Apabila ia mengunjungi kita di suatu masa yang sudah tetap,
tidak dapat kita mengelakkannya. Walau kita
cuba berlari sekuat hati sejauh-jauh yang mampu membawa diri. Ia adalah pasti. Sekembali aku bersama suami dari menziarahi sekujur
tubuh yang terbujur sepi di sebuah rumah yang bagai hilang seri. Lalu aku tiba-tiba bersuara menyatakan hasrat
hati.
“Abang, ayang wasiat ni.
Sekiranya ayang meninggal dulu dalam tangan abang, semasa jenazah belum
dikebumikan, tidak dibenarkan lelaki bukan muhrim melihat jenazah ayang.”
“Nak kena pakai purdah la kalau gitu.” Sahutnya selamba.
Aku mula kehangatan. “Masa
hidup tak bagi orang tengok, dah mati pun tak mau orang tengok. Pasal apa orang lelaki sibuk nak tengok
jenazah. Duduk luar rumah masih boleh
baca surah Yasiin dan hadiahkan pada si
mati. Nanti naikkan notis
tampal kat pintu, hanya wanita dan
muhrim sahaja boleh masuk.”
Jeda. Aku menyambung
dengan nada rendah hampir berbisik.
“Abang … Saiyidatina Fatimah rha meminta dikebumikan
jenazahnya pada malam yang gelap supaya tidak ada sesiapa nampak susuk tubuhnya
kurus ke gemuk ke, tinggi ke rendah ke … dan di Padang Mahsyar nanti setelah
selesai semua urusan, beliau sebagai penghulu wanita syurga akan menuju syurga
dalam keadaan Allah perintahkan semua manusia tunduk tidak mendongak
melihatnya. Sampai macam tu sekali Allah
memelihara aurat puteri kesayangan baginda SAW.’
Tiba-tiba hati rasa sayu.
Di antara kami, siapa yang menemui-Nya terlebih dahulu. Firasat yang pernah berkata, terngiang semula
di telinga. Apa pun, Allah maha kuasa
makhluk tiada kuasa. Aku atau dia, sudah
pasti pada masa dan ketika, akan kembali jua.
Bersedia atau terleka alpa? Semoga
Allah SWT memelihara auratku, yang sedaya upaya aku berazam mengikut sunnah
Ummul Mukminin sehingga akhir hayat, dengan harapan semoga dapat menjadi
kebanggaan Rasulullah SAW dan dipilih menjadi pembantu agama Allah. Dan semoga Allah sentiasa menunjuki aku ke
jalan yang lurus yang diredhoi-Nya. Aameen. Semoga jadi asbab hidayat seluruh alam.
** hamba Allah yang hina.

No comments:
Post a Comment