Dulu, hampir 16 tahun lepas, mummy menemani dan merawat aku yang baru bersalin anak kedua. Mummy mengaku sudah mula tidak larat tetapi menyambut jua pelawaan kami untuk berkunjung ke rumah. Waktu itu kami di Brunei Darussalam yang permai indah.
Aku hanya mahu bersikap baik dan adil. Anak sulung, my mummy datang. Anak kedua mummy Zaleha. Sudah ura-ura menjemput mummy Ramlah dan Uwan Halibah (arwah) juga tetapi waktu itu belum berkesempatan. Ongkosnya dong. Sementelah bersalinkan puteri ini, aku diuji dengan hati bengkak dan mendapat sakit kuning. Dia yang disyakki perlu rawatan disimpan di dalam kotak kaca walhal sebenarnya aku yang sedang menderita dalam diam tak diketahui sesiapa. Entah hari ke berapa barulah aku disorong dengan wheel chair oleh suami menjenguk puteri kecil yang berselirat wayar di tubuhnya. Waktu itu tayar kerusi terlanggar bendul lantai lift pun rasa macam nak terbang nyawa, punya sakitnya rasa. Dan dah siap-siap mintak maaf pada bibik Saidah yang selalu kena marah :( ... Sehinggalah kawan-kawan yang datang berziarah membuka langsir untuk menjenguk persisiran pantai di luar, baru disedari betapa kuningnya keseluruhan aku ...
Kali ini, buat sekian kali, mummy datang lagi untuk berada bersama kami. Asbab mummy membawa hati hehe ... kena marah sebab terlalu rajin membersihkan kawasan longkang yang sebentar lagi akan diganti dengan saluran longkang baru mengelilingi kawasan. Mummy yang ada darah tinggi dan mudah terkejut penat memang tak dibenarkan buat kerja teruk. Namun, mana mungkin mummy duduk diam memerhati sahaja. Dia mencuci dengan klorox sebab katanya ada sedikit lumut di situ dan segan pada orang yang datang buat kerja nanti.
Aku yang biasanya ajak-ajak ayam mempelawa mummy datang ke rumah, tiba-tiba sedikit kaget apabila suami memberitahu mummy akan ikut kami balik, pada pagi itu. Ajaib! Maka mummy ikut kami balik Kuala Pilah sehingga selesai kenduri Yassin dan tahlil. Mummy J so happy dengan kehadiran mummy Zaleha. Tanpa disangka anak ketiga mummy Zaleha datang bersama isteri dan ibu mertuanya memenuhi jemputan mummy J. Memang mengharukan!
Setelah sampai di rumah dan hilang lelah, barulah teringat nak bertanya pada suami tentang keputusan mummy. Rupanya mummy yang mahu mengikut sendiri.
Asbab sahaja kan. Alasan mummy, mahu melihat pelajar madrasah dan kegiatan mereka seharian. Mummy seperti teruja. Mummy mendengar dan melihat kerenah lawak pelajar. Mummy melihat kerenah cucunya Hanessa yang memanjakan diri sendiri. Mummy berkenalan dengan ustazah al hafizah. Dan mummy tolong kemaskan dapur aku.
Hari ini aku agak keletihan dan mohon berehat usai urusan tengahari bersama pelajar. Ketika petang masuk ke dapur semula aku rasa ada kelainan. Lantai dapur ini macam bersih je, fikirku. Maknanya seperti lebih bersih dari bersih yang biasa.
Ketika minum petang, aku bertanya. "Mak, tadi saya tidur mak mop dapur eh?"
Mummy gelak kecil dan tak menjawab. Dia menyisihkan aku dan memandang kaca tv. Dia minum air dan tukar topik. "Ni biskut ni memang banyak jenis ke?" menunjuk isi tin biskut yang pelbagai.
Aku mengiyakan. "Mak, tadi mak mop lantai dapur ehhh ...?" aku tak puas hati terus bertanya lagi. Sebenarnya mummy sudah menjawab pun dari gerak-gerinya tapi aku mahu dia mengaku saja dengan kata-kata.
Tak ada respon. "Tak yah la buat mak. Susah je mak ni teruk buat keja."
"Alah, takpe le."
Sahih, mummy lap lantai dengan kain bukan dengan mop. "Mop dengan klorox bersih lantai tu nanti." kata mummy.
Itulah yang aku buat, bersama air panas berasap. Mummy terkejut. "Rosak lantai nanti."
"Tak pe mak, mati kuman." Cumanya aku akan mop tidak setiap hari.
Mummy yang kebosanan selalu menjenguk aku di dapur. Bukan selalu peluang ini ada. Aku ambil kesempatan bertanya.
"Mak dulu bernikah umur berapa mak?"
"15 ..." jawab mummy ringkas. Wah, menarik ni.
"Abah umur berapa mak?"
"Abah ngko 20."
"Mak dah pandai masak tak masa tu?"
Butir perbualan selanjutnya biarlah antara aku dan mummy je. Apa yang pasti, Allah sudah tetapkan jodoh mummy pada usia 15.
Serta-merta aku teringat si puteri yang bakal mencecah 16 pada Mac ini.
"Memang elok nikah awal ye mak. Mak long dulu umur 9 tahun bernikah kan mak?" Aku minta kepastian.
"Mak long (arwah) tu salin tikar. Arwah ayah mak yang setuju dia bernikah. Isteri pertama meninggal dalam pantang."
Ya, benar.
~ sehingga jumpa lagi. Aku masih sukar nak menulis untuk bahagia di sana. Semoga bahagia di sana masih ada di ruang lain dengan asbab yang lain. InsyaAllah. Allahumma ameen.
* aku memang menyokong pernikahan muda. Perkara ini sangat menarik perhatianku. Allah jua yang memberi aku keyakinan ini. Asbab pada pengalaman sendiri dan melihat situasi masyarakat mutakhir ini. Ya Allah, jadikanlah kami asbab hidayat seluruh alam. Pilihlah kami sebagai pembantu agamaMu. Berilah kami faham maksud hidup dan usaha atas iman. Berilah kami kekuatan untuk menelusuri perjalanan yang ditinggalkan Rasulullah SAW dan para sahabat r.hum. Pilihlah kami jangan biarkan kami walau sesaat. Ke mana lagi hendak pergi jika tidak kepadaMu ya Allah ... :'(
~ Sehingga bersua lagi mummy ... bila pulang tentu longkang sudah siap dan tak ada apa lagi yang mummy nak bersihkan. Banyakkan berehat sambil zikrullah semoga Allah memelihara mummy dan abah, sentiasa dalam pandangan rahmatNya insyaAllah Allahumma ameen.
Apabila hati bersuara, ia adalah bisikan paling halus dari sudut hati yang paling tersembunyi. Tiada sesiapa mengetahui melainkan Allah Taala yang Maha Seni. Lalu hanya kepada Allah aku berserah diri. Ya Allah, kurniakan daku takdir yang baik di dunia ini dan takdir yang baik juga di akhirat nanti. اللهحم امين
Bismillah
Tuesday, January 7, 2014
Sunday, January 5, 2014
Allahumma ameen
Allah izin aku berblogging malam ini. Sedangkan kredit broadband ini sepatutnya sefaham aku sudah khalas. Sedemikian lajunya ia menuju khalas sangat mengejutkan, sehingga aku terpaksa membeli pakej yang lain tadi petang. Sebenarnya sudah rindu mahu menulis. Sepanjang menahan hati beberapa hari ini, seperti ada saja yang mahu dicatatkan. Waktu ini, semuanya sudah hilang :'(
Ibu mertua sedang bersama aku. Tetapi esok dia akan berangkat ke rumah anak bongsu pula. Pertama kali mummy menginjak pondok kami. Sewajarnya dia lebih aku istimewakan daripada mummies aku sendiri (dua mummy). Tadi petang mummy mengemas dapur. Akhir sekali ketika aku pulang dari pasaraya bersama anak-anak, dapur ada kesan dibersihkan dengan air. Waduhh! Aku rasa terperli sendiri. Tiba-tiba teringat mummy J. Biasanya mummy J yang tak kering tangan setiap kali dia datang. Betapa bertuahnya aku ya ... mummy Z datang pun serupa. Betapa mereka sangat mengerti bagaimana aku ... uh.
Tadi petang juga, aku menghantar anak-anak pulang ke madrasah. Hurilain sudah siaga dengan persiapan dan tidak merengsakan. Dia semakin matang, walaupun masih sempat buat muka sebentar tadi. Sabar saja.
Namun, rengsa menjadi-jadi dengan kerenah Hidayat. Dia, seperti biasa, mahu berulang-alik. Aduhai, andai abah ada! Aura si bapa masih terasa apabila Hidayat bersiap-siap juga akhirnya, selepas aku khabarkan gertakan abahnya melalui telefon. Tentulah dengan hati bengkak. Ini semua, aku salahkan diri sendiri. Dia begitu asyik dengan gadget. Memang salah aku. Salah abah dia jugak. Ok, memang ada aku beri amaran akan merosakkan tab murah itu (gertak je).
"Jangan harap nak tengok mende tu lagi sampai kamu tamat madrasah!" Aku simpan ia dalam mikrowave. Oh tidak, di dalam laci saja sambil memikirkan tempat lain yang lebih rahsia. Dia sangat asyik. Beberapa kali dia menunjukkan kemahiran yang agak menghairankan. Sayangnya fokus ini tidak aku harapkan.
Hanessa pun 'kembali' ke madrasah. Dia sempat minta tilam nipis dari kampung kerana dia tiada tilam di madrasah, hanya menumpang di tilam milik kawan. Tadi petang, dia mengajak nanny Z menghantarnya ke madrasah yang hanya beberapa tapak di sebelah rumah. Yup, Atuk Leha sudah menjadi Nanny pulak. Nanny ketawa saja. Perangai cucu saling berbeza. Sebenarnya ini pertama kali nanny meluangkan masa yang agak lama bersama keluarga Meon. Bersama menantu perempuannya ini. Ah, biasa je. Sama je. Tak ada beza rasanya. Dan melihatlah nanny akan tingkah cucu-cucu anak Meon ini. Beragam jua.
Manuskrip.
InsyaAllah mengikut kata editor Tuan Johariz di Whatsapp, novel akan dipastikan berada di pesta buku pada Mac 2014. InsyaAllah. Semuanya dengan izin Allah. Apa tajuknya? Seindah Doa Bonda? Macam tak kena je ... sudah lupa ... betul ke?
Sudah tua.
Hmm InsyaAllah betul tu. Macam betul tu. Allahumma ameen. Alhamdulillah.
Hmm ...
Antara mencatat dan merekod.
Merekod dan merepot.
Merakam dan menghadam.
Apa asbab di sini untuk gembira di sana?
Sepertinya membazir masa
Tiada apa-apa
Kosong belaka
Astaghfirullah
Ya Allah!
Apakah ini semua hanya ...
Apa ini semua?
ketika magma semakin panas
aku masih alpa dan lupa
ketika lahar semakin membuak
aku masih terkesima tanpa arah
sampai bila?
Ya Allah!
apa ertinya ini semua.
Allahumma ameen.
Kepada Allah berserah.

Wednesday, December 18, 2013
Following the followers
Bagaimana nak menulis untuk gembira di akhirat?
Aku masih memikirkannya. Kak Aini telah memberi jawapan, di antara jawapan-jawapan yang menyukakan aku.
Maka pada satu hari, semalam, aku terfikir. Setelah memberi soalan yang sama kepada diri.
'Bagaimana nak menulis untuk gembira di akhirat?'
Kebelakangan ini, setelah diizinkan Allah kembali mula aktif di blog, aku menyedari sudah bertahun tidak menjengah rakan blogger yang 'mengikuti' blog aku. Ye ke ikut? Wallahualam. Sebagai pemanis blog, memang semanis gula. Sudah 65. Ok la untuk blogger 'pendiam' macam aku yang tak gemar ziarah dan follow blog lain. Apa awak bagi itu awak dapat. What you give is what you get. Aku tak follow, maka tak la bertambah follower aku. Tak kesah.
Tapi lama-lama, hari ini aku rasa apa salahnya aku follow balik mereka ni. Walaupun ada yang dah tak wujud macam blog FZI. Aku tak tau ke mana dia menghilang. Nak rujuk bertanya tak tau pada siapa. Semoga Allah memudahkan segala urusan FZI insyaAllah ameen. Bloggers yang dah tak aktif pun ramai. Followers yang bukan blogger pun ada.
Jadi, aku semak semua followers dan follow blog mereka. Mungkin ada sesuatu yang boleh aku lakukan melalui menulis untuk gembira di akhirat, bermula dengan menambah rakan bloggers. Mungkin ada isu atau topik yang dapat menjadi asbab kegembiraan nanti. Bagaimana? Semoga Allah permudahkan ia insyaAllah.
Dan rasanya nak blog walking jugak. Pada masa yang sama aku berborak dengan orang Terengganu. Gadis manis yang bakal disunting ni rajin pulak berborak bila ada masa di FB. Hanya bersua di alam maya je. Ok, bertukar-tukar cerita semasa.
Mata pun kian kelabu. Mungkin sudah sampai masa nak check mata. Sabar-sabarkan saja. Mengadap lappy memang lama-lama kelabu biji mata. Sebenarnya tanda kena berhenti mengadap lappy hehe ... tak faham ye.
Ok. Tukar topik jap. Pasal Hanessa anak manja kami.
Ustazah al-Hafizah datang berbincang sambil borak-borak. Dia sarankan anak ni habiskan siang hari di madrasah. Aku sangat setuju. Lepas cuti seminggu hujung tahun ni, aku cadangkan dia tidur malam pun di madrasah juga seperti awal kemasukan dulu. Jadi, apa bezanya dengan pelajar lain? Hmm ... mungkin dia tak payah cuci baju sebab boleh hantar baju kotor ke rumah je. Tetapi kalau dia nak full time kat madrasah pun tak jadi masalah. Ada dua mesin basuh otomatik yang sudah diinfak individu tertentu ke madrasah. Tak ada masalah tentang cuci baju.
Hanessa pelajar termuda setakat ini yang sudah mula menghafal al-Quran di madrasah. Ustazah dan aku sayangkan kelebihannya yang dikurniakan Allah. Hari tu dia bukan main seronok lagi sebab berjaya menghabiskan qiraati dan naik al-quran. Tetapi bila dah mula menghafal, jadi perlahan pulak. Suara pun perlahan, kata ustazah.
Tiap-tiap pagi pula dia ke madrasah dengan mata berkaca. Mata berkaca sebab kena marah la, kejut susah nak bangun. Pelajar madrasah aku kejutkan jam 4.30 pagi dan masuk kelas jam 5.15 pagi. Aku strict dengan mereka. Tiba kat anak sendiri, payah pulak aku nak mengejutkannya. Jam 6 baru melangkah ke madrasah yang di sebelah rumah je. Rotan yang dah lama hancur sudah dibuang, dan belum sempat lagi nak diganti. Baru berura-ura nak beli tiga batang rotan, ustazah dah sarankan yang terbaik untuk dia.
Alhamdulillah.
Semoga Allah mudahkan semua urusan kita dan memberkati hidup kita insyaAllah ameen.
* tulis cepat2 sebab nak masuk Asar dah. Jom solat dan baca doa petang pulak.
Wassalam.

hentitugas yang tak bermakna dan rawatan diri
buat kami di madrasah Lil Banat Ummul Qura Jalan Kebun. Sebab apa?
Sebab air paip ada sepanjang hari :D.
Malam tadi jam 11.
"Okeh, jom kita tadah air. Amik piuk-piuk ni cuci. Tong sampah yang bawah sinki tu bawak sini, cuci lagi boleh wat tadah air. hmm ... okeh, pi amik sume baldi-baldi bawak sini tadah sume."
Semua bekas yang sesuai digunakan semaksima mungkin untuk menyimpan air bersih. Lewat malam itu, aku dan pelajar-pelajar riuh menadah air sambil berborak-borak.
"Malam ni mama bagi tido lambat sikit." Tetapi ada juga yang beralasan kurang sihat dan berehat sahaja dalam bilik.
Petang tadi Ustazah Ain datang semula untuk mengajarkan cara mencedok air supaya kekal kesuciannya untuk berwuduk dan istinjak. Kenangan lama di UiTM Melaka muncul semula. Lama juga kami melalui pengalaman ketiadaan air waktu itu. Hikmahnya aku tak mudah kalut apabila ketiadaan air, melainkan kalau sakit perut cherry berry (macam kata Incik Hanafi :P) yang memerlukan air banyak untuk mencuci.
Aku pun bertungkus-lumus memasak awal pagi. Jam 10 sudah santai kelegaan. Wah, cepatnya aku hari ni! Gumam sendiri.
Menjelang waktu Zuhor, air masih mengalir dari paip. Waktu Asar pun begitu juga.
"Kawasan kami tak terkesan dek hentitugas kot." Aku berwassap dengan seorang ibu pelajar yang tinggal di Sijangkang. Dia menceritakan kerisauan kerana tidak dapat menyimpan air secukupnya kerana tiada bekas besar. Yang penting untuk istinjak dan berwuduk, jelas aku sambil menekan huruf H dan I beberapa kali, diakhiri dengan menekan icon muka ketawa dengan lidah terjelir, tanda ketawa lucu agaknya, walaupun aku tidak ketawa ketika itu.
Aku terus berbincang-bincang dengan kakak yang tinggal di Bangi. Katanya kawasan dia pun tidak terjejas.
Tetapi ketika aku dan suami sampai di madrasah Lil Banin, kesan kerja hentitugas sudah memberi kesan di situ. Mereka keputusan air! Syukurlah tempat kami masih ada air.
Aku berada di madrasah Hidayat kerana memenuhi janji untuk rawatan saka sekiranya ada.
Aku diminta duduk bersandar sambil berlunjur di atas tilam nipis yang dikhaskan. Sehelai kain ridak dikibas dan dihamparkan di atas peha hingga ke hujung kaki. Ustaz mula membaca ayat-ayat suci Rukyah dengan suara tenang dan alunan yang indah. Rileks sahaja. Kemudian kaedah gantung tangan di udara dimulakan. Ustaz mengangkat kedua-dua tangannya dan menyuruh aku meniru aksinya. Sambil itu ustaz menyambung semula bacaan ayat suci dan memberi arahan kepada jin di dalam badanku. Ada dua kemungkinan jenis jin yang menyorok atau menempati badan. Kedua kumpulan ini diminta memberatkan tangan yang berlainan mengikut jin yang mana yang sedang menganggu aku.
Aku menunggu. Ustaz juga menunggu. Suami dan Hanessa yang ikut sama tentu sama-sama menunggu sebarang respon. Aku ternanti-nanti bagaimana rasanya tangan aku menjadi berat dan perlahan-lahan jatuh ke bawah. Aku azam mahu menahan tangan yang berat selagi boleh.
Tik...
Tik...
Tik...
.
Tak rasa berat pulak.
Ustaz mengulangi lagi. Kali ini ustaz menghamparkan sehelai ridak yang dilipat empat berwarna coklat lembut di sebelah kakiku. Kain itu dipukul dengan sebatang kayu selebar dua jari dan sepanjang sedepa. Ish kalau kena kaki sedap ni, bisik hati. Ustaz memberi amaran lagi supaya jin jangan main-main tapi serius menampakkan respon. Tangan aku disuruh turun dan diganti dengan menaikkan jari telunjuk kiri dan kanan di atas peha.
Tik ...
Tik ...
Tik ...
Aku menjeling rak buku di tepi pintu. Ada satu buku yang menarik nampaknya. Macam mahal harganya. Aku renung tajuk di jalur tepi buku dari jauh sambil menanti sebarang tekanan berat kepada jari-jari aku. Hmm ... Peniruan Evolusi?
Aku renung lagi tajuk yang nampak tak nampak tapi masih jelas juga pada pandangan mataku. Oh ia sebenarnya Penipuan Evolusi seperti yang sepatutnya. Tentu ada kaitan dengan Charles Darwin tu agaknya. Jari-jemari aku masih tidak merasa sebarang tekanan berat supaya ia turun ke bawah. Aku juga masih azam mahu menahan sebarang tekanan sekiranya ada. Boleh cuba ke?
Ustaz mengulang-ulang amaran lembut untuk membakar jin di dalam tubuh aku sekiranya enggan bekerjasama. Sebelum itu ustaz membaca ayat-ayat Rukyah dengan suara yang teratur dan jelas. Aku duduk berlunjur dengan tenang. Sambil tangan diangkat ke udara separah bahu. Sebaik sampai tadi aku diminta mengisi sekeping borang biodata diri.
Akhirnya ustaz menyuruh aku menurunkan jari. Ustaz menghamparkan sehelai lagi kain ridak kotak-kotak jalur hitam di atas kaki dan menariknya perlahan-lahan sambil membaca rukyah. Kaki aku dilurut seperti membuang sesuatu dan ustaz membuangnya ke belakang. kemudian mengangkat kedua-dua jari telunjuk di atas peha tidak me memberi sebarang tanda aku mengalami apa-apa gangguan jin.
Setelah beberapa ketika rawatan, akhirnya aku disahkan tiada sebarang gangguan. "Atau mungkin juga seperti kebanyakan kes, semasa rawatan tidak ada apa-apa. Tetapi akan datang lagi gangguan yang sama." kata ustaz berbaju biru tua berjanggut sejemput. "Macam tak jelas la ni ..." sambung ustaz sambil memerhatikan borang yang aku isi, yang berada di atas lantai di sebelahnya.
Hmm ... tak tau nak jawab macamana soalan-soalan yang ada di borang tu sebab aku rasa tak ada yang serius berlaku pada aku. Mimpi jatuh dari tempat tinggi ada sekali je yang aku rasa gayat sebab gaung terlampau besar. Tak ada mendengar suara atau nafas. Tak ada melihat lintasan atau bayangan. Lain-lain pun tak ada, aku tak ingat sangat apa lagi soalannya.
Cuma aku tick satu je, 'selalu tak suka pada suami.' Aku tick sambil jeling-jeling kat suami yang duduk di sebelah. Hehe ... Aku 'selalu tak suka pada suami' apabila dia dengan selamba merokok depan aku!!!!!!!
Jadi masa tick jawapan tu, aku bercakap dalam hati, 'Ya Allah, Engkau sahaja yang tau tang mana yang aku tak suka tu...
Kemudian suami pulak offer diri untuk rawatan. Dia memberi beberapa alasan yang agak logik untuk diberikan rawatan. Ustaz memulakan semula bacaan Rukyah kepada suami.
"Hmm ... tak ada apa-apa pun." kata ustaz.
Alhamdulillah syukur. Macam ada apa-apa tapi ternyata tak ada apa-apa pun.
Buat masa ini dan selama mana yang boleh, sangat wajar dan afdal aku berbaik sangka dan terus belajar berbaik sangka kepada semua. Semoga baik sangka ini menjadi asbab kebaikan. Apa sahaja yang kita fikir dan sangkakan juga adalah doa kepada Allah. Baik sangka kepada Yang Maha Pencipta khususnya. Bukankah Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Astagfirullah alazim, seandainya buruk sangka ini telah mengundang dosa percuma. Ya Allah, ampunilah kami.

Tuesday, December 17, 2013
dalam azam dan usaha
mahu MENJADIKAN HATI SELUAS LAUTAN 
umpama sebuah peperangan yang sentiasa berkesinambungan
Antara hati dan kesedaran
Melawan nafsu dan syaitan.
Dalam azam dan usaha mahu mujahadah dengan istiqamah
Adalah perlawanan yang tiada kesudahan.
Menang atau kalah.
Bukanlah hasilnya menjadi taruhan.
Perjalanan itu yang menjadi intipan.
Cara kau menghayun kaki buat mengatur langkah
bagaimanakah rentak dan nadanya
sumbangkah atau indah penuh makna.
Apakah ia umpama alunan desir nyaman gurindam daun-daunan syurga?
ataukah bagai bisikan ngeri nyalaan api hitam dari lubang neraka?
Dalam azam dan usaha
mahu MENJADIKAN HATI SELUAS LAUTAN
terpaksa memaksa dan dipaksa
terkorban mengorban dan dikorban
adalah syair para sufi
bersama titisan airmata
untuk membuka pintu hati
yang sebenarnya bukanlah milik sesiapa
kerna segala yang kau ada
hanya pinjaman sementara
hatta secangkir nafas yang kau dapatkan di pagi hari
HATI YANG SELUAS LAUTAN
tidaklah semudah yang dikata untuk dikota
umpama lautan yang tenang
menyembunyikan segala rahsia di dasarnya
umpama lautan yang hebat bergelombang
menghantar segala khazanah terdampar ke pantai malam

Monday, December 16, 2013
Hanessa naik al-Quran
12 Dicember 2013
Hr ni Hanessa khatam qiraati dan mula nazirah al-Quran (melancarkan bacan) sehingga ustazah puas hati barulah mula menghafal. Mohon doa untuk anak-anak kita semua. Ameen.
Aku menghantar post ke whatsapp Hj Arbak's Family, juga kepada suamiku dan kakak. Beberapa ucapan tahniah muncul di skrin hp. Anak kecilku yang semakin membesar tetapi masih membawa perangai manjanya, Hanessa, sudah selesai bacaan qiraati.
Di madrasah lama, dia sudah nazirah al-Quran. Apabila mengikuti pengajian dengan ustazah lain di madrasah ini, dia bersama-sama semua pelajar baru perlu memulakan semula bacaan dari awal.
Ini perkara biasa apabila pelajar bertukar guru. Ia untuk kebaikan pelajar dan memudahkan guru mengetahui tahap pencapaian dan kemampuan pelajar dalam menghafaz dan membaca dengan betul. Sangatlah penting pelajar membaca dengan betul harakatnya, sebutan hurufnya dan tajwidnya. Apabila mula menghafal, tiga perkara ini sepatutnya sudah tidak menjadi masalah kepada pelajar. Bacaannya akan lancar dan tepat semasa sabaq. Hanya kesalahan-kesalahan kecil yang dia boleh membetulkannya dengan cepat yang mungkin berlaku.
Beberapa hari lepas, "mama, baby (masih memanggil dirinya sedemikian) dah start hafalan!" Hanessa memberitahu aku dengan ceria. Suka benar nampaknya.
"Alhamdulillah. Hafal betul-betul. Abih, kata wat nazirah?"
"Ye la mama. Nazirah untuk juz 1. Hafalan tu juz 30."
Oooo, mana la mama tau ...
Ketika bercerita kepada Alongnya, Naqib memberitahu itu kaedah 2 dalam 1. Nazirah bersekali dengan hafalan.
Apa sahaja, aku yakin itulah yang terbaik. Hanessa sedang berlumba dengan seorang pelajar lain, Maisarah, yang 6 tahun lebih tua darinya. Hanya mereka berdua yang selang sehari khatam qiraati dan naik al-Quran. Beberapa pelajar sudah jauh menghafal al-Quran dan selebihnya masih menyelesaikan qiraati, termasuk dua pelajar cilik sebaya Hanessa.
"Dik, nanti bagitau mama nak hafal surah yang mana. Kita lumba berdua nak? Mama pun nak hafal jugak." Sudah lama aku berangan-angan mahu bersaing dengan si bongsu ini. Mahu mengambil kesempatan dari dirinya. Kalau yang kecil mampu menghafal, aku juga boleh sepatutnya, begitulah fikirku. Mencabar diri sendiri, itulah tujuannya.
Cuma bab sabaq tu yang aku tiada. Tapi mungkin boleh diuruskan dengan ustazah. Bukan di madrasah semasa waktu kelas. Tetapi di waktu senggang, untuk menyemak bacaan.
Aku dengan jadual harian dan keuzuran syarie. Si anak yang istiqamah mengikut jadual pembelajaran bersama ustazah. Boleh ke agaknya aku melakukannya?
Ia masih lagi tiada jawapan. Apa yang boleh aku katakan, hanyalah INSYA ALLAH. Allah jua yang memudahkan segalanya.
Semoga anak ini akan lebih maju setiap masa. Khatam dan syahadah. Kemudian mengikuti kelas alimah. Kemudian, "baby nak jadi doktor jantung. Nak check jantung wan. Nak jadi doktor haiwan jugak."
Aku tak kesah. Apabila al-Quran sudah mantap di dadanya dan bergelar alimah jua, insyaAllah tiada keraguan tentang masa hadapannya. Tetapi kalau nak mantap terus dengan ilmu yang sudah ada, elok diteruskan dengan jaluran pekerjaan yang bersesuaian. Menjadi ustazah juga. Sambil mengajar sambil menghafal, sambil memantapkan ilmu. Masuk bidang pekerjaan lain, gusar juga rasa hati. Bimbang yang aku rasakan ada benarnya apabila dunia memanggil dan membuatkan anda sibuk dengan segala 1001 urusannya.
Hanessa masuk membawa baldi buruk yang digunakan pekerja ketika mengubahsuai madrasah tempohari. Baldi yang nampak kotor dengan bekas simen diletakkan di atas kerusi makan.
"Apa tuuu? Kotornya! Alihkan sekarang!" aku terjerit. Serta-merta tergambar wajah mak yang cerewet bab kebersihan di ruang mata. Aku sudah hampir mewarisi sikap mak yang cerewet.
"Ala mama ni. Dalam ni ada berudu la. Dah ada yang nak jadi katak dah. Nak bela ..." sahut Hanessa seperti hampa kerana dimarahi tiba-tiba.
"Kamu ni. Berdosa macam tu. Lepaskan balik." Aku dengan sungguh tak sukanya mengeluarkan arahan. Bela berudu???? Aku agak semua berudu tu akan timbul tak bernyawa nanti. Kan itu berdosa. Haa ... tentu dia tak mahu ibunya ni tanggung dosa percuma.
"Ala mama ni ... baby kan nak jadi doktor haiwan. Mama kata tak pe baby belajar dari sekarang. Baby nak belajar tengok berudu ni jadi katak." semakin hampa suaranya, tak terlawan dengan suara aku yang meninggi hehe ...
"Urmm ... "
"Tak pe la, tak jadi la nak keja doktor haiwan. Mama asik marah je." akhirnya begitu. Alahai ...
"Boleh la, tapi kita nak keluar jap gi. Sian la berudu tu letak dalam dapur ni nanti mati lemas dek panas." suara aku kendur tapi masih mahu dia buang berudu tu secepatnya.
Memang anak yang seorang ini lain sedikit fiilnya. Tadi semasa beberapa ekor ulat sampah cicir di atas lantai, dia menguit-nguit ulat itu.
"Ermmm ... comelnya!" ulat itu dikutip dan diletak di telapak tangan.
"Kotor la!"
"Tak pe mama, baby kan nak jadi doktor haiwan." itulah alasannya setiap kali ditegur. Sabar saja la. Semoga Allah makbulkan kata-katanya menjadi doktor haiwan bergelar al-hafizah yang penyayang dan mesra haiwan :D. InsyaAllah ameen.
Pernah juga merajuk sebab kakak-kakak yang lebih besar tak memberinya peluang bermain belalang dan mentadak.
Sekelumit kisah si bongsu kami yang berumur 8 tahun, yang bukan sahaja bercita-cita besar tetapi juga garang orangnya ermm ... i love u sweetie.

Sunday, December 15, 2013
usah kecewa
kerana istilah kecewa tiada dalam kamus Mukmin.
kecewa dan putus asa
hanyalah semakin jauh dari rahmat Allah.
langit yang luas terbentang
di atas langit ada langit
berlapis-lapis
langit pertama umpama sebentuk cincin cuma
di padang yang luas
dibandingkan dengan langit kedua
bagaimana pula luasnya
langit ke tujuh sana
hanya Allah maha mengetahuinya.
tidak ada kebetulan dalam kehidupan
semuanya sudah ada ketetapan
dan untuk orang-orang yang dikasihi Allah
biar semakin dekat dan akrab
dalam kasih-sayangNya
merinduiNya
mengingatiNya
mengharap keampunanNya.
bahawa tiada yang kekal
semuanya hanya sementara
kampung akhirat sudah menanti
istana mutiara selalu dihiasi
bidadari-bidadari bermata jeli sangat merindui.
usah kecewa
ini semua hanya sementara
satu hari
mungkin sebentar lagi
esok lusa tulat
bila-bila
entah bila
sebarang masa
panggilan akan tiba.
sementara masih ada masa
mari mendekat kepada yang Maha Dekat
biar semakin dekat
semoga semakin akrab
untuk jiwa yang mencari
untuk hati yang sepi
keindahan, kerinduan, kecintaan, semuanya milik Illahi
mintalah pada Dia
Dia Yang Maha Pecinta lagi Maha Lemah-lembut
dan Maha Mengetahui segala isi hati.
InsyaAllah.
~ didik hati seluas lautan ~

Saturday, December 14, 2013
sanah helwah 17
buat anakanda Muhammad Naqib.
Semakin tinggi dan pagan. Semakin garau suaranya. Semakin matang, insyaAllah. Tapi sehelai janggut pun belum ada.
"Camana ni? Sapula apa-apa minyak."
Dia mengusap-usap dagu yang licin sambil ketawa. "Ada mama. Tapi lom jugak tumbuh hehe ..."
Aku perhatikan betisnya. Owh dia bukanlah orang yang berkulit licin mulus. Okey la tuh. Cuma Allah belum izin janggutnya tumbuh. Tak lama lagi insyaAllah tumbuh la tu. Baik sangka, akan dapat yang disangka baik.
Meraikan dengan sederhana. Kata orang sekarang, sempoi. Kek pun tak sempat nak dipotong. Si bongsu yang berbesar hati tolong potongkan. Hmm doa pun tiada, alamak. Menunggu giliran menggunakan bilik solat wanita yang sebelum ini adalah bilik tamu, dan memikirkan parents pelajar dari Kuching yang menunggu giliran juga. Semuanya jadi lupa. Perlu pula mengejar masa untuk balik. Ada tanggungjawab sudah menunggu.
"Mama, ada follower blog mama kat sini." Hmm ... follower aku? Yep, sudah 65 orang. Tentu dia datang bersama keluarga menziarahi abangnya.
"Mana dia?" aku tertoleh-toleh. Tidak ada rasa glamer langsung. Apalah yang nak dibaca di blog picisan seperti ini. Lainlah kalau Ustaz Gunawan yang beberapa kali terserempak di perkarangan madrasah.
"Tu, sebelah sana. Yang kereta besar tu." Hmm ... ok ini ada sedikit kisah Naqib :P. Sikit je ye ... hehe
Hidangan utama bukanlah kek. Hari ini abah berkesudian memasak Ayam Kari Tandoori, asbab baru menyedari kari ayam sudah kehabisan di saat mahu menumis. Yang ada kari ikan. Kalau aku, tak kisah. Tapi abah tak mahu. Sudahnya entah macamana, berbekalkan rempah ratus dari kedai yang masih berbaki banyak, terhasillah hidangan ala Tandoori.
Merah menyala warnanya. Agak pedas berbanding manisnya. Minyak berlinangan. Alhamdulillah, yang ketara tentulah sedapnya. Allah yang bagi sedap.
Jadi, sebagai meraikan tarikh kelahiran, kami makan hidangan dalam talam madrasah. Laju je habisnya, kat luar hujan daa ... Sederhana. Sempoi. Tetapi insyaAllah menambah kasih-sayang. Semoga Allah memandang juga dengan rahmat kasih-sayangNya.
Cuma kurang seorang. Si kakak yang menyimpan kebenaran outing khas untuk minggu depan. Rela dia menahan diri dari keluar mengikut kami. Hanya salam dikirimkan buat abangnya yang tersayang.
Ya Allah, pilihlah anak-anak ini menjadi pembantu agamaMu. Berilah mereka faham. Dan berilah mereka nikmat manisnya iman. Dan berilah mereka guru-guru yang mursyid dan sahabat-sahabat yang soleh. Dan kurniakanlah mereka jodoh orang-orang soleh dan bertaqwa, yang baik untuk ugama, dunia dan akhirat mereka. Ameen ya Robb.
Semakin tinggi dan pagan. Semakin garau suaranya. Semakin matang, insyaAllah. Tapi sehelai janggut pun belum ada.
"Camana ni? Sapula apa-apa minyak."
Dia mengusap-usap dagu yang licin sambil ketawa. "Ada mama. Tapi lom jugak tumbuh hehe ..."
Aku perhatikan betisnya. Owh dia bukanlah orang yang berkulit licin mulus. Okey la tuh. Cuma Allah belum izin janggutnya tumbuh. Tak lama lagi insyaAllah tumbuh la tu. Baik sangka, akan dapat yang disangka baik.
Meraikan dengan sederhana. Kata orang sekarang, sempoi. Kek pun tak sempat nak dipotong. Si bongsu yang berbesar hati tolong potongkan. Hmm doa pun tiada, alamak. Menunggu giliran menggunakan bilik solat wanita yang sebelum ini adalah bilik tamu, dan memikirkan parents pelajar dari Kuching yang menunggu giliran juga. Semuanya jadi lupa. Perlu pula mengejar masa untuk balik. Ada tanggungjawab sudah menunggu.
"Mama, ada follower blog mama kat sini." Hmm ... follower aku? Yep, sudah 65 orang. Tentu dia datang bersama keluarga menziarahi abangnya.
"Mana dia?" aku tertoleh-toleh. Tidak ada rasa glamer langsung. Apalah yang nak dibaca di blog picisan seperti ini. Lainlah kalau Ustaz Gunawan yang beberapa kali terserempak di perkarangan madrasah.
"Tu, sebelah sana. Yang kereta besar tu." Hmm ... ok ini ada sedikit kisah Naqib :P. Sikit je ye ... hehe
![]() | ||
| semoga menjadi pilihan Allah untuk membantu agamaNya. Juga semoga dapat mencapai sasaran untuk khatam 30 juz pada April 2014 insyaAllah ameen. |
![]() |
| hilang sudah masa lapang. kek oreo beli je ... kedai kek orang Islam tentunya :D |
Merah menyala warnanya. Agak pedas berbanding manisnya. Minyak berlinangan. Alhamdulillah, yang ketara tentulah sedapnya. Allah yang bagi sedap.
Jadi, sebagai meraikan tarikh kelahiran, kami makan hidangan dalam talam madrasah. Laju je habisnya, kat luar hujan daa ... Sederhana. Sempoi. Tetapi insyaAllah menambah kasih-sayang. Semoga Allah memandang juga dengan rahmat kasih-sayangNya.
Cuma kurang seorang. Si kakak yang menyimpan kebenaran outing khas untuk minggu depan. Rela dia menahan diri dari keluar mengikut kami. Hanya salam dikirimkan buat abangnya yang tersayang.
Ya Allah, pilihlah anak-anak ini menjadi pembantu agamaMu. Berilah mereka faham. Dan berilah mereka nikmat manisnya iman. Dan berilah mereka guru-guru yang mursyid dan sahabat-sahabat yang soleh. Dan kurniakanlah mereka jodoh orang-orang soleh dan bertaqwa, yang baik untuk ugama, dunia dan akhirat mereka. Ameen ya Robb.
Thursday, December 12, 2013
sebab tu aku
malas nak draf dulu. Lebih gemar tulis direct di blog dan terus update.
"Aku tak save eh?"
"Aku tak save ke?"
"Owhh aku tak save ..." :(
Ok, dah nak masuk muka ke dua malam tadi aku mengarang semula peristiwa semalam. Karangan yang penuh emosi dan saspen. Jarang aku cerita macam tu. Pagi ni aku nak sambung dan nak post ke blog ni. Dan baru tersedar, aku teroff laptop dengan baik sangka sahaja malam tadi, setelah tak larat nak menongkat kelopak mata.
Tapi ia perlu untuk direkodkan paling tidak untuk diri sendiri dan kaum keluarga terdekat yang mengikuti blog picisan ini.
Ringkasnya, dah malas nak menulis penuh emosi, aku berurut petang semalam. Dah seminggu terasa sungguh letih dan penat. Dengan kata lain MALAS benar rasanya nak buat macam biasa. Maka Allah datangkanlah insan ini ke tempat aku bermukim sementara waktu seperti yang dijanjikannya.
Ceria orangnya. Katanya, "Saya pun tak tau akan sampai ke sini. Ini kali pertama saya datang ke kawasan ni. Saya pun tak tau kenapa saya pakai macam ni dan tudung macam ni."
Semua kehendak Allah jua.
Dan urutannya menyakitkan aku. Sungguh menyakitkan. Luar biasa sakitnya. Suami aku yang cukup dengan letak tangan je pun sudah sakit, tu tangan orang lelaki. Tangan dia lagi power. Memang mintak ampun. Tak pernah aku mengaduh begitu rupa. Tak pernah, walau macamaman sakit sekalipun. Aku tahankan. Ada sekali dapat tukang urut yang entah la dia urut daging ke urut urat, sakit juga tapi tak sesakit ini.
Tapi semalam aku terpaksa memberitahu yang aku sakit dan tolong slow sikit. Perempuan ini hanya menahan ketawa besar.
"Sakit la. Awak urut apa ni? Ni urut ke apa ni? Sakit laaaaa ...!"
"Saya tak tau kak. Saya rasa macam berat je ni."
Sudah 7 tahun mengurut orang. Semua bangsa dia urut, katanya. Tetapi wanita sahaja. Dan anugerah Allah agaknya maka jari-jemarinya pandai merasa kelainan yang ada.
"Apa bendanya yang berat tu?" Aku cuak. Takkan berulang lagi hal yang sama? Tapi kaedah yang dibuatnya saling tak tumpah seperti kaedah kiyai di Sijangkang.
Nak jadi cerita, kesaspenan sudah bermula beberapa minit selepas urutan. Hanessa datang memberitahu ada ular hitam panjang di kawasan kotak-kotak yang bersusun di belakang dapur.
"Panjangnya macam ni mama." Dia mendepa kedua-dua tangannya. Uish panjang tu!
"Besarnya macam ni mama." Dia merapatkan tiga jari halusnya. Hmm besar jugak!
Heboh! Beberapa pelajar yang kononnya berani mula sibuk nak mencari ular. Tempat aku berurut bersebelahan dengan kawasan kotak-kotak itu. Maka suara mereka terdengar jelas ke anak telinga.
"Dah pi balik madrasah! Tak yah cari lagi. Balik dulu." aku bersuara. Sahih ustazah di rumah sebelah pun mendengar jeritan aku. Tak boleh bangun sebab sedang diurut, suara je yang boleh dilontarkan.
Tetapi mereka tak berganjak. Sambil tu aku pulak beristighfar sambil mengaduh sakit diselang-seli oleh suara tukang urut yang sama-sama bertasbih tahmid dan takbir dengan penuh perasaan. Setiap kali dia merasa sesuatu yang berat di mana-mana bahagian yang diurut, dia akan 'membuangnya'. Memang pelajar pasang telinga la tu. Geram je ...
Tamat berurut, syukurlah walaupun akhir sekali dia menarik rambut aku begitu kuat. Seksanya aku rasa kena urut kali ni. Walau bagaimana pun sempat juga aku dakwahkan dia kerana Allah. Ada masalah juga rupanya. Yalah, mana ada insan yang tak ditimpa masalah di dunia ujian dan asbab ni. Direct terus kepada amalan solat tasbih.
Perkataan yang sama seperti kepada yang lain juga. "Doa la sampai menangis. Allah bagi tu semua sebab Dia nak awak merintih padaNya. Awak boleh je cerita kat sesapa, tapi setakat mana la orang boleh mendengar. Dengar boleh, tapi setakat mana la boleh bantu awak. Minta la terus pada yang memberi ujian tu. Dia bagi Dia juga ada penawar dan ubatnya."
Maka adalah asbabnya aku berurut dengan dia, dan dia pula sudi nak urut aku.
Namun cukuplah rasanya sekali ini. Aku merujuk kepada seorang perawat terdekat yang belum pernah aku temui tetapi maklum dengan kemahiran yang dikurniakan Allah.
Apabila aku ajukan hal 'buang benda' walhal aku sudah dapatkan rawatan awal tahun tempohari, jawapannya ringkas di wassap. "Saka tak selesai dengan hanya sekali rawatan."
Apakah ini saka? Wallahualam.
Ini semua benda baru pada aku. Dalam setahun ini perkataan 'saka' mula muncul dan pernah menjadi isu di antara kami adik-beradik. Tetapi nampaknya usaha perlu dimulakan lagi. Teringat kepada kiyai tersebut, yang pernah memberitahu untuk melanjutkan rawatan ke rumah tua di kampung. Namun sifat lupa dan pelbagai hal yang mendatang menyebabkan ia tertangguh terus.
Maka, bukankah aku ini famous? Bangsa jin pun minat nak berdamping. Tapi dampingannya tak bermanfaat. Memang tak ada manfaat sampai kiamat. Bahkan boleh menjadi api dalam sekam. Atau macam udang sebalik batu. Sayangnya 'kepopularan' aku ini sebenarnya tidaklah besar faedahnya. :P Dan sebenarnya bukanlah kerana diri aku, tetapi mungkin saja kerana ada janji yang terukir pada satu ketika dahulu entah bila, entah di mana, entah bagaimana, entah apa janjinya. Maka aku salah seorang yang termangsa dek janji tok nenek wallahualam.
Sungguh, aku semakin yakin. Dakwah Ilallah mesti diteruskan seluruh alam.
Ya Allah, pilihlah kami dan anak cucu keturunan kami sebagai pembantu agamaMu. Berilah kami faham agama yang luhur ini. Berilah kami faham maksud hidup ini dan usaha atas iman seperti yang mereka seru itu. Berilah kami nikmat manisnya iman.
Ya Allah, tetapkanlah kami di dalam golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Satukan hati-hati kami dengan iman dan takqwa. Ya Allah, selamatkan kami dari fitnah akhir zaman.
Agar jangan ada yang merendah diri kepada bangsa yang rendah. Jangan ada yang meminta kepada selain Allah. Agar semuanya membesarkanMu, kembali kepadaMu dengan nafsu yang tenang dan beroleh keampunan dan redhoMu.
Aku tak faham, berilah aku faham. Berilah kami faham. Mudahkanlah untuk kami ya Allah.
Pilihlah kami ya Allah. Janganlah hampakan harapan kami. Kami banyak dosa ya Allah. Ampunilah kami ya Allah. Bagaimana kami nak bertemuMu membawa rindu kalau Kau tak sudi pada kami. Ya Allah ... malu kami ya Allah. Kan berdiri di padang yang luas tandus tanpa seurat benang penuh risau dan debaran.
Di mana nak bernaung ya Allah ...
Sementara masih ada masa, terimalah kami yang dhoif lagi hina ni ya Allah. Kemana nak pergi lagi ya Allah kalau bukan dalam dakapanMu. Ya Allah ya Allah ...
Selamatkan kami dari kejahatan makhlukMu. Kami memang tak cukup amalan. Kami selalu lupa. Tolonglah kami untuk baiki diri.
Ya Allah mungkin ini asbab untuk mendekatkan diri kepadaMu. Bukakanlah jalannya untuk kami tempuhi ya Allah. Bukakanlah jalannya ya Allah.
Kami malu pada Rasulullah saw. Kami bukan orang yang baik di antara umat baginda. Ya Allah, semoga ada di antara keturunan kami yang menjadi kebanggaan baginda nanti. InsyaAllah ameen.
***
Setiap penyakit ada ubatnya. InsyaAllah. Semoga masih ada masa.

Wednesday, December 11, 2013
"ada kotak tak?"
aku bertanya kepada lelaki yang sedang duduk termenung di kaunter. Sejuk. Hujan lebat membasahi bumi. Sesekali ingatan melayang kepada sang suami. Kalaulah dia tau ...
"Apa?" tanyanya kurang jelas barangkali. Bunyi deruan hujan menghalang bicara menjadi jelas.
Aku ulangi pertanyaan. Dia menggeleng kepala.
Aku menuju kedai lain dengan harapan. Aku perlukan kotak untuk tujuan di petang yang dingin ini. Beruntai-untai doa dan selawat aku panjatkan ke hadratNya. Semoga urusanku dipermudahkan Allah. Akhirnya kotak yang dihajatkan aku perolehi jua.
Pakaianku separuh lencun. Stokin basah. Apa saja yang sedang aku lakukan ini, bisik hati. Ingatan kepada sang suami kembali menghiasi fikiran. Kalaulah dia tau ...
Akhirnya aku tiba di hadapan rumah bekas kejiranan. Aku tidak ambil banyak masa untuk mengerling rumah bernombor 56. Apa yang sudah lepas biarkanlah. Ada perkara lain yang perlu diselesaikan petang ini.
Sempat pula berwassap dengan tuan rumah yang sedang berada di kampung, mengabarkan aku sudah berada di hadapan pintu rumahnya. Semoga urusanku berjalan lancar. Tidak lama kemudian seorang gadis remaja muncul dengan senyuman.
Aku turun bersama payung. Aduhh, payung yang jarang digunakan tersekat pulak. Semakin basahlah pakaian disirami hujan, semakin basah stokin di kaki yang kian kecut. Sejuknya!
"Mana dia?" aku bertanya kepada si gadis berbaju kuning selepas bersalaman.
"Ada kat dapur. Nak berapa?"
"Semua la. Tak nak pisah-pisah, sian."
Dia mengangguk-angguk terus tersenyum manis. Kelibatnya menghilang. Aku berdiri di depan pintu menegur adiknya yang tercengang. Kanak-kanak yang kurang upaya ini tidak membalas teguranku melainkan terus memerhatikan aku dengan hairan. Dia memang begitu. Insan istimewa yang tiada dosa, bakal membimbing tangan ibu dan ayah menuju syurga kelak. InsyaAllah.
Aku dipelawa masuk tetapi benar-benar tidak selesa dengan keadaan diri. Ya Allah, jadikan ini semua asbab hidayat dan sumber pahala dari sisiMu. Teringatkan suami lagi. Aduhai ... kalaulah dia tau apa yang sedang aku lakukan.
Aku hanya merasakan perlu aku berbuat sesuatu seperti ini. Dan untuk melakukannya, aku merasakan harus merahsiakannya terlebih dahulu. Lepas selesai, terpulanglah. Andai perlu menadah telinga, biarkan sahaja. Andai perlu menahan hati, pun tahankan saja. Namun berdebar juga rasanya. Aduhai ...
"Susahlah. Dia menyorok kat belakang mesin basuh tu." muncul si gadis terus tersenyum.
"Hmm kena ambik jugak la. Nak wat camane."
Aku harus melakukan sesuatu. Kususuri tepi rumah menuju ke belakang. Adik lelaki si gadis (bukan yang duduk di depan pintu tu) sedang menjolok belakang kabinet luar dengan batang penyapu. Aku meninjau. Ternampak anak kucing sedang ketakutan. Aku tau, ada tiga ekor semuanya.
Setelah berhempas pulas berusaha menangkap anak-anak Cantek, aku pun pulang dengan rasa lega. Alhamdulillah. Bersama ngiauan Cantek yang kerusuhan, aku menahan kesejukan sambil memikirkan. Bagaimana setelah suamiku tau nanti ...
Cantek sudah bersama kami semula. Tentu Putam suka hehe ... Cik Eda meminta aku mengambil Cantek (dia panggil Bunga) bersama anak-anaknya melalui whatsapp pagi tadi. Sebulan lepas, dia bertekad mahu memelihara kucing tiga warna ini dengan anak-anaknya. Kini anak-anak Cantek sudah lincah dan pandai makan. Perkara biasa, tentu anak-anak kucing ini berak merata.
Di rumah, aku meletakkan Cantek dan anak-anaknya di dalam sangkar. Biar dia bertenang dahulu. Perlahan-lahan nampaknya Cantek mula memahami. Dia sudah sekumpul semula dengan kami. Aku panggil namanya beberapa kali. Matanya yang berkaca cantik berbingkai celak memandang aku dengan tulus. Setelah selesai semua urusan bersama pelajar, aku tutup pintu dan membuka pintu sangkar.
Cantek mula merayau dengan tenang. Tentu dia mencari pintu sambil mengenalpasti ruangan. Putam, Mizi dan Comel juga ada. Aku agak tertanya-tanya ... happy ke Putam bertemu Cantek semula ya? Hmm ... Apa yang aku nampak, Putam pergi mendapatkan Cantek di dalam sangkar tadi. Bertanya khabar agaknya dan mengalu-alukan kehadiran Cantek. Hehe ...
Aku buka peket makanan kucing yang dibekalkan Eda dan melambakkannya ke dalam dulang. Kerana Cantek, tadi aku usahakan ke Tesco membeli peket besar (dan baru aku tau Tesco dibuka sampai jam 1 AM setiap Jumaat dan Sabtu).
Pasir khas aku curahkan ke dalam bekas bersama harapan. Tolong jangan berak merata ya.
Cantek terus merayau. Dia perlu diberitahu pintu untuk keluar masuk, walaupun sebenarnya haiwan ini lebih cekap daripada yang disangkakan. Aku dukung Cantek dan bawa ke tingkap hadapan yang menjadi laluan Putam keluar masuk rumah. Alamak, ada cap-cap kaki berlumpur di kerusi itu. Tentu cap kaki Putam yang memijak becak. Hmm ...
'Selamat datang Cantek. Mizi sudah dua kali menangkap tikus besar, sebesar anak-anak kamu. Nampaknya bakat dan kecekapan kamu menurun padanya. Okay, semoga tangkapan kamu akan lebih lagi. Banyak barang-barang masih berada di dalam kotak. Buku-buku dan pakaian. Semoga kehadiran kamu memberi makna yang mengesankan."
InsyaAllah.
Beberapa hari lagi si dia akan kembali. Kalau aku diamkan je, tau ke dia ada bilangan yang bertambah?
... Atau dia pun buat tak tau je.
Semua dengan izin Allah. Semoga mulai petang tadi urusan Eda sekeluarga akan menjadi lebih mudah. Dan semoga Allah memudahkan urusan kita semua juga.
Fallahu khairun hafizan, wahuwa arhamurrahimin. Maka Allah-lah sebaik-baik Penjaga dan Dia-lah Yang Maha Penyayang lebih daripada orang-orang yang menyayangi. ~ Surah Yusuf, ayat 64.
Aku menyangka akulah yang sangat mencintai haiwan-haiwan ini, tetapi sebenarnya Allah jua yang Maha Penyayang dan Dia-lah sebaik-baik Penjaga.
Aku hanyalah antara insan yang dijadikan sebagai perantaraNya. Dan bukanlah aku yang terbaik.
Sehingga jumpa lagi. Marilah menyayangi. Sesiapa yang menyayangi akan disayangi.

Sesiapa yang mahu bertakqwa kepada Allah
maka hendaklah memelihara lima anggotanya yang menjadi punca kepada taqwa itu. Lima anggota itu ialah mata, telinga, lidah, hati dan perut.
* Rujuk kitab Minhajul 'Abidin ~ Jalan Para Abid.
Aku sangat suka nak mencatatkan dari kitab ini tentang anggota yang satu ini iaitu LIDAH. Silakan membacanya. Semoga Allah beri kita faham dan bertambah faham, khususnya buat diriku yang serba dhoif, lemah dan sulit memaham ini. InsyaAllah ameen.
~ Firman Allah Taala : "Tiada yang diucapkan dari suatu ucapan melainkan ada di sisinya malaikat Raqib dan 'Atid (yang menjadi pengawas dan yang sentiasa siap sedia menulisnya)". (Qaf, 50:18)
~ Sabda Rasulullah s.a.w : "Pada malam aku diIsrakkan, aku melihat satu kaum di dalam neraka sedang memakan bangkai-bangkai. Maka kataku : "Wahai Jibril! Siapakah ini?" Berkata (Jibril) : "Ini orang-orang yang memakan daging-daging manusia (yakni mengumpat orang)".
~ Hadis Nabi s.a.w : "Siapa yang banyak borak bualannya, nescaya banyaklah jatuhnya (ke dalam kesilapan dan kesalahan dosa).
~ Malik bin Dinar berkata : "Apabila anda melihat sifat keras pada hati anda, lemah pada badan anda dan terhalang dalam rezeki anda, maka ketahuilah bahawa anda telah bercakap pada perkara yang tidak memberi manfaat kepada anda."
Semoga Allah memberi faham insyaAllah ameen. Untuk lebih lanjut sila rujuk kitab tersebut di atas.
* Rindu mahu ke taman-taman syurga :'(. Ya Allah permudahkanlah urusan kami dan jadikan kami golongan yang sentiasa bersyukur kepadaMu ameen.

Tuesday, December 10, 2013
catatan lewat malam
- buat kamu, mengadulah pada Allah. Berhentilah mengadu pada selain Allah.
- buat anakku, jangan cuba-cuba untuk berjumpa.
- kepada kamu, berhati-hati selalu. Jaga diri dari menjadi asbab mendekati zina.
- dunia memang begini sifatnya. Selalu menderita kerananya. Tetapi semua ini hanyalah sementara. Bahkan fatamorgana semata.
- kehidupan akhirat itulah sebenarnya sebuah kehidupan. Ia selamanya tiada kematian di sana. Baik di taman syurga mahupun di lubang neraka.
- yakinlah. dapatkan iman yakin pada janji Allah. mahukan buktinya? mintalah pada Dia. Allah bukan pemungkir janji.
Ya Allah, bantulah kami membaiki diri.
Ampunilah dosa-dosa kami dan ibubapa kami.
Tutupilah aib kami dan gantikan keburukan kami dengan kebaikan yang Engkau redhoi.
* badan letih mata berat tetapi masih mahu mencatat. Sikit pun tak mengapalah asalkan ada sesuatu yang boleh dimanfaatkan.
* kamu dan kamu. Semuanya orang yang berbeza. Tetapi mungkin saja, boleh saja sesiapa akan merasakan dialah orangnya.
* semuanya nasihat buat diriku jua.
sementara masih ada masa. mati pasti muncul. entah bila. semakin dekat. ya Allah. sebuah pertemuan. sebuah perpisahan. biarlah pertemuan yang menyenangkan. biarlah perpisahan yang sebentar sahaja. kembali kepadaMu. bukan selainMu. InsyaAllah ameen.
** daerah orang bisu telah tercemar dek pembisu-pembisu yang tidak tulen.

Sunday, December 8, 2013
daerah bisu
satu kawasan asing
entah di mana
bernama daerah bisu
segalanya bisu
bahkan kaku
tandus gersang berpasir jerlus seluas pandangan
tiada langsung bunga dan kehijauan
apatah lagi pelangi dan mentari
atau bintang dan bulan
namun daerah aneh ini sarat isyarat
untuk sang pembisu-pembisu saling berbicara
tiada suara
tiada wajah
hanya sekelumit rasa
bahawa bisu tak bermakna tuli atau buta
bahkan begitu padat dan sendat
dengan bicara tanpa kata
terlalu asyik bersuara
terlalu kerap bersenda
terlalu acap bertukar rasa
perjalanan yang jauh
oleh musafir kelana
akhirnya tanpa diduga
terjelepuk jua
di daerah asing yang kosong
sunyi dan sepi
bisu semata
biarlah begitu
cukuplah sebuah rasa
yang sendat sarat dan padat
memantak di jiwa
semoga Allah sentiasa memberi petunjuk
kepada sang pembisu-pembisu
agar terus melangkah
dengan semangat yang tidak gentar
tidak pudar tidak tercalar
sehingga berakhir kalam
di pinggir daerah bisu
dan kembali lagi
bersama suara senda dan rasa
sendat
sarat
padat
semoga satu ketika
entah bila
seperti daerah bisu
yang entah di mana
hujan gerimis pagi kan turun jua
ketika matahari sedang mengembang cahaya
dan pelangi indah muncul melingkungi alam
mawar pun berkembang
segalanya kembali sediakala
lalu
pergilah menjauh
sebuah daerah aneh
yang penuh bisu dan sarat sejuta rasa
semata.

Usai memberi salam
aku mula memanjatkan doa ke hadrat Illahi. Azam mahu berdoa dengan penuh kusyuk, semoga Allah menerima untaian doa yang sering aku bisikkan ini. Sudah beberapa hari ini kekusyukkanku berdoa acapkali terganggu.
"Assalamualaikum mamaaaa ..."
Tiba-tiba ... ah!
"Assalamualaikum mamaaaa. Assalamualaikum mamaaaa. Assalamualaikum mamaaaa."
Sambil menadah tangan, sambil memasang telinga aku mengira berapa kali salam diberi.
'Ini sudah lebey ni ...' getus hati. Suara itu sudah kukenal. Tetapi pemiliknya sudah kuberikan amaran dinihari minggu lepas apabila dia dan temannya datang memberi salam berkali-kali sambil mengetuk-ngetuk pintu. Sepatutnya mustahil orang yang sama ...
Aku sudahkan untaian doa yang terganggu. Hati kurang ceria. Aku menapak menuju pintu.
Dua wajah terjongol di sisi pintu. Sepantas kilat aku mengangkat telunjuk menandakan satu amaran. Belum sempat aku bersuara, wajah yang pernah menerima teguran keras tempohari menunjuk ke arah temannya.
"Dia mama ... saya dah cakap dah tiga kali je. Dia tetap bagi salam banyak kali." Segera wajah hitam manis si tampuk manggis ini bersuara mempertahankan diri. Aku merenungnya. Benarlah, makin dipandang semakin manis dengan kain telekung putihnya.
Aku menoleh pula ke arah temannya. Bukan teman yang sama tempohari. Yang seorang ini sedang melalui perubahan besar dalam hidupnya sebenarnya. Tadi petang ketika ibunya menghantarnya pulang, ceria wajah wanita putih kuning itu memberitahuku, "Rasa sejuk perut saya, kak. Dia tak bukak tudung langsung. Berubah sungguh. Ayah dia pun rasa senang hati benar." Tatkala gadis manis menghampiri kami, si ibu segera tukar topik.
Syukurlah, teruskan doa-doa untuknya. Semoga dia sentiasa beroleh kebaikan. InsyaAllah.
"Beri salam tiga kali cukup. Kali ketiga tu kamu tunggu sat, kalau mama datang. Kalau mama tak datang, balik la dulu. Mama mungkin nak habiskan doa terakhir. Kalau mengaji mama mungkin nak habiskan muka terakhir. Lain kali tiga salam je cukup."
"Err saya mana tau tiga salam ni." sahut si tinggi lampai. Dia menghulurkan not oren kepada saya dengan pantas. "Mama tambah duit yang mak saya bagi tadi ya."
Helah nak segera beredar sebab dah buat silap.
Aku masuk semula menyelesaikan wirid. Belum sempat habis tiba-tiba, "Assalamualaikum mamaaaa ..."
Lagi!
Muncul idea di dalam kepala. Aku biarkan sahaja salam diberi sambil menjawab perlahan. Bukan tak mahu melayani mereka. Biarlah berpada-pada. Ada masanya. Aku mahu mereka belajar cara memberi salam tatkala mahu mengunjungi rumah tetamu dan adab memberi salam.
Aku mengira. Hmm tiga kali salam sahaja. Kemudian kedengaran suara-suara bercakap, mungkin berbincang sesama mereka. Entah siapa entah apa halnya. Timbul pula rasa kasihan. Aku bangkit menuju dapur. Kubuka pintu dapur perlahan-lahan. Kelibat sudah tiada. Di sana aku melihat gelagat mereka. Hehe ... sepantas kilat kututup semula pintu, lebih baik mereka tak perlu perasan aku di situ. Boleh sahaja kesemuanya berlari datang karang.
Ah, kerenah pelajar yang masih anak-anak. Namun anak-anak manis yang sentiasa berulit hafalan al-Quran ini memang lain dari yang biasa aku temui di luar sana.
Maka aku menyeru, hantarlah anak-anakmu untuk mempelajari al-Quran.

Friday, December 6, 2013
sayup-sayup
telinga menangkap suara-suara ceria. Aku menjeling jam loceng dengan mata yang masih ketat. Ia belum sempat berbunyi Allah izinkan aku terjaga. Ah, letihnya rasa dinihari ini.
Aku buka pintu. Nampak cahaya terang benderang dan kelibat pelajar. Bukan seorang bukan dua. Tetapi hampir semua!
Ada suara ceria juga di kawasan belakang iaitu tempat mandi dan mencuci pakaian. Terdengar bunyi air paip dan baldi berlaga.
Apa dah jadi ni?
KRinggggg ...
Aku picit bell. Beberapa wajah samar bertelekung muncul di tingkap.
"Kami dah bangun mama." kata seorang pelajar.
"Kul berapa kamu bangun? Napa awal sangat?" Belum 4.30 pagi pun. "Dah tahajjud ke?"
Wajah-wajah samar mengangguk, "dahh mama."
Aku duduk di kerusi. Minum air masak segelas penuh. Hmm ... memikirkan pelajar-pelajar ini. Oh ya aku perlu masak air. Minum awal pagi perlu disediakan untuk memanaskan perut.
KRingggggg ...
Beberapa wajah samar bertelekung putih muncul di tingkap. "Amik air. Sapa ketua hari ni?"
"Kak Maisarah."
Aku menunggu. KRingggg ... lambat pulak datangnya, rungut hati.
Terdengar bunyi selipar diseret dan suara ceria semakin dekat. Hmm ...
"Nah ambik air ni. Semua dah bangun ke? Pukul berapa bangun?"
Ain mengangguk. "Dah mama. Kak Mira terjaga pukul 3.30 pagi lepas tu dia kejut saya. Lepas tu kejut semua orang. Kami ingat dah pukul 5."
Aku merenung wajah Ain, Roquiyah dan Alia. Tak terkata apa.
'Silap tengok jam?'
Teringat pelajar bernama Mira memang rajin terjaga awal. Kali ini dia telah bangunkan satu madrasah pula. Biasanya dia akan tidur semula setelah tiada yang bangun.
"Masih ada yang tidur?"
Ain mengangguk. Dia menyebut beberapa nama yang popular untuk kes tidur semula. Termasuk ketua yang bertugas hari ini.
"Ok, jam 5 kamu kejut semua bangun. Jam 5.15 masuk kelas. Pape mama rujuk kamu ye Ain."
Ain terangguk-angguk dengan wajah manis. Dia tersenyum terus walaupun aku serius memberi kata. Kesian la pulak, kata hatiku. Kemain aku serius ish ish.
"Yang lain buat apa tu>"
"Ada yang mandi. Ada yang borak-borak."
"Lhoo ... borak-borak?"
Dan aku pun pot-pet-pot-pet pada Ain, Ruqoiyah dan Alia.
Macam-macam keletah dan kerenah anak-anak ini hehe ... Semoga Allah permudahkan segala urusan kita dan mengampuni dosa-dosa kita.
Ya Allah, ampunilah kami. Tutupilah keaiban kami dan tukarkanlah keburukan kami dengan kebaikan.
Ya Allah, berilah kami faham agama ini, faham usaha atas iman dan maksud hidup yang sebenar.
Ya Allah, berkatilah hidup kami, rezeki kami dan ilmu yang Engkau beri pada kami.
Ya Allah bantulah anak-anak ini menghafaz KitabMu dan baguskanlah suara mereka dan lancarkanlah perkataan mereka.
Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala musibah dan pilihlah kami menjadi pembantu agamaMu.
Ameen ameen ya Robbal alameen.

mula menggarang
'Kena jenguk ni,' desis hati. Aku memaksa diri bangun menuju dapur. Suara hingar mula kedengaran. Aku tau ustazah keuzuran malam ini. Kawalan sepenuhnya terletak pada ketua yang bertugas.
Aku capai anak kunci pagar. Kemudian kuketuk pintu hadapan.
Masing-masing sedang memegang kitab manzil mendongak memandang aku. Masih ada yang berdiri dan berjalan seorang dua.
"Hmm pastikan lampu ditutup tepat jam 10.30 ya." kata aku sambil menuding ke arah jam dinding. Raut wajah aku serius. Mau bagi amaran mestilah seiring kata-kata, tingkah dan wajah hehehe ... terkenang saat bergelar pelajar ITM Melaka dulu. Pengalaman menjadi Orientation Comittee rupanya berguna sampai hari ini, setelah 20 tahun berlalu.
Tetapi wajah anak-anak di hadapanku ini begitu bersih dan tulus. Manis wajah dan tidak terkesan apa-apa. Dalam hati tak tau la pulak.
"Lambat padam lampu, esok satu madrasah cabut rumput kat keliling." sambung aku sambil membuntangkan mata bercelak. Tadi sempat juga aku beraksi depan cermin. Wahh, memang serem melihat mata terbuntang kat dalam cermin tu. Sendiri serem, pelajar pun serem jugak la agak aku.
Sudah lebih 40 hari pelajar berada di sini. Aku perlahan-lahan berubah daripada 'mama' yang melayani mereka dengan penuh perhatian kepada 'warden' yang tegas, err semakin tegas.
Lama kelamaan aku rasa tak larat pulak melayani kerenah mereka. Dek kerana manjanya, mereka suka-suki memanggil aku pada sebarang masa untuk "mama, kami ada hajat ni. Besar hajat kami ni ..."
40 hari lepas, aku rasa berat badan agak susut sedikit. Baru je duduk dalam bilik, dah dipanggil. Baru je nak meluruskan pinggang dipanggil lagi. Baru je nak santai-santai bergurau senda dengan kekanda, dah kena panggil. Makanya suami pun bagi bicara.
"Bagi time. Bukan sebarang masa dan sepanjang masa."
Demikianlah jadinya. Kasihan dan kasihan pada mereka. Tetapi mereka tak kesian kat aku huhu ... ah budak-budak.
Jadi, sekarang pelan-pelan aku sisipkan waktu untuk berurusan. Masih terasa tidaklah tegas sangat sebenarnya. Dan kadang-kadang aku mula membebel owh!
"Tu napa biarkan pagar terbukak? Kamu kata ada orang mengendap, karang masuk ntah sesapa karang baru tau!"
"Tu tingkap pejabat tu napa tak tutup? Karang kucing masuk berak mama tak nak tolong ehh. Bukan kucing mama yang masuk tu. Kamu cuci sendiri."
"Tu, sampah tak hancur macam plastik tu kutip masuk tong sampah."
"Tu, tong sampah tu cuci simpan bawah sinki. Pakai satu je cukup. Eh, napa tak lapik plastik hitam ni? Hah, sekarang kamu pindahkan semua sampah ni masuk plastik. Sorang pi amik plastik hitam."
Tu tu tu tu ...
Aku dah jarang masuk untuk spotcheck bilik madrasah semenjak jadual khidmat sementara ustazah yang aku siapkan ditampal di dinding. Sibuk la konon. Cuba menyemai keyakinan kepada ketua-ketua yang bertugas setiap hari.
Ada bezanya mereka. Manis dan lembut. Mudah dilentur dan ... tetap manja walaupun aku dah semakin garang hari demi hari. Mereka memang anak-anak yang dipilih Allah untuk berada di sini. Dan aku dipilih Allah untuk bersama-sama mereka, menjadi cermin buat diri.
Meladeni anak-anak ini, anak aku sendiri agak terketepi. Kisahnya, aku terlupa nak menelefon seperti yang dijanjikan jam 10.30 PM tepat kerana waktu itu kelmarin aku sedang memantau pelajar setelah perubahan jadual. Kasihan puteriku. Semoga dia faham dan sabar, dan tak menangis hehe ...

Thursday, December 5, 2013
berteromba
aku baru selesai memberi salam tahiyat akhir. Suara riuh semakin kuat di lapangan tempat serba menjadi. Ia menjadi gelanggang badminton. Juga tempat main kejar-kejar. Tempat mandi hujan, huhh ... Tempat riadah boleh juga.
Makin lama makin jelas. Riuh-rendah!
Apa yang diorang buat tu? Baru jam 5.25AM. Aku jenguk dengan muka pelik. "Buat apa ni?"
Semua tingkap sudah dibuka. Dalam dan luar bangunan terang benderang. Sebahagian pelajar pot-pet sambil membuat regangan badan.
"Ngantuk la mama. Nak hilangkan ngantuk." jawab seorang pelajar sambil tersenyum.
Hmm ... kang time kelas jangan ngantuk tersengguk-sengguk udahla!
Hanya sedikit rombakan jadual harian, bermula malam tadi. Aku mohon izin mudir untuk menghentikan minum malam menjelang tidur. Ia disampaikan oleh suami kepada mudir, dalam pertemuan mereka bersama seorang hartawan jutawan yang mahu infaq membantu madrasah.
Ironinya, apabila perut kenyang pada lewat malam walaupun sekadar segelas air dan sedikit juadah, mata menjadi segar semula. Walaupun lampu dipadamkan jam 11 PM, tapi ngok-ngeknya masih ada dalam samar-samar dua batang lampu jalan yang baru dipasang Ahad kelmarin. Akhirnya mata terlelap agak lewat. Tidur lewat bangun awal tetapi mengantuknya masih ada, walaupun sudah bersiram air dingin.
Maka, "Saya nak tidur 3 minit!" dengan mata merah memberitahu ketua pelajar pada hari itu.
Itu, apabila waktu kelas sabaq setengah jam dari 5.15AM berjalan lancar. Masing-masing membuka rehal dan masuk kelas. Tetapi ada juga waktunya aku terserempak dengan tubuh-tubuh yang berbungkus telekung memaksimakan penggunaan sejadah untuk baring dengan enaknya. Waduh, dinihari yang dingin apabila hujan turun kebelakangan ini, memang nyaman dong berbungkus telekung macam udang kena bakar gitu.
Makanya, aku tukar waktu minum malam kepada minum awal pagi jam 4.30AM dengan harapan dapat membantu pelajar lebih segar tubuh dan minda. (Waktu tidur diawalkan kepada jam 10.30PM. Ah, itupun malam tadi masih juga pot-pet pot-pet dalam samar ruang tidur selepas lampu dipadamkan.)
Dan itulah yang baru terjadi sebentar tadi hurmmm ... hehe
Teringat anak-anak kucing yang berteromba tadi malam. Arghh ... sehingga aku terpaksa tutup pintu bilik setelah terasa diinjak-injak dengan kuku halus. Tak pasal muka calar-balar karang.
Pagi ini, pelajar juga berteromba tiba-tiba.
Semoga Allah permudahkan urusan madrasah ini, urusan pelajar dan kami semua.
InsyaAllah ameen.

Wednesday, December 4, 2013
aku yang dulu bukanlah
yang sekarang ...
hari demi hari berlalu mengikut jadual Allah. Aku masih di sini. Melayani dan meladeni pelajar yang jauh dari ibu dan ayah.
Tentu ada yang tertanya-tanya. Banyak pula persoalannya.
Tak terungkai dek kata-kata.
Harapan dan hasrat tak kunjung padam. Doa terus diungkap sarat dipanjatkan ke hadrat Illahi.
Apabila tiba masanya, pasti tidak akan berubah walau sedetik.
Seperti juga ajal maut. Kehadiran Malaikatul Maut bernama Izrail. Kunjungan dan jelingannya sudah acap kali setiap hari. Tugas sahaja yang belum disempurnakan lagi.
Setiap sesuatu pasti ada hikmah tersembunyi. Tak mampu dek akal dan minda untuk mencari gali. Biarlah ia menjadi rahsia Illahi.
Aku masih di sini. Melayani kerenah pelajar yang bakal menjadi insan mithali, melahirkan para daie. Melanjutkan usaha merintis jejak yang ditinggalkan Rasulullah SAW dan para nabi a.s.
Entahlah, ini semua tak pernah muncul dalam hati. Tiba-tiba jadi begini. PerancanganNya sungguh teratur teliti. Kumohon padaMu ya Illahi. Berilah aku kefahaman tentang maksud hidup ini. Kerana aku jahil susah mengerti.
Ketika mereka sedang berlari kencang mengejar redhoMu. Ketika mereka sedang berbondong-bondong menyambut seruanMu. Ketika mereka sedang berkorban harta dan nyawa sebagai pinjaman kepadaMu.
Aku masih di sini.
Ketika redhoMu turun untuk mereka. Ketika seruanMu disambut mereka. Ketika Kau mengganti pinjaman mereka dengan syurga dan isinya.
Ketahuilah, aku masih di sini. Hanya Engkau yang Maha Mengetahui bagaimana aku sebenarnya.
Ya Allah, bagaimana sebenarnya aku?
Ya Allah, ampunilah kami dan ibu bapa kami. Tutupilah keaiban kami. Tukarkanlah keburukan kami dengan kebaikan dari sisiMu. InsyaAllah ameen.
Ya Allah, berkatilah umur kami dan rezeki kami, dan berilah kami kesudahan yang baik husnul khotimah. InsyaAllah ameen ya Robb.
Ya Allah, berilah kami faham dan pilihlah kami dan keturunan kami menjadi pembantu agamaMu membantu agamaMu. InsyaAllah ameen.

Friday, November 29, 2013
aku membaca catatan siang tadi.
...
Boboy dah selamat di'kebumikan' di sebelah 'pusara' Cik Ti bin Kus, di kawasan tanah bahagian hadapan madrasah. Owh, baru teringat belum update pada suami pasal ni hmm ...
aku pun berwasap dengan suami, yang sudah minta diri sejak tadi nak berehat.
Boboy dah selamat dikebumikan petang tadi
Adik n gangs tanam kat sebelah kubur Cik Ti bin Kus
mmm
elok bagi dia
bateri nak kong
byee
ok
adik dah lelap
saja nak bagitau baru teringat
nak update blog jap
bye
baca doa tido
okkk
Dan aku kembali mencatat di sini.
Sudah dua kali Miza berjaya menangkap mangsanya, yang sama besar dengan anak-anak Comel. Bersusah payah dia mengheret bersama erangan amaran kepada anak-anak saudaranya yang terkejut melihat tangkapan yang luar biasa besar. Tetapi kedua-dua kali itu dia tidak memakannya. Dan memang tidak baik untuk dia. Terlalu besar. Bukan tikus tanah yang kecil tu. Kali pertama dapat dibunuh oleh suami di dalam bilik air dan dibuang ke dalam tong sampah. Kali kedua Mizi membiarkannya di halaman madrasah. Pelajar memasukkan bangkai tikus ke dalam tong sampah dan dikutip semula oleh Mizi tapi masih tidak melakukan apa-apa. Kenapa, aku pun tak tau. Akhirnya pelajar berpakat. Mereka mencari batu nipis dan meminta marker pen dari aku (tapi takku beri pun). Ada pula pelajar yang memiliki pen marker rupanya. Satu petang aku ditunjukkan pusara kecil di penjuru kanan madrasah, bertulis Cik Ti bin Kus. Ada dua batu nisan. Haihh ...
Dan petang ini, Boboy pula ditanam di situ. Siap dikafankan dengan kain perca aku. Haihh ...
Hmm ... sebenarnya apa aku nak cerita ni. Lupa pulak.
...
* Yang memasukkan aku ke sini tentu ada tujuanNya. Yang memasukkan aku ke sini pasti akan mengeluarkan aku dari sini, lambat laun. Dan aku pasti rindukan suasana ini.
* sama ada aku akan keluar ke rumah lain, atau daerah lain, atau negeri lain, atau alam lain.
Wallahualam. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang nyata dan perkara yang tersembunyi.

yang tidak berharga
aku memanggil anak kucing kurus itu berkali-kali. Namanya Boboy. Mak yang beri nama tu dulu. Semasa Boboy masih dua beradik menumpang menyusu pada mak angkatnya Comel yang baru beranak beberapa hari. Kisah ibu Boboy, Ayu yang sakit semasa kami berpindah ada aku catatkan di sini.
Anak angkat Comel ini sangat lincah. Dia lahir seminggu awal, maka saiznya lebih besar dari anak-anak Comel. Bila mak menelepon, tak lupa dia bertanyakan Boboy. Mak sayang sangat pada ibunya Ayu yang katanya paling istimewa dalam dunia. Hmm ... hampir semua kucing mak dipuji-puji begitu. Semua ada keistimewaan masing-masing. Dan semuanya tak kekal lama. Kebanyakannya hilang tapi Ayu mati dalam pengetahuan mak.
Panjang juga umur Boboy. Dia bertahan hampir dua minggu. Perlahan-lahan tubuhnya semakin kurus. Hingus menempel di hidung dan matanya bertahi hijau. Beberapa hari ini aku mula mengelap Boboy setiap hari. Aku menetapkan akan membersihkan mukanya beberapa kali kerana hingusnya banyak. Comel pun tak berdaya nak membersihkan Boboy. Kasihan.
Dia semakin lemah tidak ceria. Kadang-kadang Boboy diajak bermain oleh adik-adik angkatnya yang lasak. Boboy mengalah saja dikerjakan begitu.
"Tak lama ni," kata suamiku apabila aku adukan kisah Boboy.
Tengahari semalam hujan terlampau lebat. Atap zink dapur berbunyi bising sekali. Beberapa tempat mula bocor di dalam rumah. Aku sedang dididik bermujahadah oleh Allah SWT.
Petangnya, hujan pun reda. Tapi hingga melepasi Isyak bayang Boboy tak kelihatan. Suami di Muar menyuruh aku terus mencari, bimbang Boboy sudah tiada. Aku terus memanggil-manggil namanya. Fahamkah anak kucing berumur 2 bulan lebih ini akan namanya?
Menjelang waktu tidur, aku ternampak susuk Boboy duduk di sebelah bekas biskutnya. Tiba-tiba menjelma idea. Aku mahu membantu Boboy bernafas lebih baik dan melegakan selsemanya, seperti yang aku baca di blog pencinta kucing. Setengah bekas air panas aku titiskan minyak geliga dan aku masukkan bersama Boboy di dalam sangkar. Sangkar itu aku tutup dengan kain. Mata Boboy aku titiskan eyemore yang dibeli semalam untuk Hanessa. Mudah-mudahan berjaya melegakan Boboy, begitulah doaku.
Demikianlah. Pagi ini aku menjenguk anak kucing kurus coklat kelabu ini. Dia duduk berdekatan dengan bekas air panas beraroma serai wangi itu yang sudah sejuk. Aku buka sangkar dan tarik kain yang menutupinya. Aku biarkan begitu sahaja.
Dan aku mula sibuk dengan rencana buat kuih Kasoi. Leka, akhirnya tiba masa untuk bersarapan. Waduhh! Kenapa kuih aku keras???
Makanya pagi ini aku agak kelam-kabut sedikit. Terpaksa keluar mencari pengganti sarapan pelajar.
Boboy nazak. Aku mengadu di Whatsapp kepada suami.
Al-Fatihah.
Kenapa kuih Kosui saya keras???
Kurang air
Kurang lama kukus
Lebih kaporrr ...
Kui kui kuiii
Arghh ...
Akhirnya pelajar bersarapan lewat 40 minit dari kebiasaan. Dan aku makan bersama-sama, bersama rasa bersalah sebab lambat siapkan sarapan :(. Hmm ... Usazah pun sampai semasa suapan terakhir ke mulut hehe ...
Sesudah itu, aku mendekati anak kucing yang semakin nazak. Benarlah, dunia ini memang tiada nilainya. Boboy sudah berbau. Matanya terbuka sedikit dan sudah tiada respon. Mulutnya terbuka menampakkan gigi-gigi halus yang runcing. Dia terbaring, terkulai di pintu sangkar. Aku angkat dan letak di atas kain. Aku perhatikan teliti bahagian abdomen yang masih berdenyut perlahan. Sesekali Boboy mencungap mencari nafas.
Sungguh benar, dunia ini tidak bernilai di sisi Allah.
Aku tak mahu mati seperti ini. Berbau dan nazak begini.
Ya Allah, permudahkanlah perjalanan anak kucing ini.
"Mama janganla menangis," Hanessa membelai aku. Err ... mama tak nangis pun. Sungguh, aku tak menangis. Bahkan aku mahu Boboy segera pergi. Biar hilang segala deritanya itu. Tak sampai hati aku melihat dia tersentak-sentak mencari nyawa.
Ketika Hanessa akan ke madrasah, tiba-tiba dia menangis. Oh, rupa-rupanya dialah yang sedang menahan hati. Boboy anak kucing kesayangannya sejak lahir. Sejak Ayu tiada. Sejak Boboy menumpang ibu susu pada Comel. Boboy sangat lincah dan menghiburkan. Begini rupanya akhir seekor Boboy.
"Janganlah menangis. Lap airmata tu." aku peluk gadis kecil ini. "Dia akan ke syurga. Biarlah dia pergi cepat. Kat sana dia jumpa ibunya Ayu, adik-beradiknya juga. Mizi pun ada." Cepat-cepat Hanessa mengesat airmata dengan tudung hitam labuhnya. Dia mengerling. Nampak matanya kemerahan.
"Nanti kalau ada apa-apa mama bagitau ya."
Aku mengangguk. Kasihan anak ini. Semoga dia menjadi seorang solehah yang cukup tabah dan bertaqwa. InsyaAllah ameen.
"Kita semua akan mati. Macam Boboy. Kat sana tak ada lagi kematian. Belajar rajin-rajin. Hafaz sungguh-sungguh. Orang yang hafal al-Quran insyaAllah tempatnya di syurga. Kat sana tak ada lagi sedih-sedih. Ya!"
Hanessa mengangguk-angguk. Aku cium pipinya kiri dan kanan dan tiup dahinya perlahan. Dia malu-malu, "Ustazah tengok." Hehe...

Tuesday, November 26, 2013
lalu saja jangan kacau
pelajar itu terus menangis mengugu-ngugu sambil menekup muka. Mungkin kesakitan yang amat di kepalanya. Aku berdiri memerhati. Ada rasa geram di hati. Dia mengerekot sambil dikelilingi beberapa pelajar lain.
"Teruskan baca manzil! Jangan berhenti selagi dia tak berhenti menangis." Mataku liar memerhati. Ada pelajar cilik yang termangu. Beberapa pelajar yang sudah lancar al-Quran membaca Surah Al-Baqarah.
"Kamu? Pandai baca Ayatul Kursi?" Dua pelajar cilik mengangguk. Salah seorangnya anakku sendiri.
"Hahh, baca. Ulang banyak kali."
Dua pelajar lagi kelihatan lembik. Aku masih menahan geram. Mataku sengaja dibuntangkan memandang mereka yang diapit kawan-kawan. Seorang daripadanya kumat-kamit membaca manzil kerana sudah hafal. Yang seorang lagi melentok-lentok dengan muka sebik. Jari-jemari kanannya menggentel tasbih.
Aku keluar. Makanan malam perlu disediakan. Dua pelajar akan berbuka nanti. Dari jauh suara pelajar yang riuh membaca manzil mula bersimpang-siur. Menambah geram di hati. Mengapa susah sangat nak ikut arahan ... grrr ...
Tadi, aku berkeliling madrasah bersama pelajar yang terbuka hijabnya. Dia memberitahu, ada sekian dan sekian di tempat ampaian.
"Sekarang ada lagi ke?" Sambil mata aku mengitari kawasan ampaian yang rumputnya semakin subur. Bulu kuduk seperti berdiri sendiri.
"Err tak de."
"Di sini?" aku bertanya lagi setelah menapak lebih jauh ke hadapan.
"Dah tak de."
Aku buta dalam hal ini. Cumanya mungkin aku agak berani melulu. Dan memang benda-benda seperti ini aku tak sudi nak melihatnya. Aku mengitari lagi sekeliling madrasah comel merah jambu. Argh, persetan dengan bulu kuduk yang meremang. Mengada-ngada punya perasaan!
Dalam keadaan uzur syarie, aku tahu ada kelemahan. Tetapi bukankah Allah Maha Kuasa makhluk tiada kuasa. Aku lantas berdiri di hujung ampaian dan menadah tangan. Merayu dan mengadu kelemahan diri yang serba jahil dan kekurangan, naif dan penuh dosa, daif dan bernoda, ke hadrat Illahi. Sementara rembang senja semakin menyelubungi alam. Tirai hitam semakin berkembang.
Ya Allah, tolonglah kami. Tolonglah anak-anak ini. Ada yang sakit ya Allah. Hanya Engkau yang Maha Mengetahui. Selamatkanlah kami dari gangguan makhluk yang dia melihat kami tapi kami tidak nampak dia. Hanya Engkau yang Maha Pemelihara dan Maha Penjaga, Maha Kuat Maha Gagah Perkasa. Aku tak tahu apa-apa, ya Allah. Aku tak pandai, aku jahil dan tak mengerti. Tolonglah kami ya Allah. Dengan berkat Baginda Rasulullah SAW, tolonglah kami. Tolonglah kami. Tolonglah kami. Selamatkan kami dari gangguan dan kekacauan ini. Ameen ameen ya Rabbal alameen.
Sebentar kemudian, suamiku pulang. Segenggam garam kasar ditebar ke bumbung dan sekitarnya.
"Tadi gerimis Asar kan. Hmm memang laluan dia di sini."
Aku menyahut geram. "Nak lalu, lalu je le. Buat apa nak kacau orang." Nak tunjuk-tunjuk muka. Nak sengih-sengih sinis. Nak tinjau-tinjau. Ehhh kami tak sudi kat kamu. Lepas ni lintas ikut jalan lain. Di tepi ampaian tu bukan highway korang.
Sudah beberapa malam aku menerima aduan pelajar tentang bunyi-bunyian aneh di tingkap dan pintu. Semoga Allah sentiasa memelihara mereka dari segala musibah dan gangguan. InsyaAllah ameen. Tidak ada yang dapat memberi mudarat tanpa izin Allah. Semoga anak-anak ini semakin cekal hati dan mantap iman diberi Allah. Ameen.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Search This Blog
Blog Archive
Terima kasih :)
utamakan Bahasa Melayu
Pantai Lumut
Pantai Mersing