Setelah memperbaharui kad parking untuk sejam kedua,
akhirnya nama anakku dipanggil masuk ke dalam bilik. Aku mengekori.
“Macamana tahu tentang tempat ni?”
Aku tiba-tiba serba-salah.
Tempat ini sudah lama aku ketahui, tetapi baru hari itu aku menghadirkan
diri ke situ. Mungkin dari siaran IKIM.
“Err … dari kakak saya.”
Teringat kakak pernah memberitahu, kenalannya merupakan salah seorang
perawat di situ. Aku kurang pasti,
mungkin juga big bosnya?
Perawat muda itu mengangguk-angguk. Dia bertanya lagi, “Ok, apa sebenarnya?”
Lalu anakku mula bersuara dengan ketenangan caranya, sepatah
sepatah dan aku menyampuk sekali-sekala.
Apabila anakku berhenti bercakap, perawat bertanya lagi, “Lepas tu, apa
lagi?”
Anakku hampir menjelaskan segala-galanya melainkan apa yang
telah kami rancang. Ada perkara yang
telah dihadkan, tidak perlu beritahu semua.
Prinsip aku, untuk satu dignosis dari seorang perawat yang baru, kami
mahu ia tidak dipengaruhi oleh dignosis yang lama dari pihak lain. Cerita simptom saja cukuplah. Cerita semua, buat apa?
Seperti baru tersedar, perawat menarik sehelai kertas licin
dan meminta anakku mengisinya. Ia adalah
borang pendaftaran pusat rawatan tersebut.
Kemudian perawat menghilangkan diri.
Aku mengeluarkan tab dari tas tangan dan merepot semuanya kepada suami
melalui fb massenger. Whats app sudah
ok, tapi terus menggunakan ruang sembang di fb itu seolah-olah kurang mesra
dengan whats app. Tidak lama kemudian,
perawat masuk dengan telefon bimbit di telinganya. Oh, dia sedang merepot tentang pesakit baru
ini melalui panggilan telefon kepada bapanya.
Kami dapat mendengar jawapan dan saranan dari bapanya untuk anakku.
Huk aloh, jawab
suami di fb massenger, tatkala aku memberitahu perawat sedang bercakap di
telefon dan bukan mengambil peralatan untuk dignosis seperti yang aku sangkakan
awalnya.
Akhirnya anakku disuruh berbaring dan beberapa ujikaji
ringkas dilakukan. Ah, kakinya sama ada
pendek atau panjang sebelah sangat memeranjatkan. Mungkin akibat jatuh terhentak suatu masa
dulu. Perut yang lemah membuatkan lemak
terus turun ke bawah perut. Memerlukan sokongan
seperti bengkung untuk menguatkan otot perut.
Risiko hernia yang ringan. Keseluruhannya,
rawatan masih boleh dilakukan.
Perawat muda
ini masih berlapik kata, “Insya Allah, kita berusaha melalui urutan terhadap
saraf-saraf di sepanjang tulang belakang dan diharapkan akan memberi kesan baik
kepada buah pinggang dan seluruh badan.”
Kami diminta membuat pemeriksaan semula dengan doktor
hospital kerana kretanin yang tinggi (hasil repot makmal persendirian bulan
lepas) untuk melihat sama ada masih ada masa untuk buah pinggang dipulihkan
atau bagaimana …
“Tetapi kami tidak mahu dialisis!” aku tidak faham mengapa perlu kembali ke
hospital yang telah kami talak tiga itu.
“Sebab tu kami ke sini.”
Perawat menjelaskan semula risiko kretanin yang amat tinggi,
susulan bualannya dengan abahnya di talian telefon tadi. Untuk memudahkan urusan, aku angguk
bersetuju.
Setelah dijelaskan tentang kos bayaran rawatan sekiranya
bersetuju, dan bayaran RM20 untuk dignosis, kami beredar ke kaunter untuk
menyelesaikan urusan akhir. Kelihatan perawat
itu bercakap-cakap lagi dengan anakku, entah apa.
Selesai dignosis pertama.
Aku menyuarakan cadangan kepada si anak, untuk mendapatkan
dignosis kedua dari tempat rawatan alternatif yang lain. Tak disangka, dia terus bersetuju dan ada
rasa teruja. Tempat itu kami nampak
tadi, ketika berpusing-pusing mencari tempat rawatan alternatif pertama yang
tiada papan penanda. Eksklusif dan
meyakinkan, tetapi harganya bagaimana? Namun
tertulis, dignosis percuma. Ok, jom kita
cuba. Kami disambut wanita yang penuh
mesra, yang memberitahu kami perlu ke sebuah rumah agam di tempat lain untuk
menemui doktor kerana jadualnya di situ sepanjang hari tersebut.
Berpandukan peta pada flyer yang diberikan, akhirnya kami
sampai di hadapan sebuah banglo mewah. Seorang
tukang kebun sedang mengerjakan pokok-pokok hiasan di hadapan pagarnya. Wahh, ini memang pusat rawatan yang serba
mewah dan ekslusif. Kami masuk dan
diminta menunggu. Tidak lama kemudian,
seorang lelaki yang berwajah ceria meminta kami masuk ke dalam.
"Dari mana tau tempat ni?" tanyanya ceria.
Aku teragak-agak. Teringat kakak pernah menemubual penemu kaedah ini beberapa tahun yang lampau. Tapi takkan nak cerita pasal itu pulak ...
Setelah bertanya lebih kurang, jauh beza dengan perawat
pertama tadi, lelaki ceria yang agak kacak juga ini meminta anakku berdiri dan
mengangkat tangan kanan lurus separas dengan bahunya. Sambil tangan kiri menekan hujung tangan
anakku, jari telunjuk tangan kanannya membuat pergerakan zig zag yang tidak
ketara pada sepanjang tubuh depan anakku yang berdiri menghadapnya.
“Ok, nanti saya bagi garam.” Lelaki tersebut beredar.
“Sempoi, nama pun dia tak tanya.” Kata anakku perlahan. Macam biasa, aku mengeluarkan tab di masa
terluang dan memberitahu suami di mana kami berada. Suami yang sedang mesyuarat (dia dah bagitahu
awal-awal) hanya memberikan icon thumbs up.
Lelaki berwajah ceria masuk semula, membawa tiga botol
plastik dan duduk semula di kerusinya. Dia
menyambung semula celoteh dan kami ralit mendengar. Kisah anakknya yang berumur tiga tahun jatuh
kolam dan dia terus bertenang menarik anakknya dengan tongkat ketika
orang-orang yang melihat menjerit mengatakan dia gila (sebab terlalu cool
menghadapi situasi rumit macam tu). Kisah
dia menyimpan cita-cita membeli kereta laju untuk litar lumba. Petua mengelakkan asma ialah dengan mandi
hujan dan minum air batu. Kaedah rendaman
kaki dalam air ais ditaburi garam. Kaedah
mandi bilasan terakhir dengan air ais.
“Nanti
lapang-lapang boleh mandi air garam kat sini,”
sarannya tersenyum. Sesi 'dignosis
percuma' pun berakhir, dan aku membayar kos tiga botol (satu botol garam, satu
ubat untuk darah, satu untuk kepala)
berjumlah RM105 'sahaja'.
Ketika menghantar punggung di kerusi pemandu, aku bertanya
anakku, “Eh, sebenarnya mama nak tanya pasal kretanin kamu yang tinggi tu. Kita nak tau la apa dignosis dia pulak. Tapi ralit pulak dengar celoteh dia …”
Aku mengharapkan dapat sesuatu yang baru tentang kondisi
kesihatan anakku. Dalam diam, aku cuba
menenangkan perasaan yang tiba-tiba rasa tidak puas hati. Rasa dah terkena. Rasa seperti dipermainkan oleh lelaki
berwajah ceria. Dia … mahir ke
tidak? Ke mahir borak je?
Menarik nafas panjang-panjang dan dalam-dalam. Apa yang pasti, lelaki ceria kerap kali
menyatakan kata-kata adalah doa. Anggapan
negatif menyebabkan keadaan yang buruk, dan sebaliknya. Itu semua terkandung dalam celoteh tentang
dirinya tadi.
“Hmm tak mengapalah, alhamdulillah. Mungkin sebenarnya Allah nak bagitahu supaya
kita sentiasa berfikiran positif dalam hidup.
Doktor tu cerita semua kisah-kisah luar biasa yang jadi sample kepada
kata-kata positif akan jadi asbab kebaikan.
Betul la tu! Kan kata-kata dan
anggapan yang kita bina adalah doa sebenarnya.
Ok la, kita tak dapat dignosis yang kita nak. Kita dapat yang lain pula, yang lebih afdol.” Kata aku memujuk diri. Anakku bersetuju saja. Sambil memandu, aku masih terus cuba mencari
di mana lelaki ceria ada memberi komen atau dignosis tentang situasi kesihatan
anakku. Bagaimana nak aku jelaskan
kepada suami tentang dignosis dari pusat rawatan ekslusif ini? Aku biarkan tab duduk baik-baik dalam tas
tangan. Tidak tahu bagaimana mahu
menulis kepada suami tentang ‘dignosis’ kedua hari itu.
Walau bagaimanapun, aku rasa amat teruja dan kagum dengan
sesuatu. Aku temui bahawa sesungguhnya
benar, DALAM SUNNAH ADA KEJAYAAN. Lelaki
berwajah ceria tidak menyebut demikian, tetapi semuanya jelas terkandung dalam
cerita-cerita pengalaman peribadi yang disampaikan. Ini lebih baik dari semuanya. Walaupun tanpa dignosis yang diharapkan. Alhamdulillah, semua kerja Allah SWT. Allah-lah yang mengizinkan kami menjengah
kedua-dua tempat rawatan alternatif ini.
Maha Bijaksana Allah pemilik segala keyakinan dan ilmu pengetahuan. Allahu Akhbar.

No comments:
Post a Comment