setelah beberapa tahun berlalu, sejak cerpen Kak Long yang dibengkelkan bersama sifu siap sempurna. Kemudian cerpen ini menjadi nadi novel aku yang pertama, hasil dorongan dan 'desakan' sifu supaya aku cuba menulis novel pula.
Aku tak tau menulis. Sungguh! Means tulis novel la ... Aku semakin kurang membaca sebenarnya, khususnya berbentuk novel. Ada la sikit-sikit novel penulis pilihan atas rekomen kakak aku. Sebenarnya macam ni ... bila aku membaca, aku rasa macam aku pun boleh menulis macam yang mereka tulis. Tapi bila aku nak menulis, aku jadi blur.
Alhamdulillah sifu terus memberi keyakinan kepadaku. Bukan sahaja sebuah keyakinan diri, sifu membimbing aku dengan penuh kesabaran. 'Gigih terus ...' begitulah pesanannya selalu di akhir pembaikan yang diberikan.
Dan sifu juga sangat-sangat sabar! Sepatutnya aku tak layak meneruskan bengkel bersama sifu. Masa sifu kian suntuk, kian berharga. Semakin ramai penulis-penulis muda dan baru yang lebih berbakat inginkan bimbingan sifu. Tetapi sifu sangat berbudi tinggi. Thread aku yang dilenyapkan sebentar dikembalikan semula. Terima kasih sifu!
Sayangnya, aku masih berperangai lama. Hmm bukan mudah nak mendisiplinkan diri ... ada je alasan yang diberi untuk mempertahankan kelewatan menghantar homework. Aku selalu menyesal, tetapi memang aku tak berdaya. Puas aku hebohkan bahawa aku sedang menulis novel. Aku warwarkan di fb bahawa aku sudah semakin hampir ke penamat. Rupa-rupanya semakin ia akan berakhir, semakin berat aku rasakan.
Namun, pasti dan memang sahih lagi benar, bahawa Allah Maha Kuasa. Aku hanya hambaNya yang tak berdaya upaya. Tanpa kekuatan dariNya, aku tak mampu berbuat hatta bergerak seinci pun. Semakin Disember berlalu, aku semakin risau. Aku perlu membuat pembaikan total seperti yang diberitahu oleh sifu melalui fb. Apa yang dah aku buat agak serabut, begitulah komen sifu.
Risau dan resah. Akhirnya aku bermunajat kepada Yang Maha Esa dalam kepayahan. Aku selitkan doa memohon kemudahan dari Allah di sela-sela doa selepas solat fardhu. Ketika hujan tengkujuh turun membasahi bumi yang lembap dingin, aku segera menadah tangan memohon kepadaNya. Demikian juga sebaik selepas azan dari beberapa surau dan masjid sekitar selesai dilaungkan muazzin, aku sambung dengan doa demi doa.
Memang banyak benar hajatku kepadaMu ya Allah. Hajat akhirat ... hajat dunia ... hajat demi hajat yang kadang-kadang membuat aku menangis. Ya Allah, aku tak tau di mana ajal itu. Bila ajal akan tiba. Bagaimana ia akan datang kepadaku. Aku tak tau!
Dan satu malam selesai semua urusanku dengan Khaliq, aku tetapkan hati dan duduk menghadap laptop. Aku pasrah. Aku tetapkan hati, bab terakhir ini mesti aku selesaikan malam itu juga. InsyaAllah.
Dengan nama Allah dan selawat ke atas Junjungan Nabi SAW, aku rangkaikan seuntaian doa memohon kemudahan dan pertolongan dariNya. Aku mohon izin dari suami untuk menyudahkan kerjaku hingga selesai. Sehingga mataku kabur, akhirnya dengan izin Allah, menjelang dinihari jam 4.17am 14/12/12, pembaikan bab terakhir berjaya aku posting ke blog khas untuk dinilai oleh sifu.
Alhamdulillah syukur kepada Allah Subhanahu wa Taala. Hari ini aku membaca komen positif dari sifu di blog tersebut. Dengan kata lain, bengkel novel Sakinah bersama sifu sudah pun selesai.
Allah juga yang akan memberi ganjaran kepada sifu Azmah Nordin di atas pengorbanan dan jasa beliau mendidik dan membimbing aku sehingga novel ini selesai. Juga buat suami tersayang yang sama terkorban (hehe ...). Anak-anak yang dikasihi ~ Naqib, Hurilain, Hidayatullah dan Hanessa, yang selalu memberi dorongan kepadaku untuk terus menulis. Kepada seluruh keluarga ~ mak J dan abah TM. Mak Ramlah, kakak-kakak aku, abang aku, adik aku, seluruh keluarga mertua di Segamat, terima kasih yang tak terhingga.
Khusus buat arwah kekanda Norliza binti Hassan (al-Fatihah) yang menjadi tunggak cerita novel ini. Semoga Kak Ja sentiasa di dalam limpahan rahmat Allah dan ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang soleh. Novel ini didekasikan buat keluargaku di Batu Kikir sebagai tanda kasih-sayang buat arwah Kak Ja yang sentiasa di dalam ingatan.
Aku tak tau menulis tetapi aku suka dan gemar menulis. Semoga Allah yang Maha Bijaksana akan mengurniakan aku ilmu dan ilham untuk menulis dengan baik sekali, insyaAllah. Semoga setiap huruf, setiap titik, koma dan segala tanda yang aku gunakan, hatta ruang kosong yang aku tinggalkan mendapat redha Allah dan tak menjadi asbab aku berlama-lama menunggu penghakiman di padang mahsyar sana. Juga tak menjadi sebab aku dicampakkan ke dalam neraka, nauzubillah.
Semoga apa yang aku catatkan menjadi asbab taufik dan hidayat untuk diriku, keluargaku dan seluruh alam, aameen. Kepada Allah aku berserah diri.
Astaghfirullahal azim, ya Allah ampuni segala dosaku.
Kepada yang sudi berkunjung ke sini, kumohon doa dari kalian untuk novelku ini, semoga Allah permudahkan segala urusanku sehingga novel ini menemui pembaca tak lama lagi insyaAllah. Terima kasih atas doa kalian. Jazakallahu khairan kathira.
Apabila hati bersuara, ia adalah bisikan paling halus dari sudut hati yang paling tersembunyi. Tiada sesiapa mengetahui melainkan Allah Taala yang Maha Seni. Lalu hanya kepada Allah aku berserah diri. Ya Allah, kurniakan daku takdir yang baik di dunia ini dan takdir yang baik juga di akhirat nanti. اللهحم امين
Bismillah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Search This Blog
Blog Archive
-
▼
2012
(195)
-
▼
Dec 2012
(18)
- fitnah dajjal
- mari berselawat
- Catatan Untuk Maklang (3)
- salinan novel
- Catatan Untuk Mak Lang (2)
- berita terkini 20122012
- syukur alhamdulillah, akhirnya
- nak menderma darah tapi ...
- kembali sendiri
- tiba-tiba jadi matang
- yeye anak aku balik!
- malam pertama Hanessa di madrasah
- kembali berdua (3)
- kembali berdua (2)
- kembali berdua (1)
- blackout, tidur di court
- zuhud giler
- mari berkasih sayang
-
▼
Dec 2012
(18)
Terima kasih :)
utamakan Bahasa Melayu
Pantai Lumut
Pantai Mersing

No comments:
Post a Comment