As salam.
Pagi Ahad yang redup tenang dan damai.
"Eh nasi beriani ni basi la." Nasi putih semalam sikit je, nak buat nasi goreng macam perancangan awal (nak dicampur dengan nasi beriani dari kak Hawa) kena kensel la macam ni.
...
"Hah, nak wat apa tu? Jangan buat yang pelik-pelik!"
Huh, sebab tu kalau nak buat resepi terjah, suka buat sorang-sorang je kat dapur. Tak yah ada sesiapa tengok. Karang mula la buat muka pelik dan nada suara pelik macam abah ni. Ish! Cabaran orang nak jadi kreatif sikit, hehe ...
Sebenarnya ini bukan resepi terjah, cuma bila abah tengok saya masukkan nasi dalam blender tu yang dia pelik. Nak kisar nasi pulak?! Hehe, sebenarnya saya tetiba teringat resepi cucur nasi dalam emel kiriman kak Hawa tempohari.
"Haa, ni resepi best punye. Abang gi rilex dulu ya." Kak bawang putih ngan kak bawang merah dimasuk dalam blender, cili tiga tangkai, sedikit garam, hmm ... tepung tak de so saya masukkan reja-reja roti bersama sesudu setengah tepung kastard, kira adjust sikit la tu. Kisar kisar kisar, dengan sedikit air masak. Ok dah boleh goreng. Oh ya saya hiris sedikit sayur kobis panjang dan lobak merah. lepas tu masukkan sesudu demi sesudu dalam minyak panas. Beberapa ketika, alamak ai ... cucur ni nampak berkecai. Kena cari tepung jugak ni. Tepung tepung tepung oh tepung ... apa-apa tepung pun ok la, tepung pulut ke, tepung kanji ke, tepung beras ke, janji tepung.
Saya mula mengirai tingkat paling bawah almari dapur ni. Dalam kepala ligat berputar; kalau campur reja roti lagi, takut berderai jugak. Nak letak telur, hmm ... hanyir kot. Ntah, kali ni saya memang tak nak letak telur. Kalau dah sejuk, jadi liat. Tepung kastard tu kalau ditambah lagi pun rasanya kurang membantu kerana ia hanya memekatkan sahaja. Hah! ada pun cik tepung. Ingatkan dah lama tak ada, sebab memang dah lama tak beli tepung. Iya, semenjak-menjak nak meminimakan penggunaan minyak ketika memasak dan pelbagai resepi terjah tu, dah lama tak beli tepung. Hari tu ada beli acuan donut, beli je, nak buatnya lumlah lagi. Rasa bercinta la pulak ... so acuan tu sedang disembunyikan dalam laci bilik je. Kalau budak-budak tu perasan, dibuatnya merayu-rayu meminta donut bikinan mama, rasa macam naya je. Abih camana, mama korang ni jenis redah terjah resepi yang mudah-mudah je. Yang pakai-pakai ragi tu, abah lebih advance rasanya, buat apam ke hapa. Haa? Bila la abah nak buat apam pulak ni??
Maka, dah ada tepung, selamatlah cucur nasi digoreng dengan cantiknya, kekuningan dan rangup. Abah yang mula-mula tadi bikin muka pelik semacam, kini menyuap dengan muka selamba. Cicah sos Lingham. Hidayat pula makan cucur cicah mayonis. Licin! Alhamdulillah. Hmm, kak Hawa, nampaknya lain kali kalau nasi tak cukup untuk digoreng, bolehlah buat cucur macam ni lagi. Sempat la menghulur sikit sambil memulangkan bekas kepada Siti Mutfainnah (Mut) dan Meliana (Mel). Mut pun bercerita hidangan nasi yang diadun dengan garam coklat kemudian dipadatkan, dipotong-potong macam wajik ~ hidangan orang Indonesia. Namanya tak ingatlah pulak.
Lain kali kalau ada nasi lebih lagi, kita buat cucur je, k.
Apabila hati bersuara, ia adalah bisikan paling halus dari sudut hati yang paling tersembunyi. Tiada sesiapa mengetahui melainkan Allah Taala yang Maha Seni. Lalu hanya kepada Allah aku berserah diri. Ya Allah, kurniakan daku takdir yang baik di dunia ini dan takdir yang baik juga di akhirat nanti. اللهحم امين
Bismillah
Search This Blog
Blog Archive
-
▼
2011
(270)
-
▼
Apr 2011
(35)
- Pasti sudah
- Firman Allah, "Sesungguhnya ..."
- Panorama Brunei 2010
- Lagi, panorama Brunei.
- Rojak Special KK Koya
- Siang pun berlalu pergi
- Rembang petang di pantai Jerudong
- Pelangi di langit Brunei
- Bisikan hati
- Pertandingan Tausyeh
- Puding koko sedap
- hati terpaut di sini, Brunei Darussalam
- Naqib, apahal?
- Makaroni ala lasagna
- damai itu dari Allah
- Teman serasi
- Yeah, kuntum kedua pulak
- kuntum pertama patchwork quilt
- jurnal cinta dan rindu
- Sambut hari lahir abah dengan pulut kuning
- Puding roti perasa kopi
- Cucur Nasi
- Mula bikin patchwork
- Sedikit humor aje
- Perasaan Perasan
- Sakinah 3
- merapu berfaedah, ada?
- Puding Roti Oren
- Komen mahal
- Post bab dua
- Siksaan Kubur Adalah Benar
- Makaroni bakar ikan parang
- Tunjuk, bukan beritahu!!!
- Alif Naik Pelamin
- Arghhh!!!
-
▼
Apr 2011
(35)
Terima kasih :)
utamakan Bahasa Melayu
Pantai Lumut
Pantai Mersing

3 comments:
camna resepi cucur nasi?
mak ngah cayang, hmm ... cucur ni macm cucur bawang atau jemput-jemput tepung gak, cuma nasi tu kena kisar dulu supaya hancur, jadi mudah sebati dengan bahan-bahannya. Bahan-bahannya tu sama jugak ngan bahan-bahan biasa untuk buat jemput-jemput ikan bilis. Intan masih ingat cucur sayur yang MAMA (your friend) buat dulu masa kita tidur kat rumah dia. Masih terasa sedapnya, jangan tak caya you! So kalau nak suruh Aizat n Haris makan sayur, hiris je kobis n lobak tu halus-halus, sure dorang tak mampu nak pilih dan ketepikan hehehe ... cuba jangan tak cuba ya. Sedap n garing dimakan panas-panas :-)
oh ya lupa pulak, letak tepung gandum sedikit supaya ia tak berkecai dalam minyak tu. Bahan lain sama je.
Post a Comment