Sementara menunggu Nisa Irdina sekeluarga sampai, kami berhenti di gerai buah-buahan di tepi jalan seperti yang dijanjikan.
"Ain nak durian?" tanya suamiku.
Pantas je dia mengangguk. Rezeki jangan ditolak, desir hatiku lantas teringatkan Naqib. Rezeki dia nak jamah durian nampaknya. Durian sebijik tu memang tersangatlah sedap rasanya. Kemudian suamiku membeli 6 kilogram rambutan gula batu untuk dibawa ke madrasah.
***
Suasana di perkarangan madrasah sesak dengan beberapa biji kereta. Aku dan ibu Nisa sama-sama mengheret beg besar dan barang-barang lain di tangan. Kami tersekat di pintu masuk madrasah yang sempit, kerana ada keluarga pelajar masih tersangkut nak mengucapkan salam selamat tinggal dan sebagainya.
Masuk ke dalam, meriah sungguh suasana! Pelajar bertebaran merata. Mana-mana yang dah kenal aku segera menerpa menghulur tangan bersalaman dan bertanya khabar. Salah seorangnya, Aisyah Amirah, alimah 3 yang aku perkenan tu, hehe ...
Ketika aku dan Puan Roswati di dalam pejabat untuk urusan pembayaran yuran, Dini Irdina, adik Nisa pulak sibuk nak buang air kecil. Risau juga aku kot cicir pulak kat dalam pejabat tu. Sepantas kilat Hanessa mendukung Dini dibawa mencari tandas, yang sebenarnya dia pun tak tau kat mana tandas ...
"Hamboi anak hang, kak ... kemain lagi dia ..." kata Wati melihatkan telatah Hanessa.
Hehe ... gelagat Hanessa macam dah biasa je ... al maklum dia memang selalu mengikut aku menziarahi si kakak dan dah mula kenal-kenal seorang dua kawan-kawan kakak. So, tahap kerisauan aku terhadap si anak bongsu ni kurang sikit berbanding dengan risau aku kepada Hidayat.
Ketika aku dan suami nak beredar dari situ, anak bongsu ni tetap ceria dan bersahaja lagaknya. Terkinja-kinja pun ada. Telinga aku menangkap suara-suara mengusik dan menyakat dia.
Aku harap semangatnya nak belajar hafizah terus berkobar-kobar, dan hangat berapi setiap hari, bukan syok seronok pada hari pertama je.
Ya Allah, pilihlah semua anak-anakku masuk senarai hafiz hafizah, daie daieyah dan alim alimahMU, umpama bintang-bintang gemerlap di ufuk ilmu. Aameen.
Apabila hati bersuara, ia adalah bisikan paling halus dari sudut hati yang paling tersembunyi. Tiada sesiapa mengetahui melainkan Allah Taala yang Maha Seni. Lalu hanya kepada Allah aku berserah diri. Ya Allah, kurniakan daku takdir yang baik di dunia ini dan takdir yang baik juga di akhirat nanti. اللهحم امين
Bismillah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Search This Blog
Blog Archive
-
▼
2012
(195)
-
▼
Dec 2012
(18)
- fitnah dajjal
- mari berselawat
- Catatan Untuk Maklang (3)
- salinan novel
- Catatan Untuk Mak Lang (2)
- berita terkini 20122012
- syukur alhamdulillah, akhirnya
- nak menderma darah tapi ...
- kembali sendiri
- tiba-tiba jadi matang
- yeye anak aku balik!
- malam pertama Hanessa di madrasah
- kembali berdua (3)
- kembali berdua (2)
- kembali berdua (1)
- blackout, tidur di court
- zuhud giler
- mari berkasih sayang
-
▼
Dec 2012
(18)
Terima kasih :)
utamakan Bahasa Melayu
Pantai Lumut
Pantai Mersing

No comments:
Post a Comment