Dengan
nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Mengemas
rumah juga adalah satu bentuk ujian keimanan. Maksud aku, menyiapkan barangan
rumah untuk berpindah ke tempat lain.
Iman dan nafsu saling berlawanan menguasai diri. Mana barang yang memang perlu dan mesti
dibawa. Mana barang yang sudah lama
tetapi masih boleh digunakan dengan sedikit kreativiti. Mana barang yang ada sentimental value, macam
fiil bapak aku DSHAMY yang sangat banyak barang lamanya yang penuh kenangan
mengusik jiwanya. Mana barang yang
memang tak perlu tapi aku sudah beli dulu-dulu time jiwa mahu semua serba
complete. Mana barang yang pernah
diperlukan tetapi sekarang sudah tidak digunakan, namun ia masih berkeadaan
baik walaupun teknologi semakin canggih, macam dua bijik printer yang suami aku
beli. Mana barang atau pakaian yang
masih cantik dan evergreen coraknya tetapi aku dah jarang sangat pakai semenjak
berjubah @ berabaya ni.
Tersedar
malam tadi jam 2+ am sebab diserang selesema yang menjadi asbab aku bangun sampai
pagi, waktu ini 10.47 pm aku mula rasa mengantuk. Penat .. penat melihat barang yang banyak
sehingga perlukan dua trip lori 3 tan untuk memindahkan barang ini. Kasihan melihat lima anak muda yang funny
tetapi sopan menyumbat segalanya ke dalam lori.
Apabila aku merungut-rungut kecil, ada yang menyampuk rungutanku.
“Kak, rumah sana kecik je tau.”
Macam la aku tak tau ish. Tetapi aku tak dapat berbuat lebih baik
melainkan hmm … angkut je la. Itupun ada
banyak juga benda yang aku rasa sudah tak diperlukan lagi, barang milik suami,
aku masukkan ke dalam plastik hitam. Aku
harap dia tak akan bertanya apa-apa di satu hari nanti. sedikit sahaja.
Malam
kelmarin aku beritahu dia, pen waterman hadiah bekas bos dia di Brunei sudah
aku buang ke dalam tempat sampah. Tak
lama selepas itu aku mula memindahkan sampah (mujur kering semuanya) ke dalam
plastik lain dan hingga selesai aku tak menemui pen biru itu. Untuk menyedapkan hatinya, aku yakinkan dia
pen itu sebenarnya sudah aku simpan di dalam kotak. Untuk perasaanku sendiri, aku katakan kepada
diri untuk menghadiahinya pen berjenama sama di hari ulang tahunnya nanti,
walau berapa harganya. Hmm …
Naqib
dan Ain, aku rasa jenis tak berkira dalam hal membuang. Aku temui duit-duit syiling di dalam celah-celah
beg yang dibuang di plastik sampah bilik Ain.
Oh, walaupun plastik itu berwarna hitam kedap, tetapi aku masih melihat
isinya dari muka tong sampah yang besar dan mula memeriksa satu-persatu sampah
itu. Pasti ada yang aku ketepikan kerana
ia masih berguna.
Hidayat
seorang yang cermat dan sayangkan barang-barang miliknya. Bapak borek anak rintik. Aku terpaksa berhati-hati dengan barangnya
walaupun sudah terlepas sebuah miniature senapang besi berwarna hitam
kesayangannya yang dibeli di Miri. Abahnya
pula membawa dia pulang sekejap. Jadi
sempatlah dia berpesan supaya barang-barangnya disimpan, setelah miniature itu
aku campak dengan pejam mata. Lama juga
aku berfikir dan menimbangkan sikap Hidayat ini. Akhirnya Allah memberi ilham, aku mesti tegas
kepada diri sendiri dan kepada anak dalam banyak hal. Aku masih memikirkan sikap dan cara
Hidayat. Mudah-mudahan dia tidak pernah
teringat lagi kepada miniature itu, dan janganlah miniature senapang berwarna
emas yang selamat (sebab aku tanya time dia balik) menjadi sebab. Insya Allah.
Barang-barang
yang aku duga dapat dijadikan hadiah menarik untuk kanak-kanak, telah
menggembirakan hati kawan-kawan sepermainan Hanessa. Menjelang hari perpisahan ini, dia menjadi
lebih akrab dengan Mira, Saffa, Shahrul dan Farish. Hmm … dia sudah bercuti sakan selama dua
bulan semenjak seminggu Ramadhan kerana keluar darah segar dari mulutnya tanpa
diketahui sebabnya. Peluang masa yang
ada digunakan setiap petang bermain basikal bersama kawan tetapi dia tetap
semakin montel dan gelap (komen Alongnya).
Farish, Shahrul dan Saffa adalah teman-teman yang lebih muda, sangat
berminat bermain dengannya. hampir
setiap petang loceng pintu akan berbunyi, ditekan oleh Farish. Mira pula setahun lebih tua. Meja abc yang empat buah dan sudah selesai khidmatnya
kepada aku tetapi masih cantik warnanya telah menjadi hadiah kenang-kenangan
Hanessa untuk mereka berempat.
Dan
malam ini, aku teringin mencatat peristiwa hari ini begini.
Selamat
tinggal Sijangkang.
Selamat
tinggal TSP 2.
Selamat
tinggal rumah no 56.
Selamat
tinggal jiran-jiran.
Ya
Allah, izinkanlah aku membawa Putam dan generasinya bersama kami. Allah izin, tiada apa dapat menghalang. InsyaAllah.
Selagi ada hayat, aku mahu bersama mereka walaupun Putam
sudah ada dua rekod menyambar ikan separuh beku di dalam sinki, (rekod yang
dirahsiakan). Muezza yang sangat
penyayang. Muzi yang kaki bising tetapi
manja, dan adik-adiknya Cheetah, Ferina dan Sheba yang suka golek-golek atas
simen. Malam semalam Comel bising
semacam dan akhirnya beranak tiga ekor dalam almari baju kosong. Seminggu lepas balik kampung, Kak Ayu beranak
tiga ekor juga di dalam kabinet radio mak.
Adik Cat dilarikan orang, hanya rantai locengnya yang ditinggalkan
berhampiran pagar rumah mak. Tapi mak
tak sedih sangat sebab ada tiga ekor ‘keledek gebu’ yang sudah mula bukak mata.
Semoga
Allah memberi kebaikan dan rahmatNya kepada kami di tempat baru ini. Ya Allah, pilihlah kami menjadi pembantu
agamaMu dan tolonglah kami menyelesaikan tanggungjawab ini. Ameen ya Rabbal a’lameen.
Patah
tumbuh hilang berganti.
Semoga
yang datang lebih baik, dan yang pergi menjadi yang terbaik.
In Shaa Allah.
~ Jumpa lagi.


No comments:
Post a Comment