Apabila menulis, menulislah dari hati, akan sampai ke hati.
Apabila menangis, menangislah dari hati. Akan sampai ke hati juga ?
Menulis dengan memaksa diri, tidak enak sekali.
Menangis dengan memaksa diri, menyeksa jiwa sahaja.
Menulis apa yang mahu ditulis.
Menangis apa yang menyiat hati, ada nikmatnya.
Menulis kebesaran Allah, ingat kepada Allah. Menjadi saksi di sana nanti.
Menangis mengenang alpa diri. Mengharap kepada Allah. Mengharap keampunan Allah. Mengharap kasih-sayang Allah. Air mata takut kepada Allah. Membongkar aib diri dengan Allah. Allah Allah Allah.
Menulis hingga dapat Allah.
Menangis hingga dapat Allah.
Semuanya kembali kepada Allah juga.
Apabila hati bersuara, ia adalah bisikan paling halus dari sudut hati yang paling tersembunyi. Tiada sesiapa mengetahui melainkan Allah Taala yang Maha Seni. Lalu hanya kepada Allah aku berserah diri. Ya Allah, kurniakan daku takdir yang baik di dunia ini dan takdir yang baik juga di akhirat nanti. اللهحم امين

No comments:
Post a Comment