Doktor kata.. Xanax ini adalah antidepressant. Kalau makan akan buat you rasa lebih tenang.
Ustaz kata..Mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Solat, berdoa dan berzikir.
Psychologist kata.. you kena fikirkan event2 yang indah dalam hidup you..dan you akan lebih tenang.
Therapist kata.. buat deep breathing..tarik nafas pelahan..tahan dan hembus pelahan2. You akan lebih tenang.
Physiotherapist kata..bersenam membantu mengurang stress dengan bersenam you akan lebih sihat dan tenang.
Nutritionist kata.. Dalam makanan terdapat beberapa vitamin, mineral dan phytocompound yang dapat membantu kita menjadi lebih tenang.
Herbalist kata..Dalam beberapa herba terdapat sedative compound yang bertindak sebagai antistress yang dipanggil sebagai adaptogens.
Herba2 ini memberikan kesan ketenangan.
Kawan2 pulak kata..Rilek la bro. Chill la. Jangan fikir sangat masalah lu tu.
Macam2 kaedah ada. Banyak methods yang boleh buat kita lebih tenang dan dapat meredakan kebimbangan.
Yang masa satu korang follow? Apakah resultnya??Korang dah tenang ke belum???
Kalau dah..kongsikan lah. Kalau belum..agak2nya kenapa????
#akuejohng
#Komen mrsgolem golem
Bgi saya smua diatas smua peransang je. Kita tanya psy. Dia akan ckp itu ini dan kita akan tenang skejap..lepastu kita bila pa serang kitq jd gelabah balikk(ini klau aku lahh) tia ada satu pun yg betul2 dpt tolong aku. Diri aku sdiri yg boleh ubat aku dgan izin ALLAH. Tp tidak bermakna juga aku menolak smua yang di atas aku ambik mana yg sesuai slebih nya ni aku sdiri yg kna kwl bukan mereka tp aku ( lain padang lain belalang lain orang lain pandangan)
#komen aku
Setuju. Itu semua support dari luar. Yg penting dalaman diri. Nak bangkit atau terus bergantung. Tapi sampai bila nak bergantung kpd support? Semua itu akan beransur lemah dan mudarat juga. Bergantung 100% kepada Allah yang terbaik. Solat tahajjud, selawat, istighfar, zikrullah asma ul husna, mengaji, majlis ilmu, jaga makan, sunnah, kembali kpd cara hidup yg sebenar ; islam sbg deen.
Saya hadir di grup ini bukan kerana ADPA ttp saya mencari solusi utk anak yg CKD. (Terima kasih sekali lagi kepada admin yang menerima saya.) Saya mahu dia sembuh sepenuhnya wpun doktor2 kata tak mungkin sembuh. Tetapi saya amat yakin tiada yang mustahil di sisi Allah. Tak mustahil anak saya (dan kita semua di sini) akan dikurniakan kesembuhan total. Di sini saya memahami dengan lebih baik pentingnya menjaga perut. Selepas itu saya menemui yg lebih penting; solusi nombor wahid adalah Allah itu sendiri. Dekat sedekat2nya dgn Allah (wpun fitrahnya Allah memang amat dekat dgn kita melebihi urat leher kita sendiri) ttp secara sedar dan cinta, adalah jauh lebih amat bermakna. Dan buat sunnah2 Rasulullah SAW dengan sedar dan cinta sebab ia semua fitrah dan terbaik utk diikut. Penuh percaya dan yakin dan tinggi harapan. Bersama masa, in syaa Allah pasti ada perubahan dan akhirnya kesembuhan. Sabar menanti dan terus berharap. Kita tak mahu mati sebelum mati. Dan kita tak mahu mati kosong di atas katil sahaja. Biar mati kita mati bermakna. Husnul khotimah. Mati dalam perjuangan yg diredhai Allah. Aameen in syaa Allah.
Apabila hati bersuara, ia adalah bisikan paling halus dari sudut hati yang paling tersembunyi. Tiada sesiapa mengetahui melainkan Allah Taala yang Maha Seni. Lalu hanya kepada Allah aku berserah diri. Ya Allah, kurniakan daku takdir yang baik di dunia ini dan takdir yang baik juga di akhirat nanti. اللهحم امين
Bismillah
Search This Blog
Blog Archive
-
▼
2018
(70)
-
▼
Aug 2018
(17)
- Perempuan berniqob V tu join konvoi Merdeka. Siap ...
- Rasa cool duduk di lobi IJN. Mak sangat berdikari....
- Antara banyak perkara, menulis adalah paling cepat...
- Apabila hati tersentuh, ada beberapa kemungkinan. ...
- Pandai potong rambut sendiri? Ikat rambut dan zas...
- Keputusan sudah muktamad. Tepung pun sudah jual. K...
- Tidur awal dan bangun awal adalah sunnah Rasululla...
- Ain menjalani peperiksaan. Mohon doa, katanya. Pap...
- Kesilapan besar apabila aku mengarang cerita denga...
- Oh Tuhan! Wahai dunia! Alangkah kasihan Kau sudah...
- Sudah memulakan cerpen kedua. Kali ini akan jadi c...
- Rindu menganggu. Kau simpan saja perasaan rindu. K...
- Alhamdulillah, selesai cerprn Kembalilah Seri (taj...
- Doktor kata.. Xanax ini adalah antidepressant. Kal...
- Penyediaan makanan khususnya di pusat-pusat pengaj...
- Bukan semua orang sama. Gen dan DNA pun berbeza. S...
- Pening dan agak panik. Masih menangguhkan hantar c...
-
▼
Aug 2018
(17)
Terima kasih :)
utamakan Bahasa Melayu
Pantai Lumut
Pantai Mersing

No comments:
Post a Comment