Apabila hati bersuara, ia adalah bisikan paling halus dari sudut hati yang paling tersembunyi. Tiada sesiapa mengetahui melainkan Allah Taala yang Maha Seni. Lalu hanya kepada Allah aku berserah diri. Ya Allah, kurniakan daku takdir yang baik di dunia ini dan takdir yang baik juga di akhirat nanti. اللهحم امين
Bismillah
Monday, November 26, 2012
Flashback ~ uwan jatuh
Hari Jumaat, aku sampai dari Sijangkang. Aku perasan kaki wan tegang bengkak. Bermakna ada air di dalam tubuhnya. Bila aku picit, meninggalkan lekuk dan uwan rasa sakit.
Kemudian aku disuruh mak mesin berkeping-keping kelapa untuk buat rendang daging. Macam biasa, bila ada tetamu datang uwan akan datang ke meja bulat di luar dan duduk bersantai bersama. Tadi aku tinggalkan uwan di situ dan mula mesin kelapa. Entah mengapa sedang asyik mesin kelapa sambil berzikir dan berdoa janganlah jari aku terkena duri mesin tu, aku tertoleh ke arah pintu masuk ke hall dapur.
Aku terpandang wajah uwan yang macam nak menangis. Uwan sedang berdiri di pintu memandang aku. Secepat kilat aku off suis mesin kelapa dan bergegas mendapatkan uwan. Rupanya uwan sukar nak angkat kaki melangkah bendul yang rendah tu.
"Allah ... hari ni lutut uwan sakit bonar ... tak ponah macam ni ..." adu uwan pada aku.
Aku serba salah nak membantu bagaimana ... akhirnya wan suruh aku paut tangan kirinya dan bimbing dia melangkah perlahan-lahan. Aduhai ... aku teringat anak perempuanku di madrasah. Kalau dia ada sama, tentu dia yang sedang membimbing tangan uwan. Memang dia lebih banyak spare time dengan onyangnya lebih daripada buat kerja lain, dan uwannya akan bising sebab dia kurang menolong di dapur ... hehe ... Dan onyang pun akan panggil dia semata. Peliknya kalau aku yang panggil ... hmm ... lagi laju dia mendapatkan onyangnya daripada datang kat aku. Entah apa daya penarik onyang padanya, hanya Allah yang Maha Tahu. Tapi dia pernah menangis teringatkan onyang ... aku garu kepala.
***
6.30pm ~ aku teringat Uwan suruh aku buat lauk sayur kobis untuk dia makan petang nanti. Ketika ini aku masih mengacau rendang nun di belakang sana bersendirian. Suami dan anak-anak mengikut mak ke rumah Imam Gamin untuk tepung tawar kereta crv tu. Sebentar lagi waktu berbuka ... Alhamdulillah, tak lama lepas tu mak balik dan aku serahkan urusan rendang pada mak. Aku bergegas buatkan sayur kobis untuk wan, dan mandi sunat hari asyura.
2am ~ uwan jatuh terduduk di bilik air.
4pm Sabtu ~ uwan dihantar ke hospital. Mak memberitahu, selepas aku sekeluarga bergerak meninggalkan kampung, uwan tidur tak bangun. Tak makan tengahari dan tak solat. Ketika mak jenguk sekitar jam 3pm untuk bertanya keadaan wan, wan kata nak buang air dan nak bangun tapi wan tak berdaya. Kata mak, wan macam sedar tak sedar. Bercakap pun tak clear. Aku rasa semput wan semakin teruk tapi mak tak perasan. Wan tak berani sangat jamah makanan berangin macam pulut dan tapai, tapi dia dengan selamba dah makan pulut cicah rendang masa sarapan bersama pagi tadi. Mungkin kesannya dah menguasai diri uwan.
12pm Ahad ~ aku sekeluarga tiba di hospital Kuala Pilah. Uwan memakai tiub oksigen di hidung dan ada saluran bersambung ke peket beg untuk air kencing. Aku berada di sisi uwan hingga jam 3pm. Aku cuba melayani uwan sebaik mungkin. Aku beberapa kali siputkan rambutnya yang tak bersarung. Aku picit pelan-pelan lengan dan tangan uwan, serta lutut uwan.
Apa yang pasti, uwan resah. Uwan tanya tongkatnya. Uwan kata makan tak kenyang sebab lauk sayur liat. Gigi palsu wan sudah ditanggalkan oleh attendant ketika menjemputnya tadi. Wan macam mengantuk tapi katanya dia tak mengantuk.
Aku belek uwan dalam diam. Aku sempat snap gambar wan. Aku doakan semoga Allah permudahakan urusan kehidupan wan.
Ketika mohon diri, aku minta ampun maaf pada wan, dan berpesan agar wan banyak-banyak berzikir ingat Allah. Wan angguk dan kata, 'InsyaAllah ...'
Alhamdulillah. Tahap kesedaran wan masih normal, cuma mungkin kesan ubat berserta oksigen yang masuk ke hidung wan membuatkan wan separuh mamai.
Semoga kita bertemu lagi, wan. InsyaAllah.
~> jazakillahu khoir to my sister Noraini sebab buatkan lemang bungkus dan bagi talam ubi, sedap ... Alhamdulillah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Search This Blog
Blog Archive
-
▼
2012
(195)
-
▼
Nov 2012
(26)
- jahit nama di baju
- kampungku banjir
- peristiwa minggu ini
- Hanessa ke madrasah
- cari jubah di SP
- Pasal niqab ni, aku perasan mak masih tak boleh te...
- mak nak belanja makan kfc tapi ...
- catatan untuk maklang (1)
- Flashback ~ uwan jatuh
- Uwan masuk hospital lagi
- cheese cake
- template classic
- Budak Bulu2 stay outside
- baca majalah
- Berkatalah!
- anakku kemas bilik
- cantik dan ayu
- ikram mak
- "sayang juga
- salam maal hijrah 1434
- Alhamdulillah selamat berkhatan
- napa mama nangis eh?
- jangan tergugat dengan gangguan jin
- sepanjang perjalanan pulang
- "adik yang tu belajar kat mana?"
- perginya seorang insan
-
▼
Nov 2012
(26)
Terima kasih :)
utamakan Bahasa Melayu
Pantai Lumut
Pantai Mersing

2 comments:
maaflah lemang rebus tu lembik sikit. Esoknya baru elok makan. Buat yang dulu ok.. hihi.
haah lembik sket ... tp dah dapat idea cmana nak buat ... nanti ada masa nak try plak insyaAllah ... sbb Ain tak merasa tu kami dah bedal dulu :D
Post a Comment