Ummu Abbas Abdullah di blognya, telah sudi berkongsi informasi yang bermanfaat tentang pemakaian niqab ini menerusi pengalaman beliau sebagai pemakai niqab sejak 16 tahun lepas (ketika artikel itu ditulis - tahun 2008; kini tentu sudah 19 tahun ya ...) iaitu ketika dirinya masih di alam persekolahan lagi.
"Boleh ke?" tanya saya lagi.
Cik abang diam, lambat menjawab. "Jangan diketawakan dek orang nanti ..." Huh, kerasnya amaran. "Semua nak kena jaga. Karang petang-petang borak-borak, lepas tu mengumpat." Aduhh ... pedasnya. Pijar sungguh!
"Mana ada saya mengumpat!" Mana ada ... mana ada ... (betul ke? jangan esok kena muntahkan daging mentah saudara yang diumpat!!!)
Kalau tanya Hanessa, dia akan angguk cepat. "Adik pakai hitam, mama pakai putih." Ohh ... putih tu ... macam kain kafan aje. Saja je tanya budak-budak ni, nak menambah sokongan kepada diri sendiri hehe ... Lagipun nak memahamkan anak-anak tak semesti dengan penerangan langsung. Terkadang dari soalan, ada jawapan dan pemahaman untuk mereka sendiri. Nampaknya tidak ada bantahan dari anak-anak walaupun mereka tidak berperanan dalam menentukan keputusan saya untuk diri sendiri dalam hal ini.
Apapun, sekiranya link yang saya buat ni dapat membantu cik abang sama lebih memahami dari perspektif yang betul, ia tentulah lebih bererti. :) :) :)

No comments:
Post a Comment