Semalam, semua anak-anak dah dihantar balik madrasah.
Pagi, aku jemput Hurilain outing balik rumah. Tengahari, kami semua ke Dengkil menziarahi Naqib. Sempat la kami mendengar suara dia azan Zuhor di masjid madrasah yang masih dalam pembinaan tu (tingkat atas). Aku sempat merakam suaranya, tapi terpaksa kensel nak upload sebab ada termasuk pulak imej Hurilain tak berniqab kat hujung rakaman walaupun tak jelas sangat. Jadual Naqib sebagai bilal (azan) ialah setiap hari Ahad. Hmm ... not bad la suara dia. Suara dah tak halus tapi garau, suara remaja 16 tahun.
Selepas solat, kami ke Paya Indah Wetland, makan durian dan KFC sebagai meraikan ulang tahun Naqib ke 16 tahun in advance. Tarikh lahirnya pada 14 Disember nanti. Tapi tak kisahlah, adjustable, bergantung pada kemudahan dan kesesuaian masa. Semalam, semua ada dan dapat berkumpul. Alhamdulillah, dan semua happy sampai terlupa nak ucap hepi besday kat Along. Macam biasa, kecoh-kecoh bila berkumpul dan masing-masing sibuk nak bercerita. Hehe ...
Selepas 'memulangkan' Naqib ke madrasah, kami balik ke Sijangkang. Otw ada pelanggan menalipon nak booking meja untuk makan petang. So, suami aku harus spare time di kedai, maka tugas menghantar anak-anak yang lain ni terus terpikul di bahu aku ...
Hujan turun. Syahdu. Cool. Dalam perjalanan (sejak keluar rumah) aku khabarkan supaya jangan
menangis tapi rasakan diri bertuah dapat belajar di madrasah. "Kamu
duduk di taman-taman syurga tu. Ramai malaikat datang menghamparkan
sayap sampai langit ke tujuh. Rahmat Allah banyak turun di situ. Doa
banyak-banyak ya .. untuk kita semua." Aku ulang dan ulang tak
jemu-jemu. Hanessa asyik menyampuk dan menokok tambah. Hidayat tekun mendengar dan menyampuk sesekali je.
Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan di pintu madrasah. Aku peluk Hanessa sekuat hati, hasilnya dia menangis kesakitan di mulut. Alahai ... mama sori ye. Dia pukul aku balik ...melepaskan geram sambil menangis. Hmmm tak pe la, aku lagi suka dia nangis sakit kat bibir tu daripada dia nangis tak nak duduk madrasah hihihi ... Kicap Hurilain jatuh, pecah melambak kat pintu madrasah apabila si kawan yang selalu datang menyambut kami terlepas pegangan beg. Kiranya agak kecoh jugak la kat pintu yang sempit tu hahaha ...
"Ma, Syamira!" tiba-tiba Hurilain panggil aku yang kelam-kabut melihat kicap meleleh jatuh dari beg yang koyak.
*Syamira bukan nama sebenar.
"Eh eh Syamira!!!" aku menoleh dan nampak dia tersenyum manis.
"MA!!! Gediknya mama, nyampah!" jerit Hurilain tatkala melihat aku meraikan Syamira dan bersalam peluk dengan si dia ni.
Hahaha jeles la pulak anak aku ni yaaaa ... Syamira nampak terpinga-pinga, "Napa? Napa?"
Kemudian aku memecut ke madrasah Hidayat pulak. Kejap lagi azan Maghrib akan berkumandang.
Tatkala sampai di situ, semua pelajar berjubah dan berserban putih sudah berkumpul di ruang solat menunggu waktu. Seketika kemudian, aku nampak ada pelajar muda bercakap-cakap dengan Hidayat. Entah apa, Hidayat mengangguk-angguk.
Kemudian, "Ma, kitorang yang baru semua duduk kat cawangan."
"Sampai bila?"
"Sampai bila-bila. Sampai habis. Macam Dayat, sampai satu tahun la. Kan tahun depan Dayat nak pindah madrasah Along, kan..."
Aku anggukkan je. Dia berdiri di tepi pintu tempat aku duduk dan air hujan gerimis jatuh membasahi mukanya. Matanya sedikit bengkak bekas menangis.
"Ok ma ..." katanya mohon diri lalu bersalam. Aku cium kedua pipinya, dahinya dan tiup selawat ke ubun-ubunnya. Akhir sekali aku letak tapak tangan ke atas kepalanya, sesuatu yang selalu aku lakukan kepada semua anak-anakku.
Dia berlalu ke ruang solat terbuka tu semula. Aku pula reverse kereta sambil terus memerhatikan dia. Kalau Naqib, akan terus tercegat memerhatikan kami dan lambai-lambai tangan hingga kami hilang dari pandangan. Tapi Hidayat ni, dia tak memandang aku pun. Aku pulak yang berhenti sekejap mengharap dia akan menoleh untuk babai tangan. Lain sikit anak yang seorang ni gayanya. Aku tekan hon dan dia menoleh. Babaiiiii!
Hari ni, aku kembali sendiri untuk minggu kedua.
Memang hatiku tega berpisah dengan anak-anak ini. Aku keraskan hati dan kuatkan semangat. Aku mahu mereka duduk di taman-taman syurga yang penuh berkah dan rahmat Allah sentiasa insyaAllah.
Hazrat Abdullah bin Umar r.anhuma meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallalahualaihiwassalam bersabda, "Tiga macam orang yang tidak ada ketakutan pada hari kiamat yang penuh dengan huru-hara dan mereka tidak akan dihisab. Mereka berada di atas timbunan-timbunan kasturi sehinggalah kesemua manusia telah habis dihisab. Pertama, seseorang yang mempelajari Al-Quran semata-mata kerana Allah Subhanahu wa Taala dan kemudian mengimami orang ramai dalam solah sedangkan mereka menyukainya. Kedua ialah orang yang mengajak orang lain kepada solah semata-mata kerana Allah Subhanahu wa Taala. Ketiga ialah orang yang berlaku baik antara dirinya dan tuannya, juga antara dirinya dengan orang bawahannya." (HR Tabarani.)
*~*
Apabila hati bersuara, ia adalah bisikan paling halus dari sudut hati yang paling tersembunyi. Tiada sesiapa mengetahui melainkan Allah Taala yang Maha Seni. Lalu hanya kepada Allah aku berserah diri. Ya Allah, kurniakan daku takdir yang baik di dunia ini dan takdir yang baik juga di akhirat nanti. اللهحم امين
Bismillah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Search This Blog
Blog Archive
-
▼
2012
(195)
-
▼
Dec 2012
(18)
- fitnah dajjal
- mari berselawat
- Catatan Untuk Maklang (3)
- salinan novel
- Catatan Untuk Mak Lang (2)
- berita terkini 20122012
- syukur alhamdulillah, akhirnya
- nak menderma darah tapi ...
- kembali sendiri
- tiba-tiba jadi matang
- yeye anak aku balik!
- malam pertama Hanessa di madrasah
- kembali berdua (3)
- kembali berdua (2)
- kembali berdua (1)
- blackout, tidur di court
- zuhud giler
- mari berkasih sayang
-
▼
Dec 2012
(18)
Terima kasih :)
utamakan Bahasa Melayu
Pantai Lumut
Pantai Mersing

No comments:
Post a Comment