اللهم صل غلى سيدنا محمد
Saya berada di dunia ini dengan kehendak Allah. Dengan izin Allah. Apa sahaja yang berlaku kepada saya iaitu rohani dan jasmani saya semuanya adalah dengan izin dan kehendak Allah.
Kerana Allah yang menciptakan saya.
Allah yang menjadikan saya.
Allah telah menyusun perjalanan takdir saya.
Allah maha mengetahui dan maha bijaksana.
Saya redha atas takdir Allah.
Allah maha pengasih dan maha penyayang.
Saya mahu berlari ke dalam dakapan cinta Allah.
Saya mahu mencintai Allah.
KERANA CINTA ALLAH ADALAH CINTA HAKIKI.
Sedangkan selain cinta Allah adalah sementara belaka.
Allah Maha Lembut.
Allah Maha Mengerti.
Allah Maha Sempurna.
Tidak Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad saw itu pesuruh Allah.
Kadar cinta kepada Allah adalah kadar cinta daripada makhluk.
Sekadar mana engkau mencintai Allah, maka sekadar itu makhluk mencintaimu.
Tidak ada cinta makhluk jika engkau tidak cinta kepada Allah.
Tidak ada cinta jika engkau tidak mencintai.
Apalah dunia ini dan rentak tarinya, atau penghuni2nya, atau hiasan2nya .. kerana semua adalah sementara belaka.
Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang tenang.
Mengapa engkau terhiris sedangkan engkau tidak kisah tatkala menghiris ..
Mengapa engkau menatang hatimu sendiri sedangkan engkau campak hati-hati rapuh yang lain?
Mengapa engkau mengharapkan salju menitis sedangkan engkau memarakkan bara api?
Mari selidiki diri.
Ya Allah berilah petunjukMu.

No comments:
Post a Comment