Masya Allah. Terharu dengan kunjungan rakan alam maya Amiiza yang masih menjengah ke sini. Rasa haru menyelubungi diri tiba-tiba.
Saya baru keluar dari pejabat pos, memperbaharui lesen kereta yang sudah sebulan terbiar. Kemudian ke CC untuk print out surat perjanjian dengan penyelenggara AC Jaffri Md Yatim untuk antologi cerpen Sedegup Cinta. Surat ini akan difotostat dan diposkan kepada beliau menggunakan pos ekspress. Semoga sampai dengan selamat insya Allah.
Ada rasa rindu untuk menulis di sini. Tentulah, di sini saya bebas merapu apa saja. Saya tidak tahu siapa yang datang membaca, dan saya tidak perduli apa-apa. Cuma saya suka mengingatkan diri supaya tetap dalam adab dan akhlak umat Rasulullah SAW seperti sepatutnya. Ringkasnya saya mahu bebaskan syok sendiri di sini tanpa rasa gugat oleh apa dan siapa. Biarkan saya berseronok di sini.
Cuma kesempatan untuk ke sini agak terhad sekarang. RIndu tetapi dipendam saja. Rindu mahu mencoret, hanya disimpan dalam jiwa. Ada masa insya Allah akan kembali setiap hari, tak lama lagi.
Sehingga ketemu lagi.
Salam sayang buat semua.
Apabila hati bersuara, ia adalah bisikan paling halus dari sudut hati yang paling tersembunyi. Tiada sesiapa mengetahui melainkan Allah Taala yang Maha Seni. Lalu hanya kepada Allah aku berserah diri. Ya Allah, kurniakan daku takdir yang baik di dunia ini dan takdir yang baik juga di akhirat nanti. اللهحم امين

No comments:
Post a Comment