somewhere" ...
Aku rasa telah terlalu kerap muncul di FB ...
Dengan kata lain, aku anggap ini agak keterlaluan untuk seorang seperti aku. Means, untuk seorang Ummi Amirah yang sebenarnya suka duduk diam-diam je ... hehe.
Err ... aku bukan seorang yang talkative. It's a fact. Tapi kenapa di FB aku jadi lain? Sebab tu aku pernah kata FB ni bukan ruang telus sebenarnya ... ia cuma telus dari segi apa engkau nak tulis, engkau boleh tulis, suka hati engkau laaa ... dan mungkin orang akan thumbsup kat engkau ... walhal hakikatnya engkau seorang yang tak macam tu langsung. Atau mungkin engkau seorang yang terlalu baik untuk apa yang engkau tulis, bahkan sebaliknya engkau begitu hampeh lagi berbau busuk uwekkkk nak muntah ... tapi sapa tau?
Kedua, FB benar-benar jadi medan bersuara apa sahaja, juga ruang terbuka untuk gurau-senda. Aku la tu ... aduhhh ... satu hakikat yang luar biasa untuk aku yang baru pandai bergurau. Aku bukan jenis orang lucu sebenarnya. Err ... ada la kekadang je dan dengan selected people especially my family. But one thing yang aku suka, dek kerana aku agak selective, so kebanyakan orang yang attach dengan aku tak banyak sikit ada persesuaian... dan aku belajar tahan gurau ... terus cuba belajar bagaimana menjaga perhubungan yang baik...
Dan paling hebat ... paling aku suka... aku belajar bagaimana orang-orang yang ada usaha atas iman ni mengungkapkan kata-kata ... hmm ... memang ada yang aku rasa over ... tapi tak tau la apa maksud mereka ... biarlah hanya Allah yang Maha Tahu ... tapi ya ... memang aku sedang mempelajari sesuatu.
That's why i fall in love with all the people yang buat usaha atas iman ni ... ke mana pun pergi mereka akan selekoh atau u-turn kembali kepada kekuasaan Allah. Segala-galanya dengan izin Allah. Semuanya dengan bersulamkan nama Allah. Allah ... Allah ... Allah ... Yes, aku memang suka dan err ... ok ... cinta orang-orang yang menjaga hak Allah selain hak dirinya sendiri.
Ok ... aku seorang pencari, dan insyaAllah alhamdulillah aku telah menemui. Semoga Allah memilih aku dan keluargaku juga untuk sejalan dengan orang-orang ini, aameen.
Beberapa frasa yang baru aku ketahui ... yang tak pernah aku dengar sebelum ini:
USAHA ATAS IMAN ...
FIKIR RISAU UMAT ...
HANYA DENGAN CARA NABI SAW ADA KEJAYAAN
JADIKAN HATI SEPERTI LAUTAN, BUKAN SEPERTI KUMAN
PECINTA SUNNAH
KELUAR BERDAKWAH
DUNIA DIPERGUNAKAN UNTUK AKHIRAT
... ada banyak lagi, tak mampu aku ungkapkan di sini ... bersama kelemahan dan kelupaanku :(
Senyum dalam tangisan ... atau bahagia dalam kesedihan ... atau airmata dalam ketawa ... perkara biasa hidup insani.
Ok ... memang still ada something wrong somewhere tentang FB, dan aku fikir nak deactivate akaun ... sebab aku tak sukakan sikap keterlaluan, atau sikap kepura-puraan yang aku rasakan ... tanpa menafikan aku tanpa FB pun mungkin selalu keterlaluan ... sapa tau hehe ... namun ... aku masih belum melakukannya ... kenapa???
Apabila hati bersuara, ia adalah bisikan paling halus dari sudut hati yang paling tersembunyi. Tiada sesiapa mengetahui melainkan Allah Taala yang Maha Seni. Lalu hanya kepada Allah aku berserah diri. Ya Allah, kurniakan daku takdir yang baik di dunia ini dan takdir yang baik juga di akhirat nanti. اللهحم امين
Bismillah
Monday, October 22, 2012
di majlis mengingati Rasulullah SAW
Alhamdulillah, akhirnya sampai juga aku ke masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, Uitm Shah Alam. Bertemu buat pertama kali dengan kenalan di FB ~ Atien dan kawannya Sue. Aku berjumpa Umi Faridah yang turut datang ke majlis ini. Jumpa seorang lagi as-solehin bernama Aqmal. Cuma aku miss contact dengan Amalin Soleha yang bertanggungjawab tag aku di fb untuk majlis ini ... belum diizinkan Allah untuk bertemu.
Ada dua tazkirah (Ustaz Fadhil Ismail Al-Yamani & Habib Abdullah Muhammad Salim Al-Jahaf), yang diselang-selikan dengan qasidah. Jiwa rasa bergetar tatkala berqasidah sama dengan pelajar-pelajar Pondok Moden Madrasah Ad-Darain. Subhanallah!!! Memang mengasyikkan. Cumanya beberapa kali aku dan Atien terpinga kerana selawat atau qasidah yang dilagukan tidak lengkap di dalam flyers yang kami perolehi.
InsyaAllah, aku tanam azam untuk tak melepaskan peluang ke majlis-majlis sebegini lagi di masa-masa akan datang. Aku baru tau di KLCC pun ada majlis mengingati Rasulullah SAW juga ... dengan persembahan oleh Habib Syech Asseggaf!!! Aku masih mencari cd qasidah Habib Syech... tiba-tiba sedar-sedar aku dah terlepas persembahan live beliau. Rasa nak menjerit ... warghhhhhh!!!
* aku dah mintak keizinan secara lumpsum dari suami untuk masa2 akan datang ... dan kalau boleh aku nak dia pergi sama... insyaAllah.
* alternatif untuk hiburan yang ada dalam aliran media perdana masakini yang penuh lagha dan maksiat.
*jadilah pencinta sunnah.. pencinta Rasulullah SAW ... yang mencintai akan dicintai ... insyaAllah ...
~>> blank... Ayu bikin kacau ... dan oh nyamukkkk ... 0323am.

1. Cantik bawak diri entah ke mana ... dia mula
nak mencipta jarak dengan anak-anak. Tadi, dia muncul seketika. Tapi aku nampak dia menyergah anak-anak yang menerpa. Mungkinkah Cantik bunting lagi?????
2. Aku terpaksa siapkan bekas pasir macam dulu dalam jamban belakang. Bila Ayu, si gebu kecik tu membuang kat bawah sinki, aku terfikir dia perlukan latihan ... TAPI... aku naik bengang ... sebab anak-anak Cantik pantang jumpa pasir, mesti nak membuang. Heii... pasir tu untuk Ayu la!!!
3. Anak-anak Cantik semakin besar dan comel. Kehadiran Ayu mula diterima perlahan-lahan. Selalu la aku nampak Ayu terlompat-lompat, terkinja-kinja dan kembang bulu macam ulat bulu bermain acah-acah dengan abang2 dan kakak2 angkatnya. Haha ... comel sungguh!!!
4. Aku sebenarnya mula rimas dan risau. Aku terfikir nak iklankan kepada pencinta kucing... sekiranya ada yang berminat nak bela anak-anak Cantik. Aku ... :(
5. Tapi aku tak sampai hati. Tengok anak-anak Cantik dan Ayu menerpa ke pintu menyambut aku balik dari mana-mana ... apatah lagi aku mula kenal perangai masing-masing yang unik dan tersendiri ... saling berbeza ... aku sayu hati. InsyaAllah, biarlah kucing-kucing ni berada di rumah ni selagi ada hayat mereka ... menemani aku dengan keletah dan zikrullah mereka.
6. Ya, Cantik bawa diri entah ke mana. Dia memang kucing cerdik dan ada pendirian hehe .... Sebaliknya, Putam semakin lepak di dalam rumah. Dia semakin banyak kerenah ... naik atas mikrowave, naik atas peti ais, atau baring sampai terjatuh dari atas kabinet dapur!!! Melampau!!! Tapi dia semakin caring dengan anak-anak Cantik ... hmm ... mungkin dia dah take over peranan Cantik untuk menjaga anak-anak mereka ni hehe ...

Thursday, October 18, 2012
7 ekor kucing sudah ...
Putam - bapak
Cantik - ibu
1. Muezza (tak diakui oleh tuannya ~ Naqib) 2. Muzi (Ain punya, jumpa sekali-sekala, pandai ajak mr.hubby bergurau) 3. Miza (Hidayat punya, paling comel sbb hidung pink tapi mulut leter) 4. Mizi (Hanessa punya, paling gendut dan sangat manja, well trained duduk dalam doll stroller tapi sekarang dah tak muat sbb dah semakin besar, hingga satu stroller patah)
Dan kucing baru iaitu Ayu. Mungkin sebaya Tompok kalau anak kucing tu masih bernyawa lagi sekarang. Ayu ni dikutip oleh Epol dari tepi rumah sewanya, nama pun diberi dek Epol sempena nama kucing dia yang pernah dibela dan dah hilang. Istimewanya Ayu ni suara tak ada. Aku agak dia dah puas melalak menangis masa kehilangan ibu dulu. Paling istimewa, Allah menjaga dan memberinya makan hingga dia hidup dengan sihat dan sangat ceria. Now dia mengacau aku menulis kat sini. Tanpa bersuara, dia bergayut pada kain alas memanjat sampai atas sini, dan mula mengusik jari-jemari aku. Tubuhnya lembut dan bulunya kembang. Berbeza spesies dengan anak-anak Cantik yang bertubuh tegap dan kurang gebu. Mungkin anak-anak Cantik memang spesies kucing pemburu yang cekap. Ayu ... kucing gebu yang manja.
Now, aku mula pening kepala memikirkan kerenah 7 ekor kucing ni.
Malam tadi hujan tersangat lebat. Semua kucing stay dalam rumah kecuali Cantik. Mungkin dia terperangkap di luar atau sedang menghendap mangsa buruan. Sampai aku nak tidur tengah malam, sempat lagi kucing-kucing ni merayu mintak makan ...
Pagi ni, aku nampak ada cap tapak kaki yang cantik beratur atas lantai dapur. Semasa nak buat air minuman, aku terjumpa pecahan kaca di atas lantai. Ooo patutlah malam tadi aku dengar bunyi kaca pecah. Entah penutup mangkuk apa ... aku tak perasan. Just kutip dan masuk dalam dustbin. Kemudian Hidayat yang biasa solat subuh di hall beritahu, ada kek panas kat atas karpet di situ. Akhir sekali Hanessa ternampak bangkai tikus dan sesuatu (tak sure either isi perut dia atau muntah) berlambak kat airwell. Aku dah dapat agak, ini mesti angkara si Cantik!!! Tentu dia nak bawak hasil buruan masuk ke dalam rumah untuk anak-anaknya malam tadi, tapi hmm ... aneh jugak sebab terkandas. Dia jarang gagal buka sliding door yang tak dapat aku kunci tu ... Pagi ni Cantik tak kelihatan. Sesuatu yang menambah aneh pada aku .... sebab Cantik mesti cari aku untuk breakfast setiap pagi.
Cantik ni ... tak minat makan nasi hatta ikan goreng sekalipun. Dia hanya nak makan biskut kucing. Itulah kegemarannya.
Pagi ni jadual buang sampah kat luar. Jam 10 karang lori sampah datang kutip sampah. Ketika menuang air hujan yang bertakung dalam tong sampah, aku ternampak kucing otai yang selalu aku tembak dengan nerf sedang baring santai atas simen jiran sebelah. Aikk matahari belum muncul, dia dah rilex santai macam sunbathing je ... Aku buat tak kisah. Kucing jantan yang gemuk ni tak dapat dikesan milik siapa. Aku agak-agak mungkin kucing Haji Hamid empunya banglo depan rumah aku ni. Walllahualam.
Dulu ada dua kucing jantai taiko yang suka menganggu Cantik, tapi kini dah lama tak kelihatan. Seiring dengan kehilangan itu, kucing otai ni pulak muncul. Dia punya rayuan memanggil-manggil tu satu macam, romantik. Tak macam rayuan miang kucing jantan yang selalu kita dengar tu. Rayu mendayu-dayu yang ... aku tetap tak suka mendengarnya! Sebab tu aku memang akan tembak dia dengan nerf berkali-kali walaupun dia dah jauh menghilangkan diri selepas nampak kelibat aku. Aku nak dia lari sejauh-jauhnya dari area rumah aku ni. Sejak itu aku mula memikirkan keselamatan Miza dan Mizi ... aku tak sanggup membayangkan dua anak kucing betina ni memboyot dalam usia muda. Aku mula fikir dan plan nak bagi pil perancang keluarga ... tapi belum sempat nak cari kat mana.
Sambung balik ... lepas aku selesai dengan urusan buang sampah, aku pandang lagi kucing otai yang bersantai tu. Aku renung perut dia dari jauh. Hmm ... baru aku perasan ... kucing ni dah kaku sebenarnya. Aku pergi dekat-dekat dan terdengar bunyi orang mandi di dalam rumah. Oooo tuan rumah sedang bersiap nak pergi kerja la tu. Isterinya guru dan dah keluar lebih awal. Kucing otai yang terbaring tu basah tubuhnya dan kaku tak bergerak. Dah mati! Mungkin dia terjatuh dalam longkang besar dan tak dapat panjat naik semula ...
Terselit jugak rasa kesian ... malangnya nasib kucing ni ... otai pun lemas jugak dalam longkang. Allah ... kalau dah ajal ...
Yang pastinya aku tak perlu risau lagi Putam kena serang dengan mana-mana otai samseng ... dan aku tak harap akan bertemu samseng baru pulak ... Now Putam dah mula recover dari luka dia ... nanah kat dada pun dah tak ada ... dah baik ... dan kerja dia sekarang ialah pantang tengok aku duduk depan lappy, dia mula uja nak panjat atas lappy aku. Ehh .. mana sume orang ni ... senyap je ... Putam pun tak de ... hmm ... agaknya gi ziarah otai yang mati tu kot.
So aku pun terpaksa batalkan plan ikut suami ziarah jiran setaman di TTDI Jaya yang meninggal dunia malam tadi. Now plan aku ialah nak vacuum semua karpet yang ada dan gulung. Senang nak mengemop nanti. Sekarang ni aku dah jarang sangat solat kat hall. Tak selesa, bayangkan ... tengah solat ada yang datang baring-baring kat tempat sujud. Nak aku terajang je rasanya ... tapi tak pernah plak sezalim itu aku buat ... hahaha ... aku nak bagi terajang??? Luar biasa ganas hahaha ... Paling hebat aku pernah buat ialah jentik telinga je kat diorang ni ... seingat aku la.
Jumpa lagi babai.... terima kasih sebab sudi baca catatan merapu kerapu maruku aku ni hehehe ... apa yang baik jadi teladan yang buruk jadi sempadan. Bela kucing dengan kasih-sayang ... haiwan kesayangan nabi SAW. Kita menyayangi insyaAllah kita akan disayangi. Daa ..
* rel langsir antara hall dan ruang tamu dalam pun dah tercabut sebelah, tergantung dan kain langsir tu ada aroma yang menusuk kalbu aku!!! Hanessa suka letak kucing dia kat langsir tu, konon2 macam buaian. Sekor tak pe jugak, masuk dua ekor boleh koyak langsir aku yang mahal tu!!! Now dah tercabut pun ... togel n i don't like ... really.
Ini la namanya DITELAN PAHIT DIBUANG SAYANG ... DITELAN MATI EMAK DIBUANG MATI BAPAK ... serba salah aku dibuatnya ... sabar je laaaa ... Semoga Allah tolong dan bagi ilham camana nak buat dengan makhlukNYA yang satu ni ... Allah ...

Wednesday, October 17, 2012
Sunday, October 14, 2012
"sakanya ada ... di ...
belakang. Bukan dalam badan." kata ustaz selamba.
Huhh ... aku terkebil-kebil. Saka 'I follow' pun ada?!! Mengekor je ... walaupun tak join dalam badan.
Apa pun, saka ni memang menganggu lagi mengacau lagi hampeh tak guna satu sen.
Dan aku tengah bingung memikirkan ... why me ohhh ... why why and why??? Why u oooo why why why????
Namun aku bersyukur ... kerana perlahan-lahan umpama misteri nusantara semakin terhurai ... umpama benang bergumpal kusut terlerai helai demi helai ... Allah maha kuasa makhluk tiada kuasa. MasyaAllah Subhanallah Allah Maha Hebat!!!!!!!!!!!
Ada orang yang tak mengerti hal-hal begini. Bahkan tak menyedari apa-apa. Aku baru tau ada spesies insan yang cukup kebal ... tak terusik dek jin bertendang ni ... apa pun aku anggap itu tetap ujian untuk insan sebegini ... sejauh mana dia akan mempercayai kewujudan makhluk yang dicipta Allah dari api itu.
Cuma aku agak kurang sabar sebenarnya .... dan ini pun ujian juga ... ujian kesabaran barangkali ... aku nak cepat je ke titik penyelesaian. Aku mahu hal ini settle secepat mungkin. Dalam kepala ni ... aku fikir 'mati bila-bila je' ... so aku tak nak tunggu lama. Ada banyak perkara aku nak buat ... sempat dengan tak sempat je.
Akhirnya aku menginsafi diri semula. Apa pun jua kehendak aku ... tak boleh terburu-buru. Itu kelam-kabut namanya. Tergesa-gesa, gopoh-gapah ... Kehendak yang selari dengan jadual Allah pasti akan berlaku. Kalau tak selari, jangan haraplah ... mimpi siang hari maknanya atau angan-angan kosong sahaja.
Maka ... mintaklah pada DIA. Aku semenjak dua menjak ni baru tau perkataan 'TAWAJUH' ... Masturat rajin betul menggunakan word ni. Sikit-sikit TAWAJUH. Apa-apa TAWAJUH. Tawajuh tawajuh tawajuh ...
Apa benda tawajuh tu? Aku tak pernah dengar pun!
Ooo bila tanya-tanya kat FB, kat kawan-kawan ... TAWAJUH tu ialah menumpukan hati kepada Allah semata-mata. Apa-apa ingat Allah. Sikit-sikit ingat Allah. Semua tumpuan fokus 100% kepada Allah. Anywhere ... everywhere .. any matter ... whatever ... everything ... everytime ... all the time ... arghh faham sendiri udah la ... pendek kata ALLAH SENTIASA DALAM HATI ... DALAM MINDA ... DALAM BICARA ...
Jadi ... dah faham sikit tentang makna TAWAJUH, kena la praktik pulak. Tang nak praktik ni susah sikit la ... sebab aku selalu merewang entah ke mana ... tapi yang seronoknya ... dapat kawan-kawan yang sangat rajin saling ingat-mengingatkan tentang kebaikan ... so apa-apa diorang kata TAWAJUH ... sebut nama Allah ... merewang then buat u-turn kembali kepada sebutan Allah jua.
Ini semua satu kebiasaan baru buat aku. Bukan bermakna aku tak ingat Allah sebelum ni ... tapi amat jarang dalam bicara harian ada diselitkan nama Allah ... sikit-sikit sebut Allah ... apa-apa kaitkan dengan kebesaran Allah ... keagunganNYA ... kehebatanNYA ...
Kesimpulannya (okey ni karangan aku ye), apabila sesuatu itu sudah ditetapkan Allah, pasti ia terjadi. Nothing is imposibble for Allah ... and everything is miracle when Allah is with u. Semoga Allah bukakan jalan seluas-luasnya untuk mencapai penyelesaian segala misteri nusantara (jangan la saspen sangat plak ... biasa-biasa je ... hehehe ...).
YA ALLAH, ENGKAU MAHA MENGETAHUI HALANGAN YANG MERINTANGI KAMI UNTUK MENDEKATIMU ... ANDAI IA BUKAN KERANA KELEMAHAN DIRI KAMI TETAPI SESUATU YANG TIDAK KAMI PERLUKAN YANG CUBA MENGUASAI KAMI ... TOLONGLAH JAUHKAN IA DARI KAMI ... KAMI INI TERLALU LEMAH, YA ALLAH. BERILAH KAMI KEKUATAN UNTUK BERDIRI DI HADAPAN-MU. KAMI INGIN MENEGUK KASIH-SAYANG-MU YANG TERAMAT LUAS TIDAK TERBAYANGKAN. KAMI INGIN MERASAI CINTA DENGAN-MU. KAMI INGIN KEMBALINYA KAMI KEPADA-MU DALAM KEADAAN BAIK, HUSNUL KHOTIMAH, ENGKAU REDHA DAN TERIMA KAMI DENGAN PENUH REDHA. KAMI MALU DAN SEDIH. KAMI TAKUT DAN RISAU BIMBANG. APA SAHAJALAH YANG TELAH KAMI USAHAKAN UNTUK BEROLEH PANDANGAN-MU... LEBIH CIPUT DARI YANG PALING CIPUT ...YA ALLAH YA TUHANKU. TOLONGLAH KAMI ... TOLONGLAH WAHAI ZAT YANG MAHA PENGASIH MAHA PENYAYANG ... KE MANA LAGI KAMI AKAN BERPALING MEMANDANG MEMINTA MEMOHON ... HANYA KEPADA-MU YANG ESA. ALLAH ...
* ada catatan baru di page Sarah ... mohon doa semua untuk Sarah ya :D ...

Saturday, October 13, 2012
Alhamdulillah ... akhirnya
selesai juga tugas aku dengan izin Allah. Siap seal semua tepat jam 2 pagi. Waktu paling afdal untuk bertahajjud.
Naik muak dengan cookies ... Aku diberi peluang oleh suami untuk 500 bungkus goodies tu ... Pulun membuatnya sejak siang kelmarin. Apabila aku cuba buat 5 adunan sekali gus, terfikir pula idea untuk beli peralatan lebih baik. Ni ... hand mixer aku baru je rosak, boleh dipakai tetapi hanya satu mixer je. Err sebenarnya aku yang salah ... Guna benda tu untuk gula merah yang banyak ketulan besar yang keras. Huhh ... Tapi patut la pun ... aku beli masa anak sulung aku masih baby di Brunei dulu ... masih ingat lagi aku beli ditemani kak Normah. Sekarang Naqib dah nak masuk 16 tahun. Memang dah adat dan sampai masa ... dan nak dapat baru punye hehehe ...
Dah kecek mak punya ... tapi belum diterima lagi. Mak belum datang ke sini semenjak terakhir pulang beberapa minggu lepas.
Hmm ... ehem ...
* "Macam ni la ... kita sama-sama berubah, ok?!!"
Dia terus membatu. Aku umpama berbicara kepada dinding biru laut yang tegak kukuh di belakangnya. Hatiku mula berbahang perlahan-lahan. Arghh!!!
"Dengar sini!!!" Aku bersuara tegas. Aku tatap wajahnya dengan mata melotot. Dia masih buat bena tak bena. Celaka!!!
"Kita akan baiki keadaan. Mulai hari ini! Mulai detik ini!! Dengar???"
Dia memandangku sekilas. Menjeling muak lantas mengalihkan mata sambil mengerutkan dahi.
Huhh ... sapa lelaki sapa perempuan ni? getus hatiku jengkel. Aku menarik nafas. Wajahku terasa tegang diserbu perasaan bosan yang menggelodak.
"Kalau kau tak mahu berubah ... aku akan tetap berubah." Aku bersuara jelas dengan nada berbisik. Taktikku berjaya. Serta-merta dia merenungku dengan pandangan aneh. Dahinya yang jendul
berlapis-lapis kerut. Seperti dia mula susah hati.
Aku tersenyum di dalam hati. Padan muka! Aku mencapai anak kunci Ferrari di hadapanku sambil mengucapkan salam kepadanya.
Aku dah penat. Terlalu penat dan rengsa. Kini aku mahu bebas dari kerengsaan itu.*

Thursday, October 11, 2012
projek cookies
kembali lagi. Alhamdulillah. Aku diamanahkan oleh sang suami untuk menyiapkan 500 peket goodies, yang bakal dikampilkan bersama bungkusan nasi tengahari untuk para gelandangan di kota KL sabtu ini.
Malam ini aku pun bergelandangan sendirian di ruang waktu ... menanti cookies masak. Sambil ditemani Budak Bulu2 yang tiba-tiba menjadi aktif bermain sesama sendiri (termasuk mengerjakan buku resepi aku ... jatuhkan dari meja rendah dan gigit2 ... haihh), aku bereksperimen dengan you tube ...
Beberapa nasyid aku share di FB. Juga satu catatan dari blog kesukaanku yang selalu catatan di situ menyentuh kesedaranku, menjadikan aku insaf kondisi diri yang serba kekurangan dengan ilmu ...
Bila dah larut malam ... bersendirian kat dapur ... (kucing2 aku semua dah tidur balik ... ceitt ... macam tau-tau je cookies aku dah nak selesai dibakar ... tadi sibuk main) ... aku rasa satu macam.
Ok ... sebelum aku rasa bermacam-macam ... eloklah aku berkemas cepat-cepat ... hehehe ... sambung esok.
Sebenarnya aku berkesanggupan untuk tongkat kelopak mata sampai pagi esok ... tapi ... tak pe tak pe ... aku nak melakukan sesuatu yang lebih afdal selain berjaga atau tidur yang sia-sia ... jom ngaji al-Quran. Qiamullail.
* esok projek cookies akan bersambung sampai cukup untuk 500 peket ... insyaAllah.
* esok ambik tempahan tudung syria berdagu dan niqab ... insyaAllah.(sukeeee ...)
* hari ni hari kedua peperiksaan PMR - semoga Sarah dapat menjawab yang terbaik mampu dilakukannya... InsyaAllah.
*semoga esok akan lebih bermakna daripada hari semalam buat kita semua ... insyaAllah.
Selamat pagi ... assalamualaikum.

Saturday, October 6, 2012
Boboiboy memang kucing special
kita tepuk kerusi, dia cepat-cepat meluru naik atas kerusi memanjakan diri. Kekadang dia menyelit di ruang antara belakang kita dengan kerusi. Atau dia akan baring di kaki sambil main kain hehehe...
Boboiboy manja, tapi manjanya tu berpada dan bertempat. Kalau semua orang sibuk, dia menepi tak mengacau. Kecuali kalau aku datang... dia dah cam bunyi enjin kereta Kancil aku tu... meluru-luru dia datang dengan mata buntang pandang muka aku yang masih duduk di seat. Kesian sungguh kat dia kalau aku lupa bawak biskut... terasa betapa hampanya dia... aku tau kekadang dia dah cukup santak kenyang perut makan ikan, tapi dia dah habit datang menerpa nak buat camana...
Sekarang ni kucing-kucing pendatang makin bertambah di kedai. Ada seekor tu bukan main mengendeng lagi biskut Boboiboy... dia lebih-lebih bersuara meow meowwww mintak biskut. Bila bagi Boboiboy, dia pun kena bagi. Dia punya dah habis kebas Boboiboy punya pulak.
Akhirnya aku terfikir bagi makan Boboiboy dalam kereta je. Aku siapkan biskut dalam bekas taufufa dan Boboiboy dengan cepat belajar hal baru. Sekali je aku suruh dia masuk, lepas tu tiap kali dia akan datang dekat pintu seat kiri dan masuk dalam kereta. Krup krap krup krap dia makan dengan penuh selera. Ada baki barulah aku bagi kat kucing yang suka mengendeng tu. So kalau tak habis memang tak membazir. Ada jugak Boboiboy tak habis makan lepas tu bersepah atas lantai. Mengotorkan je!
So, dia dah jadi kucing kesayangan kami di kedai. Sebab kami sayang dia, dia dapat makan special sket. Kalau ikan, dapat sekor. Kalau biskut, makan dalam kereta. Dia prihatin kepada aku dan aku terharu dengan keprihatinannya... cehh haha... Dipanggil suami aku, dia cepat datang walaupun dia entah kat mana waktu tu. Disuruh duduk atas kerusi, cepat dia naik. Mulut tak banyak. Comel, patuh, cerdik dan peka kepada kami. Ciri-ciri yang istimewa buat seekor Boboiboy.
Aku mempelajari sesuatu dari situasi kucing oren ekor kontot ni.
Sekiranya aku belajar mendekati Allah, mengingati Allah, banyak berzikir menyebut nama Allah, belajar mencintai Allah... aku yakin Allah takkan mensia-siakan diriku. Allah takkan mengenepikan aku. Allah takkan membiarkanku. Sebaliknya Allah akan menjagaku. Allah akan membantu aku dalam kehidupan ini. Allah akan berikan rezeki yang tak disangka-sangka dari perbendaharaanNYA yang maha luas. Allah akan memeliharaku dari musibah dan kesusahan. Allah akan memuliakan aku. Allah akan menemani aku. Manakah lagi sebaik-baik teman melainkan Allah?
Hidup bertemankan Allah. Sentiasa ada hubungan dengan Allah. Sentiasa dipimpin oleh Allah dalam segala tindakan, kata-kata, fikiran semuanya segalanya. Akan bersedihkan apabila bertemankan Allah?
Fikir-fikirkanlah ... Agar kita tak bergantung kepada diri sendiri semata-mata...walaupun mulut berkata kita berharap kepada Allah sedangkan tanpa sedar atau dalam sedar kita tetap nak mengutamakan diri sendiri dengan penuh keyakinan diri...omputih kata self confidence. Keyakinan diri.
Yakin kepada Allah. Kerana dari Allah datanglah keyakinan kepada diri...dengan belas kasihan Allah jua kita dapat yakin diri. Jangan sampai keyakinan kepada diri melampaui batas dan melebihi tahap keyakinan kepada Allah. Nauzubillah.
Jadi sebelum apa-apa, Allah yang utama. Allah nombor wahid dalam hidup kita. Lakukan tindakan dengan nama Allah. Andai tak tau dan tak faham...kita ada teladan yang dicintai oleh seluruh umat Islam...kekasih Allah, penghulu akhir zaman, Rasulullah SAW. Marilah kita pelajari sirah baginda saw, semoga kita diberi faham oleh Allah dan dapat mencontohi teladan paling indah ini. Subhanallah.
Wahai diri ... yang pasti tulisan ini untuk engkau sebenarnya.
*** entri baru.
Dalam seminggu jugak Boboy comot, tapi semakin lama semakin hilang comotnya dan akhirnya bersih macam asal.
Sekarang, dia sangat alert dengan bunyi alarm kereta (err ... dah tukar kereta). Belum sempat turun dari kereta, Boboy dah ready nak menerpa. Sekali tu, dia tak muncul pulak. Heran juga. Bila masuk kedai, rupanya Umi tengah pegang dia kat kerusi tak bagi bangun hehehe ... "Tengah tidur pun boleh terjaga bila dengan kereta ..." kata Umi. Saja je menyakat Boboy.

![]() | ||
| krup krap krup krap |

Wednesday, October 3, 2012
Saturday, September 29, 2012
setelah hampir sebulan berlalu
lagi 6 hari, genaplah sepurnama aku berniqab. Kat fb, mereka menggelarkan diri mereka 'niqabis'. Secara tak langsung, aku juga bergelar niqabis. Dan aku sukakan gelaran ini :)
Korang nak tau tak apa perasaanku sekarang, setelah hampir sebulan memakai niqab ni? Tentu nak tau, kan! Ok, meh aku ceritakan ...
Pertama sekali, aku sangat risau dan bimbang setiap kali mengikat tali niqab di belakang kepalaku. Aku risau dan takut andai satu hari nanti aku melepaskan tali ikatan niqab kerana dunia. Nauzubillahiminzalik! Aku berlindung dari perkara itu kepada Allah. Jadi, setiap kali aku berdiri di hadapan cermin dengan niqab di tangan, segera aku qasadkan niat dan azam memakai niqab kepada mengikut sunnah nabi saw, iaitu mengikut sunnah ummul mukminin yang menutup seluruh wajah dan tubuh dengan kain daripada pandangan ajnabi. Dan aku mohon kepada Allah semoga Dia menjaga aku dengan niqab ini sehingga nyawa terlepas dari badan. Maknanya hingga ke akhir hayat dengan niat yang betul lagi diredhaiNya.
Aku sangat bimbang dan risau, kerana aku bukan dari golongan yang berlatarbelakangkan ugama. Hanya sedikit masa yang pernah aku lalui semasa di sekolah ugama rendah satu ketika dahulu. Selebihnya bidang ilmu yang berunsur maklumat untuk kemaslahatan hidup duniawi.
Sekarang ini, aku akui this is my true colour. Aku sukakan ugama dan aku prihatin kepada ugama yang aku anuti. Bila aku kaji dan fikir semula diri aku, pembacaanku, ternyata aku cenderung ke arah kehidupan berugama.
So dengan berniqab, aku juga didatangi kesedaran, bahawa aku membawa imej orang yang pandai tentang ugama. Walhalnya tidak begitu! Aku cuma suka kepada kehidupan berugama, dan aku mahu jadi orang baik-baik. Aku mahu kehidupan yang baik, yang disebut kehidupan yang diredhai Allah, dan aku mahu kesudahan yang baik dalam hidup ini.
Jadi dengan kesedaran itu, aku langsung menginsafi keadaan diri yang serba kurang dengan ilmu ugama. Selanjutnya aku mula menanam azam untuk membaiki diri, biarpun aku bagai berensut lebih perlahan dari sang siput. InsyaAllah aku mohon kekuatan dan kemudahan urusan ke arah itu dari Allah jua.
Seiring dengan itu, aku mula menanam azam juga, yang bermula sejak Ramadhan lalu untuk istiqamah bertadarus al-Quran setiap hari. Dan keuzuran bulanan yang dijadualkan Allah untuk wanita normal seperti aku, kurasakan sesuatu yang menyulitkan. Sementelah aku baru dapat tahu ada wanita yang satu dalam sejuta, tidak pernah haidh melainkan sekali sahaja seumur hidupnya sebagai menandakan dia telah akil baligh. Istimewa dan terpilih dia ...
Itulah antara perubahan dalaman yang aku sedari berlaku saat demi saat dalam kehidupan mutakhir ini. Luarannya, aku rasa lebih selesa sebenarnya dengan penampilan begini. Walaupun ada juga sedikit saki-baki perasaan janggal yang tak menentu (sehingga ada kedai runcit yang biasa aku kunjungi kini aku cuba elakkan, sebab dulu kalau ke situ aku dan tuan kedai suami isteri akan bertegur sapa barang sedikit. Bila dah berniqab ni, aku segan. Kalau terpaksa, anak-anak saja yang akan turun membeli ~ dah boleh diharap hehehe... InsyaAllah satu masa nanti aku akan pergi balik ke kedai2 tu ...)
Aku juga telah menempah beberapa helai niqab berwarna dari seorang sahabat. Niqab berwarna biru, red maroon dan beberapa warna lain ini akan aku gunakan semasa bersama mak nanti. Aku berharap akan dapat menawan hati mak semula tanpa menanggalkan niqab. Semoga Allah beri mak dan aku sendiri faham bahawa menutup aurat itu tidak semestinya dengan warna hitam semata. Mak mungkin fobia dengan purdah hitam, maka aku gantikan dengan selain hitam. Itu dengan mak je. Kerana hitam tetap warna untuk wanita dan warna sunnah ummul mukminin.
Biar mak selesa bersama aku dan tak janggal aku berdiri di sebelahnya di mana-mana. Biar mak faham bahawa tuntutan ugama itu sentiasa selari dengan keperluan insan, tak ada yang pelik dan luar biasa. Biar mak akhirnya menerima bahawa apa yang kulakukan ini adalah semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah dan kejayaan dunia akhirat. Aku akan terus baik sangka dengan mak. InsyaAllah mak akan menerima aku seperti ini. Seperti mak akhirnya menerima keputusan aku dan suami menghantar Naqib ke madrasah dulu. Semoga Allah memberi kekuatan kepadaku untuk terus dan tetap dengan jalan ini, insyaAllah. Mohon doa semua untukku dan keluargaku, untuk kita semua jua. Jazakillahu khairan kathira :)
Sebelum aku menyudahkan tulisan spontan ini, ingin aku nyatakan sedikit perubahan pada sikapku. Entah ... angin ke apa ... aku rasa aku lebih matang sedikit. Ye ke? Err ... betul3 sebab aku dah pun berumur 42 tahun. Haaaaah! Jangan terkejut. Alah, apa la ada pada umur :P kankankan ... Kalau ikut kalendar Hijrah, umur tu lebih tua lagi tau! Mungkin dah 43 atau 44? Ntah tak kira plak. Ok sebenarnya aku cuma rasa aku dah kurang gelak-gelak hehe ... Sikit-sikit tu ada la. Takkan tak gelak langsung. Tapi slow. Entri kelmarin aku ada tulis aku rasa bosan sebab aku sedang dalam penantian. Huh, memang penat menanti rupanya! Macam la tak pernah menanti ... hihi.
(Tarik nafas).
Aku jadi malas nak tulis apa-apa kat fb. Bahkan aku rasa fb tu sangat membosankan. Tapi bila la aku nak deaktif akaun fb ek? Hmm mungkin tidak sebab aku perlu berhubungan dengan para masturat di closed group.
Oh ya, yang seronoknya ialah bila aku baca status-status muslimah yang belum berniqab di fb yang menyatakan betapa teringinnya mereka nak mengenakan niqab. Itulah yang pernah aku rasai sebelum ini. Kupanjatkan syukur tak terhingga di atas kurniaanNya kepadaku. Lalu ingin kunasihati, seperti yang aku lakukan sendiri, iaitu lakukanlah solat istikharah dan solat hajat. Dengan kata lain, qiamullail di dinihari yang sunyi sepi. Allah akan tunjukkan apa yang kita mahukan. Seperti yang aku alami sendiri. Apabila tiba masanya, tak ada sesiapa dapat menganjakkan waktu untuk aku berniqab. Allah jua yang memudahkan dan menggerakkan hati kita. InsyaAllah. Alhamdulillah. Aamiin syukur ya Allah, berkat doa sahabat-sahabat jua yang telah mendoakan diriku.
Apabila berdoa kepada Allah, berdoalah dengan tawajjuh dan yakin bahawa doa itu akan dikabulkanNYA.
Azam seterusnya kini ialah aku mahu keluar masturat bersama suami. Bermula dengan keluar tiga hari setiap tiga bulan. Kita akan dihantar ke mana-mana setelah dimesyuaratkan oleh syura. Kita yang pergi dan apa jua yang ditinggalkan akan dijaga Allah, itulah janjiNYA. Ini bukan sekadar keluar melancong suka-suka, tetapi keluar sepertimana nabi saw pernah lakukan diikuti oleh para sahabat yang telah bertebaran ke merata dunia membawa ugama Islam sebagai warisan, meninggalkan jejak dan makam (pusara) yang dikenang. Aku yakin. Itulah jalan yang dirintis oleh para nabi dan rasul. Bacalah kisah sirah nabi saw. Ada airmata, ada darah dan ada derita.
Aku tak nampak langsung jalannya. Tetapi aku yakin Allah sudah siapkan caranya. Seperti mana aku di akhir akan pulang ke Malaysia dulu, tiba-tiba Allah pertemukan aku dengan Kak Hawa. Ia adalah satu titik permulaan untuk aku menjadi aku di hari ini dengan izin Allah. Aku yang meraba mencari, telah menemui, insyaAllah. Maka tak ada yang mustahil di sisi Allah. Keyakinan perlu teguh dan kukuh. InsyaAllah Allah akan tunjukkan dan pandu ke jalan itu. Aku diperingatkan tentang doa dan usaha harus dipertingkatkan. Tahajud! Tahajud! Tahajud! Solat dan doa! Tawajjuh! Tawajjuh! Tawajjuh!
Err ... panjang jugak! Baiklah, aku mohon diri dulu. Jumpa lagi di lain entri insyaAllah :)
mode ~> tengah serius sungguh ni rrrrrgggrrrr..........

Monday, September 24, 2012
hari ni
rasa sangat kurang seronok. Orang putih kata boring! Orang Melayu kata bosan! Bahasa lain kata apa ... apa-apa aje la asalkan maksudnya sama. Seantero dunia setakat ni kalau rasa kurang seronok macam ni, dorang sebut 'buringgg!!!'
Semua berjalan macam biasa. Tak ada yang lari dari jadual harian. Cuma ... hidup start lambat sikit hari ni :((. Menyesal dan istighfar. Terkejar nak hantar anak ke sekolah. Masa buat u-turn, nampak ada lagi yang lambat dan hasilnya pandu kereta dengan lajunya. Hari ni ada perhimpunan pagi dan semua dah mula berkumpul di tempat perhimpunan. Yang pelik sikit dah lama (means semakin kerap saya hantar anak lambat ke sekolah, coollll ...) tak ada catatan nama pelajar lambat. Yang ada ialah pengawal keselamatan aka jaga sekolah, dan seorang dua staf (anak kata bukan cikgu) yang tunggu untuk menyambut salam tangan pelajar. Bagusnya! Kan!
Hmm ... ada beberapa perkara berputar dalam kepala. Tapi tak dapat penyelesaiannya, kerana ia berkait dengan masa. Kena sabar dan tunggu. Kena banyak berdoa dan berharap kepada Allah. Kena yakin dan semai harapan yang positif. Oooo agaknya sebab tu boring? Agaknya la kot ...
~~> kena ingat mati banyak-banyak. Allah dah tetapkan tarikh, tempat, asbab tapi hanya DIA yang Maha Tahu.
~~~> macam mustahil memikirkan asbab untuk keluar 3 hari tapi kena ingat, di sisi Allah tak ada yang mustahil. Miracle will happen anytime, anywhere, anyhow, any reason. InsyaAllah. Harap dan doa.
~~~~> mohon doa yang baik-baik dari semua untuk saya dan keluarga saya. Semoga kita semua beroleh doa para alim ulama dari seluruh dunia. Aamiin.

Saturday, September 22, 2012
Alhamdulillah syukur!
sangat-sangat aku bersyukur ke hadrat Allah, tatkala mendengar jawapan anak perempuanku di telefon tadi. Masalah bunyi pelik sudah tak berlaku lagi. Aku harap buat selama-lamanya, insyaAllah.
Kisah dia diganggu jembalang liar sudah ketahuan satu madrasah. Ustazah-ustazah pun berminat mengambil tahu, tambahan pula pada malam nak ke tempat rawatan tu kami terserempak ustazah kelas dia yang mahu ke KLIA. Tapi .. hmm ... budak-budak nyer perangai, sabar je la hahaha ... Katanya, semenjak itu bila dia muncul, ada pulak yang menyakat, "weiii jembalang datang! jembalang datang!"
Aku kata, itu bukan hal main-main. Nak sangat ke jembalang datang? Elok-elok jembalang dah hapus, datang plak jembalang lain. Aku suruh dia kabarkan macam tu kat kawan-kawan yang suka mengusik. Nak mengusik ada hadnya. Tak semua perkara boleh dijadikan mainan mulut. Hati-hati kita!
Itu kisah anak perempuanku.
Budak bulu-bulu aku yang empat ekor tu nak juga aku cerita sikit kat sini hehehe ... Sejak aku terjumpa tak sengaja petua mendisiplinkan kucing supaya buang najis di jamban, iaitu dengan mengukur ekor kucing dengan tali dan letak tali kat tempat yang kita mahu ia berak, aku lakukan begitu. Hasilnya agak berjaya juga. Aku sediakan juga bekas biasa digunakan dengan sedikit clam sand yang hampir habis di tandas yang jarang digunakan (aku je yang rajin guna tandas tu sebab ia tandas cangkung, niat aku nak ikut sunnah dan dari segi kesihatan lebih baik manfaatnya berbanding jamban duduk). Bila pasir dah habis dan aku dah malas pulak nak membeli, aku lapik dengan old paper je, pun dorang berak kencing kat situ. Senang citer, aku buang je dalam jamban dan flush. Kertasnya masuk beg plastik dan buang dalam tong sampah. Kawasan tempat berak tu aku lapik ngan kain buruk supaya kesan-kesan kat kaki dorang tinggal kat kain tu. Ok, pas tu hari ni aku tak jumpa langsung sebarang najis kat situ. Haa ... pelik mau tak pelik. Makan nasik macam biasa, campur prodiet lagi ... takkan tak de buangan langsung. Takkan dorang buang kat luar??
Budak bulu-bulu tu jenis pembersih, dan tak de berak sepah-sepah ... Atau aku yang terlalu baik sangka? Hihihi jangan korang buang dalam rumah di tempat yang TAK SEPATUTNYA udah la ... Ke dorang ni ikat perut jangan buang langsung hari ni? Alololo siannya gitu!
Kita akan teruskan pemantauan sehingga esok. Tengok apa jadi.
Anak sulung kami ada balik ni. Alamak ada jerawat la! Aku naik risau plak. Hmm ... tanda-tanda orang dah makin bujang. Misai pun halus je kat atas bibir. Janggut ... masih licin. Dia dah masuk pertengahan juz 16, alhamdulillah. Semoga Allah membantu dia dan rakan-rakan semadrasah menghafal dan mengamalkan al-quran sepenuhnya dalam kehidupan sampai bila-bila insyaAllah.
~~> ada perkara yang aku nak tulis tapi tak perlu ditulis. Ada perkara yang aku nak share tapi tak boleh dishare. Ada perkara yang aku rasa nak tulis tapi aku tak pandai tulis. Apa-apa la ...
Oh ya makasih kat maklong kawan sejak darjah 1 Maria Md Dah yang rajin baca blog aku ni ... sajeeee je panggil mak long sebab dia yang sulung, dalam kelas dulu pun dia orang paling awal sambut birthday dari semua orang, kan maklong? cer ko komen-komen kat sini maklong bagi meriah sket blog aku yang skema ni ... hahaha ngaku je la keskemaan itu, tak de orang ngata aku perasan sendiri je ... dan aku tak kisah ... hehehe ... skema-skema pun ada peminat setia WAAAHAHAHAHA!!!!! (perasan hehe) dan ada je org add aku kat fb hihihi ... dorang ingat aku ni sapa la bagus sangat agaknya haihhh .... thanks for that to all dearest you (of cos pempuan je)
/macam biasa spontan je ... mzb.

Wednesday, September 19, 2012
Sunday, September 16, 2012
catatan Abu Muhammad
Ghirah itu wajar
Bantahan
dan demonstrasi yang dilakukan umat Islam serata dunia sebagai reaksi
kepada penghinaan terbaru terhadap Kekasih Allah Junjungan Nabi SAW
adalah cerminan daripada sifat ghirah umat ini kepada Islam dan Junjungan Sayyidina Muhammad SAW, alhamdulillah.
Sifat ghirah ini adalah satu sifat kepujian yang perlu dimiliki oleh
setiap individu muslim di mana al-Imam al-Bazzar meriwayatkan daripada
Sayyidina Abu Sa`id RA bahawa Junjungan Nabi SAW bersabda: "Ghirah itu adalah daripada keimanan". Secara sederhananya, Buya Hamka rahimahullah memberi pengertian ghirah sebagai:- "Ghirah adalah kecemburuan dalam beragama. Cemburu itu bukan
sekedar marah atau kesal atau jengkel, melainkan perasaan tidak rela
karena haknya direnggut dan berhasrat besar untuk merebut haknya
kembali. Kalau tak ingin merebut kembali, bukan cemburu namanya. Itulah
sebabnya orang bilang cemburu adalah tanda cinta, dan tidak ada cinta
tanpa rasa cemburu. Nah, yang disebut ghirah itulah
perasaan memiliki / mencintai agama secara mendalam yang kemudian
terwujud dalam pembelaan yang kuat ketika agamanya dihinakan orang." Dengan
kata lain, ghirah ini adalah cemburu yang positif bersumber kepada
kebenaran dan terbit dari rasa cinta yang tinggi lagi tulus dan bukannya
cemburu buta yang terbit dari keegoan, prasangka dan hawa nafsu yang
dikobarkan api kemarahan semata-mata. Jika diaplikasikan dalam situasi
yang sedang kita hadapi sekarang berkaitan dengan penghinaan kepada
Junjungan Nabi SAW, di mana baginda ditohmah dengan berbagai kejelekan
demi merobek ketinggian martabat, maruah, keperibadian dan akhlak
baginda SAW, maka hendaknya kita menunjukkan sifat ghirah kita untuk
mempertahankan baginda dan menepis segala tohmahan terhadap baginda
dengan menyatakan ketinggian pribadi, akhlak dan martabat baginda yang
sebenar.
Namun, perlu diingat sentiasa bahawa jangan pula ghirah yang dianjurkan agama, yang suci murni semata-mata kerana Allah SWT bertukar disebabkan perkara-perkara selainNya, umpama kerana marah yang bersangatan sehingga diri dikuasainya dan kewarasan berfikir sirna, akhirnya ia membawa kepada perlanggaran batasan hukum-hakam Maka yang sebegini bukanlah anjuran agama. Berdemonstrasi sehingga mewujudkan suasana huru-hara, kacau-bilau, rusuhan, anarki dan seumpamanya, apatahlah sehingga menumpahkan darah orang - orang yang tidak dihalalkan darah mereka untuk ditumpahkan, kecederaan, kerosakan harta benda dan sebagainya, perlulah dijauhi. Nak berdemo, ya boleh saja, asalkan dalam batas-batas yang dibenarkan oleh syariat.
Janganlah kerana filem bangsat yang tak berkualiti bikinan penjenayah dadah itu, kita hilang kawalan diri, mengikut kemarahan yang meluap-luap sehingga kita melatah dan menari mengikut irama yang dimainkan oleh musuh-musuh Allah tersebut. Musuh-musuh Islam telah mengecap kita sebagai pengganas, mereka menuduh kita umat Islam sebagai pengganas, maka di mana untungnya dan di mana positifnya jika aksi ganas pula yang kita pertontonkan. Bukankah ianya seolah-olah kita mengiyakan tohmahan mereka terhadap kita. Namun ini tidak bermakna yang kita akan membiarkan sahaja Islam diinjak-injak, al-Quran dihina dan Junjungan Nabi SAW diperlekehkan, tidak sekali-kali tidak. Agama perlu kita tegakkan dan pertahankan, Quran perlu kita junjung dan muliakan, Nabi perlu tetap kita sanjung dengan kepatuhan kepada segala ajaran baginda. Ini sifat umat beragama yang punya rasa cemburu pada agamanya, bukan umat dayus lagi pengecut.
Filem yang dibuat oleh musuh Allah tersebut untuk menghina kekasih Allah teragung, Junjungan Nabi SAW bukanlah cubaan pertama mereka, Junjungan Nabi SAW telah dihina dan diperlekehkan oleh mereka-mereka yang buta mata hatinya, namun semua itu hanyalah seperti perbuatan anjing menyalak bukit. Mari kita renungi sejenak, mari kita hadirkan Junjungan Nabi SAW dan bayangkanlah apa yang akan baginda lakukan dalam menghadapi situasi sebegini. Adakah Junjungan Nabi SAW akan melatah menari mengikut irama yang dimainkan oleh musuh-musuh Allah tersebut ? Bukan baru kali ini Junjungan SAW dihina, sewaktu hayat baginda di atas muka bumi dahulu pun tak kurang penghinaan yang ditujukan kepada baginda. Para penyair jahiliyyah tanpa segan silu telah mencemoh baginda dalam syair-syair mereka. Junjungan SAW sekali-kali tidak melatah dan para sahabat ridhwanullah `alaihim ajma`in pula telah mengambil langkah-langkah mempertahan baginda antaranya mempertahankan baginda mengikut cara sebagaimana baginda dihina. Para sahabat telah mengarang pula berbagai syair yang indah bagi memuji, mempertahan serta memperjelaskan ketinggian Junjungan SAW dalam rangka membalas balik syair-syair yang menghina baginda. Siapa yang tidak kenal dengan Sayyidina Hasan bin Tsabit RA, Sayyidina Ka`ab bin Zuhair RA, Sayyidina al-`Abbas RA dan ramai lagi yang telah melakukan hal tersebut. Ini antara contoh yang perlu kita ikut. Jika musuh Allah menulis karya-karya menjelekkan Junjungan Nabi SAW, maka kita balas dengan mengemukakan pula tulisan membela baginda; Jika mereka mengadakan majlis-majlis menghina Junjungan Nabi SAW, maka kita semarakkan pula majlis-majlis memuji dan mentakzimkan baginda; Jika mereka buat filem menghina baginda, kenapa tidak kita bikin filem untuk menyanjung baginda dan memaparkan kebenaran pribadi baginda yang agung. Apakah para produser/penerbit/sutradara/insan seni kita ngak bisa berbuat sedemikian. Apakah mereka hanya bisa bikin filem seram, filem roman percintaan, filem lawak bodo dan filem lawak kurang ajar sahaja. Jangan marah noooo, hanya saranan sambil melepaskan geram. Hok ini kenalah difikirkan oleh ahli-ahlinya, kalau tunggu ese yang fikirkan bakalan ngak keluar filemnya. Marilah kita memperkukuhkan kecintaan dan kerinduan kita kepada Junjungan Nabi SAW, ingatlah bahawa mencintai baginda itu adalah kesempurnaan iman dan baginda dicintai melebihi kecintaan kepada diri kita sendiri. Tanpa baginda, siapalah kita. Tanpa baginda, pasti kita bahan bakar api neraka.... Allahu... Allah. Shallu `ala Nabiyyikum, Allahumma shalli wa sallim `ala Sayyidina Muhammad wa alihi.
copy paste dari sini ~ Bharus Shofa. (terima kasih dan maaf kepada empunya tulisan sebab tak minta izin).

"The lies (Western slander) which well-meaning zeal has heaped round this man (Muhammad) are disgraceful to ourselves only." - Thomas Carlyle ( 1795 - 1881)
copy paste dari sini ~ Bharus Shofa. (terima kasih dan maaf kepada empunya tulisan sebab tak minta izin).
Persoalan:
1) " Jubah,serban tu semua bukan sunnah nabi,jubah tu budaya orang
arab...!kalau nabi diturunkan kat china atau india tentu pakaian diorang
nabi pakai...! "
2) " yang sunnah tu cara pakai,bukannya apa yang dipakai,kalau semua nak ikut nabi,pegila naik unte... "
3) " pompuan arab pakai purdah tu sebab kat arab takut pasir kena muka..! "
Ibnu batoota:
1) nabi tiru orang arab ke atau orang arab tiru nabi-nabi allah?kenapa
nabi-nabi lain yang bukan arab memakai jubah dan serban?kenapa ada
riwayat menyebut malaikat memakai serban dan jubah?seperti nabi
isa,mahsyur sekali baginda memakai jubah hinggakan orang kristian pun
akui jesus memakai jubah,sebab tu mereka lukis gambar jesus memakai
jubah dan paderi mereka juga pakai jubah sedangkan jesus dan majoriti
kristian bukannya orang arab???sebenarnya jubah,serban,janggut dan semua
yang ada pada nabi tu bukannya budaya arab tapi ia adalah pakaian
standard para anbiyya a.s yang dijadikan budaya oleh orang arab kerana
pengaruh nabi muhammad yang kuat di tanah arab,ia adalah pakaian
tawadhuk dan paling sempurna,selesa dan menutup aurat
sepenuhnya.JUJURLAH PADA DIRI!apakah kalian merasa tenang apabila
melihat seorang lelaki memakai jubah,serban,berjanggut walaupun
pemakainya itu orang biasa?atau kalian lebih tenang dan sejuk melihat
seorang lelaki dalam baju kot hitam bertali leher seperti rabbi yahudi
walaupun pemakainya itu seorang ustad????kenapa begitu?kerana nur
nubuwwah itu terpancar kepada pemakainya dan menyejukkan mata sesiapa
sahaja yang melihatnya........
Maka kenapa timbul puak yang cuba untuk jauhkan umat islam dari pemakaian para nabi????
Kenapa mesti agungkan fesyen moden????
Memang lah pakai jubah serban tak wajib dan tidaklah haram memakai t
shirt dan jeans sahaja,tapi kenapa mesti berkelakuan seolah-olah pakaian
rasulullah dan para anbiya itu tiada nilai dan harga sampaikan ada yang
mendakwa ia budaya semata-mata,tak dapat pahala pun....sedangkan segala
yang ada pada diri nabi adalah yang terbaik..!
Termasuk pakaian nabi adalah pakaian yang terbaik...!
Kalau pakaian kot dan tali leher itu lebih baik disisi allah,tentu saja allah akan lahirkan nabi muhammad di kalangan mereka...
Kalau baju china dan india lebih baik,tentu saja allah akan takdirkan nabi lahir di kalangan mereka....
Apa secara 'kebetulan' je ke allah lahirkan nabi dikalangan orang arab yang memakai jubah secara adat?
Kebetulan ke????
2) betul,cara pakai juga sunnah,begitu juga apa yang dipakai juga
sunnah...cara pakai seperti mulakan dari bahagian kanan,menutup
aurat,tiada gambar makhluk bernyawa pada baju,tidak meniru-niru budaya
kafir,sopan,kemas,bersih,semua itu insyallah dapat pahala '"cara sunnah
pakai pakaian"...bagi yang pakai jubah serban dengan niat mencontohi
nabi pula insyallah mendapat pahala "sunnah memakai pakaian nabi..."
Hujah itu benar,tapi jadi masalah bila sengaja nak merendah-rendahkan
fesyen anbiya a.s....seolah-olah fesyen-fesyen bodoh zaman sekarang ni
lebih baik dari fesyen nabi-nabi....bab naik unte tu,kalau naik unta
dengan niat kerana nabi naik unta pun insyallah akan dapat
pahala..masalahnya unta susah nak carik,jubah senang je cari,tambahan
lagi zaman sekarang dah ada kereta,lebih mudah,jadi naik lah
kereta...dalam bab pakaian langsung tak boleh disamakan dengan bab
kenderaan,kerana pakaian tak boleh di upgrade seperti mana
kenderaan...unta kalau naik,lambat sampai,kalau naik kereta cepat
sampai,jadi naik lah kereta sebab ia satu kemudahan,kalau pakaian
pulak,apa kejadahnya nak jadi kemudahan lagi?fungsinya menutup aurat,nak
upgrade 'kemudahan' nya jadi apa lagi?nak jadi baju iron man?kalau
compare kereta dengan unta,maka jubah pon kena compare dengan baju iron
man lah........berat nanananananananangggg.....
3)dalam tafsir
ibn kathir rah,telah dibawakan kalam saidina ibn 'abbas r.a berkenaan
ayat quran: " an yudniina 'alaihinn min jalaabihinna " ( supaya mereka
mengenalan ke atas diri mereka akan jilbab mereka )...
Ibn
abbas menafsirkan: " allah memerintahkan para wanita mu'min,apabila
mereka keluar daripada rumah mereka di dalam keadaan KEPERLUAN/HAJAT
(menunjukkan wanita hanya keluar atas hajat/keperluan), supaya mereka
MENUTUP WAJAH-WAJAH MEREKA mereka daripada atas kepala mereka dengan
jilbab-jilbab dan hanya menampakkan mata sahaja (untuk MELIHAT bukan
untuk DILIHAT).... "
Maka dari tafsir seorang sahabat nabi yang
merupakan sepupu nabi dan juga seorang mufti dan ahli tafsir di
kalangan para sahabat,wajah wanita itu adalah aurat yang wajib ditutup
auratnya...maka adalah kebodohan yang sangat melampau melepasi had
maksimas apabila ada pihak mendakwa 'purdah tu cuma adat sebab takut
pasir...' sedangkan IA WUJUD DALAM SYARI'AT....
(maaf,saya
bukan nak bahas hal purdah,tapi cuma nak bagitau yang purdah itu bukan
adat tapi ia wujud dalam syariat,maka hentikan dakwaan bodoh yang
menyatakan ianya adat semata-mata....sekadar rujukan:berkenaan hal
purdah,khilaf ulama mengenainya ada 2 fatwa yang mahsyur iaitu yang
pertama,wajah dan tapak tangan itu aurat seperti bahagian aurat yang
lain,banyak sekali dalilnya dari quran dan hadis hinggakan ulama mazhab
syafie telah memilih ia sebagai fatwa muktamad mazhab seperti yang
dibahaskan dalam kitab fathul mu'in.manakala pendapat kedua ialah muka
dan tapak tangan bukanlah aurat SELAGI TIDAK MENIMBULKAN FITNAH,maka ia
tetap jadi aurat kalau timbul fitnah,fatwa ini mahsyur di dalam mazhab
hanafi dan maliki sebagai fatwa muktamad dan terkuat sedangkan fatwa
yang sama ini disisi ulama mazhab syafie adalah pendapat daif atau
pendapat kedua,dan pendapat kedua inilah yang menjadi pegangan majoriti
mufti dan ustad yang mengajarkan wanita bermazhab syafie di
malaysia,indonesia kerana bagi mereka wanita malaysia 'belum bersedia'
menerima fatwa muktamad memandangkan masih ramai yang
rambut-percuma(freehair).)
Bulu Cantik kembang
dagunya menggigil-gigil. Ekornya dipukul-pukul rancak. Dia memerhatikan sesuatu dengan begitu fokus. Taula aku, mesti ada kucing jahat nak datang. Aku pun mula standby. Tak jadi masuk dalam rumah. Jam dah hampir 11 malam, tapi aku masih berjaga-jaga di belakang rumah memerhatikan sekitar macam Cantik juga. Di langit ada kapalterbang dengan bunyi sayup dan lampu berkelip-kelip lalu di atas kepala. Malam yang tenang. Aku perhatikan selipar-selipar yang tersangkut di rak selipar. Kalau kucing jahat muncul juga nak meneruskan niatnya menganggu Budak Bulu2 aku, selipar-selipar ini akan terbang macam piring terbang ke arahnya. Ada juga dua botol kapur kasut atas singki zink, pun boleh dijadikan botol terbang. Aku teringat dua pucuk pistol Hidayat yang baru dibelinya kelmarin. Satu berharga RM30 dan satu lagi berharga RM15. Tapi dua-dua jahanam selepas sehari dibeli.
"Mama nak beli pistol murah je. RM5."
Kemain suka Hidayat dan dia terus menyucuk aku supaya beli yang mahal punya. Dia nak mengendeng pistol aku pulak. Aku yang tak setuju langsung dia beli pistol panjang macam senapang tu, kini rasa pistol itu boleh digunakan untuk menembak kucing jahat untuk menakut-nakutkannya. Ada dua ekor pakwe Zura yang selalu bergaduh berebutkan Zura dan sekali gus menganggu Putam. Kucing-kucing itulah yang akan jadi mangsa pistol aku nanti. Cuma ... ada lagi ke pistol macam tu dengan harga RM5? Tak kuasa pulak aku nak survey. Huhh!!!
Ada dua Nerf milik Hidayat dan Hanessa yang dibeli oleh abah mereka ketika hampir balik dari Brunei tempohari. Bak kata pepatah, tak ada buluh, rotan pun berguna jua. Boleh la aku tembak kucing jahat dengan Nerf tu. Tapi ... berkesan ke? Aku lebih suka peluru kuning tu sebab ia bukan sahaja memeranjatkan tapi juga agak perit menyakitkan. So aku harap kucing taiko akan terkejut lama dan serik n nak datang. Anyway sebenarnya sejak Budak Bulu2 duduk luar semalam, aku tak nampak langsung dua ekor taiko tu di belakang rumah. Bagus juga, tapi aku kena standby la ... kan. Kalau dorang kacau Cantik anak-beranak, siapla!!!
Tiba-tiba terkenangkan Humairah dan rakan-rakan masturat yang ditemui tadi petang. Hmm ... aku sengih sorang-sorang. Dek kerana aku dan beberapa orang lagi terpaksa beransur segera, sesi takruf dimulakan. Dan aku orang terakhir bersuara. Laju dan ringkas je, sekali gus memaklumkan aku sudah berpurdah seminggu lepas dan macam biasa mohon doa semua. So kini rakan-rakan mastura yang hadir sudah tau siapakah Ummi Amirah @ NMMH.
Aku ingat Humairah begini, rupanya begitu. Aku sangka Buntal Del demikian, rupanya tak sedemikian hahaha ... Siti Norisah @ Permaisuri Ismail @ Ummi Ainatul Mardhiah memang candi orangnya, kelakar dan periang, macam statusnya di fb jugak. Tengku Anita, Emiliya, Muslimah Sejati, Raudhatus Sakinah, Bintu Mat Rasani, Khafi Insan Khafi dan beberapa nama lagi. Ramai yang tak hadir sebenarnya kebanyakannya kerana suami masing-masing keluar khuruj. Tak mengapalah insyaAllah tahun depan berjumpa lagi semoga diizinkan Allah jua. Syukur kepada Allah yang mengizinkan pertemuan hari ini. Dekat nak balik, jumpa Ummu Ahnaf dan Rohana Ishak pulak ...
Bunyi loceng leher kedengaran. Aku lihat Budak Bulu2 berlari ke sana ke sini dengan riang dan bebas. Anak-anak Cantik semuanya berstokin kaki, tapak kaki hitam, mulut hitam dan hidung hitam sedikit. Cuma aku tak check lelangit mereka, ciri-ciri yang sedia ada sudah cukup menandakan Budak Bulu2 ini jenis lasak dan penangkap yang baik. Sudah dua tiga kali Cantik membawa masuk tikus dari saiz anak sampailah saiz bapak ke dalam rumah. Aku rasa lega apabila mereka semua selesa duduk di belakang rumah, sebab aku tak perlu tarik nafas merungut bila terjumpa bangkai tikus tepi sliding door pagi-pagi hari. Biarlah Cantik ajar anak-anaknya memburu tikus di luar rumah. Tentu lebih efektif, aku jangka. Cuma aku mungkin harus membuang loceng-loceng di leher setiap Budak Bulu2 supaya pergerakan mereka lebih licin tak ketahuan mangsa.
* Hari yang sangat sibuk. Pagi - tengahari - petang - malam ~> dengan agenda sama di tempat berbeza.

Thursday, September 13, 2012
aku dan sekeping kain hitam
kain hitam sekeping itu dipanggil niqab atau purdah. Lain sikit tapi fungsinya ialah menutupi wajah dari pandangan umum khususnya lelaki ajnabi.
Aku sudah berniqab. Alhamdulillah. Semuanya adalah kuasa Allah SWT jua yang dengan kudrat dan iradahNYA telah menggerakkan hati aku begitu. Rasminya pada 3 September 2012 lepas, aku mula mengenakan niqab apabila keluar rumah.
Tak de plan apa pun. Suami kata tahun depan, let say lepas umrah ke kalau ada rezeki nak gi umrah. Macam ada asbab la ... balik umrah pakai niqab. Rupa-rupanya Allah tak perlukan asbab. Kun fayakun. Aku tak tunggu tahun depan. Dan aku tak rasa aku tergesa-gesa. Aku rilex je.
Rileks? Betul ke?
Huhuhu ... sebenarnya kurang betul.
Aku gabra jugak. Janggal bila bertembung dengan jiran setaman. Walhal aku tak patut rasa janggal. Tak patut tak patut dan tak perlu sama sekali.
Aku tahu. Jadi aku memikirkan sesuatu. Mohon doa. Maka aku call mak kandung aku dan mohon doa beliau. Terharu rasa hati apabila mak kata, 'semoga iman I meningkat.' Aamiin.
Lepas tu aku cool sangat. Janggal ada sikit-sikit je. Janggal masih ada bila aku muncul di kedai suami aku dengan berpurdah. Tiba-tiba aku boleh rasa sesak nafas pulak hahaha ... teruk betul kan!
Mendadak aku teringat 'anak angkat' aku yang baru walimah tu. Ntah macamana suami aku bagitau dapat jemputan tapi jauh, memang tak dapat memenuhi undangan. Aku pun hantar sms minta dia doakan aku jugak. 'Umi kritikal dalam seminggu atau sebulan ni'. Begitulah aku ringkaskan. Dia tanya balik if aku sakit. Hihihi ... aku terus-terang je bahawa betapa janggalnya aku rasa dengan niqab ni. Dia ni beristerikan seorang perempuan yang telah memakai niqab sejak berumur 7 tahun. Dan dia sangat berbangga dengan bidadarinya, yang ... memang aku rasa payah nak jumpa perempuan muda stail gitu zaman ini, sekurang-kurangnya dalam hidup aku sendiri.
Dia beri jawapan, dan yang paling aku suka dan ingat sampai sekarang ialah bila dia mention gini ~ 'semoga umi menjadi kebanggaan Rasulullah saw.'
Wow! Bukan senang nak jadi kebanggaan kekasih Allah. Tiba-tiba aku berasa sangat kerdil dan kecil dengan ayat itu. Apa sajalah yang aku buat, selama ini ... dan tiba-tiba dengan sekeping kain hitam yang kecil, 'semoga umi menjadi kebanggaan Rasulullah saw'!!!!!!!!!!!
Ya Allah!!!
Dan dengan tiba-tiba juga, aku berperasaan sangat kuat bahawa apa pun yang aku buat semuanya baginda SAW maklum dan tahu. Apa yang kita semua buat. Korang dan aku. Semua kita yang berada dalam senarai ummat akhir zaman ini. Kita semua yang berstatus ummat baginda Rasulullah saw ini.
Sebelum ni bukan tak tau. Tapi rasa tu tak kuat. Macam blur-blur gitu. Aku la ... sebab aku memang teruk.
Lama-lama perasaan janggal tu hilang sendiri. Jiran setaman pun dek aje. Mana-mana yang selalu angkat tangan atau bagi lampu bila berselisih, buat macam tu jugak. Maka aku pun angkat tangan lagi tinggi dari biasa sebagai respon sebab senyum aku dorang dah tak leh nampak hehe ... Reaksi kena jelas supaya tak blur.
Dan tiba-tiba suami aku ajak balik kampung jumpa mak. Ini semua Allah punya kuasa. Aku gabra dan sempat pesan kat suami, mintak dia tolong backup aku bila jumpa mak nanti. Alahai seronoknya bila suami aku jawab, elok la pakai purdah. Simple dan jelas. Tapi hati aku dak duk dak duk ... dalam kepala dah plan, masuk je pagar aku lucut purdah ni. Kami sampai malam dekat nak pukul 12 malam, so dorang tak datang kat pagar la sambut kami. Selamat la kiranya kan ...
Nak jadi cerita, esok siang tu mak ajak aku ikut suami ke Kuala Pilah pulak. Anak-anak masih berdengkur, 'dicutikan' dek suami dari bersekolah, urgent punya hal. Aku mula-mula buat dek je. Sebab dalam kepala dah plan lagi, karang balik dah jauh dari rumah aku pakai la purdah. Mak tak nampak. Tapi mak ajak jugak aku ikut.
Abih tu ... aku tawakkal je. Oh ya, malam tu aku saja je tebeng-tebengkan kain niqab tu atas meja sekali ngan abaya aku. Biar mak nampak, gitulah maksud aku. So jangan dia terkejut nanti. And, bila aku pakai terus masuk kereta dengan kejanggalan yang hebat sangat. Adoiiiii betul-betul aku saspen walaupun nampak cool.
Hmm .... mak abah pun nampak cool. Baik sangka je la, sebab aku pakai niqab yang ada layer belakang tu stail Yaman. Masa anak aku pakai, aku fikir dia nampak gojes. Naqib kata vouge hehe ... so aku fikir aku pun nampak sikit gojes la hahaha ... thats why mak diam je kot. Mak kan stylish.
Alhamdulillah sampai kami beredar dari kampung, semua aman dan tenteram. Aku bersyukur kepada Allah, yang memberi ketenangan dan kekuatan kepada aku. Dan aku teringat semula kepada kata-kata anak angkat aku tu, 'semoga umi menjadi kebanggan Rasulullah saw.'
Niat aku adalah untuk mengikut sunnah isteri baginda saw. Untuk mengelak fitnah dan sekali gus membuatkan aku belajar berakhlak baik.
Namun ujian tetap ada untuk aku. Dek kerana aku memakai niqab, aku dilihat telah kembali ke belakang atau mengundur. Sebabnya dulu kakak dan adik aku berpurdah beberapa tahun, kemudian mereka telah menanggalkannya. Alih-alih aku pulak yang berniqab. So mak aku telah memberikan ceramah beliau yang biso bonar di telefon. Depan-depan ok, dalam telefon ko. Tambahan lagi sehari selepas kami berjumpa tu, mak ke rumah abang kandung aku bersama mak kandung di Senai. Maka antara topik hangat yang ditimbulkan ialah : 'aku dah pakai purdah!!!'.
Aku taklah kisah sangat. As long as mak kandung aku suka aku berpurdah. Suami aku pun tak menghalang. Anak-anak aku turut memberi sokongan. Cuma mak je ... dan abah sekali la aku agak. Kan dorang berdua sepakat selalu.
Masalahnya, aku ni kalah dengan emosi sendiri bila nak pertahankan diri sebab aku boleh naik hot walaupun aku cuba tak tunjukkan pada mak. So nasib baiklah dia tak nampak aku jauhkan ganggang telefon tu ... tapi terdengar jugak la suara mak yang nyaring di corong telefon. Itu time mak memberi ceramah beliau tentang tindakan aku yang seolah-olah ketinggalan zaman, orang dah bukak purdah aku pulak tutup wajah. Bla bla bla ... aku tak berapa dengar.
Oh mak ... i am so sorry. I love u but we have to understand about this things ~~ niqab and the reason why. I'll tell u one day insyaAllah. Hope Allah will give me strength and all the important points to tell u. One thing, if we don't think something is not exist, doesn't mean that it is never exist. Allah Maha Kuasa Allah Maha Kaya Allah Maha Berkehendak. Kun fayakun.
Oh mak ... anakmu ini telah pun ajak cucu-cucu mak angkat tangan sama-sama berdoa semoga satu hari nanti MAK PUN PAKAI PURDAH. AAMIINNN.
Hmm mak ... sejak hari anak mak ni buat decision nak kawin dengan menantu mak tu dulu, anak mak mula pegang kuat-kuat prinsip 'TAK ADA YANG MUSTAHIL DI SISI ALLAH'. Means tak mustahil mak pun pakai purdah. Cukuplah harapan begini membuatkan hati rasa lebih tabah dan happy hehehe ... Semoga harapan menjadi kenyataan. InsyaAllah. Tak kisah la mak, walaupun kecantikan yang pernah mak miliki semakin luntur, tapi bekas-bekasnya masih ada. Semoga mak pun akan jadi kebanggaan Rasulullah saw, dan mendapat ganjaran 100 mati syahid kerana mempertahankan sunnah baginda di akhir zaman (sunnah isteri nabi). Dan semoga purdah itu bukan setakat menutup wajah, tapi juga sebagai pemangkin ke arah kehidupan sunnah dan akhlak mulia insyaAllah.
Semoga blogger dan pengunjung yang membaca coretan ini turut mendoakan kita, mak. InsyaAllah. Aamiin.
Sori panjang pulak. Dah lama tak menulis daa ....
* untuk rujukan pendapat mazhab imam yang empat tu boleh search mana-mana, aku jumpa yang ini. Baca kitab lagi baik, sebab lebih sohih. Kat google ni untuk rujukan cepat ok la.

puan Cantik nak kena belasah ke haa?
mula-mula dia membasahkan bantal Hidayat. Tau-tau ada bau je yang cukup kuat dan tak sedap langsung! Lepas tu terkena kat suami aku pulak. Dia dengan rasa yang teramat penat merebahkan badan lepas solat Subuh, terus terbangun dan hilang semua mengantuknya. Timbul berang ... berang sebab dia rebahkan badan di atas bantal basah yang ... tak ada lain untuk disyakki lagi selain Puan Cantik!!!!!!!
Arghhhh! Cantikkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!
Aku pun naik sebal dengan perangai Cantik yang terkini ni. Kenapa dia buat perangai macam ni?????? Aku ngandung ke? Ishhhhh apa kena mengena? Hahahaha ...
So sekarang ni semua bilik tidur diarahkan tutup pintu. Cantik dah jadi haiwan berbahaya kat rumah ni. Tapi Ain masih lalai. Aku pulak yang jadi tukang tutup bilik dia. Malam tadi dia lupa nak tutup dan Cantik selamat buat dajal kat tilam dia. Lepas tu Ain marah-marah pulak .... dah dipesan siap-siap bukan sekali dua. Jadi redha la Ain .... tapi dia nak lepaskan geram, dilepuknya Cantik sekuat-kuat hatinya sampai kucing tu terkedu nak mengiau mintak biskut kat dia pun tak keluar suara, hanya mata je terkelip-kelip. Haha ....
Bantal besar yang dibeli masa Naqib lahir dulu, yang diwakafkan untuk tempat Budak-budak Bulu santai pun dah basah dek Cantik. Aku tak nampak, tapi sapa punya kerja lagi menghayau-hayau begitu punya banyak kalau tak Cantik? Dia kalau nampak pasir bersih untuk anak-anak dia, dia yang lebih-lebih pergi tertonggeng-tonggeng nak memburan kat situ. Geram jeeee .... aku marah dia kebil-kebil buat bodoh. Jadinya pasir anak dia, dia pulak yang mengotorkan.
Putam pun dah start aktiviti kucing jantan miangnya tu. Sebelum ni dia memang kucing baik. Tapi kami semua perasan dia makin lama makin gemuk, makin besar, makin berat, makin garang dengan anak-anak dia dan yang pastinya makin miang. Lagi satu dia suka naik kereta bila kami nak keluar gi mana-mana. Jadi kerja pulak bila dah sampai kedai, turunkan budak-budak dan aku pusing balik hantar Putam ke rumah. Risau gak karang dia bergaduh ke atau hilang dari kedai. Hmm ...
Sapa nak Budak-budak Bulu tu? Perangai baik, muka comel, berdisiplin membuang najis kat pasir je, suka bergurau, periang dan sihat. Bila time dorang bermain, suara tak kedengaran tapi bunyi loceng je yang riuh ke depan ke belakang. Suka main laser, main rotan, main tali dan panjat-memanjat. Kesimpulannya, kucing normal yang ceria.
Pss kalau anak-anak aku tau aku bukak iklan ni, mesti dorang tak suka ni. So kita deal diam-diam je la hehehe ...

Wednesday, September 12, 2012
saya tak perlukan kamu
dan semua keturunan kamu sampai hari kiamat. Kamu keluar dari tubuh saya dan ambil semua barang-barang kamu. Dan jangan kamu datang lagi kepada saya.
Aku ikut semua yang ustaz tu suruh ikut apa yang dicakapnya. Sementara itu, ustaz berbaju biru yang duduk di hadapan aku masih mengeliat-ngeliat dengan mata tertutup, jari-jemarinya mengerekot dan tubuhnya bongkok. Aku dapat bayangkan betapa hodohnya saka beruk yang telah menghuni tubuh aku entah sejak bila.
Ustaz berjubah putih tadi ada berinteraksi dengan jin yang telah ditransfer ke dalam tubuh ustaz berbaju biru. Dia bertanya kenapa duduk dalam badan aku, tapi tak ada jawapan yang pasti. Aku pun tak dengar sangat sebab suara jin tu begitu dalam dan garau. Yang aku dengar ialah ustaz tu bagitau aku dah tak mau jin ni duduk dalam badan aku dan dia kena berambus jauh-jauh bawak barang-barang dia sekali yang dia letak dalam badan aku. Ihh pelik, kalau korang pelik aku pun pelik. Barang apa, aku tak tau.
Jin tu geleng-geleng macam enggan. Ustaz gertak, kalau tak keluar dia akan dipancung. Jin tu memang bodoh, dia geleng-geleng lagi. Ustaz jubah putih dan ustaz jubah oren (duduk di kiri aku) pun baca ayat-ayat al-Quran dan hala tangan macam bagi kick kat ustaz baju biru. Menderam aku dengar ... naik seram sejuk tapi aku tak rasa takut. Rasa eager ada la ... bukan pernah pun. Cuma dek saspennya, aku cengkam peha suami aku yang duduk kat tepi aku kuat-kuat.
Lepas tu ustaz jubah putih kata, 'ko campak dia jauh-jauh' kat ustaz baju biru. Pada masa yang sama ustaz baju biru mengeliat lagi dengan kedua-dua tangan naik ke atas macam gaya orang nak bukak baju ikut tangan sambil berkeruh. Bila wajah ustaz baju biru tu dah ok, normal balik, dia pegang hp balik dan picit-picit hp macam tak ada apa-apa berlaku.
/bersambung. insyaAllah (kalau teringat nak sambung ...)

Subscribe to:
Posts (Atom)
Search This Blog
Blog Archive
Terima kasih :)
utamakan Bahasa Melayu
Pantai Lumut
Pantai Mersing