Ya Allah.
***
Kebelakangan ini aku agak keras. Hasilnya, "Mama, mama period ke?"
"Apasal pulak?" Pertanyaan yang janggal. Tak pernah ditanya begini.
"Tak de la, mama tak senyum." Lantas aku ukir senyum lebar-lebar. Tapi, sebenarnya separuh hati sahaja.
Jiran-jiran yang comel dan manja. Mereka bertanya dengan tulus dan telus. Tapi, tak senyum pun mereka macam biasa juga. Macam selalu. Kecoh dan agak gedik. Arghh!
***
"Mama, mama period lagi ke?" Aku ditanya lagi selepas beberapa hari.
Walhal mereka dah melihat aku dalam telekung sebelumnya. Sibuk dan sangat prihatin, kan. "Mana ada. Mama kan dah solat." Jawab aku garang. "Nape?"
"Tak de la. Mama tak senyum."
Aduhhh ...
***
Perkara sebenarnya ialah, aku enggan melayan mereka berlebih-lebihan. Firasatku mengatakan, kalau dilayan hampir semuanya akan menyelit di dapur hangat ini. Tak percaya? Sudah terjadi pun sebelum ni, sampai kena kira "SATU! DUA!! TIIIIIIIGAAAAAA!!! Balik sekarang!!!!"
Hehe itu time aku sangat sporting.
Time aku sangat tak sporting, "Mama kata semua balik sekarang." Dengan nada yang rendah dan muka yang sangat serius. :P
Dan mereka akan balik sambil, "ala mama nih!"
Hmm ... mereka adalah jiran-jiranku sekarang. Jiran-jiran yang terbaik yang aku pinta dalam tangisan dulu. Segala puji bagi Allah, mengurniakan jiran-jiran yang berhati bersih tanpa dosa. Umpama kain-kain putih yang belum berwarna.
Ya Allah, jadikanlah diriku dan keluargaku pula sebagai jiran yang terbaik untuk mereka. Selagi hayat dikandung badan. Selagi khidmat masih diperlukan. Selagi Allah masih mengizinkan aku di sini.
Allahumma aameen. Alhamdulillah syukur ya Allah.
* Apa yang tersedik di hati biar disimpan sampai mati.
* Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.
* Alang-alang mandi biar basah.
* Alang-alang sudah melangkah, biar aku berlari.
Apabila hati bersuara, ia adalah bisikan paling halus dari sudut hati yang paling tersembunyi. Tiada sesiapa mengetahui melainkan Allah Taala yang Maha Seni. Lalu hanya kepada Allah aku berserah diri. Ya Allah, kurniakan daku takdir yang baik di dunia ini dan takdir yang baik juga di akhirat nanti. اللهحم امين
Bismillah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Search This Blog
Blog Archive
-
▼
2014
(207)
-
▼
Mar 2014
(15)
- Dua beradik itu sudah kembali. Mereka muncul di h...
- cuti berakhir
- Doktor, saya nak inject dengan diorang
- Sunyi pula. Pelajar sudah pulang semuanya. Di te...
- Sungguh aneh
- Laila itu amat perahsia
- semoga jumpa lagi, Saudah.
- Masih terheran-heran
- semoga dengan asbab
- Allah menghiburkan
- Rahsia Mata Hati
- Airmata Laila
- Jaga AgamaNya, Dia akan jaga kita
- Qadho Solat Fardhu
- jiranku yang terbaik
-
▼
Mar 2014
(15)
Terima kasih :)
utamakan Bahasa Melayu
Pantai Lumut
Pantai Mersing

No comments:
Post a Comment