Satu jam dalam perjalanan, akhirnya kami tiba di madrasah pada 11.30 pagi. Sepatutnya waktu ini pelajar sudah menyuap hidangan, tetapi nampaknya kali ini lewat sedikit.
Periuk-periuk dimasukkan ke dalam bonet kereta
Seorang pelajar hafiz sedang posing di periuk acar
Sedang mencedok nasi beriani ke dalam dulang di ruang makan madrasah
Dulang demi dulang dipersiapkan untuk makan tengahari, dah lewat nih...
"Bismillah... Allahumma bariklana..." Naqib membaca doa makan. Saya dan anak-anak mengambil tempat di rumah tetamu.
Nyam...nyam... kunyah... kunyah...
Gambar pelajar-pelajar sedang menikmati hidangan berdulang terlupa untuk dirakamkan, kerana tukang gambar pun sama-sama makan... Saya dikhabarkan 100 pelajar makan berderet memanjang dua barisan dengan setiap dulang dikongsi oleh 4 atau 5 pelajar. Alhamdulillah, hajat hendak menjamu disampaikan Tuhan. InsyaAllah, apabila ada kesempatan di lain tahun, kami merancang untuk masak di madrasah bersama pelajar pula, mudah-mudahan dapat menambah ikatan kemesraan dengan mereka.

1 comment:
Greetings
It is my first time here. I just wanted to say hi!
Post a Comment