tatkala fikiran terasa sendat dan padat dengan bayangan pesawat MH370. Allah menghiburkan tatkala fikiran buntu menghabisi helaian demi helaian Laila Majnun. Allah menghiburkan tatkala fikiran terasa beku akan manuskrip yang mahu diselesaikan.
"Mama, ni apa?" tanya Alya yang manis. Dia menarik bibir merah delima dan menunjukkan sesuatu yang bulat berwarna keputihan di sudut tepi.
"Ohh itu upas atau mata ikan. Pedih eh?" Aku sedang mengacau air gula bersama biji sagu di dalam periuk di atas tungku dapur. InsyaAllah setelah bertangguh satu malam, mereka akan menikmati sedikit pengat pisang malam ini.
Alya menganggukkan kepala yang dibaluti telekung putih.
"Aaa ambik garam gosok kat situ."
Beberapa orang kawannya turut mengiyakan sambil berkongsi pengalaman masing-masing. Alya menggeleng dan mula nak melarikan diri keluar dari dapur. "Nanti pedihhh!" katanya sayup.
"Kejar Alya, sapukan garam halus kat bibir dia." aku menahan tawa.
Beberapa orang mula mengacah-acah mahu mengejar. "Dah sapu?"
An Nur mengangguk mengah, "Dia tengah sapu sendiri."
"Kak, ada keluar ke mana-mana tak nanti?" tanya ustazah bersandar di birai pintu dengan muka lesu. InsyaAllah akan bersalin bakal daie ketiga pada bulan Mei ini. Suaminya sedang khuruj 2 bulan.
"Napa?"
Tiba-tiba matanya terpandang dua pelajar masih santai-santai di meja makan. "Tu tunggu apa tu? Napa tak balik lagi?" tanyanya agak tegas.
Ainul Mardhiah dan Adriana memuncungkan bibir. "Tunggu mama. Kita nak beli."
"Ntah, ada rahsia nak bagitau." jawabku leweh. "Hmm tak pe la, nak citer apa?" aku mendesak sambil mengacau air gula.
"Ala kita pun rahsia jugak." Lhoo aku terlopong seketika. Masing-masing ada rahsia rupanya.
"Hmm takpe nanti kita wassap wassap la ea ..." sambutku sambil buat gaya sedang menekan-nekan hp. Ustazah berlalu pergi.
Ainatul Mardhiah disuruh balik selesai urusan. Tinggal Adriana yang sudah mohon izin dari ustazah untuk berjumpa mama.
Dan buat seketika aku duduk mendengar hikayat darinya.
Inilah hiburan yang diberi Allah.
Ketika terasa wajah tegang untuk tersenyum, aku bahkan tertawa melihat telatah mereka.
Ketika terasa hati beku untuk bermesra, aku ralit melayan kerenah mereka.
Ketika jiwa terasa lesu untuk bercanda, aku terbuai dengan gelak-tawa mereka.
Namun ini semua hanya sementara. Dan ini semua hanya di sini. Tidak kekal dan tidak berulang di mana-mana.
Ini semua hanya di sini sahaja.
Dan aku bukanlah insan istimewa. Istimewanya aku hanya di sini sahaja, sementara semata.
Di luar sana aku adalah manusia biasa yang kosong tidak punya apa-apa.
Bahkan aku adalah kerdil hina dan berdosa.
Sampai bila aku akan berada di sini agaknya?
Biarlah Allah yang memasukkan aku ke sini, yang akan mengeluarkan aku dari sini. Aku bebas dalam kehendakNya. Aku redho pada ketentuanNya.
Ya Allah, pimpinlah aku jangan biarkanku walau sesaat pun jua. Allahumma aameen.
Apabila hati bersuara, ia adalah bisikan paling halus dari sudut hati yang paling tersembunyi. Tiada sesiapa mengetahui melainkan Allah Taala yang Maha Seni. Lalu hanya kepada Allah aku berserah diri. Ya Allah, kurniakan daku takdir yang baik di dunia ini dan takdir yang baik juga di akhirat nanti. اللهحم امين
Bismillah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Search This Blog
Blog Archive
-
▼
2014
(207)
-
▼
Mar 2014
(15)
- Dua beradik itu sudah kembali. Mereka muncul di h...
- cuti berakhir
- Doktor, saya nak inject dengan diorang
- Sunyi pula. Pelajar sudah pulang semuanya. Di te...
- Sungguh aneh
- Laila itu amat perahsia
- semoga jumpa lagi, Saudah.
- Masih terheran-heran
- semoga dengan asbab
- Allah menghiburkan
- Rahsia Mata Hati
- Airmata Laila
- Jaga AgamaNya, Dia akan jaga kita
- Qadho Solat Fardhu
- jiranku yang terbaik
-
▼
Mar 2014
(15)
Terima kasih :)
utamakan Bahasa Melayu
Pantai Lumut
Pantai Mersing

No comments:
Post a Comment