Tadi, dia mula rendam beras pulut dengan serbuk kunyit. Lepas makan, kami santai-santai je dengan aktiviti masing-masing. Saya, macam biasa tengah asyik dengan patchwork. Hurilain sibuk nak belajar menjahit, saya suruh dia belajar membalut hexagon dengan perca kain. Bolehlah, sekeping menjadi. Lepas tu dia mula bosan, sebab kurang mahir. Nak mahir, kena la buat banyak-banyak, baru laju. Dah mahir tentu suka. Tapi nampaknya dia nak main-main je. Ok, tak pe. Tak mahir menjahit lum boleh bantu cantumkan kepingan patchwork. Dalam kepala terfikir, kalau dia mahir, bolehlah saya sub kerja ni separuh kat dia, cepat siap.
"Abang nak keluar beli daging." Tiba-tiba abah dah siap nak keluar. Saya dengan cekapnya mencari alasan untuk ikut serta ~ nak cari benang nylon untuk mencantumkan kepingan patchwork. Tadi dah beli benang tapi kasar, tak muat nak masuk mana-mana jarum yang saya ada. Tak lama kemudian kami bertiga bersama Hanessa keluar menuju Soon Lee membeli tulang, daging dan lain-lain. Juga singgah di kedai menjual pelbagai manik-manik baju, membeli benang India yang kukuh berharga $2. Insyaallah, benang ini memang sesuai untuk kerja patchwork bertahan lama turun-temurun.
Lepas tu Hidayat mula merancang untuk birthday dia pulak pada Julai nanti. Beriani, you! Mama nak buat laksam untuk birthday mama nanti ... kata saya. Semoga tercapai juga, tak sampai empat bulan lagi tu. Hurilain dan Hanessa diam je, birthday dah lepas. Hehe ... Tapi minggu lepas Hanessa dah pau abah dengan kek Barbie masa kat Miri.

No comments:
Post a Comment