Salam alaik.
Pegang lehernya!
Tangkap lehernya!
Dan jangan membelakanginya. Itu memang kesilapan besar!
Aku tergelak setiap kali teringat video yang ditonton di You Tube. Tentang bagaimana menghadapi serangan angsa dengan cara yang kejam. Cubalah cari. Kejam, memang kejam. Kejam yang melucukan. Tak sesuai langsung padanan perkataan ni.
Dia yang kupanggil Ang Ang sudah mengesan kelemahanku. Kami selalu bertentang mata. Mata kecilnya merenung aku. Aku selalu merasa teristimewa semenjak dia mengulur kepala kepada suami. Abah lebam tangan dicubitnya. Dan Along pun nyaris kena. Aku belum pernah! Kerana itu aku rasa teristimewa.
Tetapi istimewa tu hanya perasanku saja. Ang Ang mahu mencuba aku juga. Suami kata jangan lari tetapi hadapi saja dia. Kau tau, inilah satu-satunya haiwan yang menggerunkan aku sejak dulu, selain anjing kalau di jalanan. Aku tidak pernah terkena suduannya.
Entah bagaimana, ketika memilih anak-anak ayam untuk dipelihara, aku minta sepasang anak angsa ini kepada suami. Kasihan melihatnya berpanas di dalam sangkar ketika matahari semakin terik. Cepat betul Ang Ang dan bininya membesar. Sehingga aku tidak sanggup lagi cuba-cuba mengangkatnya.
Akhirnya dia menguji aku.
"Arghhhh!!" Aku menjerit sekuat-kuat hati. Kampung kecil ini bergema dengan suaraku.
Aku lari sekuat-kuat hati. Sambil Ang Ang mengejar dari belakang. Abah ketawa melihat shawla biruku yang mengerbang di belakang dapat disepitnya.
"Bang, itulah masalahnya. Saya panik! Betul, saya panik bila diserang." aku mengaku.
Setakat diberitahu supaya bertahan tak akan membantu aku bertenang. Maka aku cari sesuatu yang diharapkan boleh membuka sedikit jalan di You Tube.
Pegang lehernya!
Tangkap lehernya!
Itulah cara yang aku temui untuk menghadapi Ang Ang yang mahu menguji.
Pada mulanya aku ambil sikap tidak sekali-kali membelakanginya. Aku sentiasa memastikan dia di hadapanku walaupun aku terpaksa berjalan mengundur ke reban. Ternyata berhasil. Dia selalu memerhatikan aku dan riakku dengan mata kecilnya yang berwarna coklat.
Tapi tadi, dia mula mahu menguji aku buat kesekian kali. Dengan cekap aku tangkap lehernya tetapi bini Ang Ang pula yang seperti mahu menyudu aku. Wah, kaget juga dibuatnya. Sambil memegang leher Ang Ang, aku mula terjerit-jerit memanggil suami. Adussss ... lembapnya! Akhirnya si Indon yang sedang pasang tiles bilik air datang menghalau Ang Ang laki bini.
Masih ada rasa panik. Masakan tidak, kalau tiba-tiba ada back up pulak macam tentera simpanan nak menyerang kali kedua. Haishh!
Masih berazam nak membelai Ang Ang sampai manja macam dalam You Tube. Agak-agak boleh tak?
Yang tak pernah kena attack hanya mak. Mak buat dia macam kawan. Aku pun buat macam kawan. Mungkin bezanya, mak lebih cool. So aku fikir aku seorang yang cool, masih kena baiki lagi. Tak mahu kampung kecil ni terbebar dek jeritan aku yang padu. Hi hi hi ...
Apabila hati bersuara, ia adalah bisikan paling halus dari sudut hati yang paling tersembunyi. Tiada sesiapa mengetahui melainkan Allah Taala yang Maha Seni. Lalu hanya kepada Allah aku berserah diri. Ya Allah, kurniakan daku takdir yang baik di dunia ini dan takdir yang baik juga di akhirat nanti. اللهحم امين
Bismillah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Search This Blog
Blog Archive
-
▼
2018
(70)
-
▼
Mar 2018
(8)
- Walaupun cookies ni masih ada kelemahannya, tetapi...
- Kita akan jalan terus. Biar orang-orang yang tidak...
- Tindakan yang menyedihkan tetapi perlu kulakukan. ...
- Salam alaik. Saya seronok menyiapkan contoh cooki...
- Salam alaik. Terus tetap di atas jalan yang lurus...
- Amboii .. Membaca status yang dishare ole...
- Ada teman bertanya buku aku. Dia mahu membacanya. ...
- pegang lehernya!
-
▼
Mar 2018
(8)
Terima kasih :)
utamakan Bahasa Melayu
Pantai Lumut
Pantai Mersing

No comments:
Post a Comment