Mak abah dah selamat sampai kampung. Hujan terlalu lebat, hingga abah terpaksa berhenti tak jauh dari rumah, kerana pandangan mata tak jelas. Sepanjang perjalanan hujan, kata mak masa aku call. Abah drive pelan-pelan, dua jam baru nak masuk simpang ke kampung. Selalunya dalam cuaca cantik, sejam lebih dah sampai rumah.
Tulah, hujan lebat nak balik jugak, desis aku dalam hati je. Namun apa yang penting mak abah selamat sampai.
"Kenduri pun dah selamat. Tadi baru bukak clamp." aku bagi repot kat mak pasal kenduri dan cucunya.
Mak agak terkejut bila aku khabarkan semasa kenduri, cuaca panas terik.
Hujung bulan depan birthday mak. Aku dah plan nak belikan sesuatu untuk mak sebagai hadiah. Aku akan pos dari sini. Menerima sesuatu secara pos, bagi aku adalah sangat mengujakan. Ia adalah satu kejutan untuk mak. Aku akan pastikan aku memilih sesuatu yang memang mak suka.
Aku nak 'beli' balik hati mak. Walaupun aku rasa mesti mak bagi nasihat lepas tu supaya aku tak payah beli apa-apa untuk dia. Dia boleh beli sendiri. Duit dia nak buat apa kalau tak membeli. Ah, biasa la tu. Nanti dia kata bukan tak sudi, tapi tak perkenan kat hati. Mak memang cerewet. Tapi insyaAllah aku berdoa semoga Allah pilihkan apa yang mak suka ... Aku bayangkan mak tersenyum lebar masa bukak bungkusan nanti ...
Memang kita digalakkan memberi hadiah sebagai tanda kasih-sayang. Dan memberi tu janganlah pulak dalam diam-diam mengharapkan balasan. Dalam erti kata lain, ikhlaskan hati biarlah Allah yang memberi ganjarannya. Tak semesti orang yang kita beri, dia yang akan membalasnya. Khazanah Allah Maha Luas, tak hari ni, hari esok. Tak kita, cucu cicit kita. Tak di dunia, di akhrat sana. InsyaAllah, Allah akan sediakan ganjarannya.
* Sebenarnya ada hikmah mak serius dalam kata-katanya yang dah membuatkan hati aku berasap tu ... aku benar-benar ambil serius hal yang mak sentuh (pasal niqab) dan mula lebih serius berfikir macamana nak permudahkan ia. Aku perlu lakukan sesuatu untuk membuktikan 'I'm still your loving-good-girl, mak ..."
Ya Allah, berilah kami istiqamah dan taufik ... keluarkanlah kami dari kepompong jahil dan jumud. Masukkanlah kami dalam Islam sepenuhnya. Ya Allah, bersihkanlah hati kami, jiwa kami, minda kami, dan berilah kami faham, berilah kami sabar, berilah kami iman dan taqwa. Kami tak faham, ampunilah kami ya Allah. Kami akan kembali kepadaMu, tolonglah kami supaya kembali kami kepadaMU dalam suasana redha dan Engkau ampuni kami, suci bersih seperti seorang bayi. Ampunilah kami ya Allah. Hanya padaMU kami berharap dan berserah diri. Aameen.
* Banyak perkara telah berlaku dalam kitaran hidup, dan banyak kesilapan telah aku lakukan. Kesilapan yang amat aku kesali. Kesilapan yang tak mau aku ulangi. Namun perlu kita akur, tanpa izin Allah takkan terjadi sesuatu itu. Dan tak perlu resah atau malu mengakui kesalahan sendiri. Walaupun ia pahit dan sakit, Allah Maha Lemah-Lembut dan Maha Pengasih, Maha Tahu kepedihan itu. Adukan pada DIA dan berhenti yang lainnya. Apa yang aku pasti, memakain niqab bukan satu kesilapan. Semoga Allah menetapkan hatiku dengan niqab hingga nafas terakhir, insyaAllah.
Apabila hati bersuara, ia adalah bisikan paling halus dari sudut hati yang paling tersembunyi. Tiada sesiapa mengetahui melainkan Allah Taala yang Maha Seni. Lalu hanya kepada Allah aku berserah diri. Ya Allah, kurniakan daku takdir yang baik di dunia ini dan takdir yang baik juga di akhirat nanti. اللهحم امين
Bismillah
Search This Blog
Blog Archive
-
▼
2012
(195)
-
▼
Nov 2012
(26)
- jahit nama di baju
- kampungku banjir
- peristiwa minggu ini
- Hanessa ke madrasah
- cari jubah di SP
- Pasal niqab ni, aku perasan mak masih tak boleh te...
- mak nak belanja makan kfc tapi ...
- catatan untuk maklang (1)
- Flashback ~ uwan jatuh
- Uwan masuk hospital lagi
- cheese cake
- template classic
- Budak Bulu2 stay outside
- baca majalah
- Berkatalah!
- anakku kemas bilik
- cantik dan ayu
- ikram mak
- "sayang juga
- salam maal hijrah 1434
- Alhamdulillah selamat berkhatan
- napa mama nangis eh?
- jangan tergugat dengan gangguan jin
- sepanjang perjalanan pulang
- "adik yang tu belajar kat mana?"
- perginya seorang insan
-
▼
Nov 2012
(26)
Terima kasih :)
utamakan Bahasa Melayu
Pantai Lumut
Pantai Mersing

No comments:
Post a Comment