Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Wednesday, April 20, 2011

Yeah, kuntum kedua pulak

Masih nak citer tentang patchwork quilt hehe ...
Ni sebakul kertas hexagon yang dah digunting-gunting lebih kurang sebulan yang lepas.  Macam-macam kertas termasuklah sekeping besar manila kad yang dibeli masa Hidayat kena buat projeknya dulu, baru 80 sen je.  Sekarang ni kotak-kotak pembungkus makanan dan barangan mesti disimpan untuk dibentuk hexagon.  Hmm ... dalam pada asyik menggunting, (pss ... bocor rahsia ni!) sampai tergunting dua keping wang seringgit Brunei, duit raya pemberian Mrs.Yong, staf di pejabat abah semasa sambutan raya cina lepas.  Huh, nasib baik tak sepuluh dollar ...  Abah lum tau lagi ni. Kertas angpow tu tebal dan cantik.  Tanpa melihat kat dalam, sebab memang jangka dah kosong, terus je seronok menggunting.  Bila dah terpotong-potong, barulah muncul keratan wang kertas tu cantik je ikut potongan yang dibuat, melopong le sekejap ... hihi.  Err ... kalau sambung balik dan tampal dengan salafon tape, bank terima kot ...  kalau kedai, mungkin kena reject.

Benang putih tu ialah benang India yang digunakan untuk menjahit manik pada baju.  Harganya kat sini ialah dua dollar Brune je.  Bagus benang ni sebab ia kukuh dan mudah dileraikan kalau berpintal-pintal.  Nak mudah, jangan potong benang panjang sangat.  Jadi, lum sempat nak berpintal-pintal, dah habis benang dan tukar benang lain.  Mudah kan!



Ni pulak ialah keratan kain yang nak digunakan untuk patchwork quilt.  Yang bunga tulip kuning air dan warna pink tu murah je, $2 semeter; hanya kain kapas biasa.  Manakala yang warna pink cair dengan gambar ikan paus berwarna-warni tu $2.60 semeter.  Ia kapas yang lembut dan gebu, apa ke namanya saya tak tau pulak.  Ala, yang biasa orang buat untuk set tidur baby tu.  Memang sesuai untuk buat patchwork quilt selimut nanti.  Yang ni saya beli dua meter, dan saya rancang mahu menggunakan kain ini untuk menampung sebahagian besar patchwork quilt nanti.  Beli sikit-sikit dulu, sebab hmm ... kan ke ni minat sampingan je.  Saya kena settle novel tu dulu, tapi wat masa ni macam kerja-kerja penulisan tu dah kena potong trip je ngan projek patchwork quilt ni hehe ... ish ish.  Mmm ... tak pe la, sambil-sambil mencantum tu saya sebenarnya masih memikirkan pasal Sakinah juga :-)

Ni pulak koleksi kepingan kertas hexagon yang sudah dibalut dengan kain perca.  Ini pun dah sebulan gak saya buat, pelan-pelan.  Kotak tu saya jumpa kat tepi mesin basuh saya kat tingkat bawah, tertulis nama Hamza, salah seorang staf yang tinggal di bilik bawah.  Mungkin dia baru beli kasut baru atau ambil kasut kerja kat opis.  Saya ambik je tak bertanya pun, sebab macam nak dibuang je gayanya.  Nak bertanya pun jarang dapat berjumpa dia.  Kalau rajin, nanti nak balut dengan kertas bunga.  Tengoklah budak-budak perempuan tu nanti, silap-silap gaya ada je yang mengecek nak letak barang personal pulak ...

Hari ni, saya dapat cantum sekeping lagi kuntum bunga patchwork quilt.  Kalau speed maintain je gini, boleh la anggar sehari sekuntum.  Tapi esok macam tak boleh, sebab ada sembang ilmu (kelas penafsiran al-Quran surah An-Nuur) di rumah Kak Tie di Panaga jam 9 pagi.  (Wehh makcik, alasan la tu ... ndak seribu daya tak ndak seribu dalih wehh ...)

Sekarang ni nampak gayanya, ada pertembungan hobi ni.  Sakinah vs patchwork quilt.  Hmm kena timing betul-betul, kalau tak ... bimbang tak seimbang dan akhirnya salah satu ketinggalan langsung tak menjadi nanti.  Tang Sakinah tu, perlu dibimbangkan sebenarnya, jangan sampai kena out lagi buat kali kedua hahaha ... naya!  Kini saya sedang merangka bab 4 sebenarnya, setelah membuat pembaikan untuk bab dua dan tiga.  Dan sebenarnya bab tiga pun masih perlu pembaikan paling akhir, perlu tokok tambah sedikit lagi untuk menjadikan ia benar-benar kukuh. InsyaAllah.  Saya sudah menyenaraikan isu-isu penting yang perlu diangkat di sepanjang penulisan bab demi bab, seperti yang sifu sudah maklumkan dalam komen beliau.  Kini tinggal fikir, bayangkan dan rangka plot terbaik.  Yang pasti mesti dapat membuatkan mata pembaca terus melekat helai demi helai hingga tamat dengan perasaan puas.  Huhu ... kalaulah saya benar-benar dapat melakukannya! 

Tidak ada tempat lain lagi untuk mengadu melainkan hanya kepadaNya, Allah yang Maha Agung lagi Maha Mendengar.  Mintalah ... mintalah ... mintalah kepadaNya kerana Dia Maha Kaya lagi Maha Pemurah.  Pencipta dan Pemilik segala.  Mintalah kepadaNya, semuanya diberi percuma.  Tidak akan berkurangan kekayaanNya barang secebis. Dia tidak meminta, tapi kitalah yang meminta kepadaNya. 

Nur Kalbu.

Monday, April 18, 2011

kuntum pertama patchwork quilt

Ini le ghupenya kuntum pertama untuk patchwork quilt saya.  Kombinasi kalernya, hmm ... kira oraitlah, sebab budak macam Hanessa tu lebih fokus pada gambar-gambar kartun dan bunga-bunga.  Saya maafkan diri sendiri kerana ini pun percubaan pertama.  Masa tengok kain, kira tibai je.  Janji ada pink-pink hehe ...  Dan dah mulakan untuk kuntum kedua, yang kepingan biru kecil tu.  Mungkin akan buat kombinasi begini sebanyak empat kuntum je, untuk diletakkan di tengah-tengah quilt nanti.  Selebihnya buat kombinasi lain pulak, cuma tiga warna sahaja.  Ini plan yang entah ke berapa, selalu tukar-tukar idea je.  Pokoknya nanti, siap! Insyaallah.  Target masa ~ belum dapat ditentukan.  Sebulan? Dua bulan?  Jangan setahun atau dua tahun, udah la ...

jurnal cinta dan rindu

Jurnal Cinta dan Rindu.

Saya menerima emel dari Puan Sharmila untuk kuliah tafsir surah An-Nuur seterusnya untuk Rabu ini.  Emel kali ketiga.  Saya sudah banyak ketinggalan, kerana baru sahaja berpeluang mengikuti kelas tafsir ini setelah berpindah rumah ke Seria.  Ia dijalankan di rumah Kak Tie, isteri Doktor Agus di Panaga.  Rupa-rupanya Puan Sharmila juga memberi kuliah kepada kumpulan wanita Pakistan dan lain-lain.  Saya tak tahu banyak kerana orang baru.  Alhamdulillah.

Allah beri kesempatan untuk bersama-sama mereka di majlis ilmu itu.  Sebenarnya ia adalah kelas tadarrus dengan penterjemahan.  Tiada bayaran dikenakan.  Saya tak pasti lagi dengan perjalanan kuliah ini, tapi kata Kak Hawa, ia percuma.  Saya memikirkan untuk menyimpan kiriman emel ini di tempat yang wajar dan mudah untuk membacanya semula.

Dan semasa mengikuti majlis taklim, saya kagum dengan kepetahan mereka yang memberi tazkirah usai mendengar kitab Fadhilat Amal dan Muntakhab Ahadits.  Memang itulah yang ditetapkan, masing-masing perlu melatih diri untuk lancar menyampaikan dakwah kepada masyarakat kelak.  Petikan kalimah-kalimah Allah dan hadis-hadis Rasulullah SAW ditutur dengan lancar, sesuai dengan isi penyampaian.  Ia bukan cakap-cakap kosong dan jauh dari merapu sesuka hati.  Ada sandaran dan dalil-dalilnya.  Hujah dan keterangannya.   Saya tukang dengar je, sambil mengosongkan fikiran untuk menyerap intipati ke dalam hati dan mencerna di fikiran. 

Ia mengisi kekosongan hati yang tercari-cari.  Kisah-kisah perjuangan Rasulullah SAW dan lingkungan keluarga, para sahabat dan masyarakat.  Isyarat-isyarat tentang kepedihan siksaan Allah untuk mereka yang ingkar, memang mengerikan.  Berita-berita seronok dan mengasyikkan tentang para bidadari yang jelita di mahligai yang serba indah, sehingga pintu syurgapun tak tak puas-puas ditelek dipandang ditekuni sehingga 40 tahun, macamana nak dibayangkan?  Cuba diimaginasikan tapi tak mungkin akal dapat menyahut cabaran.  Tak mungkin.

Jurnal Cinta dan Rindu untuk abah di hari lahirnya.

Saya titipkan jurnal cinta dan rindu untuk diisi dengan kisah-kisah indah buat menampung rasa cinta dan rindu yang sebenarnya.  Bagai cahaya matahari yang menyepuh alam dengan cahaya kuning emas gemilang.  Hati yang kosong sentiasa mencari-cari sinaran cinta untuk menyepuh ruang rindu yang lompang. 

“Allah memberikan dunia pada yang Dia cintai dan yang Dia benci. Tetapi Dia tidak memberikan (kesadaran ber) agama, kecuali kepada yang Dia cintai. Maka barangsiapa diberi (kesadaran ber) agama oleh Allah, berarti ia dicintai oleh-Nya.” (HR. Imam Ahmad, Al-Hakim dan Al-Baihaqi)
Alhamdulillah, insyaAllah.

Semoga bersama kita mendapat kebaikan dan semoga Allah memberi kekuatan untuk membaiki diri dalam aspek ibadah dan menanam rasa Cinta dan Rindu kepadaNya, insyaAllah insyaAllah insyaAllah.

Catatan dalam perjalanan yang kian singkat.

Sunday, April 17, 2011

Sambut hari lahir abah dengan pulut kuning

Selamat hari lahir ke 42 buat abah, esok.  Tiga hari lepas saya dah mula mengingatkan dia tentang Isnin yang istimewa.  Sms je.  Tapi dia tak ada respon.  Di fbnya, sudah ada seorang yang wish happy birthday, dari geng mafia.

Tadi, dia mula rendam beras pulut dengan serbuk kunyit.  Lepas makan, kami santai-santai je dengan aktiviti masing-masing.  Saya, macam biasa tengah asyik dengan patchwork. Hurilain sibuk nak belajar menjahit, saya suruh dia belajar membalut hexagon dengan perca kain.  Bolehlah, sekeping menjadi.  Lepas tu dia mula bosan, sebab kurang mahir.  Nak mahir, kena la buat banyak-banyak, baru laju.  Dah mahir tentu suka.  Tapi nampaknya dia nak main-main je.  Ok, tak pe.  Tak mahir menjahit lum boleh bantu cantumkan kepingan patchwork.  Dalam kepala terfikir, kalau dia mahir, bolehlah saya sub kerja ni separuh kat dia, cepat siap.

"Abang nak keluar beli daging."  Tiba-tiba abah dah siap nak keluar.  Saya dengan cekapnya mencari alasan untuk ikut serta ~ nak cari benang nylon untuk mencantumkan kepingan patchwork.  Tadi dah beli benang tapi kasar, tak muat nak masuk mana-mana jarum yang saya ada.  Tak lama kemudian kami bertiga bersama Hanessa keluar menuju Soon Lee membeli tulang, daging dan lain-lain.  Juga singgah di kedai menjual pelbagai manik-manik baju, membeli benang India yang kukuh berharga $2.  Insyaallah, benang ini memang sesuai untuk kerja patchwork bertahan lama turun-temurun.

Jadi, petang ini menjelang esok sempena hari lahir abah, dia bikin pulut kuning bersama kari tulang yang sangat enak; dengan rempah istimewa iaitu rempah ikan (rempah daging dah habis rupanya) campur pelbagai yang ada seperti rempah kurma etc (heeee ...macam resepi terjah la jugak gamaknya).  Simple tapi bermakna, semoga abah panjang umur dan sihat serta tercapai apa yang dicita-citakan untuk kebahagiaan dunia akhirat. Amin.

Lepas tu Hidayat mula merancang untuk birthday dia pulak pada Julai nanti.  Beriani, you!  Mama nak buat laksam untuk birthday mama nanti ... kata saya.  Semoga tercapai juga, tak sampai empat bulan lagi tu.  Hurilain dan Hanessa diam je, birthday dah lepas.  Hehe ...  Tapi minggu lepas Hanessa dah pau abah dengan kek Barbie masa kat Miri. 

Puding roti perasa kopi

Tadi pagi saya dan Hurilain ke Mumong, rumah kak Haiapah untuk majlis taklim bersama Kak Hawa dan lain-lain. Alhamdulillah, Allah memilih kami untuk menghadiri majlis ini dan mendengar kalimah-kalimah Allah serta hadis-hadis RasulNya.  Terima kasih ya Allah.  Pilihlah kami lagi untuk mendengar ini semua agar menjadi cahaya kepada hati-hati kami dan agar kami mendapat naungan malaikat dari bumi hingga ke langit tujuh dengan sayap-sayap mereka. Amin.  Demi keredhaanMu jua, ya Allah.

Kembali dari sana sekitar jam 10.30 pagi, saya mengambil kesempatan mencari kain untuk menampung patchwork serta sedikit barangan keperluan sementelah hari ini parkir kereta di tengah pekan tidak dikenakan bayaran.  Kembali ke rumah, sudah terlebih satu jam, matahari sudah hampir tegak di atas kepala.  Itupun kelam-kabut juga, bimbang abah memendam hati pulak kat rumah hehe ... Dalam hati mengagak-agak tentu abah dah sibuk kat dapur memasak ikan parang asam pedas.  Dia kata nak masak hari ni. Wah, balik ni karang menyuap je gayanya ni! Untung la badan dan anak tekak ...

Huh, rupanya abah santai je dengan anak-anak dua orang tu.  Cucur nasi baki sarapan tadi dah licin bawah tudung saji.  Abah cuma suruh saya masak nasi.  Lepas tu kami sama-sama turun tangan masak cincai lebih kurang je kat dapur; saya cuma goreng ikan tenggiri masin yang sungguh-sungguh mengecurkan air liur tu, abah goreng sayur kacang botor pedas campur kobis panjang. Keluarkan petai yang beli kat Miri minggu lepas. 

Dalam pada tu, saya terus gunting reja roti dan lengser dulang pembakar, serta onkan suis oven. Taburkan reja roti atas dulang.  Campur Alicafe 5 dalam 1 Tongkat Ali dan Ginseng + Nescafe 3 in 1 Kacip Fatimah & Collagen + Indocafe Cappuccino + susu pekat secukupnya + sedikit tepung kastard; semua dicurahkan ke atas reja roti dan biarkan beberapa ketika supaya cukup kembang, barulah dimasukkan ke dalam oven.  Saya mahu bikin puding roti perasa kopi.  Ketika ia sedang dibakar, Hurilain memberitahu dia teringatkan Mexican Bun yang selalu kami beli di Giant Klang.  Bau kopi semerbakkk ...

Tengahari ini kami makan nasi dan cuci mulut dengan puding bakar perasa kopi.  Alhamdulillah, lazizahhh ...

Dalam pada saya sibuk mencuci pinggan mangkuk, abah mula bertanya-tanya beras pulut pulak ... hmm, macam ada apa-apa je.

Cucur Nasi

As salam.

Pagi Ahad yang redup tenang dan damai.
"Eh nasi beriani ni basi la."  Nasi putih semalam sikit je, nak buat nasi goreng macam perancangan awal (nak dicampur dengan nasi beriani dari kak Hawa) kena kensel la macam ni.
...
"Hah, nak wat apa tu?  Jangan buat yang pelik-pelik!"
Huh, sebab tu kalau nak buat resepi terjah, suka buat sorang-sorang je kat dapur.  Tak yah ada sesiapa tengok.  Karang mula la buat muka pelik dan nada suara pelik macam abah ni.  Ish!  Cabaran orang nak jadi kreatif sikit, hehe ...

Sebenarnya ini bukan resepi terjah, cuma bila abah tengok saya masukkan nasi dalam blender tu yang dia pelik.  Nak kisar nasi pulak?!  Hehe, sebenarnya saya tetiba teringat resepi cucur nasi dalam emel kiriman kak Hawa tempohari.

"Haa, ni resepi best punye.  Abang gi rilex dulu ya."  Kak bawang putih ngan kak bawang merah dimasuk dalam blender, cili tiga tangkai, sedikit garam, hmm ... tepung tak de so saya masukkan reja-reja roti bersama sesudu setengah tepung kastard, kira adjust sikit la tu.  Kisar kisar kisar, dengan sedikit air masak.  Ok dah boleh goreng.  Oh ya saya hiris sedikit sayur kobis panjang dan lobak merah.  lepas tu masukkan sesudu demi sesudu dalam minyak panas.  Beberapa ketika, alamak ai ... cucur ni nampak berkecai.  Kena cari tepung jugak ni.  Tepung tepung tepung oh tepung ... apa-apa tepung pun ok la, tepung pulut ke, tepung kanji ke, tepung beras ke, janji tepung. 

Saya mula mengirai tingkat paling bawah almari dapur ni.  Dalam kepala ligat berputar; kalau campur reja roti lagi, takut berderai jugak.  Nak letak telur, hmm ... hanyir kot.  Ntah, kali ni saya memang tak nak letak telur.  Kalau dah sejuk, jadi liat.  Tepung kastard tu kalau ditambah lagi pun rasanya kurang membantu kerana ia hanya memekatkan sahaja.  Hah!  ada pun cik tepung.  Ingatkan dah lama tak ada, sebab memang dah lama tak beli tepung.  Iya, semenjak-menjak nak meminimakan penggunaan minyak ketika memasak dan pelbagai resepi terjah tu, dah lama tak beli tepung.  Hari tu ada beli acuan donut, beli je, nak buatnya lumlah lagi.  Rasa bercinta la pulak ...  so acuan tu sedang disembunyikan dalam laci bilik je. Kalau budak-budak tu perasan, dibuatnya merayu-rayu meminta donut bikinan mama, rasa macam naya je.  Abih camana, mama korang ni jenis redah terjah resepi yang mudah-mudah je.  Yang pakai-pakai ragi tu, abah lebih advance rasanya, buat apam ke hapa.  Haa?  Bila la abah nak buat apam pulak ni?? 

Maka, dah ada tepung, selamatlah cucur nasi digoreng dengan cantiknya, kekuningan dan rangup.  Abah yang mula-mula tadi bikin muka pelik semacam, kini menyuap dengan muka selamba.  Cicah sos Lingham.  Hidayat pula makan cucur cicah mayonis.  Licin!  Alhamdulillah.  Hmm, kak Hawa, nampaknya lain kali kalau nasi tak cukup untuk digoreng, bolehlah buat cucur macam ni lagi.  Sempat la menghulur sikit sambil memulangkan bekas kepada Siti Mutfainnah (Mut) dan Meliana (Mel).  Mut pun bercerita hidangan nasi yang diadun dengan garam coklat kemudian dipadatkan, dipotong-potong macam wajik ~ hidangan orang Indonesia.  Namanya tak ingatlah pulak.

Lain kali kalau ada nasi lebih lagi,  kita buat cucur je, k.

Saturday, April 16, 2011

Mula bikin patchwork

Bekalan elektrik terputus lagi, buat kali ketiga minggu ini.  Hmm ... cuaca pula sangat cerah terang.  Matahari bersinar terik memancar hingga ke celah-celah dedaun, dan angin bertiup sepoi-sepoi.  Pakaian yang disidai tadi tentu kering garing sebelum tengahari.  Tetapi masih ada basuhan yang tertunda untuk dispin di mesin cuci.  Mudah-mudahan sekembali dari perpustakaan ini, sudah boleh menyambung cucian dan merendam cadar serta pakaian kapas di dalam pelembut pakaian.  Insyaallah.

 (rupanya elektrik putus, trip la tu.  Mungkin pemanas gaharu tu rosak lagi.  Patutlah terperasan masa onkan pemanas tu, tiba-tiba je 'klik' terus padam semua.  Huh ... pakai manual je la, cari pembakar kemenyan.  Kini, duduk je nak buat patchwork, mesti onkan benda tu.  Tiga minit je, mesti off.  Kalau tak, cair wayar.  Dah tiga kali tukar.  Mujur pekedai Pakistan tu baik orangnya.  Ok je.  Kena tanya Kak Hawa, dia pakai alat apa, hari tu masuk je rumah dia penuh dengan bau gaharu.  Semerbak )

Port untuk projek patchwork betul-betul di sisi pintu depan, yang jarang digunakan.  Tempat di situ amat terang dengan limpahan cahaya matahari dan jarang dilalui.  Kami sentiasa menggunakan pintu ke dapur.  Jadi memang sesuailah saya cop ruang di pintu depan itu untuk projek patchwork saya ni.  Tak menganggu ruang lalu lintas.  Sudah banyak kepingan kertas hexagon yang sudah dibalut dengan kain-kain berwarna pink, biru dan kuning air.  Kombinasi yang agak menarik juga, walaupun semasa beli kain dulu hanya memikirkan citarasa Hanessa mungkin kena dengan warna itu.  Sudah buat sekuntum bunga yang besar dengan sekeping hexagon kuning air dikelilingi warna biru laut yang terang, diikuti dengan warna pink terang dan ditutup dengan kuning air semula.  Anak-anak seronok melihat kepingan kuntum yang sudah menjadi.

Kuntum patchwork baru satu, tapi mengujakan.

Hurilain sentiasa mahu membuka benang dan mengeluarkan kertas-kertas dari kepingan yang sudah kukuh dijalin. Dia mahu belajar membuat patchwork. Hanessa juga, dia mengambil sekeping kain perca yang sudah digunting kecil dan mencuba-cuba bermain dengan jarum jahitan.  Saya izinkan dia bermain jarum, saya siapkan dengan benangnya sekali.  Dia berminat nampaknya, dan mungkin dia ada bakat semulajadi, warisan keluarga, siapa tahu.  Hurilain memang sudah ketara minatnya kepada aktiviti yang menggunakan skil motor halus.  Tahun lepas dia begitu asyik membuat bintang-bintang sehingga kertas bintang habis stok di Kedai Teras Maju kerana dia begitu rajin membelinya.  Tahun ini nampaknya hobi itu sudah terhenti.  Saya fikir kini dia sedang asyik dengan dirinya sahaja yang mengalami pelbagai perubahan itu, hehe ...

Hidayat mahu selimut berwarna biru muda dan putih.  Katanya lagi, Along suka warna merah dan hitam.  Wah, kombinasi garang tu!  Hmm ... masing-masing sudah booking warna selimut kegemaran.

Kuntum patchwork baru satu, tapi sudah terasa seronoknya.

Memang cita-cita dan angan-angan ingin membuatkan masing-masing seorang sehelai comforter nanti.  Ingin juga bikin untuk hadiah kepada kawan-kawan.  Untuk ahli keluarga.  Ughh ... angan-angan hebat.  Cita-cita besar.  Insyaallah, semoga Allah mempermudahkan. Kalau sehari dapat buat sekuntum bunga patchwork dengan tiga tingkat lilitan, sebulan boleh siapkan sekeping selimut dengan ukuran 4x8 kuntum, atau anggaran sama saiz dengan span yang dilihat di kedai kain kelmarin.  Anggaran paling kasihan kepada diri sendiri.  Semoga saya diberi kekuatan oleh Allah untuk membuat empat kuntum bunga patchwork sehari, atau antara 1- 4 kuntum. 

Walau bagaimanapun, ia memang satu aktiviti yang mengasyikkan.  

***

Keluarga dari Segamat akhirnya menjenguk mak dan abah di kampung.  Abah agak uzur, sakit kaki kiri di betis sehingga dengarnya tak lalu makan dan pergerakan jadi terbatas.  Abah mertua tak pernah datang ke kampung.  Mak mertua pula kali kedua.  Ngah Ana dan Khalid, masing-masing pernah sekali dulu singgah sebentar di rumah ini.  Mereka datang membawa air zamzam untuk abah; air pengubat mujarab segala penyakit lagi berkah.  Cuba bonda di Batu Kikir je yang tak dapat bersama kerana kurang sihat.  Uwan pula di Rasah Jaya.

Suami saya lega.  (Saya pun.)  Alhamdulillah.  Akhirnya Allah mudahkan kunjungan mereka.  Masing-masing dah tua, entah siapa dulu, kata suami, dengan maksud mendalam sekali.  Iyalah, masing-masing sudah uzur sebenarnya.  Masa pula berlalu pantas tanpa disedari.  Alhamdulillah, mak dan abah mertua semakin kebah dari letih.  Abah Tok Mat juga dengarnya beransur sembuh, setelah anak-anaknya bergilir-gilir menghantarkan ubat-ubatan, membawa dia berubat dan membawa tukang urut ke rumah untuk mengurut kakinya itu.

Hati agak senang dan lega buat sementara.  Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.  Syukur ke hadratMu ya Allah.

Jadi?  Macamana kita?

Balik ke tak?
Balik ke tak?
Balik ke tak?

(Rasa-rasanya ramai yang fikir soalan yang sama ~ mak2 n abah2, anak-anak termasuklah Naqib, abah dorang n ... saya.)

Mungkinkah ini bagai kursus setahun sahaja?  Kursus tidak formal di Brunei Darussalam?  Apa kata kita lanjutkan kursus?  Atau kita pergi berkursus di tempat lain pula?  Padang pasir yang tandus, pohon kurma dan mengatur langkah demi langkah di sekeliling Kaabah ...

(Macam suka-suka hati je nak gi mana-mana ... ish ish.)

Ya Allah, kini hati kian digamit-gamit,
ingin ya Allah, ingin amat.

Dulu, arwah abah pernah memberi peruntukan untuk saya menunaikan ibadah umrah.  (Terima kasih abah, terima kasihhhh).  Namun tiada muhrim dan tiada perancangan masa yang sesuai.   Maaf abah, maafffff.  Hikmahnya tidak tercapai dek akal.

***

Ya Allah, mudahkanlah Muhammad Naqib menghafaz al-Quran.  Baikkanlah hatinya, akhlaknya dan imannya.  Pimpinlah dia dan tunjukilah dia dan kasihanilah dia, Ya Allah.  Amin.  Pimpinlah kami, tunjukilah kami dan kasihanilah kami juga, Ya Allah.  Amin..

Thursday, April 14, 2011

Sedikit humor aje

As salam.

Pagi ini anak bongsu masih buat perangai.  Nangis atau lebih tepat, merengek dengan mata yang enggan dibuka.  Nampak sangat mengada-ngadanya!  Hmm ... anak bongsu.  Akhirnya abah kuatkuasa semula undang-undang lama yang sudah luput iaitu pergi sekolah jalan kaki. 

"Masing-masing dah banyak lemak!"  kata abah penuh makna.  "Termasuk mak dia."  Aik, melampau ni.  Hanya kalau hujan baru boleh tumpang kereta abah.  Kakak dan abang diam je, selesaikan hal masing-masing.  Dek si adik, semua kena tempiasnya.

Tapi ketika menjenguk abah yang nak bergerak ke tempat kerja, terpandang kelibat Hidayat di seat depan.  Hoho!  Mengelat la tu ya! 

"Siapa yang siap cepat boleh naik keta!" kata abah selamba. 

Si kakak ralat, kerana hari ini giliran dia duduk di depan dalam kereta.  Dia melangkah ke sekolah dengan hati sedikit sebu, kerana kecil hati dengan saya yang melarang dia membawa sekotak Choki Choki ke sekolah.  Dia mahu agih-agih kepada kawan-kawan sekelas. 

"Ambil sekadar bilangan kawan sahaja," kata saya, tak menjelaskan supaya tinggalkan untuk adik-adiknya juga.

Jadi pagi tadi, saya menapak ke sekolah bersama orang bongsu yang mengada-ngada tu.  Tapi hmm ... seronok pulak.  Dah lama tak berjalan pagi-pagi begini, semenjak anak-anak menjadikan kereta abah pengangkutan rasmi ke sekolah secara tak sengaja.  Lantas teringat semula kepada hasrat nak mengeluarkan peluh dengan menghantar mereka ke sekolah, semasa baru-baru pindah dulu.  Iya, memang berpeluh dibuatnya.  Segar!

Saya pimpin tangannya.  Sesekali kereta lalu dan dia berjalan di hadapan saya.  Hati rasa senang dan puas melihat dia menapak terhenjut-henjut dengan beg disandang di belakang, penuh bersemangat hendak ke sekolah. 

"Dah beratur ke mama?"  Soalan yang sudah lama tidak ditanya kepada saya.
"Kejap lagi," kata saya sambil menjeling jam tangan.  Hampir pukul 7 pagi.  Tetapi belum ada kelibat orang beratur di perkarangan sekolah.

Akhirnya kami melintasi garisan hitam putih dan menuju ke pagar sekolah. 
"Mari ikut mama ke belakang kereta sana tu."  Alahai, duit 1 dollar untuknya saya sisipkan ke poket seluar, sedangkan saya memakai jubah pemberian kakak di luar.  Tiba-tiba saya perasan, ada sedikit unsur humor dalam diri saya barangkali.  Hehe ... secepat kilat saya angkat sedikit jubah hitam yang serta-merta menyerlahkan seluar track merah cili, cekut wang di poket dan ... buat-buat tak tau je.  Tak ada apa-apa ...

"Mama, orang tu nampak!"  Ada seorang pelajar menengah sedang menaiki kereta, di kawasan terbuka di belakang tempat parkir kereta guru tempat kami berdiri.  Uhmm ... mama rasa dia tak nampak.  Tak mengapalah, lain kali mama akan pastikan bagi kamu wang ketika di rumah lagi.  Bukan tak mahu ke tandas pelajar, tapi jauh yang amat nun di belakang sana.  Tak apa ... ia hanya sedikit humor.

p/s:  "Saya akan rindukan suara Tuan Mufti kalau balik nanti."  Kak Hawa tertawa.

Wassalam.

Tuesday, April 12, 2011

Perasaan Perasan

As salam.

1.  Sudah resend bab tiga Sakinah pagi ini.  Semoga publish dengan selamat, seterusnya mendapat sentuhan Sifu untuk dibaiki menjadi lebih murni. Insyaallah.

2.  Hari ini mesti buat puding bakar.  Resepi terjah sudah bermain-main dalam kepala sejak tadi.  Semoga sempat buat untuk minum petang nanti.  Insyaallah tentu Hurilain, Hidayat dan Hanessa suka.  Teringin nak buat cucur nasi ikan bilis tetapi tekanan air paip rendah, jadi bersarapan biskut dengan air teh tarik je pagi tadi.  Sesekali bikin teh tarik, setiap cawan habis diminum.

3.  Saya selalu perasan saya adalah menantu kesayangan.  Suami saya adalah anak kesayangan, dan anak-anak kami adalah cucu-cucu kesayangan.  Ia perasaan istimewa kerana sikap ibu mertua  yang tidak pandai membeza-bezakan antara anak dan menantu.  Semua dilayan sama rata, dan baik belaka.  Ia adalah perasaan dan perasan.  Tak mesti benar tapi mungkin betul.  Mereka yang lain juga boleh sahaja berperasaan perasan sebegini.  Kerana sebenarnya bukan mudah seorang ibu meladeni 10 anak, 10 13 menantu dan 33 35 cucu (maaf kalau tersilap kira ..., tapi rasanya betul).

Semoga mak semakin sembuh dari kelelahan dan keletihan, sihat dan kuat untuk kembali mengajar anak-anak kampung mengaji al-Quran dan melakukan hobi mak; menyapu-nyapu keliling rumah seperti selalu ~ bukan lagi sebagai kewajiban tugas harian tetapi sekadar senaman untuk menggerakkan urat saraf dan melancarkan peredaran darah sahaja.

4.  Saya juga selalu perasan seperti itu bersama bonda Ramlah, kerana ... 'keterasingan' saya barangkali.  Bonda yang tidak pernah marah dan tulus mulus sentiasa.  Teguran diberikan bagai berlapik kain baldu dari syurga.  Tidak pernah menghiris hati walau secubit.  Namun saya yang selalu bimbang telah melukainya.  Oh Tuhan, bantulah daku selalu melalui takdir dengan lebih baik.  Semoga bonda reda sentiasa kepada kami. Diri ini terlalu lemah untuk membalas segala jasanya.  Ya Allah, kasihilah dia seperti dia mengasihiku sewaktu aku kecil, mudahkanlah urusannya dan cukupkanlah keperluannya.  Sihatkanlah dia dan sembuhkan sakit-sakitnya.  Amin ya rabbal 'alamin.

5.  Saya memang selalu perasan begitu bersama Mak.  Dia marah-marah kemudian memujuk.  Dia bising-bising kemudian membelai.  Dia geram-geram kemudian mendodoi.  Dia bagai melukakan tetapi membubuh ubat paling mujarab kemudiannya.  Dia meluahkan tanpa penapisan, tetapi kemudian kami mula mengerti.  Mak memang begitu tetapi itulah mak.  Pokoknya, mak membuatkan saya perasan sayalah anak kesayangannya, suami saya adalah menantu kesayangannya dan anak-anak kami adalah cucu-cucu kesayangannya.

Hmm ... kali ini  ia mungkin betul dan bukan perasan.  Mak hanya ada saya seorang anaknya, suami saya seorang menantunya dan anak-anak saya empat orang cucu-cucunya.  Mengikut hukum akal, begitulah.  InsyaAllah. Sebenarnya memang begitu, sehingga hal titik bengik tentang kami, selalu mak sebut-sebut dan besar-besarkan, hehe ...  yang baik yang buruk yang masam masin manis lemak tawar pahit payau semua diadun lengkap sempurna.  Iyalah, kalau semua baik belaka, tipulah namanya tu.  Tak kisahlah mak ... kita memang sayang kat mak.  Dan kasihan pada mak.  Simpati dan sentiasa cuba memahami mak.  Orang lain tak faham, biarkanlah.  Orang lain menjauhkan diri, lantak dialah.  Orang lain pening kepala dengan mak, hmm ... ada pulak orang yang lain yang pening kepala kalau tak jumpa mak.  Tak pelik kan.

Sebenarnya, kami sudah ketemu 'kembar' mak kat Brunei ni.  Fiilnya sebiji tak tumpah dengan fiil mak.  Hobinya, kepoh-kepohnya, tak semua sisi sama tetapi bila bersamanya selalulah kami terkenang pada mak.  Hihi ...  Cuma parasnya tak macam mak, sebaliknya saling tak tumpah macam adik mak; Mak Lang Bidah di Rasah Jaya tu.  Jadi, watak klon mak ni bagai dua dalam satu.  Paras macam adik mak, sikap macam mak (sebenarnya macam adik mak juga).  Mak dan adik mak tu pun lebih kurang juga kan, dah adik-beradik namanya.

Semoga mak sihat selalu, abah juga.  Semoga ceria dan selalu menceriakan.  Apabila kita menggembirakan orang dengan perkataan yang baik, Allah juga akan menggembirakan kita dengan ucapan yang baik dari sisiNya.  InsyaAllah.

6.  "Mama, abang Hidayat tu tak takut anjing kan.  Dia lelaki sejati, kan mama!"
Dari tadi dia diam mendengar cerita si kakak yang diacah-acah anjing ketika pulang dari sekolah tengaharinya.  Dari dalam kereta menuju ke sekolah ugama, kami melihat anjing besar itu masih berkeliaran di tepi jalan raya.  Hidayat dengan semangat kelelakian yang menggunung mencelah dengan kisah dia berlagak berani dengan anjing.  Dia akan baling batu, dan anjing mengongoi-ngongoi melarikan diri ketakutan.

Tiba-tiba si adik yang sekadar memasang telinga mengucapkan demikian, nadanya yakin dan terselit kekaguman kepada si abang yang sudah dua kali gagal dikhatankan.  Semoga rencana ketiga kali untuk mengkhatankan si abang yang berumur 9 tahun ini pada cuti sekolah pertengahan tahun nanti berjaya, insyaAllah, bertemankan Alween budak Iban bukan Muslim itu (yang sudah tidak sabar-sabar untuk berkhatan seperti bapa dan abangnya).

Semoga Hidayat yang suka main perang-perang dan tembak-tembak benar-benar menjadi lelaki sejati yang membantu agama Allah dewasa nanti.  Semoga sehebat menantu Nabi SAW, Saidina Ali karamallahu wajhah yang melibas leher musuh dengan sekali libas pedang dua mata Zulfiqar.  'Tiada pedang selain Zulfiqar dan tiada pahlawan selain Ali'. Alhamdulillah, Muhammad Hidayatullah sudah naik al-Quran walaupun apabila abah suruh baca mukaddam, masih terkial-kial hanya menghafal di mulut yang lebih. 

7.  Didoakan sentiasa semoga Muhammad Naqib dapat meningkatkan penghafalan al-Quran dari satu muka surat sahaja kepada satu setengah - dua muka surat sehari.  Perlu ambil berat dan ambil perhatian terhadap kata-kata ustaz.  Usah merasa selesa dengan tahap  yang dicapai sekarang.  Mesti tingkatkan usaha dengan lebih gigih dan bersungguh-sungguh lagi.  Mama dan abah serta adik-adik sentiasa mendoakan kamu, insyaAllah semoga Allah memperkenankan dan memudahkan urusan kamu.  Mesti cuba dan usah memandang rendah kepada kemampuan diri.  Kamu adalah manusia yang Allah jadikan hebat, jangan memperlekehkan ciptaanNya iaitu diri kamu sendiri.  Kita semua mesti terus berusaha di jalan masing-masing sedaya mungkin.  Bersama saling mendoakan.  InsyaAllah semoga Allah membantu kita selalu.

8.  Juga didoakan sentiasa agar Amirah Hurilain dapat memasuki madrasah yang diintai-intai itu untuk pengajian hafalan al-Quran juga.  Semoga Allah memudahkan semua urusan sebelum, semasa dan sesudahnya.  Ya Allah, tolonglah dan bantulah kami dengan urusan ini.  Tidak ada tempat lain lagi untuk mengadu, hanya kepadaMu.  Sembuhkanlah dia, dan mudahkanlah dia.  Semoga hidupnya nanti berbahagia dunia dan akhirat.  Amin ya rabb.

9.  Si bongsu Hanessa memang semakin naik lemak pagi-pagi.  Dia tentu akan menangis berteriak, dengan mata yang enggan dibuka; tak mahu sekolah, tak mahu mandi, mandi dengan mama sahaja, atau tanpa alasan apa-apa.  Pagi ini dia ceria dan tersengih tertawa mempamerkan gigi hadapan atas yang rongak.  Semoga berterusan begitu di pagi-pagi berikutnya.  Dan tangisan semalam tidak berulang lagi, biarlah menjadi tangisan penamat di hari semalam.  Pagi semalam, saya naik hot dan melepuk bahunya (pelan je, tapi tangisnya beria-ia) diikuti ceceran seorang ibu yang perasan kelam-kabut.  Iya, sesekali kena bagi rasa sikit, kan.  Dalam pada menangis tu, masih meminta pakaikan stokin yang sudah senget sebelah.  Macam-macamlah, perangai orang bongsu.

Dalam pada itu, saya tentu teringat pesanan arwah abah dulu supaya jangan marah anak pagi-pagi, biarlah anak ke sekolah dengan hati ceria barulah dia dapat belajar dengan hati yang tenang dan lapang, dan mudahlah ingat dan faham pelajarannya.  Itulah yang arwah abah kata, ketika saya selalu kena marah dengan mak pagi-pagi lampau ketika terkial-kial pakai stokin sedang bas sekolah sudah menunggu di tepi jalan.  Tapi mak tetap akan mencecer juga.  Hehe ...

Jadi, saya dukung si bongsu yang baru mencecah 6 tahun ini menuruni tangga (tak penah-penah berdukung, dia diam je pulak tu), dalam hati berkata janganlah aku tersungkur jatuh tangga pulak.  Alhamdulillah, dia berdukung hingga ke kereta.  Mujur masih agak ringan dan rincing.  Tak le semangat sangat.  Akhirnya dia ke sekolah dengan senyuman ceria menayangkan gigi rongaknya itu.  Lambaiannya masih kelihatan ketika kereta abah sudah jauh.  Alhamdulillah, Hanessa ke sekolah dengan hati yang suka dan sudah lupa barangkali pada ocehan saya sebentar tadi, juga lupa barangkali pada tamparan kecil di bahunya itu.  Semoga dia dapat belajar dengan penuh tekun dan dapat menggarap ilmu yang disampaikan oleh gurunya, insyaAllah.  Oh ya dia sudah pandai membaca dan sangat suka melukis untuk dihadiahkan kepada mamanya.

Jumpa lagi, insyaAllah.

Sakinah 3

Alhamdulillah.
1.  Sudah post bab tiga Sakinah jam 2.02 am ini.
2.  Ralat : entri berilmu tidak boleh diistilahkan sebagai merapu.  Tiada 'merapu berfaedah' sebenarnya.
3.  Tiada mood untuk sebarang puding bakar tetapi reja roti sudah menimbun dalam peti ais, ohh ...
4.  Mendapat khabar bonda Zaleha semakin uzur sekembali dari umrah tempohari, didoakan bonda kembali pulih sediakala.  Nak tulis entri tapi ... tak ada mood.
5.  Mendapat khabar terbaru ayahanda Haji Muhammad juga keuzuran sakit kaki kiri sehingga menghalang rutin hariannya.  Mahu menyarankan pusat rawatan Islam di Seremban, semoga ayahanda secepat mungkin akan ke sana, dan diberi kesembuhan oleh Allah, insyaAllah.
6.  Ada entri manis tentang 'Lelaki Sejati'; tapi tak ada mood juga.  (Haha ... lelaki sejati ohh!)
7.  Semoga segala urusan kehidupan saya dan anda semua berjalan lancar, di bawah naungan kasih sayang dan pimpinan Illahi.  Cintai Dia dan berdoa selalu.  Doa Senjata Mukmin.  Segalanya percuma. 

Catatan : Kuliah Mufti Radio Nur Islam kegemaran sekeluarga.  Didoakan Tuan Mufti terus sihat walafiat dan diberkati Allah di atas segala ilmu yang disampaikan. 

Saturday, April 9, 2011

merapu berfaedah, ada?

Coverage LEMBAP!  
Setakat ini, saya masih tekal dengan alasan yang sama.  Belum basi, tahan lama, cukup tua masaknya hehe ...

a. la. san. nnnnnn ...!

Heh, kata Kak Ju, tak ada tanda seru atau tanda soal selepas tiga titik itu, apa namanya?  Sekejap, saya cari dalam entri dia di blog Sastera yang sudah saya simpan di laptop.  Hmmmmmm ...
Aha, ELIPSIS namanya.

Tapi tak mengapalah, kot (kot?).  Masih ingin bereksperimen.  Mohon dimaafkan.

Serta-merta saya menerima dua komen hari ini.  Hehe ... terima kasih banyak-banyak.  Harga turun sedikit.

Saya sebenarnya kurang kesah.  Tapi ada juga, takkan tak ada, sekadar insan biasa, rasa suka menerima kehadiran follower(s).  Biarkan ia berlaku secara semulajadi.  Di situ ada nilai yang lebih mahal daripada saranan tip 'bagaimana menambah follower anda'.  

Urgh, saya bukan nak membangkitkan hal ini lagi!

Abah dah bagi dua 'jeritan' di shoutbox hahaha!  Mungkin dia suka bila saya tulis kisahnya hahaha.  Sebenarnya sudah berjela kisah dia, tapi semuanya di 'sebalik'nya sahaja.  Ini satu keraian buat saya.

Apabila mengunjungi blog orang lain, saya terasa kecil sangat.  Blog-blog yang hebat dengan pengisian yang sangat bermanfaat dan followers yang ramaiiiii.

Serta-merta saya melabelkan ini blog amatur (anggap sahaja betul dan benar).  Ini bukan diari saya.  Saya tak suka berkongsi diari, walaupun bukan apa yang dicatat dan kadang2 lupa mencatat. 

Ia adalah sebuah jalan yang panjang.  Bukan terowong.  Dari masa lampau, kini dan impian masa depan.  Eksperimen.  Meninjau.  Mengenali diri. Imbasan.  Pemikiran.

Hahaha ... lucu tapi bukan memandang rendah diri sendiri.  Saya merasa mempunyai gagasan fikiran yang belum terluahkan.  Hah!

Ia berlaku.  Perlahan.  Laju.  Lembap.  Garing.  Merapu.  

Ya Allah, selamatkanlah daku daripada menjadi blogger merapu.  Yang membuatkan aku terkaku jika ada orang yang meninjau ketika sedang merapu.  Kerana ia hanya merapu.  Semoga keadaan ini tak berterusan.  Dan aku memasang cita-cita harapan impian baru.  Ya Allah, berilah daku ilmu yang benar dari sisiMu dan kemudahan menulis yang lebih bermanfaat; ringkasnya merapu yang berfaedah.  Amin ya Rabb.

Friday, April 8, 2011

Puding Roti Oren

As salam anda.

Bahan utama tentulah reja roti.  Saya baru beli butter dan susu segar.  Dek kerana resepi ni main terjah je, memang tak sempat nak mengeluarkan butter lebih awal supaya sama dengan suhu bilik.  Tak mengapa, small matter je.  Jadi ia dicampurkan ke dalam blender bersama telur, perasa vanilla, sedikit oren sanquick atau parut kulit oren, tepung kastard dan gula castor.  Masa semakin suntuk pagi-pagi hari. Nak tunggu reja roti kembang, masa yang mahal akan terbuang. Jadi saya kisar reja roti bersekali dengan bahan-bahan tadi.

Tentulah oven sudah dipanaskan awal sedikit.  Saya juga baru beli tray hitam dengan acuan bulat macam acuan donat.  Lengserkan ia dan letak bahan yang sudah sebati di setiap acuan lalu masukkan ke dalam oven.  Lepas tu boleh buat kerja lain yang lebih penting; solat Subuh.  Isi air masak dalam botol air mereka, pastikan Hanessa dah bersedia untuk mandi, dan tanya semua dah berus gigi ke belum di sinki.  Keluarkan duit tiga dollar dari purse dan agih pada mereka.  Kemaskan buku Hanessa.  Sapu bedak pada badan dia dan siapkan dia hingga selesai.

Okay, jom minum.  Siapa nak bawak bekal puding roti oren?  Tak payah la bawak duit! Bak sini duit tu balik.

Wassalam.

Wednesday, April 6, 2011

Komen mahal

Komen pembaca sangat mahal di blog saya.  Maksudnya ... susah nak dapat komen la tu.  Hari ni, adalah hari ketiga saya diserang letih mengantuk menggila.  Selesai solat Zuhor, saya mula tersadai di mana sempat.  Bangun ke meja, tersadai di depan laptop.  Bangun ke bilik anak, tersadai di tilam mereka.  Arghh ... memang teruk.  Kena serangan jin ke hapa?  Antara tanda-tandanya itulah, mengantuk tak tertahan-tahan.  Atau Mut telah tertekan suis letih di mana-mana tubuh saya semasa mengurut Ahad kelmarin?  Entahlah.

Komen yang perlu keizinan, perlulah dan mesti nak dilihat.  Mahal tu!  Mahal sebab jarang-jarang, kadang-kadang dan diiringi coverage yang selalu LEMBAP!  Mesti nak baca dan publish!  Ia bukan komen yang dispam.

Berjam juga.  Tanpa putus asa.  Akhirnya ... hmm ... iklan dari pengunjung rupanya, ada produk untuk membantu anda mengempiskan perut buncit dan masalah sembelit. 

Saya publish.  Mahal tu!  Dan terima kasih pada saudari Intan. Eh, nama sama la! 


p/s; Oh ya, kalau tak ada masalah, tak payah la baca newspaper atau suratkhabar.  Maksud saya, legakan kepala tanpa membaca berita mutakhir. 

catatan dari aku yang selalu mahu ingat dan cinta Allah tetapi selalu lupa dan merasa merdeka walhal setiap detik tanpa sekatan Dia tidak pernah lupa dan mengabaikanku.

Monday, April 4, 2011

Post bab dua

As salam anda.

Tatkala mahu menyikat rambut, saya baru sedar rambut saya sangat kusut.  Aduhh!  Usai solat Isyak berjemaah tadi, saya meminta abah tolong picitkan kepala.  Terasa diri bayang berjalan dan kepala berdenyut nyut nyut ...  Tetapi dia nampak hanya serbuk-serbuk putih di celah rambut saya.  Alaa ... kelemumur la tu!  Anda tak ada kelemumur ke? Dan ...

"Ain, ambik vakum.  Vakum kepala mama ko  nih!" 

Itu tak sepelik dia memvakum telinga anaknya, Hidayat!  Tetapi geramnya tak sudah, terpaksa disimpan kerana vakum itu tak berfungsi sepenuhnya seperti yang diharapkan.  Kah kah kah!  Sebenarnya saya cukup bimbang, kalaulah gegendang telinga Hidayat tercabut masuk ke dalam vakum tu ...  sia-sia je.

Ain hanya vakum bahagian kecil kepala saya sahaja.  Tapi cukup untuk membuatkan rambut saya kusut masai sukar disikat di bahagian itu.  Dia simpati, kerana saya enggan sebenarnya.  Apa kehal nak vakum kepala orang??  "Tak yah la mama, Ain pun ada homework ni,"  katanya penuh makna.

Hihi, hanya cerita ceriti kosong je.

Hmm, semalam saya sempat buat makaroni bakar lagi, kali ini berperisa kuah ayam masak semur.  Cubalah try, nyaman nyam nyam ...  dua tray makaroni akhirnya licin dek anak-anak yang sedang membesar.

Mulai pagi ini, penghawa dingin di ruang tamu ini buat perangai pelik pulak.  Tak pasal-pasal ia 'hidup' sendiri, beberapa kali sepanjang hari hingga saat ini.  Siang tadi saya okey je.  Tapi, kalau stay up sampai agak lewat, mungkin tergugah juga. 

Lupakan je la ...

Ya Allah, selamatkanlah kami daripada gangguan manusia dan jin syaitan. 

Lain?

Insyaallah malam ini saya akan post pembaikan bab dua Sakinah.  Namun nampaknya coverage internet tersangat lembap.  Kata abah, di pejabat siang tadi pun slow macam siput babi.  Walau macamanapun, saya tetap akan cuba hantar malam ini jugak.  Dah lebih seminggu saya cuba menghadamkan entri-entri sifu dan kak ummu, yang padat dan sarat dengan petua menghasilkan novel yang hebat.  Mungkin ini yang telah membuatkan kepala saya berdenyut-denyuttttt ...  Namun saya perlu baiki lagi bab dua ni, memendekkan ia sehingga sekitar 25 muka surat sahaja, dan membahagi dua untuk dua watak yang tercipta.  Tapi, malam ini mesti dipost!  Mesti!  Mesti!  InsyaAllah. 

Arghh ... penghawa dingin di belakang saya 'hidup' lagi!  Podah!  Siang esok terpaksa disiasat oleh penyiasat bertauliah ni. Mungkin ada wayar yang short.  Tara apa-apa!  Jangan cepat bersikap buruk sangka dan prejudis. 

Sebenarnya ada sesuatu yang lebih afdal dicatatkan tetapi ...

Wassalam.

Sunday, April 3, 2011

Siksaan Kubur Adalah Benar

Rancangan kegemaran di siaran radio Nur Islam Radio Brunei adalah Kuliah Mufti, setiap jam 7.30 pagi dan ulangan semula pada jam 4.30 petang.  Semalam siri terakhir tentang solat dan antara pengisian Tuan Mufti yang amat tersusun bicaranya itu, ialah tentang peristiwa amat besar dan jelas nyata, namun disembunyikan dan dibiarkan tenggelam oleh berita-berita lain yang tak membangunkan iman.  Tanpa disangka-sangka, ketika bersms dengan Kak Hawa, dia memberitahu tentang emel yang diterimanya, kemungkinan besar adalah peristiwa bukti besar yang disebut oleh Tuan Mufti dalam kuliah pagi tadi itu.  Saya titipkan di sini, untuk diri sendiri dan keluarga, serta anda juga.  Semoga kita dapat mengambil pendirian yang betul dan benar dalam hal ini. Ia bukan perkara buatan. Para saintis juga hairan dan pelik mengkajinya.  Sebenarnya Allah Taala selalu mengirimkan kepada kita bukti-bukti  kebenaran dari alam ghaib.
 ***
Subject: Fw: SIKSAAN KUBUR ADALAH BENAR (3 jam stlh dikubur) bergambar.
Tak rugi kita berkongsi ilmu, lebih2 lagi ilmu yang akan membantu kita dikemudian hari nanti.....

 
Sign of Allah: Torture in a tomb
Tanda kebesaran Allah / Siksa kubur

clip_image00311.jpg

On this photo a 18-year old young man who died in one of hospitals of
Oman . Di photo ini adalah seorang pemuda berusia 18 tahun yang meninggal di salah satu rumah sakit di oman . The corpse of the boy has been dug out from a tomb in 3 hours after his funeral under the insisting of his father. Mayat pemuda tersebut digali kembali dari kuburnya setelah 3 jam di makamkan yang di saksikan oleh ayahnya . The boy died in hospital and has been buried under the Islamic law and on the same day after obligatory ablution of the body. Pemuda tersebut meninggal dirumah sakit dan setelah di mandikan di makamkan secara islam di hari itu juga . However after funeral the father has doubted of the diagnosis of doctors and wanted to identify the true reason of his death. Tetapi setelah pemakaman ayahnya merasa ragu atas diagnosa dokter dan menginginkan untuk di identifikasi kebenaran penyebab kematianya.

clip_image00421.jpg


Relatives and his friends shocked when they saw the corpse.Seluruh kerabat dan teman - temannya begitu terkejut saat mereka melihat kondisi mayat
. He was completely different within 3 hours. Mayat tsb begitu berbeda dalam 3 jam. He turned grey as the very old man, dia berubah tampak ke abu - abuan seperti orang yang sudah tua .
   with traces of obvious tortures and the most severe beating, Dengan tampak jelas bekas siksaan dan pukulan yang amat keras
and  with the broken bones of hands and legs, with the edges broken a, nd pressed into a body. dan dengan tulang - tulang kaki dan tangan yang hancur begitu juga ujung ujungnya sehingga menekan kebadanya.

All His body and face were full of bruise. Seluruh badan dan mukanya memar
. The open eyes-showed hopeless fear and pain .Matanya yang terbuka memerlihatkan ketakutan, kesakitan dan keputusasaan. The blood obviously attributes that the boy has been subjected to the most severe torture. Darah yang begitu jelas menandakan bahwa pemuda tersebut sedang mendapatkan siksaan yang amat berat.

clip_image0053.jpg


Close relatives of the dead man have addressed to Islamic scientists who have unequivocally declared that it is available results of tomb torture which the Allah ( s.w.t) and in the Hadis of Prophet Muhammad (s.a.w) have warned. Sebagai penutup dari orang yang meninggal tersebut semuanya di tujukan kepada Ilmu pengetahuan tentang Islam yang mana tidak dapat dipungkiri lagi keterngananya bahwa siksa kubur itu benar adanya seperti yang di peringatkan oleh ALLAH SWT dan Nabi Muhammad S.A.W.


The shocked father of the boy has admitted that his son was spoilt, did not do Solat, and had a carefree way of life, having involved in different sins.


Each died person comes across tests in the tomb for exception Shahids who died in Jihad on the way of Allah. This is first terrible test which the person comes across before the Doomsday.

In Hadis of Prophet Muhammad (s.a.w):

- After the death the spirit of died person will return to a body then two Angels will come, Munkar and Nakir, and will ask: "Who is your Lord?" he will answer: "my Lord - Allah ". Then they will ask: "What is your religion?" he will answer: "My religion - Islam". Then they will ask him: "Who that person who has been sent to you?" he will answer: "He is the Prophet of Allah ". Then they will ask him: "How do you know?" He will answer: "I read the Book of Allah and trusted Him.

And then from heavens the voice will come: " My Slave has told the truth, lay it to bed from
Paradise and open the Gate of Paradise " - then it will be full of pleasure and he begins to feel paradise pleasure, and his tomb becomes spacious, that eyes can reach.

The Prophet of Allah Muhammad (s.a.w) said about the sinners. After the death the spirit of died person will return to the body then two Angels will come and ask, "Who is your Lord?" he will answer: "I do not know". Then they will ask: " Who that person who has been sent to you?" he again will answer: I "do not know" - and then from the sky the voice will come: "he told a lie, Put him into a box from fire and open before it the Gate of a hell! "-then it will be captured with heat of the hell, and his tomb becomes narrow and the edges will be compressed.

In Hadis it is also said, that Angels will severely beat the sinners during interrogation in the tomb and this torture will be awful. It is informed also, that our Messenger (s.a.w) supplicated to Allah to protect Him from tortures of a tomb and asked other people to do so.

The history of 18-year old young men is a sign for believers and this is only next fairy tale for whom hearts are sealed by Allah. They look and do not see, listen and do not hear?

Saturday, April 2, 2011

Makaroni bakar ikan parang

Huh, ada lagi empat ketul ni, tapi mesti tak laku dah lepas ni.
Macam gitu la hati saya berkata, tatkala menjenguk periuk ikan parang masak pindang usai makan malam kelmarin.  Haa, ni kisah kelmarin daa ... nak masuk entri tapi punya la lembap coverage, bikin frust menyampah je.

Ikan parang ni kurang laku di sini, maka harganya jatuh melampau-lampau berbanding dengan harga jualan di tempat kita, ndak ndak kalau di daerah Segamat tu. Fuhh, tak cecah puluh ringgit seekor, jangan harap la!  Rasanya enak bangat, sebab tu sampai jadi keropok bikinan orang.  Tak sebanding dengan ribuan tulang-tulang panjang pendek di serata badan ikan.

Pandai makan ikan parang?  Rugi tau, kalau tak pandai makan.  Sedapppp ...  Dulu, saya pun malas kurang gemar ikan ni, sebab tulangnya tu lah.  Tapi semenjak abah terus beli dan beli, dan bila balik kampung dia je, selain ikan mayong asam pedas, mesti la ikan parang asam pedas.  Hah, lama-lama tibai je la, dan memang la sedap pun.  Menikmati ikan parang ni mengajar kita istilah kesabaran sebenarnya.  Makan pelan-pelan dan tenang je.  Anak-anak kami pun dah pandai makan ikan parang.  Tapi selalunya saya la yang jadi tukang pilih tulang, bimbang la kalau ada yang tercekik tulang karang.  Payah pulak nak mencari kak janda kawin orang bujang ... hehe ... tu petua tu. (Maknanya hebat ya kak janda tu, macam-macam guna ...) Atau nak cari orang beranak songsang.  Oh, lupa pulak, abah pun songsang juga.  Hmm, ok la tu.

Alhamdulillah, setakat ni belum ada kes teruk melampau tercekik tulang sampai kena cari orang-orang sebegini.  Ish, apa cerita ni?  Laa ... nak buat puding bakar kan?  Okeh, moh la kita mulakan.

Inilah resepi terjah yang paling lama saya nak persiapkan, sebab ... nak memastikan semua daging ikan dah bersih dari tulang walaupun tulang yang paling kecil.  Hampir 45 minit saya menekuni daging ikan parang ni.  Haa, bila je dah yakin sepenuhnya semua tulang dah bersih dari daging ikan, mula la kita mencampur semua bahan yang ada dalam almari dapur tu.

Oh ya, dah rebus makaroni?  Ala, sebarang jenis pun boleh.  Saya baru beli makaroni yang berpintal-pintal tu, jadi saya rebus yang inilah untuk resepi kali ni.

Antaranya ialah : lada sulah, garam, tepung jagung, bawang besar (potong dadu kecil-kecil), sebiji telur ayam (jangan lupa cuci ya), sedikit perasa sedap (option je ni), lobak merah (kalau suka.  Juga dipotong dadu kecil).  Campurkan semuanya bersama isi ikan parang tadi.  Oh ya, kalau ada daun bawang pun boleh letak sama, sedap tu!  Makaroni yang dah empuk tu pun ditoskan dan dicampur sekali, jangan tertinggal pulak.

Lengserkan tray pembakar dengan mentega secukupnya.  Panaskan oven pembakaran atas.  Suhu sekitar 160-180 degre. Masukkan adunan ke dalam tray, ratakan sehingga cukup cantik dan akhir sekali sapukan lagi mentega di bahagian atasnya tu.  Sekarang bolehlah dimasukkan ke dalam oven kita dengan lafaz Bismillah ... janganlah hangus ya.

Masa bikin tu hari Jumaat dan saya sempat terlelap sementara menunggu orang lelaki balik dari masjid.  Tiba-tiba je terjaga dengan serbuan rasa panik, sebab teringatkan puding bakar makaroni tu.  Tapi alhamdulillah, oven dah berhenti sendiri dan puding bakar pun dah masak tanpa sebarang kehangusan. Alhamdulillahhhh ... rasanya juga sangatlah sedap, berperisa ikan parang yang enak.  Sekejap-sekejap anak-anak menjenguk almari, mengambil seketul demi seketul puding ni yang dipotong siap-siap guna roller cutter tu, ecehhhh perasan pro hihi!  Akhirnya habis licin bersama kata-kata iringan, "Sedapppp!" dari anak-anak.  Boleh dimakan begitu sahaja atau dicecah sos, sambal tumis mahupun mayonis.  Ia mengenyangkan, dan membantu kita agar tidak membazir makanan.  Sebab sebelum-sebelum ni, kekadang kita tak ada pilihan terpaksa membuang lauk yang dah tak laku tu, sayang tapi takkan nak makan lauk tu sorang-sorang.  Sebab tu ada orang kata, orang perempuan kat dapur macam tong sampah. Kita tak mahu la macam tu, kan.

Hari ni nampaknya ada lebihan kuah ayam masak semur siang tadi.  Semua kata pedas ... iyalah agak terpedas sikit.  Hmm ... simpan dulu, nanti kita terjah resepi yang sesuai ya.  Saya masih simpan resepi terjah istimewa untuk abah.  Bila agaknya, ya?  Asyik lupa je nak beli buah oren ...   Ops!

Err selamat mencuba puding makaroni bakar ikan parang!  Kalau ada sebarang ikan lain, boleh je ...

Tunjuk, bukan beritahu!!!

'Jika kita betul-betul nak serius dalam dunia penulisan kreatif, kita perlu lebih sanggup bekerja keras untuk menghasilkan karya 'berisi', bukan karya kosong melulu (bukan memberitahu tapi tunjuk!), sebab nanti akan dianggap karya picisan. Ini soal maruah anda sebagai pengarang. Tambahan pula, apabila anda masuk ke blog Sastera kita ni, bermakna anda sudah pun berjanji dengan saya dan pengurus-pengurus blog yang lain; untuk menghasilkan karya sastera bermutu tinggi, bukan karya picisan, dan kami pegang pada janji tu k!'

Hati tiba-tiba didesak-desak untuk melayari blog Sastera. Sakinah saya lupakan sebentar. Gadis ini mesti diberi semangat dan sokongan, supaya terus bermotivasi dan berani berjuang. Bersama kekangan coverage yang payah seperti meniti batas yang hampir pecah di permatang sawah nan luas, keberanian dan kesungguhan tiba-tiba menarik-narik untuk menatap hampir 60 entri permata berlian agihan Sifu bersama ketua kelas kesayangan, Kak Ummu.

Di teduhan ini, abah awal-awal memesan, supaya kegemaran menampal pelbagai artikel, catatan dan keratan akhbar tidak dilangsungkan. Dinding bercat sempurna, usah dicacatkan. Tapi hati rasa tidak tertahan, dan catatan di atas selamat melekat di sudut kiri meja, sudut paling digemari di ruang ini. Ditambah lagi bersama debaran yang dak duk dak duk Checklist Ciri-Ciri Karya Sastera, sudah tertebeng di dinding kiri saya.

Saya perlukannya. Agar Sakinah menjadi sebaik-baik gadis yang molek peribadi dan gagah mencapai cita-cita. Tidak mahu saya menjadi sesat, teraba-raba, melongo bingung dan kebodoh-bodohan. Aduhh! Sakinah mesti lebih hebat dan lebih anggun.

Biarpun diary lama itu sudah berada di tangan, belum ada 'seru' untuk membuka dan membeleknya. Namun terima kasih jua untuk Shahamin yang telah mencadangkan dan mengirimkan diari ibunya itu.

Tunjuk, bukan beritahu! Pesanan Sifu seterusnya, penuh bermakna.

Di sini, saya bagai bereksperimen; membiarkan apa yang berlegar-legar dan membusut di dalam ruang sedar juga ruang tanpa sedar mengalir bagai air; yang selama ini saya fikir 'mungkin aku separuh gila, menuju gila dan mungkin gila?'

Nauzubillah! Minta dijauhkan Allah.

Mungkin ia tak sepatutnya, tetapi pemerhatian berjalan terus melalui pancaindera anugerah Allah, hanya tidak seiring dengan perluahan semula. Tidak ada, melainkan bicara senyap di hati, bersama ribut taufan atau pelangi yang berjalur melintangi langit pawana.

Terkadang tergesa-gesa, terburu-buru dan tanpa berfikir panjang. Manusia tidak pernah sempurna.



Catatan: entri lengkap tentang 'Tunjuk, bukan beritahu' ada di blog Sastera.


Rasanya sifu marah tak, sebab qoute kata-kata beliau untuk dijadikan pembuka entri ni?  Harap-harap tak ...  Catatan tu saya rasa sangat bermakna untuk seseorang yang ingin menceburi bidang penulisan ... macam saya.

Alif Naik Pelamin

Kisah bulan ini.

Dewan Pelajar Februari 2011.

Oleh: Nor Mazzuin Manaf Hassan.

Pang, pang, kepang, kepang, kepang ...

Kedengaran suara kompang bergema bertalu-talu tanpa nyanyian. Alif kian berdebar-debar. Jari-jemarinya dirasakan dingin, perasaannya gelisah. Sesekali Alif memegang hulu keris kecil yang terselit di celah kain samping songketnya. Kadang-kadang Alif menggaru-garu kepalanya yang tridak gatal. 'Aduh, takutnya,' bisik Alif sendirian.

"Okey, naik," arah Pak Cik Azman seraya duduk bertinggung di sisi Alif.

"PakCik ... Alif rasa gementar," Alif memohon simpati sambil memandang pakciknya.

"Buat biasa sahaja, Alif. Baca selawat banyak-banyak," jawab Pak Cik Azman. "Cepat, kompang dah lama menunggu. Tetamu pun sudah tidak sabar nak lihat pengantin," gesa Pak Cik Azman apabila melihat Alif masih teragak-agak.

Matanya melingas ke sekitar. Alif terpandang wajah Anuar dan Kamal di celah-celah kanak-kanak yang berhimpit-himpit di hadapannya, seolah-olah sedang melihat sesuatu yang pelik. Anuar dan Kamal tersengih-sengih. Anuar mengacungkan dua jari telunjuknya ke udara membuat aksi sedang memotong sesuatu. Kemudian Anuar dan Kamal tertawa terbahak-bahak. Mata Alif tunak memerhatikan aksi Anuar. Ada rasa ngilu yuang tajam menyelinap ke sanubarinya apabila melihat perlakuan dua kawan sepermainannya yang suka menyakat itu.

'Huh! Tidak lama lagi giliran engkau akan tiba juga. Waktu itu aku akan potong timun dengan pisau depan engkau. Tunggu sahajalah!" gerutu Alif di dalam hati.

Alif memanjat dan duduk di atas bahu Pak CIk Azman. Pak Cik Azman membetulkan kedudukan Alif agar lebih kemas dan bangkit perlahan-lahan. Mereka menuju ke rumah Alif. Kumpulan kompang mengiringi langkah Pak Cik Azman. Kumpulan kanak-kanak berjalan mengekori Alif dan pakciknya.

Perasaan Alif silih berganti antara gerun dengan seronok. Dia gerun membayangkan sesuatu yang bakal dilaluinya usai majlis yang meriah ini. Pada masa yang sama, hatinya kembang apabila diberi sepenuh perhatian oleh seisi keluarganya. Terbayang-bayang di ruang matanya kereta kawalan jarak jauh yang hebat dan alat mainan PS3 yang telah dijanjikan oleh ayahnya tempoh hari. Tanpa sedar Alif mengukir senyum sendiri. Alif seperti di awang-awangan. Mata Alif silau dek cahaya kamera yang tidak henti-henti merakamkan gambarnya.

Daripada jauh Alif melihat pelamin yang dihias indah sudah menunggu di bawah khemah.

Serta-merta wajah Latifah bermain di benaknya. Alif tersenyum-senyum lagi. Pelamin itu begitu indah dengan bunga-bungaan berwarna putih, merah dan biru bertaburan di kain tabirnya, secantik langsir tingkap rumah Latifah, seindah warna bunga kembang pagi di pasu bunga di sepanjang pagar rumah Latifah. Sebuah kerusi kayu yang berukir indah diletakkan ditengah-tengah pelamin. Pelamin itu beralas dengan karpet merah. Terdapat dua pasu bunga telur warna biru putih di kiri kanan pelamin. Di sudut kiri pula diletakkan bekas tembaga yang berisi beras kuning, air mawar, inai dan daun kaduk yang sudah berikat kemas, buat menepung tawar Alif nanti. Alif kian gementar.

"Tak mahu turun ke Alif?" Tiba-tiba suara pak cik Azman menerjah telinga Alif. Rupa-rupanya Pak Cik Azman sudah lama duduk bertinggung betul-betul di hadapan pelamin. Sambil tersipu-sipu malu, Alif turun dari bahu Pak Cik Azman. Alif kebingungan sebentar. Kerusi berukir indah di pelamin seolah-olah menggamitnya, namun untuk terus menuju ke situ sendiri, Alif begitu silu.

"Tunggu apa lagi, naik cepat ke pelamin," Sergah Kak Anom tiba-tiba. Telinga Alif menangkap suara tawa di sekitarnya. Wajah Alif merona merah. Aduh, mengapa nenek buat pelamin, gerutu hati Alif lagi. Perlahan-lahan Alif memanjat pelamin lalu duduk di kersi berukir. Kak Anom berdiri di sebelah Alif, seperti pengapit pengantin. Kak Anom juga berpakaian indah, baju kebaya berlabuci warna pinang masak sedondon. Haruman Kak Anom menerpa hidung Alif membuatkan dia tenang seketika.

"Mana pengantin perempuan, Alif? Kedengaran suara bertanya, entah suara siapa.

Alif tersengih. Mata Alif melingas mencari seseorang. Matanya menangkap kelibat gadis ayu di seblik tiang bertentangan dengan pelaminnya.

"Itu!" Alif memincungkan mulutnya ke arahLlatifah. Sungguh ayu Latifah berbaju kurung merah mudah dan bertudung sedondon. Latifah tersenyum malu, wajahnya menjadi kemerah-merahan.

"Ha ... ha ... ha ... ha ..." kedengaran suara ramai tertawa dengan jawapan Alif.

"Kenapa tak naik pelamin sama?" tanya suara lain pula.

"Kerusi ada satu saja ..." jawab alif lurus. Kedengaran lagi gelak ramai.

"Sementara nak tunggu engkau cukup umur, Latifah dah kahwin," terdengar suara lain menyahut.

Alif mula berasa seronok. Dia melayan sahaja usikan demi usikan menjadikan suasana bertambah rancak. Kedengaran suara Pak Cik Azman membuat ucapan pendek seterusnya menjemput nenek memulakan majlis menepung tawar. Nenek mengatur langkah membawa tubuhnya yang gempal mendekati pelamin. Senyum nenek menguntum di bibirnya. Wajah nenek begitu gembira. Alif membalas senyuman nenek lantas mencium tagan nenek. Nenek mencampakkan beras kuning ke arah Alif. Nenek mengambil lagi segenggam beras kuning dan mencampakkannya kepada tetamu di sekitar pelamin. Kemudian nenek calitkan inai di tapak tangan Alif. Akhir sekali nenek mencapai bekas tembaga berisi air mawar lalu merenjis-renjis sehingga aorma mawar menguasai udara.

Selesai menepung tawar, Kak Anom menghulurkan setangkai bunga telur berwarna biru muda kepada nenek. Acara menepung tawar diteruskan oleh ibu dan ayah. Moyang Alif yang bertongkat dua juga dijemput. Orang tua itu terpaksa menggagahkan diri memanjat pelamin Alaf untuk menunaikan hajat menepung tawar cicit lelaki tunggalnya itu.

Tiba-tiba, "Batang pisang! Dah ambil batang pisang? Tok Mudim dah sampai," kedengaran suara-suara agak riuh.

Alif terpandang Pak Tamnya sedang menjunjung batang pisang melintas sisi pelamin lantas menghilang ke dalam rumah. Alif merasakan jantungnya bagai berhenti berdenyut.

"Ke tepi! Ke tepi! Tok Mudim nak lalu."

Alif melihat seorang tua muncul di hadapannya. Kali ini Alif terasa bagai ingin pengsan apabila bertentang mata tanpa sengaja dengan orang tua itu yang menjinjing sebuah beg kulit di tangannya. Misainya tebal melintang dan raut wajah yang serius menambah gelora di jiwa Alif. Anak mata Alif mengekori orang tua itu yang turut menghilang ke dalam rumah.

"Alif ..., Zzassssss!" Muncul kelibat Anuar dan Kamal lagi di hadapan Alif sambil menunjukkan aksi yang sama.

Alif tidak terkata apa-apa, perasaan takut lebih hebat daripada rasa geram kepada kawannya itu. Alif merapatkan kedua-dua pahanya yang dirasakan kaku. Alif meramas-ramas jari-jemarinya yang semakin dingin. Alif berperang dengan perasaannya sendiri, antara takut dengan semangat ingin menjadi lelaki sejati.

Kata-kata ayah terngiang-ngiang di telinganya. Ayah memberitahu selepas berkhatan, Alif boleh solat Jumaat di sebelah ayah. Alif tidak perlu lagi berada di barisan kanak-akank di belakang. Dirinya sudah suci dan tidak akan memutuskan saf solat. Ayah sidah menerangkan bahawa berkhatan wajib ke atas setiap lelaki Muslim yang memenuhi syaratnya kerana berkhatan mengandungi kebaikan rohani dan jasmani. Ayah juga memberitahu terdapat juga orang bukan Islam yang berkhatan kerana ingin mendapatkan kebaikannya.

Perlahan-lahan perasaan Alif kian tenang. Jiwanya membara semula. 'Aku tak takut berkhatan. Aku ingin menjadi Muslim yang baik. Aku ingin menjadi seperti ayah!'

Kelibat Latifah sedang melontarkan senyuman ayu menjelma di ruang matanya. Senyum terukir kembali di wajah Alif.

Hari ini, sudah terima majalah kiriman kakak, majalah Dewan Pelajar paling mahal, dengan kos setem Pos Laju RM42.00.  

Friday, April 1, 2011

Arghhh!!!

Hah?!
Eh, macamana dengan Hamza dan Piya suami isteri nanti??
Mana boleh macam ni!  Tak boleh!  Tak boleh!  Jangan dibiarkan terus!!
Kenapa pasangan muda berkulit putih cerah tu suka sangat yang itu?  Tak fahamkah? Tak mengertikah? Tak bacakah??  Tak ada sensitiviti punya orang!

Tapi diorang tu  faham ke hukum?  Tak, rasanya!  Mungkin juga dorang buat-buat tak faham! Mungkin! Mungkin!!  Tak faham kebahayaannya! Tak faham kenajisannya!  Tak faham kemudaratannya!  Tolol!!

Huhh!!!

Abis tu, Hamza?  Piya dan Mut?

Abah diam.  Macam tak dengar je.  Sebaik je abah memberitahu pasangan kulit putih kuning tu memasak daging putih di dapur bawah tadi, yang dikongsi oleh mereka semua, melainkan saya, betul-betul ... arghh!

Mata saya tak dapat lekat pada huruf-huruf surah Yasiin ini.  Tumpuan saya pecah-pecah.  Namun mulut terus bersuara, mengucapkan ayat demi ayat.  Akhirnya tangan ditadah memohon doa yang diberkati Allah;  semoga urusan orang-orang Muslim dan Mukmin di bumiNya ini berpaksikan kebenaran dan sentiasa dalam keredhaanNya.

Kasihan Hamza yang selalu merah mata itu.  Tentu teringat-ingat dan merindu-rindu si isteri yang pulang ke India membawa perut, bakal memboyot, bersendirian di kampung halaman.  Dia rajin memasak.  Kerap dia yang pulang dulu dari kerja, dan bersibuk-sibuk di dapur.  Menggunakan periuk tekanan tinggi yang bersaiz sederhana, menanti kacang dal empuk untuk dimasak kari.  Masak awal dan makan lewat, bersama teman bertiga India Hindu yang selalu pulang akhir.  Tak ada masalah untuk berkongsi juadah, kerana teman bertiga tidak menyentuh daging putih itu.  Apa yang Hamza makan, mereka makan.  Apa yang mereka makan, Hamza sudah siap masakkan.

Mut dan Piya?  Lelaki sedang tetapi tegap itu sudah cukup fasih berbahasa Melayu.  Tempoh yang cukup lama tentunya, bermusafir di negara ini.  Maka itulah, dia berkongsi hidup pula dengan wanita janda dari Indonesia, orang Surabaya.  Mut yang bertahi lalat manis di dagu kanan dengan rambut panjang lurus macam rebonding hampir mencecah pinggang itu.  Peramah, dan serba pandai.  Boleh mengurut, menjual jamu buatan sendiri, bahkan pernah menitipkan idea untuk 'Aku Ingin Pulang' dan "Memoir Di Negara Minyak' kepada teman penulis, ceritanya pagi semalam, apabila saya dengan malu-malu memberitahu bahawa 'aku ada kerja, aku buat novel'.  Cehh!  Betul-betul bikin saya panas dalam!!!  Hebat, dia merintis budayanya apabila bernikah sebagai anak dara tua, pada usia 20 tahun kerana berhempas pulas belajar yang dibiayanya sendiri menerusi jualan puisi-puisi dan cerpen-cerpen di akhbar.  Seperti ada bara!
"Aku suka psikologi dan hukum", katanya dengan nada bangga.

Arghh!  Biarlah itu!  Itu tak penting. Mut dah tak menulis lagi, katanya bila saya suruh dia menulis dan saya akan taipkan di komputer.  Saya ingin berkongsi idea.  Ingin melihat ideanya bagaimana.  Buku-buku sudah menjadi abu, apabila sang suami yang pertama tidak suka kecenderungannya itu.  Kasihan!

Berbalik kepada hal asal.  Perjuangan baru bermula, saya pasti. Dapur mesti ditambah lagi. Dibahagi dua.  Dapur untuk pekerja Muslim dan pekerja bukan Muslim mesti diasingkan.  Abah mesti ajukan hal ini kepada bos.  Kalau tak dikatakan, adakah bos akan peka hal-hal ini?  Sedangkan Hamza berpisah beribu batu dari isteri, semata-mata ingin mencari rezeki di sini.  Jangan jadi seperti amah Muslim Indonesia yang rela dalam terpaksa, menyedihkan, memandikan anjing dan memasak daging putih di dapur majikan, dengan alasan ... patuh, akur, redha, Tuhan pasti mengerti!  Memang Allah Taala Maha Mengerti, tetapi semudah itu mencari keredhaanNya melalui 'redha' manusia?

Arghh!  Jangan!  Usah cepat menghukum amah-amah itu.  Arghh, tolong!

Ya, sebenarnya ada banyak perkara.  Menarik untuk dikongsikan bersama.  Ia adalah asli, tulen dan hebat.  Kalau boleh digarap menjadi sebuah kisah dengan watak-watak yang berwarna-warni, alangkah!  Oh Tuhanku, ya Allah ... bantulah hambaMu. Mencari hidayah daripadaMu.  Dalam mendidikkan kesabaranku.  Ya Allah, tabahkan hati hambaMu ...

Dapur itu!  Ia mesti diusahakan seberapa segera!  Mesti!  Kasihan mereka. Kasihan Hamza, Mut dan Piya.  Bantu untuk dibantu.  Semoga Allah Taala yang Maha Mengasihani dan Maha Bijaksana, akan memudahkan segalanya. InsyaAllah.

Catatan; Penginapan ini semakin menjadi sarang semut, atau sarang anai-anai yang kukuh dan tegap kayu-kayannya, binaannya.  Semakin ramai dan semakin meriah.  Kami adalah kepala anai-anai yang memiliki ruang istimewa sendiri, lengkap dan sempurna.  Selesa.  Manakala anai-anai lain sekadar untuk meluruskan pinggang yang lenguh di malam hari, setelah berhempas-pulas menabur keringat untuk kelangsungan impian hidup; agar syarikat yang disokong terus gagah semakin gah.  Ada juga anai-anai botak berwajah sendu yang meminggir diri dari kehebatan keluarga besar penghulu anai-anai yang pernah mendiami busut kukuh ini.  Pokoknya, kehidupan ini semakin menarik dan membuat keterujaan melonjak-lonjak tak keruan.  Arghhhh!!!!

Wednesday, March 30, 2011

Pulang?

Alhamdulillah, setelah sangat sukar menembusi alam maya di hujung jari; hampir setengah jam lebih gagal tetapi belum berasa putus asa.  Mata pun terasa kian berat dan agak bosan.  Rasa macam tak teruja sangat nak menulis kali ini.

Mak saya dan mak si abah, juga bonda di kampung.  Uwan.  Abah Tok Mat.  Abah mertua.  Mereka antara yang kian uzur.  Dalam kejauhan, entahkan sempat bersua entahkan hanya dapat menatap tanah yang merah, entah bila.  Itulah jangkaan demi jangkaan yang wajar diperingatkan kepada diri.

Bukan meminta.  Kerana ajal maut itu sifatnya tiba-tiba sahaja.  Terkadang didahului isyarat.  Terkadang tanpa sebarang tanda.  Kerana semua itu perkara ghaib.  Tak terjangkau dek akal.  Mungkin sekadar firasat atau gerak hati, andai diizinkan Allah Taala.  Sedangkan berhadap-hadapanpun, belum tentu dapat mengadap saat akhir roh melepasi ubun-ubun ... 

Tambahan pula, entah siapa punya giliran.  Tak semesti yang tua, bahkan yang masih dianggap 'muda' pun bila-bila masa sahaja.  Itukan perkara rahsiaNya.  Mestikah bersebab?  Tidak!

Tak mesti TUA.  Muda boleh juga.
Tak mesti SAKIT. Sihat boleh juga.
Tak mesti ada PENYEBAB. Tanpa sebab pun boleh juga.  Sebab yang tidak bersebab.

Maka, saya pun merenung dan menyelidik hati.  Diri. Kehendak.  Perasaan.  Kemahuan.  Impian.  Harapan.  Keinginan.  Kebimbangan dan Ketakutan.  Ingin menjangkau yang rahsia dan ghaib, walaupun amat terbatas dek kependekan akal dan lemahnya daya insani. 

Saya masih belum mahu pulang.  Saya masih terasa damai di sini.  Jiwa ini masih ingin menjadi perantau.  Masih ingin bergelandangan jauh.  Bukan jauh benar.  Biarpun dipisahkan dek lautan yang selalu melambung ombak. 

Pulang?  Berkias mahupun yang berkata jelas.  Memang, semua sedang menuju tua. Semua menunggu masa.  Namun andai ada redha, izinkanlah kami bermusafir dahulu.  Berikanlah keredhaan bonda.  Mohonlah kami dengan sepenuh hati. 

Ini hanyalah sebuah harapan.  Sebuah angan-angan.  Sebuah impian.  Namu andai Allah Yang Maha Berkehendak tidak mengizinkan, demi berkat doa bonda. kami akan terjongol jua di hadapan mata bonda.  Tidak dapat ditolak segala kemungkinan. 

Kembali ke sisi keluarga.  Kembali berhadapan dengan panas hujan cuaca.  Suara, loghat dan pelbagai nada.  Segalanya, yang membuatkan kami akan lupa.  Bahawa ini tetap sebuah perjalanan.  Walau di mana jua berada. 

Buat ketika ini, hati masih di sini.  Terus beristikharah.   InsyaAllah.

Wassalam.

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers

Terima kasih :)

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing