As salam.
Selepas suami 'selesai' bertarung dengan sakit gigi, giliran aku pula.
Aku bangga kerana aku bukan perokok, nauzubillah. Secara tak langsung aku bangga kerana aku tidak sakit gigi waktu itu.
Namun Allah Maha Adil.
Hari ini airmata terkeluar juga sambil tapak tangan memegang pipi kiri. Denyutannya sudah sampai ke telinga. Suami membaca doa hujan pula. Iya la, aku yang kehujanan. Aduhhh ...
Esok atau lusa suami akan ke projeknya lagi arah selatan. Ya Allah, bagaimana nak aku lalui kesakitan ini dan tugas rutin yang menanti setiap hari ...
Hanya kepada Allah berserah diri.
Mak mertua yang derita sakit gigi tetapi doktor enggan mencabutnya kerana dia ada darah tinggi, kini sudah tamat deritanya. Kata mak Leha, dia memaksa doktor mencabutnya juga dan sedia tanggung risiko. Setahu aku lama juga mak Leha mengidap sakit giginya. Aku yang tak gemar mengambil panadol dinasihatkan mak Leha makan pil penahan sakit itu. "Haa kalau tak nak, tahan aje la ..." katanya kemudian tergelak kecil.
Hari ini.
Hari ini aku mengalah dengan suami. Dia mengunjuk dua jenis pil - antibiotik dan kurangkan bengkak - miliknya tempohari kepadaku. Pil itu aku telan dengan air Anugerah yang dibelinya. Alhamdulillah, leganya ada sedikit.
Tapi itu tadi, siang tadi selepas zuhor. Menjelang petang gigi kembali berdenyut. Nyut nyut nyut!!!
Istighfar istighfar istighfar.
Itulah, akhirnya keluar juga airmata.
"Nanti makan pil killer." kata suami sambil buka pintu nak ke mesjid.
"Hmm. Sampai bila?"
"Esok gi doktor."
"Doktor bukan terus cabut."
"Yela, doktor check dulu. Doktor ketuk-ketuk dulu."
Sayangnya gigi ni kalau dicabut. Sudah rongak sebatang, mujurlah tersembunyi hehe ... Rongak bukan sebab dicabut tetapi pecah berserpih setelah ditampal. Pasangan bawahnya yang sakit sekarang.
* Belajar iman yakin. Doa gigi sakit ~ Ya Allah, hilangkan daripadanya kejahatan dan keburukan yang dialami dengan doa nabi-Mu yang terpelihara lagi diberkati di sisiMu." In Shaa Allah.
Allah yang bagi sakit, Allah jua yang bagi sembuh.
Apabila hati bersuara, ia adalah bisikan paling halus dari sudut hati yang paling tersembunyi. Tiada sesiapa mengetahui melainkan Allah Taala yang Maha Seni. Lalu hanya kepada Allah aku berserah diri. Ya Allah, kurniakan daku takdir yang baik di dunia ini dan takdir yang baik juga di akhirat nanti. اللهحم امين
Bismillah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Search This Blog
Blog Archive
-
▼
2013
(114)
-
▼
Nov 2013
(16)
- aku membaca catatan siang tadi. ... Boboy dah s...
- yang tidak berharga
- lalu saja jangan kacau
- India dan Rahsianya - blog Mohd Hainur Hapis
- hairan makin ramai yang terawet diawet mengawet de...
- Walaupun selalu cuba mengawal diri, k...
- puteri itu ...
- Yang menghantarku ke sini
- Sementara Masih Ada Masa ~
- Apabila anakmu di madrasah
- catatan untuk Putam
- untuk Mak Long kat muau (Muar)
- catatan lama 1 Sept 2013
- bertemu si Miza leter
- sakit gigi mak ...
- kisah terakhir budak bulu-bulu
-
▼
Nov 2013
(16)
Terima kasih :)
utamakan Bahasa Melayu
Pantai Lumut
Pantai Mersing

No comments:
Post a Comment