Setiap orang membina alasan dan mencari alasan untuk sesuatu.
Tak perlulah kita merasa dukacita atau sengsara. Teruskan langkah di atas trek kita. Ucapkan selamat tinggal kepada yang seperti tidak cukup vitamin.
Tak perlu juga war-warkan isihati di dinding. Zaman ini orang-orang suka berkongsi di dinding. Orang-orang yang wujud si sekelilingnya seperti tidak wujud. Mereka sibuk menulis dinding. Menconteng dinding. Membaca dinding. Berkongsi di dinding.
Respek pula kepada orang-orang yang tak rajin menulis dinding. Kenapa ek? Tak ada masa nak menulis dindingnya? Atau sangat menjaga privasi? Atau ada anxiety?
Yelah, ketika jutaan orang sibuk di dinding, ada segelintir yang tak perduli, atas apa jua sebabnya.
-mahu join segelintir itu-

No comments:
Post a Comment