Pada suatu hari terjadi percakapan antara Nabi Muhammad SAW dengan Sayidina Abu Bakar As-Siddiq. Nampaknya sangat mendalam dirinya terbabit di dalam pembicaraan itu. Sahabat-sahabat yang lain pun ikut hairan.
"Wahai Abu Bakar, alangkah rindunya aku hendak bertemu dengan ikhwan-ikhwanku (saudara)," kata Rasulullah SAW menerangkan.
"Wahai Rasulullah, bukankah kami ini teman-temanmu?" tanya Abu Bakar.
"Bukan!" Jawab Nabi SAW. "Kamu ini hanyalah sahabat-sahabatku," demikian selanjutnya Rasulullah SAW menerangkan.
Keterangan Rasulullah SAW ini sungguh menghairankan Sayidina Abu Bakar ra juga sahabat-sahabat yang lain. Apa bezanya antara sahabat dan ikhwan, tetapi siapa yang dimaksudkan Rasulullah SAW dengan ikhwan baginda belum jelas bagi mereka. Masing-masing ingin tahu perbezaannya. Malah ini merupakan soal baru bagi mereka kerana selama ini belum pernah mereka dengar.
Nabi SAW pun memahami keterangan baginda mengejutkan Abu Bakar ra dan para sahabat lainnya. Sebab itu segera pula baginda menghuraikan agar hati mereka senang.
"Ikhwan-ikhwanku," demikian Nabi SAW menegaskan, "ialah mereka yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dengan aku dan mencintaiku. Sampai aku lebih mereka cintai dari anak dan orang tua mereka."
"Ya Rasulullah, bukankah kami ini ikhwan Tuan?" tanya sahabat-sahabat lagi.
"Bukan, kamu adalah sahabat-sahabatku," jawab Nabi SAW menegaskan. "Wahai Abu Bakar! Adakah engkau tidak akan cinta kepada ikhwanku itu, mereka mencintai engkau pula kerana kecintaan aku pada engkau." Demikian Rasulullah SAW menujukan kata kepada Abu Bakar ra kembali.
Dalam waktu yang lain pernah baginda membicarakan pula dengan para sahabat tentang kemurnian iman ikhwan sehingga sahabat pun hairan mendengarnya. Apalagi baginda menyanjung iman ikhwan dengan istilah yang menyebabkan para sahabat tambah hairan.
"Siapakah makhluk Allah yang paling ajaib imannya," demikian Nabi SAW bertanya kepada para sahabat.
"Malaikat," jawab mereka.
"Bagiamana malaikat tidak akan beriman kepada Allah sedangkan mereka dekat sekali dengan Allah," jawab Rasulullah SAW.
"Para Nabi," jawab mereka lagi.
"Bagaimana para Nabi tidak akan beriman sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka," jawab Nabi SAW membantah pendapat mereka.
"Kami!" jawab sahabat lagi.
"Bagaimana kamu tidak akan beriman sedangkan aku berada di tengah-tengah kamu," jawab Nabi SAW.
Dapatlah dibayangkan betapa hairannya para sahabat mendengar bantahan Nabi SAW walau sebenarnya bantahan itu cukup dapat difahami. Nabi SAW pun memahami pula betapa mereka sudah ingin mengetahu siapakah makhluk ini yang paling ajaib imannya.
"Makhluk yang paling ajaib imannya ialah mereka yang hidup sesudah aku. Mereka hanya membaca al-Quran, kemudian beriman dengan semua isinya."
Golongan yang tidak pernah berjumpa Nabi SAW tetapi beriman kepada Allah dan Rasul. Mereka hanya membaca al-Quran tetapi tidak pernah melihat mukjizat Rasulullah SAW. Inilah mereka yang mempunyai iman yang ajaib. Mereka adalah orang yang hidup sepeninggalan Rasulullah SAW.
Malah Rasulullah SAW pernah menegaskan lagi kemurnian iman ikhwan dengan sabda baginda yang terkenal; "Berbahagialah orang yang dapat berjumpa aku dan beriman dengan aku. Dan berbahagialah tujuh kali orang-orang yang beriman dengan aku, tetapi tidak pernah berjumpa dengan aku."
Demikianlah Rasulullah SAW mencintai sahabat yang selalu dapat berjumpa dengan baginda dan ikhwan yang memiliki iman yang ajaib tetapi tidak pernah berjumpa dengan baginda.
Apabila hati bersuara, ia adalah bisikan paling halus dari sudut hati yang paling tersembunyi. Tiada sesiapa mengetahui melainkan Allah Taala yang Maha Seni. Lalu hanya kepada Allah aku berserah diri. Ya Allah, kurniakan daku takdir yang baik di dunia ini dan takdir yang baik juga di akhirat nanti. اللهحم امين
Bismillah
Monday, July 6, 2015
Sunday, June 28, 2015
TANDA ALLAH SAYANG
Alhamdulillah.
Bersama sebab atau tanpa asbab, Allah boleh bagi sembuh.
Ini pagi kedua aku bawa anak-anak berjalan perlahan-lahan
santai-santai mengelilingi tasik rekreasi Kota Kemuning. Pagi semalam sampai sana seawal jam 7
pagi. Matahari masih main
sembunyi-sembunyi. Tapi pagi ni, sampai
sudah 7.30 pagi. Matahari sudah mula
bersinar garang. Namun panorama alam
masih tekal indah di pagi yang segar. Merenung
water fountain di bawah sinaran matahari menghadiahkan rainbow yang menyerak
warnanya dengan bangga. Masya Allah. Memerhati sekeliling, nampaklah pepatung
merah, burung dan lebah berbelang kuning hitam.
Menadah telinga, terdengar bunyi kicauan burung yang keriangan
mengucapkan zikrullah. Memandang air
tasik yang berombak perlahan, kelihatan ikan keli di tepian, kura-kura
menjenguk ke permukaan air.
Naqib dan adik-adiknya nampak cergas. Masih awal hari kan. Alhamdulillah.
Naqib, tentu tak siapa menyangka dia masih dalam kategori
orang sakit. Tubuh yang gempal berisi
(dah turun banyak juga tu, lebih kurang 14 kilo sejak mula sakit teruk), wajah
yang cool ala-ala macho, sengih yang sampai ke telinga, dan nakal menyakat
mengusik menjentik adik-adik terutamanya Hidayat. Tak nampak langsung dia sebenarnya sedang
bertarung dengan sakit.
Alhamdulillah, setakat ini dia sihat mengikut
keperluan. Balik kampung ikram wan atok,
dia sihat. Ziarah Atok Leha Atok Arbak
semasa mereka di Kajang, alhamdulillah dia kelihatan begitu sihat. Dan dia memang mencari waktu sihat untuk
ikram kawan-kawan di madrasah berdekatan.
Tetapi apabila datang sakitnya, dia tidak mampu bangun. Solat terpaksa gunakan kerusi. Ada sekali dia masih cuba melawan sakit dan
mengikut abahnya solat terawih di surau Al Falah ~ Naqib solat di belakang
bersama-sama beberapa orang jemaah yang menggunakan kerusi. Namun esoknya dia dah rasa lebih sihat, pergi
teraweh solat macam biasa.
Ya, sakitnya tak boleh diduga. Bila-bila nak sakit, sakitlah dia. Bila-bila nak muntah, muntah la dia.
Satu ketika tekanan darahnya antara yang tertinggi, 220. Abahnya
yang berada jauh mula kerisauan dan muat naik di fb, dan ramailah yang begitu
prihatin memberi simpati dan berbagai usul untuk pengubatan, yang dekat dan
yang jauh. Masya Allah memang terharu
atas keprihatinan mereka semua. Waktu ini
juga Naqib hanya berbaring dan bangun untuk solat, dan muntah.
Aku sambil menyembunyikan risau, sempat berleter bersama
airmata yang terbit di hujung bicara. Membebel
sikap kurang endah pada pemakanan yang diambil.
Kurang endah pada disiplin
mengambil ubat. Kurang endah menjaga minuman air garam yang sepatutnya diambil
kerap.
Tetapi Naqib selalu ada jalan keluar. Dia meminta air batu untuk mandian. Maka satu famili mandi air batu yang … masya
Allah tak terucap dengan kata-kata akan ‘nikmat’nya. Sekurang-kurangnya mandian ini ada memberi
kesan baik pada dia. Alhamdulillah.
Sedapatnya, segala apa yang diketahui sebagai ubat, kami
mahu dapatkan untuk dia. Kami mahu dia
sembuh sepenuhnya.
Sesungguhnya amat benar sekali, Allah menjadikan dunia ini
sebagai tempat asbab. Ternyata Allah
maha kuasa boleh saja menjadikan sesuatu berlaku tanpa asbab.
Setelah hanya mampu berpuasa tiga hari pertama Ramadan, hari
ini Naqib memberitahu mahu berpuasa. Abahnya
sudah pun menyerahkan fidyah dia tidak berpuasa kepada madrasah di
Mersing.
“Yang penting kamu rasa boleh. Tidak sakit.
Nak puasa tak ada masalah,” begitulah jawapan aku.
Sehingga ke saat aku menulis ini, dia tidak sakit walaupun
TEKANAN DARAH MASIH TINGGI DARI NORMAL, lebih dari 180/120.
Ini memang LUAR BIASA!
Aku dan Naqib saling berpandangan kehairanan.
Allah dengan segala sifatNya yang Maha Sempurna, Maha
Pengasih, Maha Pemurah, Maha Kaya, Maha Mengasihani, Maha Mengetahui, segala
kesempurnaan dan keagungan milik Allah semata.
Aku terus berharap, semoga Allah memberi kesihatan total
kepada Naqib.
Ada beberapa asbab yang kami fikirkan.
~ kerap aku nyatakan kepada Naqib. Dalam hidup ini Allah beri penyakit dan Allah
sertakan ubatnya. Ada banyak ubat yang
boleh manusia dapati, sesuai dengan kemampuan dan rezeki. Namun, sesuai pula dengan dua petunjuk Allah
kepada manusia melalui Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Di situ ada apa yang dipanggil
KEBERKATAN. Maka, usahalah apa sahaja
kecuali yang haram. Engkau akan dapati
apa yang ditunjukkan Allah itu jauh lebih hebat dan amat mengharukan. TANDA ALLAH SAYANG. Carilah yang membawa KEBERKATAN. Keberkatan itu amat penting, itulah rahsia
keajaiban dalam kehidupan.
Syukur alhamdulillah, semua dari Allah. Benarlah, Engkau tidak menghampakan doa dan
harapan yang tidak kunjung padam. Semoga
ini semua adalah permulaan yang baik untuk Naqib. Ya Allah, izinkanlah dia syahadah, dan
pilihlah dia menjadi hafizMu, alimMu dan sebagai pembantu agamaMu. Kurniakanlah dia ilmu, iman dan ihsan. Kurniakanlah dia isteri yang solehah lagi
bertaqwa. Pilihlah dia dan keturunannya
membantu agamaMu sampai kiamat. Allahumma
aameen.
~ catatan. Syukur alhamdulillah, Allah pertemukan kami dan
gerakkan hati kami untuk bertemu dengan Haji Yusuf.
Jazakumullah khoyr kathira atas doa semua ahli keluarga dan
kawan-kawan, dan atas semua usul, cadangan dan keprihatinan. Semua dengan izin Allah belaka.
* mula mencari erti KEBERKATAN HIDUP. KEREDHAAN ALLAH ADALAH TUJUAN HIDUP.
Saturday, June 13, 2015
buku cerita kanak-kanak - sebuah azam
Satu ketika aku mendapat tawaran dari seorang editor untuk menulis buku cerita Islamik kanak-kanak. Sebaik bersetuju untuk melakukannya dengan rasa gembira, aku diserang rasa sakit di ketiak kiri. Ia adalah kayap! Aku tidak pernah mengalami kesakitan begini, yang aku sangkakan adalah aku sudah diserang kanser payudara, nauzubillahiminzalik.
Mujurlah ia hanya kayap dan telah pun sembuh, alhamdulillah. Aku masih memikirkan tentang buku cerita kanak-kanak itu. Belum berbuat apa-apa.
Kemudian keadaan Naqib yang selalu tidak stabil sebenarnya dalam diam-diam, memberi efek kepada emosi juga. Ada rasa sedih, rasa sayu, rasa pilu, rasa duka dalam usaha untuk terus jadi tabah dan memberi semangat kepada anak ini supaya sabar dengan ujian yang diberikan Allah SWT. Risau tatkala dia terlentang kesakitan, membuatkan aku hanya menyelesaikan rutin harian sahaja. Kisah pasal buku cerita kanak-kanak biasanya dilupakan.
Akhirnya aku terasa sendiri. Tentu puan editor tertanya-tanya, lalu aku khabarkan keadaan diri yang dilanda musibah ini. Usaha hanya berlegar dalam kepala. Aku ada cerita tetapi bagaimana?
Membaca status puan editor di muka buku, aku terasa sesuatu. Ia perkara biasa sahaja. Kadang-kadang gerak hati itu tepat juga. Kalau salah, pun tak kisah. Kesudahannya, aku tidak perlu meneruskan apa-apa. Polisi syarikat sering berubah-ubah, kata puan editor.
Walau bagaimanapun, keadaan ini ada khoyrnya. Aku akhirnya mula mencari maklumat tentang tip-tip penulisan buku cerita kanak-kanak. Ketika membawa Naqib dan adik-adiknya untuk pertama kali (setelah setahun lebih tinggal di kawasan ini dan setelah baru tahu ada tasik dan kawasan rekreasi di Kota Kemuning), aku bawa satu beg penuh dengan segala buku kanak-kanak yang aku ada. Kononnya nak membaca nanti di tepi tasik yang damai. (Hampeh, beg yang berat dek buku tu hanya jadi pemberat dalam khemah supaya khemah tak terbang dek angin yang kuat, dan aku leka menatap air tasik yang beriak-riak ditiup angin).
Terkenang azam mahu menulis kisah-kisah indah. Itu terkandung dalam doa harianku sebenarnya. Hati mengatakan, kisah-kisah indah sangat banyak ditulis untuk kanak-kanak. Kisah yang ringkas dan selalu berkahir dengan kegembiraan dan teladan yang baik, itulah keindahan. Ilustrasi yang cantik, itu juga keindahan. Imaginasi yang tinggi dan penuh angan-angan, juga adalah keindahan dalam perasaan.
Semasa mengikuti pengajian diploma pendidikan awal kanak-kanak, kami perlu membuat projek buku kanak-kanak untuk memenuhi keperluan kursus. Aku mengambil sebuah kisah ringkas yang cantik ilustrasinya dari sebuah majalah lama, tentang kanak-kanak lelaki yang bangun pagi dan bersiap ke sekolah dengan perasaan riang. Ada bunga yang indah bekembang dan matahari yang bersinar terang. Ada katak dalam perjalanan dan ada semut yang beratur di sisi jalan. Ada macam-macam. Aku menghias buku dengan kapas dan beberapa lukisan itu boleh digerak-gerakkan. Ia simpel dan sempoi, tetapi aku yakin kanak-kanak akan menyukai buku itu.
Ada beberapa lagi buku lain yang dihasilkan oleh kawan-kawan sekuliah, termasuk yang diprint-out siap-siap dengan kertas licin dan warna yang menarik. Tak ubah seperti buku yang dibeli di kedai buku. Akhirnya tatkala kawan-kawan lain menerima semula buku ciptaan mereka, aku dan beberapa orang kawan lagi tidak pernah menerima buku kami sehingga kursus itu tamat sepenuhnya. Di manakah buku itu berada?
Tiba-tiba terasa seronok pula nak menulis buku kanak-kanak. Tetapi walaupun ada cerita, tak mudah mahu menukilkannya begitu sahaja. Kita perlu 'menjadi kanak-kanak' dulu sebelum menyelesaikannya hingga sempurna. Ini hanyalah sebuah permulaan. Seterusnya adalah langkah-langkah yang harus dirancang dan direalisasikan menjadi kenyataan. Supaya tidaklah catatan ini sekadar sebuah cerita kosong yang tidak bermakna apa-apa.
Insya Allah, semoga Allah SWT memudahkan segala urusan kita. Allahumma aameen.

semoga segera sembuh
Setelah begitu berazam mahu belajar Bahasa Arab dan menghadiri beberapa sesi kelas pengajiannya, aku terpaksa memberi alasan untuk ketidakhadiran yang berturut-turut dan akhirnya aku membuat keputusan sendiri untuk menangguhkan pengajian ini ke satu ketika yang tidak dapat ditentukan. Demikian juga dengan kelas kitab di madrasah yang sama, hanya sekali dapat menghadirkan diri.
Alasan besarnya ialah aku tidak dapat meninggalkan anakku sekiranya dia melepek terbaring menahan kesakitan bersendirian.
Naqib yang dua pusarnya ini, akan terbaring sahaja sekiranya sakit kepala datang menyerang. Setakat ini, aku dapat meneka itu akan berlaku seandainya dia ada tersalah makan (sengaja atau tidak sengaja) - terutamanya makanan bercili walaupun sedikit. Selalunya aku akan diserang rasa kesal menyesal, kerana ketika dia sihat ceria, aku pun leka mengingatkan dia untuk menggunakan segala yang tersedia seperti tilam Dr Jabbar dan mengambil ubat secara rutin. Boleh lupa ya? Teruk betul! Termasuk mengambil air bergaram sejam sekali sebanyak segelas atau lebih. Ishh!
Tatkala Naqib sihat sepenuhnya, aku dapati dia adalah seorang abang yang nakal. Dia mengusik dan menyakat adik-adiknya, menjentik, mengacah-acah dengan rotan, dan menakut-nakutkan adik dengan gertakan (kes Hidayat yang belajar main-main). Huril pun sama menjadi mangsa usikan hingga terjerit-jerit takut dilibas rotan, gurauan yang menakutkan dia. Yang beruntung ialah si bongsu, yang dilayan dengan manja selalu.
"Kesian la along, mama ..." Apabila Naqib terlentang kesakitan, Hidayat selalu mengulang-ulang ayat ini. Ya, apabila Naqib jadi demikian, dia tidak menghiraukan apa-apa pun melainkan melelapkan mata dan hanya bangun untuk ke bilik air, solat dan muntah beberapa kali. Makan pun tidak. Setelah sehari atau dua hari, barulah dia agak reda dan meminta air kelapa. Alhamdulillah, setakat hari ini air kelapa menjadi ubat mujarab untuk dirinya. Setelah minum air kelapa, dia akan muntah lagi (kesian betul dengar bunyi dia muntah) dan akhirnya sakit kepala pun beransur hilang.
Tak perlu nak jerang air kelapa atas api bersama halba. Tak sempat dah. Minum macam tu saja. Disuruh letak garam pun tidak mahu.
Keadaan sakit kepala ini biasanya berlaku selang 3-4 hari. Kini dia sudah menghabiskan tiga botol ubat Dr Harif yang menggunakan gelombang frekuensi flora untuk mengimbangi tahap kerohanian, emosi, mental dan fizikal (seperti yang tertulis pada botol ubat). Pada pertemuan kedua minggu sudah, Dr Harif memberi tiga botol lagi ubat tetapi saiznya lebih besar dan pengambilan sebiji sahaja untuk 4 kali sehari. Alhamdulillah, kadar kekerapan Naqib diserang sakit kepala lebih terkawal berbanding sebelumnya. Namun untuk seminggu ini dia hanya mengambil ubat homeopathy dari Colour Therapy Vibration sahaja sebanyak 30 biji dua kali makan (subuh dan malam).
Tekanan darahnya masih tinggi, belum pernah turun sehingga 150. Kadar biasa ialah 170 ke atas. Denyutan jantung juga tidak menentu tetapi biasanya paras normal. Alhamdulillah. Berat badan sudah turun 10 kilogram, dan sekarang nak turun ke kadar 88-90 kg masih macam yoyo.
***
Bukan tidak mahu melakukan biopsy. Tindakan menarik Naqib keluar dari hospital tiga bulan lepas adalah atas mesyuarat segera atas talian dengan hampir semua ahli keluarga. Memang khabar yang pernah sampai sedikit sebanyak memberi kesan pada keputusan peribadi juga. Termasuk kes lama diri sendiri, ketika mengalami nephrotic syndrome semasa di tahun pertama UKM dulu. Dignosis doktor mengatakan tekanan darah tinggi yang luar biasa untuk seorang remaja seperti ini adalah di luar kebiasaan. Dan menurut ilmu perubatan, berdasarkan hasil ujian darah dan ujian kencing, termasuk x ray (tak sempat buat scan, ada masalah teknikal), ia ada kaitan dengan buah pinggang Naqib. Biopsy yang bakal dilakukan akan mengambil sampel tisu buah pinggang untuk mengenal pasti apa dan bagaimana tahap kerosakan buah pinggang itu, dan bagaimana ia boleh diatasi. Kebiasaannya dialisis akan dilakukan, dan ia mesti disegerakan kerana tahap kretinin sangat tinggi.
Bagaimana Allah SWT memberi keyakinan untuk kami menarik Naqib keluar dari mendapatkan rawatan hospital? Bagaimana Allah SWT memberi ilham-ilham dan menggerakkan hati kami untuk mengikut saranan dari insan-insan prihatin untuk mendapatkan rawatan yang lain? Semuanya kerja Allah SWT belaka.
Setelah mendapati kaedah dan hasil rawatan di sebuah pusat rawatan alternatif pertama yang kami tujui agak kurang memberi kesan yang memberangsangkan kepada Naqib, kami membuat keputusan untuk menuju ke rawatan alternatif kedua. Ia saranan dari seorang sahabat yang begitu prihatin dan beliau baru kehilangan suaminya. Sahabat ini sangat prihatin tentang kesihatan dan cara rawatan yang diambil. Pesannya, 'carilah doktor yang sebenar seperti mana kita hendak mencari ulamak yang sebenar'. Pesanan ini sangat mengesankan, dan aku selalu tanpa sengaja menghimbau kenangan lama terhadap arwah abah dan arwah kekanda Norliza. Semua sudah berlalu. Sementara masih ada kesempatan, gunakan apa saja peluang dan jalan yang ada untuk membaiki kesihatan.
Setiap kali mahu mengajak suami ke pusat rawatan yang baru, aku katakan padanya, 'Lebih baik kita mencuba, agar tiada penyesalan di kemudian hari.' Alhamdulillah, dalam hal ini kami masih bersepakat.
Okay, secara ringkasnya dignosis Dr Harif mengatakan ada virus dalam darah Naqib dan ia sudah menyerang otak. Ini mungkin berpunca dari minuman dan makanan yang diambil, wallahu'alam. Dalam keadaan kritikal sebegini, aku tidak peduli apa asbabnya melainkan mahukan kesembuhan. Kes yang sama ada dirawat oleh Dr Harif dan berjaya sembuh, alhamdulillah. Pada pertemuan tempohari, kami diberitahu virus itu sudah hampir tiada, dan hanya bakteria yang perlu diatasi. Selainnya ialah masalah yang berpunca dari perut.
Dignosis ini selari dengan apa yang kami diberitahu di pusat rawatan tanpa ubat kelmarin. Masalah ini berpunca dari perut yang lemah. Aku bersetuju, memikirkan otot perut Naqib yang dipotong semasa pembedahan membuang bengkak apendiks semasa usianya 12 tahun. Semenjak itu dia mula boroi perlahan-lahan. Pakar colour therapy vibration itu pula, err ... mungkin ada masalah dengan darah, begitulah rasanya. Hmm ... Aku tak pasti sangat sampai sekarang. Walau apapun, mesti positif dalam minda, kata-kata dan tindakan, itu benar.
Menarik juga kalau aku selitkan sedikit 'dignosis' Haji Sani di Sijangkang, dan Wak Mus di Seremban. Kedua-dua perawat Islam ini sependapat, ada sesuatu yang berlaku di perut Naqib dan mereka menyelesaikannya dengan cara masing-masing.
Terakhir tetapi bukan penamatnya, adalah beberapa komen yang menyebut tentang 'gangguan'. Aku setuju dengan kenyataan, bahawa penyakit yang datang ada kaitan juga dengan gangguan jin dan syaitan. Ini ada disebutkan oleh Haji Sani dan Naqib dimandikan dengan air rebusan lima jenis daun, seperti yang dilakukan kepada wanita dalam pantang bersalin. Semalam, Aqmal memberi amalan Qalbu Surah kepada Naqib untuk dijadikan amalan. Alhamdulillah. Semoga menjadi antara asbab kesembuhannya, aameen.
***
Disiplin diri adalah penting. Di hospital, ada jururawat yang menguruskan pengambilan ubat pesakit. Di rumah, sendiri mau ingat. Masa sihat alpa, masa sakit baru kecoh nak makan ubat, memang sempoi macam tu. Masa sihat lupa, masa sakit baru nak pakai tilam Dr Jabbar, baru nak minum air garam, memang payah. Dan parah jawabnya.
Dan terpaksa aku membebel dengan nada rendah. Terpaksa Naqib menahan rasa menadah telinga. Semalam, aku mendengar luahan hati anakku ini. Katanya, dia minta kawan-kawan doakan dia sembuh, itu afdol. Kawan-kawan sarankan dia istiqomah mengambil habbatus sauda. Itu memang tiada keraguan. Nah! ternyata kawan-kawan lebih kuat pengaruhnya daripada ibu sendiri?! Bukan aku tak ada menyuruh dia spray minyak habbatus sauda di bawah lidahnya setiap hari. Bahkan sekarang habbatus sauda adalah antara bijirin rempah yang aku campurkan di dalam masakan. Haih, kawan cakap juga baru nak ambil perhatian.
Sedekah. Sekarang aku sudah meletakkan bekas untuk dia bersedekah setiap pagi, di atas meja makan. Katanya, Ustaz Abdul Rahman mengingatkan dia tentang sedekah dan solat hajat. Itupun setelah aku senaraikan asbab-asbab Allah SWT akan berikan kesembuhan kepada sesiapa yang melakukannya; iaitu solat tahajjud, solat hajat, bersedekah setiap hari, baca surah Yasiin, istighfar, selawat ke atas Nabi SAW, doa di waktu mustajab dan pemakanan sunnah. Catatan ini aku tulis dan letakkan di atas meja makan juga. Syaitan selalu menjadikan terlalai. Dan kelemahan diri selalu membuatkan lupa.
Dalam diam-diam, aku menyimpan hasrat untuk berjumpa Doktor Danial di Kubang Krian. Kekangan masa dan jarak membuatkan hasrat ini seperti sukar dicapai tetapi aku belum berputus asa. Semoga Allah SWT mengabulkan doa untuk bertemu beliau bersama Naqib tak lama lagi, insya Allah. Ya Allah, mudahkanlah urusan ini aameen.
Sakit ini ada hikmahnya. Ia berlaku ketika usia muda Naqib. Dia masih bertenaga untuk menahan sakit kepala. Dia masih ceria ketika sakitnya hilang. Alhamdulillah. Kami masih ada untuk Allah SWT sampaikan asbab-asbab kebaikan kepadanya. Masya Allah, betapa besar hikmahNya dan pasti ada banyak lagi hikmah yang tak tercapai akal memikirkannya.
***
Kali ini aku benar-benar terasa nak tulis novel remaja tentang anakku ini. Sementara masih ada masa dan peluang. Insya Allah. Semoga persembahan kali ini tidak mengecewakan juga. Semoga Allah SWT memudahkan ia untuk dilakukan. Semoga menjadi asbab hidayat dan asbab kebahagiaan di akhirat nanti. Allahumma aameen.
Semoga Naqib akan sembuh sepenuhnya, dan sambung alim tak lama lagi. Juga menyelesaikan syahadahnya segera. Ya Allah, berilah kesembuhan padanya dan semua anak-anakku dan kami semua, dan pilihlah kami untuk membantu ugamaMU hingga kiamat, aameen.

Thursday, June 11, 2015
Dignosis
Setelah memperbaharui kad parking untuk sejam kedua,
akhirnya nama anakku dipanggil masuk ke dalam bilik. Aku mengekori.
“Macamana tahu tentang tempat ni?”
Aku tiba-tiba serba-salah.
Tempat ini sudah lama aku ketahui, tetapi baru hari itu aku menghadirkan
diri ke situ. Mungkin dari siaran IKIM.
“Err … dari kakak saya.”
Teringat kakak pernah memberitahu, kenalannya merupakan salah seorang
perawat di situ. Aku kurang pasti,
mungkin juga big bosnya?
Perawat muda itu mengangguk-angguk. Dia bertanya lagi, “Ok, apa sebenarnya?”
Lalu anakku mula bersuara dengan ketenangan caranya, sepatah
sepatah dan aku menyampuk sekali-sekala.
Apabila anakku berhenti bercakap, perawat bertanya lagi, “Lepas tu, apa
lagi?”
Anakku hampir menjelaskan segala-galanya melainkan apa yang
telah kami rancang. Ada perkara yang
telah dihadkan, tidak perlu beritahu semua.
Prinsip aku, untuk satu dignosis dari seorang perawat yang baru, kami
mahu ia tidak dipengaruhi oleh dignosis yang lama dari pihak lain. Cerita simptom saja cukuplah. Cerita semua, buat apa?
Seperti baru tersedar, perawat menarik sehelai kertas licin
dan meminta anakku mengisinya. Ia adalah
borang pendaftaran pusat rawatan tersebut.
Kemudian perawat menghilangkan diri.
Aku mengeluarkan tab dari tas tangan dan merepot semuanya kepada suami
melalui fb massenger. Whats app sudah
ok, tapi terus menggunakan ruang sembang di fb itu seolah-olah kurang mesra
dengan whats app. Tidak lama kemudian,
perawat masuk dengan telefon bimbit di telinganya. Oh, dia sedang merepot tentang pesakit baru
ini melalui panggilan telefon kepada bapanya.
Kami dapat mendengar jawapan dan saranan dari bapanya untuk anakku.
Huk aloh, jawab
suami di fb massenger, tatkala aku memberitahu perawat sedang bercakap di
telefon dan bukan mengambil peralatan untuk dignosis seperti yang aku sangkakan
awalnya.
Akhirnya anakku disuruh berbaring dan beberapa ujikaji
ringkas dilakukan. Ah, kakinya sama ada
pendek atau panjang sebelah sangat memeranjatkan. Mungkin akibat jatuh terhentak suatu masa
dulu. Perut yang lemah membuatkan lemak
terus turun ke bawah perut. Memerlukan sokongan
seperti bengkung untuk menguatkan otot perut.
Risiko hernia yang ringan. Keseluruhannya,
rawatan masih boleh dilakukan.
Perawat muda
ini masih berlapik kata, “Insya Allah, kita berusaha melalui urutan terhadap
saraf-saraf di sepanjang tulang belakang dan diharapkan akan memberi kesan baik
kepada buah pinggang dan seluruh badan.”
Kami diminta membuat pemeriksaan semula dengan doktor
hospital kerana kretanin yang tinggi (hasil repot makmal persendirian bulan
lepas) untuk melihat sama ada masih ada masa untuk buah pinggang dipulihkan
atau bagaimana …
“Tetapi kami tidak mahu dialisis!” aku tidak faham mengapa perlu kembali ke
hospital yang telah kami talak tiga itu.
“Sebab tu kami ke sini.”
Perawat menjelaskan semula risiko kretanin yang amat tinggi,
susulan bualannya dengan abahnya di talian telefon tadi. Untuk memudahkan urusan, aku angguk
bersetuju.
Setelah dijelaskan tentang kos bayaran rawatan sekiranya
bersetuju, dan bayaran RM20 untuk dignosis, kami beredar ke kaunter untuk
menyelesaikan urusan akhir. Kelihatan perawat
itu bercakap-cakap lagi dengan anakku, entah apa.
Selesai dignosis pertama.
Aku menyuarakan cadangan kepada si anak, untuk mendapatkan
dignosis kedua dari tempat rawatan alternatif yang lain. Tak disangka, dia terus bersetuju dan ada
rasa teruja. Tempat itu kami nampak
tadi, ketika berpusing-pusing mencari tempat rawatan alternatif pertama yang
tiada papan penanda. Eksklusif dan
meyakinkan, tetapi harganya bagaimana? Namun
tertulis, dignosis percuma. Ok, jom kita
cuba. Kami disambut wanita yang penuh
mesra, yang memberitahu kami perlu ke sebuah rumah agam di tempat lain untuk
menemui doktor kerana jadualnya di situ sepanjang hari tersebut.
Berpandukan peta pada flyer yang diberikan, akhirnya kami
sampai di hadapan sebuah banglo mewah. Seorang
tukang kebun sedang mengerjakan pokok-pokok hiasan di hadapan pagarnya. Wahh, ini memang pusat rawatan yang serba
mewah dan ekslusif. Kami masuk dan
diminta menunggu. Tidak lama kemudian,
seorang lelaki yang berwajah ceria meminta kami masuk ke dalam.
"Dari mana tau tempat ni?" tanyanya ceria.
Aku teragak-agak. Teringat kakak pernah menemubual penemu kaedah ini beberapa tahun yang lampau. Tapi takkan nak cerita pasal itu pulak ...
Setelah bertanya lebih kurang, jauh beza dengan perawat
pertama tadi, lelaki ceria yang agak kacak juga ini meminta anakku berdiri dan
mengangkat tangan kanan lurus separas dengan bahunya. Sambil tangan kiri menekan hujung tangan
anakku, jari telunjuk tangan kanannya membuat pergerakan zig zag yang tidak
ketara pada sepanjang tubuh depan anakku yang berdiri menghadapnya.
“Ok, nanti saya bagi garam.” Lelaki tersebut beredar.
“Sempoi, nama pun dia tak tanya.” Kata anakku perlahan. Macam biasa, aku mengeluarkan tab di masa
terluang dan memberitahu suami di mana kami berada. Suami yang sedang mesyuarat (dia dah bagitahu
awal-awal) hanya memberikan icon thumbs up.
Lelaki berwajah ceria masuk semula, membawa tiga botol
plastik dan duduk semula di kerusinya. Dia
menyambung semula celoteh dan kami ralit mendengar. Kisah anakknya yang berumur tiga tahun jatuh
kolam dan dia terus bertenang menarik anakknya dengan tongkat ketika
orang-orang yang melihat menjerit mengatakan dia gila (sebab terlalu cool
menghadapi situasi rumit macam tu). Kisah
dia menyimpan cita-cita membeli kereta laju untuk litar lumba. Petua mengelakkan asma ialah dengan mandi
hujan dan minum air batu. Kaedah rendaman
kaki dalam air ais ditaburi garam. Kaedah
mandi bilasan terakhir dengan air ais.
“Nanti
lapang-lapang boleh mandi air garam kat sini,”
sarannya tersenyum. Sesi 'dignosis
percuma' pun berakhir, dan aku membayar kos tiga botol (satu botol garam, satu
ubat untuk darah, satu untuk kepala)
berjumlah RM105 'sahaja'.
Ketika menghantar punggung di kerusi pemandu, aku bertanya
anakku, “Eh, sebenarnya mama nak tanya pasal kretanin kamu yang tinggi tu. Kita nak tau la apa dignosis dia pulak. Tapi ralit pulak dengar celoteh dia …”
Aku mengharapkan dapat sesuatu yang baru tentang kondisi
kesihatan anakku. Dalam diam, aku cuba
menenangkan perasaan yang tiba-tiba rasa tidak puas hati. Rasa dah terkena. Rasa seperti dipermainkan oleh lelaki
berwajah ceria. Dia … mahir ke
tidak? Ke mahir borak je?
Menarik nafas panjang-panjang dan dalam-dalam. Apa yang pasti, lelaki ceria kerap kali
menyatakan kata-kata adalah doa. Anggapan
negatif menyebabkan keadaan yang buruk, dan sebaliknya. Itu semua terkandung dalam celoteh tentang
dirinya tadi.
“Hmm tak mengapalah, alhamdulillah. Mungkin sebenarnya Allah nak bagitahu supaya
kita sentiasa berfikiran positif dalam hidup.
Doktor tu cerita semua kisah-kisah luar biasa yang jadi sample kepada
kata-kata positif akan jadi asbab kebaikan.
Betul la tu! Kan kata-kata dan
anggapan yang kita bina adalah doa sebenarnya.
Ok la, kita tak dapat dignosis yang kita nak. Kita dapat yang lain pula, yang lebih afdol.” Kata aku memujuk diri. Anakku bersetuju saja. Sambil memandu, aku masih terus cuba mencari
di mana lelaki ceria ada memberi komen atau dignosis tentang situasi kesihatan
anakku. Bagaimana nak aku jelaskan
kepada suami tentang dignosis dari pusat rawatan ekslusif ini? Aku biarkan tab duduk baik-baik dalam tas
tangan. Tidak tahu bagaimana mahu
menulis kepada suami tentang ‘dignosis’ kedua hari itu.
Walau bagaimanapun, aku rasa amat teruja dan kagum dengan
sesuatu. Aku temui bahawa sesungguhnya
benar, DALAM SUNNAH ADA KEJAYAAN. Lelaki
berwajah ceria tidak menyebut demikian, tetapi semuanya jelas terkandung dalam
cerita-cerita pengalaman peribadi yang disampaikan. Ini lebih baik dari semuanya. Walaupun tanpa dignosis yang diharapkan. Alhamdulillah, semua kerja Allah SWT. Allah-lah yang mengizinkan kami menjengah
kedua-dua tempat rawatan alternatif ini.
Maha Bijaksana Allah pemilik segala keyakinan dan ilmu pengetahuan. Allahu Akhbar.
Sunday, June 7, 2015
Kematian
Apabila ia mengunjungi kita di suatu masa yang sudah tetap,
tidak dapat kita mengelakkannya. Walau kita
cuba berlari sekuat hati sejauh-jauh yang mampu membawa diri. Ia adalah pasti. Sekembali aku bersama suami dari menziarahi sekujur
tubuh yang terbujur sepi di sebuah rumah yang bagai hilang seri. Lalu aku tiba-tiba bersuara menyatakan hasrat
hati.
“Abang, ayang wasiat ni.
Sekiranya ayang meninggal dulu dalam tangan abang, semasa jenazah belum
dikebumikan, tidak dibenarkan lelaki bukan muhrim melihat jenazah ayang.”
“Nak kena pakai purdah la kalau gitu.” Sahutnya selamba.
Aku mula kehangatan. “Masa
hidup tak bagi orang tengok, dah mati pun tak mau orang tengok. Pasal apa orang lelaki sibuk nak tengok
jenazah. Duduk luar rumah masih boleh
baca surah Yasiin dan hadiahkan pada si
mati. Nanti naikkan notis
tampal kat pintu, hanya wanita dan
muhrim sahaja boleh masuk.”
Jeda. Aku menyambung
dengan nada rendah hampir berbisik.
“Abang … Saiyidatina Fatimah rha meminta dikebumikan
jenazahnya pada malam yang gelap supaya tidak ada sesiapa nampak susuk tubuhnya
kurus ke gemuk ke, tinggi ke rendah ke … dan di Padang Mahsyar nanti setelah
selesai semua urusan, beliau sebagai penghulu wanita syurga akan menuju syurga
dalam keadaan Allah perintahkan semua manusia tunduk tidak mendongak
melihatnya. Sampai macam tu sekali Allah
memelihara aurat puteri kesayangan baginda SAW.’
Tiba-tiba hati rasa sayu.
Di antara kami, siapa yang menemui-Nya terlebih dahulu. Firasat yang pernah berkata, terngiang semula
di telinga. Apa pun, Allah maha kuasa
makhluk tiada kuasa. Aku atau dia, sudah
pasti pada masa dan ketika, akan kembali jua.
Bersedia atau terleka alpa? Semoga
Allah SWT memelihara auratku, yang sedaya upaya aku berazam mengikut sunnah
Ummul Mukminin sehingga akhir hayat, dengan harapan semoga dapat menjadi
kebanggaan Rasulullah SAW dan dipilih menjadi pembantu agama Allah. Dan semoga Allah sentiasa menunjuki aku ke
jalan yang lurus yang diredhoi-Nya. Aameen. Semoga jadi asbab hidayat seluruh alam.
** hamba Allah yang hina.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Search This Blog
Blog Archive
Terima kasih :)
utamakan Bahasa Melayu
Pantai Lumut
Pantai Mersing