Salam alaik.
Saya seronok menyiapkan contoh cookies untuk dijamah oleh wakil-wakil yang saya pilih. Lebih ramai wakil berbanding tahun lepas. Ramai di Selangor. Beberapa orang di Seremban.
Saya guna Pure Butter Tatura dan tepung unbleach. Awak tau la jenama apa kan .. berbeza dari resepi asal yang diberikan. Tiada pengawet tentunya. Bakar secukupnya, in syaa Allah rangup.
Kuantiti gula dan kacang badam, saya kurangkan. Tahun lepas, banyak badam yang berterabur dari doh sebab terlalu banyak. Kali ini cun saja. Alhamdulillah.
Mak batuk-batuk agak lama, semenjak limau manis CNY mula diterima sebagai buah tangan majlis. Saya langsung tak menyentuhnya. Mahu eat clean, konon.
Saya hanya menjamah cookies yang mahu dimasukkan ke dalam balang. Hati saya menetapkan, itulah quality control cara saya. Tak ada orang lain yang boleh menjadi wakil dipercayai. Mak, abah dan suami hanya makan cookies saya pada masa tertentu. Naqib, saya larang menjadi QC. Anak-anak yang lain, tidak tinggal di rumah ini. Jadi, hanya saya yang ada dan sayalah yang melakukan QC.
Saya makan cookies kadang-kadang sampai terasa kenyang. Sedapnya .. baru dimasak memang sangat sedap. Maka, selalu QC balun berkeping-keping. Sendiri buat, sendiri balun.
Perlahan-lahan .. bukan, tiba-tiba saya batuk-batuk macam mak. Selsema. Bersin-bersin. Tak makan limau dan tak minum ais pun kena juga rupanya. Hmm memang Allah nak bagi sakit tanpa asbab, fikir saya begitu.
Lama pulak tu. Lebih seminggu dah. Namun tugas QC tetap macam biasa. Masih berselera.
Konsep eat clean terbang entah ke mana. Mana ada clean, apabila kau makan cookies yang ada gula dan tepung, walaupun unbleach kononnya.
Tadi saya join satu link kesihatan. Skrol lebih kurang, mata saya menangkap tip dari doktor berkenaan. Elakkan beberapa jenis makanan termasuk tepung dan gula. Lantas saya teringat tips dari dua lagi doktor berbeza di FB - antara makanan merosakkan otak adalah cookies (dan 9 jenis yang lain yang kebanyakannya adalah makanan proses serta kandungan gula sangat tinggi), dan gula menyebabkan radang di tekak.
Awak boleh bayangkan tak? Awak tengah seronok bersemangat buat cookies, tiba-tiba maklumat sebegini menerjah fikiran awak. Pada masa yang sama, awak memang batuk selsema entah mengapa. Saya sebenarnya nak kaitkan semuanya ini. Tapi, awak boleh faham kan.
Ada perkara lain muncul serta-merta. Saya perlu buat perubahan lagi. Hmm .. bila ditimbang-timbang semula, ia bukanlah perubahan besar. Cuma semangat baru untuk sesuatu yang pernah dilakukan, tetapi sudah tersadai begitu saja.
Ya, tanam-tanaman saya di belakang dapur yang sudah semak!
Saya mahu berbakti kepada tanah. Tak sabar nak tunggu hujung bulan Mac tiba. Ambil senarai tempahan cookies dari wakil-wakil dan mula edarkan cookies yang sangat sedap ini menjelamg Ramadan.
Memulakan dua pekerjaan semula - menulis dan bercucuk-tanam dengan sempurna.
Semoga Allah memudahkan urusan kita semua. Aameen.
#cookiessedaptapitidakberkhasiat
Apabila hati bersuara, ia adalah bisikan paling halus dari sudut hati yang paling tersembunyi. Tiada sesiapa mengetahui melainkan Allah Taala yang Maha Seni. Lalu hanya kepada Allah aku berserah diri. Ya Allah, kurniakan daku takdir yang baik di dunia ini dan takdir yang baik juga di akhirat nanti. اللهحم امين
Bismillah
Search This Blog
Blog Archive
-
▼
2018
(70)
-
▼
Mar 2018
(8)
- Walaupun cookies ni masih ada kelemahannya, tetapi...
- Kita akan jalan terus. Biar orang-orang yang tidak...
- Tindakan yang menyedihkan tetapi perlu kulakukan. ...
- Salam alaik. Saya seronok menyiapkan contoh cooki...
- Salam alaik. Terus tetap di atas jalan yang lurus...
- Amboii .. Membaca status yang dishare ole...
- Ada teman bertanya buku aku. Dia mahu membacanya. ...
- pegang lehernya!
-
▼
Mar 2018
(8)
Terima kasih :)
utamakan Bahasa Melayu
Pantai Lumut
Pantai Mersing

No comments:
Post a Comment