Syukurlah, terasa sangat Allah membantu. Keinginan untuk menjadi tetamuNya, permohonan untuk diterima sebagai tetamuNya, seolah-olah bersambut. Perlahan-lahan jalan bagai dibuka dan ditunjukkan. Ya Allah, ampunilah kami yang banyak berdosa; dosa lapuk, dosa baru dan dosa semasa, juga dosa tak perasan mahupun dosa tak sengaja.
Seandainya Brunei Darussalam yang indah permai ini lebih baik untuk kami, untuk meningkatkan kesyukuran, iman dan takwa kami, untuk kebahagiaan dunia dan akhirat kami ~ biarlah kami di sini untuk beberapa ketika lagi. Kami redha atas ketetapanMu.
Namun andai tanahair yang sentiasa panas dari segi hawa cuaca dan hawa berita semasa itu yang terlebih baik untuk kami, pun kami terima dan bersikap redha juga. Bantulah kami untuk mempraktikkan mujahadah dan muhasabah diri setiap waktu. Permudahkanlah kami dan berilah kami tempat tinggal yang terbaik, kenderaan terbaik dan sahabat-sahabat yang terbaik. Juga takdir yang terbaik. Amin.
Terkadang, dan biasanya begitu, setelah di akhir cerita barulah kita sedar apabila imbas semula plot yang dilalui, bahawa "ohh ... rupanya Allah nak begitu kisahnya," atau "ohh ... patutlah macam tu, rupanya macam ni akhirnya." Antara contohnyalah. Apa yang pasti, Allah Maha Bijaksana menyusun segala jadual.
Mintalah yang baik. Mengharap yang baik. Impikan yang baik. Doa-doa yang baik. InsyaAllah. Kerana Allah Maha Mendengar, Maha Pemurah, Maha Pengasih, Maha Kaya dan segala nama-nama yang indah lagi terpuji milikNya.
Tetapi kebanyakan kisah orang-orang yang tiada apa-apa namun hati sudah terpaut terikat rindu kepada RumahNya, ada sahaja jalan-jalannya yang terkadang pelik, menghairankan dan luar biasa sehingga hajat disampaikan jua, perjalanan yang sukar menjadi mudah, jarak yang jauh tidak menjadi masalah, sehingga selamat bertamu di Baitullah.
Saat ini, kami semakin menguatkan azam ke arah itu, insyaallah. Semoga Allah mempermudahkan urusan kami sehingga tiba masa yang sesuai nanti. Orang-orang yang banyak berdosa ini ingin menjengukMu, dan berziarah kepada nabiMu Sallalahu alaihi wa sallam. Ampunilah kami, ampunilah kami dan ampunilah kami, ya Allah ya Tuhan yang Maha Pengampun. Kasihanilah kami dan berilah kami petunjuk ke jalan yang Engkau redhai.
Sentiasa optimis denganMU.
Apabila hati bersuara, ia adalah bisikan paling halus dari sudut hati yang paling tersembunyi. Tiada sesiapa mengetahui melainkan Allah Taala yang Maha Seni. Lalu hanya kepada Allah aku berserah diri. Ya Allah, kurniakan daku takdir yang baik di dunia ini dan takdir yang baik juga di akhirat nanti. اللهحم امين
Bismillah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Search This Blog
Blog Archive
-
▼
2011
(270)
-
▼
May 2011
(30)
- Waduh ...
- Gambar - Amirah Nurhanessa dan kawan-kawan
- Gambar - Muhammad Hidayatullah & Solehan
- Majlis perjumpaan SKBA, SMBA, SKJ dan SMJ
- Betul ke niqab sebenarnya haram?
- Kenapa tutup muka?
- Pengalamannya berpurdah hari pertama
- Lagi cerita Rozita berpurdah
- Argh ... tak sempat nak tiup
- Alhamdulillah, semua selesai.
- Amalan Yahudi ketika hamil
- Selamat Ulangtahun Pernikahan ke 16
- nota dari masturat - adab dan doa ibu hamil
- Obses
- Pasti yang pasti
- Terima kasih ...
- Bukan anak itik huduh
- Pulang ke lubuk
- Pusingan semula
- Sedang sibuk!!!
- Ketemu lagi!
- Niqab dan tudung labuh
- Tapau sedap
- Tak dapat nulih ni
- sentiasa optimis denganMU
- Kamu buat salah kan?
- Mutiara yang dihakimi
- KASIH TUHAN FIRDAUS
- catatan April 2010
- Kasihan ...
-
▼
May 2011
(30)
Terima kasih :)
utamakan Bahasa Melayu
Pantai Lumut
Pantai Mersing

4 comments:
Semuga tercapai hasrat menjadi tetamu Allah..
ameen ameen ya Rabbal alameennnnn... semoga Allah memudahkan segala urusan untuk menunaikan ibadah ini insyaallah.
assalamualaikum dik
semoga hajat yang baik Allah makbulkan.
terima kasih sudi link blog wordpress selfhosting kak.kkak datangd ari blog educational akak yang jarang akak publishkan.
Waalaikumussalam Cikgu Ma :), terima kasih sudi berkunjung. Aminn atas doa cikgu.
Post a Comment