Termenung memikirkan perbezaan blog picisanku dengan blog canggih manggih di luar sana, bukan setakat persembahan templatenya semata malah pengisiannya hebat belaka. Pembangunan diri dan informasi berguna untuk kesedaran insan menjadi topik tumpuan.
Tidak mampu hendak melanjutkan apa yang terdetik di dalam hati.
Mudah-mudahan aku mampu membaiki diri dan menjalani hidup yang sementara ini dengan lebih baik. Semoga hari ini lebih baik dari semalam, dan esok lebih baik dari hari ini, dari segala segi. Semoga redha dan ampunan Tuhan sentiasa mengiringiku dan seisi keluargaku, juga teman-teman blogger semuanya. Ameen.
Kuakui kelemahan diri...
Kuinsafi kekurangan ini...
Ya Tuhan, bantulah aku membaiki diri.


No comments:
Post a Comment