telinga menangkap suara-suara ceria. Aku menjeling jam loceng dengan mata yang masih ketat. Ia belum sempat berbunyi Allah izinkan aku terjaga. Ah, letihnya rasa dinihari ini.
Aku buka pintu. Nampak cahaya terang benderang dan kelibat pelajar. Bukan seorang bukan dua. Tetapi hampir semua!
Ada suara ceria juga di kawasan belakang iaitu tempat mandi dan mencuci pakaian. Terdengar bunyi air paip dan baldi berlaga.
Apa dah jadi ni?
KRinggggg ...
Aku picit bell. Beberapa wajah samar bertelekung muncul di tingkap.
"Kami dah bangun mama." kata seorang pelajar.
"Kul berapa kamu bangun? Napa awal sangat?" Belum 4.30 pagi pun. "Dah tahajjud ke?"
Wajah-wajah samar mengangguk, "dahh mama."
Aku duduk di kerusi. Minum air masak segelas penuh. Hmm ... memikirkan pelajar-pelajar ini. Oh ya aku perlu masak air. Minum awal pagi perlu disediakan untuk memanaskan perut.
KRingggggg ...
Beberapa wajah samar bertelekung putih muncul di tingkap. "Amik air. Sapa ketua hari ni?"
"Kak Maisarah."
Aku menunggu. KRingggg ... lambat pulak datangnya, rungut hati.
Terdengar bunyi selipar diseret dan suara ceria semakin dekat. Hmm ...
"Nah ambik air ni. Semua dah bangun ke? Pukul berapa bangun?"
Ain mengangguk. "Dah mama. Kak Mira terjaga pukul 3.30 pagi lepas tu dia kejut saya. Lepas tu kejut semua orang. Kami ingat dah pukul 5."
Aku merenung wajah Ain, Roquiyah dan Alia. Tak terkata apa.
'Silap tengok jam?'
Teringat pelajar bernama Mira memang rajin terjaga awal. Kali ini dia telah bangunkan satu madrasah pula. Biasanya dia akan tidur semula setelah tiada yang bangun.
"Masih ada yang tidur?"
Ain mengangguk. Dia menyebut beberapa nama yang popular untuk kes tidur semula. Termasuk ketua yang bertugas hari ini.
"Ok, jam 5 kamu kejut semua bangun. Jam 5.15 masuk kelas. Pape mama rujuk kamu ye Ain."
Ain terangguk-angguk dengan wajah manis. Dia tersenyum terus walaupun aku serius memberi kata. Kesian la pulak, kata hatiku. Kemain aku serius ish ish.
"Yang lain buat apa tu>"
"Ada yang mandi. Ada yang borak-borak."
"Lhoo ... borak-borak?"
Dan aku pun pot-pet-pot-pet pada Ain, Ruqoiyah dan Alia.
Macam-macam keletah dan kerenah anak-anak ini hehe ... Semoga Allah permudahkan segala urusan kita dan mengampuni dosa-dosa kita.
Ya Allah, ampunilah kami. Tutupilah keaiban kami dan tukarkanlah keburukan kami dengan kebaikan.
Ya Allah, berilah kami faham agama ini, faham usaha atas iman dan maksud hidup yang sebenar.
Ya Allah, berkatilah hidup kami, rezeki kami dan ilmu yang Engkau beri pada kami.
Ya Allah bantulah anak-anak ini menghafaz KitabMu dan baguskanlah suara mereka dan lancarkanlah perkataan mereka.
Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala musibah dan pilihlah kami menjadi pembantu agamaMu.
Ameen ameen ya Robbal alameen.
Apabila hati bersuara, ia adalah bisikan paling halus dari sudut hati yang paling tersembunyi. Tiada sesiapa mengetahui melainkan Allah Taala yang Maha Seni. Lalu hanya kepada Allah aku berserah diri. Ya Allah, kurniakan daku takdir yang baik di dunia ini dan takdir yang baik juga di akhirat nanti. اللهحم امين
Bismillah
Search This Blog
Blog Archive
-
▼
2013
(114)
-
▼
Dec 2013
(16)
- Following the followers
- hentitugas yang tak bermakna dan rawatan diri
- dalam azam dan usaha
- Hanessa naik al-Quran
- usah kecewa
- sanah helwah 17
- sebab tu aku
- "ada kotak tak?"
- Sesiapa yang mahu bertakqwa kepada Allah
- catatan lewat malam
- daerah bisu
- Usai memberi salam
- sayup-sayup
- mula menggarang
- berteromba
- aku yang dulu bukanlah
-
▼
Dec 2013
(16)
Terima kasih :)
utamakan Bahasa Melayu
Pantai Lumut
Pantai Mersing
