Mereka pakat menangis. Aku berasa geram. Talam dihadap dengan pandangan kosong. 'Apa ni?' bisik hatiku.
Tadi Amira, pelajar yang sangat baik denganku sehingga menimbulkan kecemburuan tak dijangka dari pelajar lain (yang tak reti nak buat baik tapi reti cemburu semata) mengabarkan, "Mama, dorang nangis. Tak nak makan.."
Geram. Aku atur langkah lebar-lebar ke rumah bercat merah muda itu. Kenapa makanan sudah dihidang tapi tak dijamah? Kenapa pakat meleleh air mata pula? Inilah namanya kerana pulut santan binasa, kerana mulut tubuh merana.
Sampai di ruang makan, sahih beberapa talam dibiarkan tak bersentuh. Masing-masing terpaku memandang nasi. Ada yang merah mata, merah hidung, merah muka. Tetapi ada juga yang selamba menyuap, hanya dua tiga orang sahaja.
Perasan ada kuasa veto, aku berkata, "Mama tak nak tengok ada yang tak makan. Sila makan sekarang. Mama kira sampai tiga." (Itu pun mau kira hehehe ... gertak je. Lepas tiga bukan nak buat apa pun ...)
Masing-masing yang tadi buat muka pink, mata pink, hidung pink mendekati talam dan mula menyuap. Suara tangisan masih ada. Aik ... dari mana? Tapi tak mengapa, hold dulu.
"Lain kali ingat. Bila nak bercakap, fikir dulu. Dah fikir baik-baik, baru bercakap. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna. Nasi dah jadi bubur." Kadang-kadang tak perlu bercakap berjela-jela, sikit sahaja sudah memadai tapi mendalam maknanya. Cuma, ntah faham ntah tidak, biarlah Allah yang bagi faham.
Dalam pada aku bercakap, ada je yang nak menyampuk. "Shhh!!! bagi mama cakap dulu. Kamu diam." Teringat satu ketika dulu, dulu sangat, aku pun kuat menyampuk hmm ... Anis yang serak basah dan lantang suaranya terdiam.
Berpusing mahu keluar dari pintu dapur madrasah, aku terpandang seseorang sedang menangis di celah tilam di bilik A. Langkah terhenti. Di atas lantai ada timbunan kain. Separuh sudah tersusun separuh lagi masih belum dilipat. Seseorang terselit di tepi tilam terbaring dan ada suara tangisan.
"Ni pasal pulak ni?" tanyaku kepada ketua pelajar yang muncul tiba-tiba.
"Tak pe ma, saya tengah lipat kain. Dia ... err ... kata nak bunuh diri, dia menyesal." jawab ketua pelajar jujur.
'Mengarut betul!' desis hati.
Aku diam. Sambil melangkah pulang, dalam kepala muncul bermacam-macam. Kasihan Saudah. Semoga kita berjumpa lagi nanti. Gara-gara aduan segelintir kawan-kawan yang kadang-kadang seolah-olah membesarkan perkara yang kecil, kamu harus beredar dari sini. Semalamnya aku sempat 'mencuri' Saudah dari rumah kakaknya, untuk menemani aku membeli barang di pasaraya. Saudah menceritakan segala-galanya sehingga aku faham. Ternyata dia sangat tabah dan kuat semangat. Aku berikan kata-kata sokongan dan harapan yang baik untuknya.
"Kamu teruskan belajar bersungguh-sungguh. Semoga kamu berjaya, lebih berjaya dari mereka. Tapi janganlah berdendam atau rasa kesal. Tentu ada hikmahnya ini semua."
Selepas ini tentu sesekali aku akan rasa rindu padanya. Terbayang lesung pipit kecil di sudut dagunya tatkala tersenyum. Dia satu-satunya pelajar yang berani mencium pipiku setiap kali bersalaman untuk tidur malam tanpa memperdulikan jelingan cemburu Nurhanessa. Dan dia juga yang paling rapat denganku selain Amira, dengan caranya yang tersendiri.
Allah sahaja yang Maha Mengetahui segala hikmah tersembunyi. Aku dengar khabar dia akan menjadi peneman umminya sepanjang abuya keluar khuruj 4 bulan negara jauh. Dalam hati berangan-angan mahu memberi kejutan dengan kunjungan mengejut untuknya pada cuti minggu depan. InsyaAllah.
Ya Allah, berilah kebaikan dari sisiMu untuk mereka semua. Pilihlah mereka menjadi daieyahMu sehingga hari Kiamat. Baikilah mereka dan gantikanlah keburukan mereka dengan kebaikan dari sisiMu. Ampunilah kami semua ya Allah.
Allahumma aameeen.
Apabila hati bersuara, ia adalah bisikan paling halus dari sudut hati yang paling tersembunyi. Tiada sesiapa mengetahui melainkan Allah Taala yang Maha Seni. Lalu hanya kepada Allah aku berserah diri. Ya Allah, kurniakan daku takdir yang baik di dunia ini dan takdir yang baik juga di akhirat nanti. اللهحم امين
Bismillah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Search This Blog
Blog Archive
-
▼
2014
(207)
-
▼
Mar 2014
(15)
- Dua beradik itu sudah kembali. Mereka muncul di h...
- cuti berakhir
- Doktor, saya nak inject dengan diorang
- Sunyi pula. Pelajar sudah pulang semuanya. Di te...
- Sungguh aneh
- Laila itu amat perahsia
- semoga jumpa lagi, Saudah.
- Masih terheran-heran
- semoga dengan asbab
- Allah menghiburkan
- Rahsia Mata Hati
- Airmata Laila
- Jaga AgamaNya, Dia akan jaga kita
- Qadho Solat Fardhu
- jiranku yang terbaik
-
▼
Mar 2014
(15)
Terima kasih :)
utamakan Bahasa Melayu
Pantai Lumut
Pantai Mersing

No comments:
Post a Comment