"Uncle, u sorang saja ke? Boleh tumpang?" Smart dan formal. Indian man angguk pantas sambil tangan mencicah cebisan roti ke dalam air teh di hadapannya.
Berbasa-basi seketika. Dia memulakan cerita .. Mengalami tanda-tanda mild stroke 2 tahun lepas, dia terus ke hospital. Doktor memeriksa dan semua normal lalu dia dilepaskan pulang. Tetapi hatinya kurang senang. Uncle berhubung dengan jiran hadapan rumah yang juga doktor. Tekanan darahnya sangat tinggi, dan dia rujuk ke hospital sekali lagi. Lalu bermulalah sesi rawatan dah susulan sehingga hari ini.
"Tapi u nampak sangat steady la uncle!" Tak nampak langsung tanda-tanda dia pernah mengalami stroke.
Hmm .. sememangnya dia sangat prihatin. Selain mengawal pemakanan (goreng2, kari termasuk dhal) dan rutin hidup sihat (bangun awal pagi, aktiviti cergas bantu kemas rumah walaupun anak isteri belum bangun haha, cuci kereta; dengar cerita pun dapat bayangkan rasa ceria), uncle juga mengambil rawatan urutan Ayuverda dan juga dari perawat Melayu di Jalan Kebun.
"Jalan Kebun? Ohh .. Datuk yang selalu sedekah bubur setiap Ramadan tu ke? Hmm .."
Naqib datang membawa sepinggan nasi lemak lauk ayam. Uncle memandang aku. "U tak makan ke?" Ketika aku kembali ke meja dengan semangkuk bubur nasi suam, uncle sudah menghilang. Tentu dia sudah kembali ke tempat menunggu untuk temujanji dengan doktor. Semoga uncle terus diberi kesihatan dan jiga hidayah Allah. Aameen.
Sambung .. kisah uncle Cina di kerusi yang sama. #sketsahidup #penjaratanpapintu
Samb .. Baru beberapa suap bubur dijamah, seorang lelaki Cina memakai seluar paras lutut datang ke meja. Bahu kirinya rebeh sedikit. Sebungkus nasi lemak dan segelas air dipegang dengan tangan kanan. Dia menarik kerusi dan menghenyak tubuh, kemudian mengangguk padaku.
"Jumpa doktor ke?" Aku berbasa-basi sekali lagi.
"Saya hantar orang jumpa doktor. Saya bawa grab." Tersengih sambil menyuap nasi lemak.
"Ohh .. err kenapa bahu u macam tu?" (Seolah-olah orang sakit menghantar orang sakit untuk rawatan pulak). Dia sengih lagi. Strok juga, dua tahun lepas. Sama macam lelaki India tadi.
Fon dibuka dan dia menunjuk gambar. "Ini orang yang saya hantar. Saya cas RM50." Hantar, tunggu dan hantar ke rumah. Perempuan. Sempat snap gambar lagi tu hihi .. candid.
Dia menayangkan gambar yang lain. "Isteri saya .." Matanya berkaca tiba-tiba. "Hari ini hantar hospital, esok terus meninggal." Ohh .. aku terpana.
"Bila tu uncle?"
Dia angkat 4 jari, "Sudah empat tahun." Kemudian dia berbisik, "Saya Islam. Nama saya Riduan Lee."
Masya Allah. Alhamdulillah. Aku rasa gembira sesudah terpana sebentar tadi. Baru setahun berhijrah. Anak tunggalnya (pensyarah) pun mengikut jejak langkahnya bersama isteri dan anak.
"So uncle ikut Perkim la?" Dia sengih (memang banyak tersengih pun hehe ..),
"Tapi susah sikit la mau baca .."
"Tak pe uncle, pelan-pelan."
Nak tanya lagi, khatan macam mana .. haihh segan la pulak 😎 Kemudian, dia bercerita ringkas. "Saya ada kawan. Melayu. Sihat. Kena strok, jatuh terus meninggal." Ceritanya ringkas tapi mengesankan.
Dia berdiri, sengih dan berlalu pergi meninggalkan aku terkulat-kulat mengucapkan Innalillahi wainnailaihirojiun perlahan. #sketsahidup #penjaratanpapintu