Pasal niqab ni, aku perasan mak masih tak boleh terima lagi
penampilan aku begini. Aku perasan airmuka mak yang tak suka tapi
kurang ketara. Semasa aku ziarah uwan di hospital, aku bertembung
dengan anak tiri mak @ kakak tiri aku jugak ... Aku tak tau la mereka
terkejut tahap mana, tapi aku selamba je bersalam dan peluk kakak ni.
Kata kak Lia berbasa-basi semasa berpelukan, "ni sapo ni?"
Aku berborak macam biasa cuma senyum sengih aku terselindung di sebalik
kain purdah. Tapi aku yakin mereka boleh agak bila aku tersengih.
***
Ketika akan pulang, aku bersiap-siap selengkapnya tinggal pakai niqab je yang terakhir, dah ready dalam kotak bulat tu. Tadinya, aku solat Dhuha beserta solat hajat, semoga Allah mudahkan semua urusan dan tetapkan kami dalam iman. Aku dapat merasakan hatiku yang agak bergetar beransur tenang sesudah itu. Ya, aku mahu menjadi kebanggaan Rasulullah SAW.
Selepas bersalam peluk dengan kakak ipar, akupun mengikat niqab ke wajah. Mak mertua yang dah ready duduk di muka pintu tak menegur apa. Kakak ipar pun bersahaja. Aku je yang ... tak tau nak kata apa pada perasaan sendiri. Akhirnya aku bersalaman pula dengan abah mertua. Mereka semua selamba je. Hmm ...
Kami singgah pula ke rumah bapa saudara suami sebelah ibunya untuk bertanya khabar. Lalu di depan rumahnya, tak patut la tak singgah. Perasaan aku masih terasa aneh, namun selalu aku ingatkan diri bahawa aku mahu jadi kebanggaan Rasulullah SAW.
Ketika bersalam peluk dengan mak saudara suami, dia seperti keliru. Cepat-cepat aku perkenalkan diri. Muncul pula bapa saudara suami (adik mak mertua).
Katanya, "Wah, dah pakai purdah ni, alhamdulillah. Hah, salam! (sambil dia menyuguhkan tangannya kepadaku) tak batal wuduk, bapak saudara sendiri."
Aku terkesima. Bapa saudara yang ini khabarnya memiliki prinsip keras dan tegas. Aku tak tau sangat, tapi dari khabar ceritanya, bapa saudara bekas tentera ni kalau hitam katanya, hitamlah. Kalau putih katanya, putihlah. Dek kerana tak begitu mengenali peribadi pak usu, aku pernah 'menegur' apabila pak usu sharing gambar arwah anak perempuannya di fb (potret tak menutup aurat). Boleh refer kat entri lama aidilfitri lepas.
***
Ketika menemani wan di hospital, wan memerhatikan aku seketika. Kemudian wan berkata, "bukak la muko tu ... wan tak dapek tengok ... bukak la ..."
Suara wan perlahan je, iye la, semput. Aku pun jawab perlahan, "nanti kek umah bukak la yo wan ..."
***
Masih ramai ahli keluarga yang belum maklum dan belum melihat aku secara 'live'. Mungkin ada yang dah mendengar khabar. Aku tak kisah. Aku suka menjadi orang asing. Ketika sunnah dipandang pelik dan janggal, aku berdoa semoga keluargaku dan anak cucu keturunanku menjadi pejuang sunnah sehingga kiamat menjelma. InsyaAllah. Ya Allah, kumohon kekuatan dariMU, bantuanMU dan pimpinanMU. Pilihlah kami untuk menjadi penguat agamaMU, pembantu agamaMU dan janganlah KAU keluarkan kami setelah KAU pilih kami. Ya Allah, janganlah biarkan kami walaupun sesaat.
Apabila hati bersuara, ia adalah bisikan paling halus dari sudut hati yang paling tersembunyi. Tiada sesiapa mengetahui melainkan Allah Taala yang Maha Seni. Lalu hanya kepada Allah aku berserah diri. Ya Allah, kurniakan daku takdir yang baik di dunia ini dan takdir yang baik juga di akhirat nanti. اللهحم امين
Bismillah
Search This Blog
Blog Archive
-
▼
2012
(195)
-
▼
Nov 2012
(26)
- jahit nama di baju
- kampungku banjir
- peristiwa minggu ini
- Hanessa ke madrasah
- cari jubah di SP
- Pasal niqab ni, aku perasan mak masih tak boleh te...
- mak nak belanja makan kfc tapi ...
- catatan untuk maklang (1)
- Flashback ~ uwan jatuh
- Uwan masuk hospital lagi
- cheese cake
- template classic
- Budak Bulu2 stay outside
- baca majalah
- Berkatalah!
- anakku kemas bilik
- cantik dan ayu
- ikram mak
- "sayang juga
- salam maal hijrah 1434
- Alhamdulillah selamat berkhatan
- napa mama nangis eh?
- jangan tergugat dengan gangguan jin
- sepanjang perjalanan pulang
- "adik yang tu belajar kat mana?"
- perginya seorang insan
-
▼
Nov 2012
(26)
Terima kasih :)
utamakan Bahasa Melayu
Pantai Lumut
Pantai Mersing

No comments:
Post a Comment