Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi. Semua dari Allah belaka.
Ini hanyalah warming up di permulaan. Masih jauh perjalanan ini. Dan aku mengharapkan pimpinan dan petunjuk dari Allah dalam semua keadaan.
Sebenarnya, perjalanan semakin singkat. Permusafiran akan berakhir. Tidak lama lagi. Beransur-ansur mendekat detik pertemuan. Semakin singkat saat perpisahan.
Inilah hakikat kehidupan. Setiap yang bermula pasti akan berakhir.
Hidup adalah untuk melalui sebuah kematian.
Insya Allah, nama pena yang akan digunakan seterusnya ialah Naqhuhines. Tergeliat lidah, kata mereka. Haha ... Ok la tu.
Alhamdulillah, semuanya kurniaan Allah belaka. Segala puji kembali kepada Allah, yang hanya Dia sahaja yang Maha Sempurna memuji diriNya sendiri.
Cinta Allah
Cinta Rasulullah SAW
Cinta akhirat
Cinta orang-orang yang mencintai Allah dan Rasulullah, dan kehidupan akhirat yang kekal abadi.
Ya Allah, kumpulkan daku dengan mereka dan bangkitkan daku bersama mereka nanti. Allahumma aameen.
~Naqhuhines~
Apabila hati bersuara, ia adalah bisikan paling halus dari sudut hati yang paling tersembunyi. Tiada sesiapa mengetahui melainkan Allah Taala yang Maha Seni. Lalu hanya kepada Allah aku berserah diri. Ya Allah, kurniakan daku takdir yang baik di dunia ini dan takdir yang baik juga di akhirat nanti. اللهحم امين

2 comments:
salams,
lamanya menyepi...tercari-cari coretanmu....
salam rindu dari saya:)
Masya Allah ... Amiizaa, takku sangka ada yang rindu hihi ... maaf Miza, kebelakangan ini agak kesuntukan masa menguruskan kehidupan yang terus mencabar diri. Insya Allah sebenarnya rindu nak mencoret. Jazakillah khoyr atas kunjungan Miiza ke sini. Alhamdulillah. Terharu ...
Post a Comment