Panggilan terputus-putus.
Ah, line tunetalk memang agak hampeh di kawasan ini. Nampaknya terpaksa guna yoga tab yang
dijimat-jimatkan kreditnya untuk buat panggilan.
“Assalamualaikum, doktor.
Saya yang datang satu famili malam tu, yang anak saya tekanan darah
tinggi tu.” Bla bla bla … doktor masih berada di kampung halamannya untuk sesi
rawatan di sana pula.
Dan sekali lagi
aku diberi penekanan tentang pantang makan yang sepatutnya dilakukan dalam rawatan
Naqib. Kekacang, makanan dan minuman
proses/awet/.jeruk/peram/pekasam. Juga segala
jenis cili.
Setelah sehari setengah keadaan anak sulung ini agak
menggembirakan, petang semalam dia muntah semula dan diserang sakit kepala yang
tidak dapat aku bayangkan. Kelopak matanya
pun seperti tidak mampu diangkat. Kasihan
sungguh dan sayu hati melihat keadaannya.
Ya, semalam aku masak sedap.
Ikan selar besar masak kerutub cili.
Pergh, bertambah-tambah makan, habis seperiuk nasi beras basmathi
tu. Makan dalam talam, sorang tarik
sikit lima penjuru sekejap je dah licin hehe …
Maka, dengan peringatan doktor ini, yang mana dignose beliau
sama seperti Wak Mus di Seremban, juga Haji Sani di Sijangkang, bahawa perut
Naqib ada masalah, aku akan lebih berhati-hati selepas ni. Aku harap abahnya yang dah mula lebih concern
pada si anak, akan ambil tindakan yang serupa.
Tidak lagi sua makanan macam-macam dan kata, “takpe, buat ubat.” Seperti juga si nenek, ibu kepada abahnya,
semua disua makan, buat ubat katanya. Aku
yang kurang gemar membebel semasa makan, terpaksa dengan segan memberi
kata-kata penuh tanda seru kepada si anak supaya berhati-hati.
“Kulit ayam jangan makan!”
“air gas takleh!”
“Kepak dan peha jangan ambik!”
“Kacang-kacang tak mo ea!”
Tadi, selepas doktor menekankan kepantangan berganda itu,
dan situasi berulang kepada Naqib; masing-masing perlu lebih peka kepada
pemakanan. Lebih serius. Lebih berhati-hati.
Allah maha kuasa, makhluk tiada kuasa. Semua hanya asbab tetapi yang maha kuasa
memberi kesan hanya Allah Taala. Boleh
sahaja Allah beri kesembuhan tanpa sebab.
Ini semua hanyalah sedikit ujian dariNya. Semua penyakit ada ubatnya kecuali maut dan
tua. Maut pasti datang, seperti tua yang
pasti menjelma perlahan-lahan.
Ya Allah berilah kesembuhan dan keredhoanMu kepada
kami. Allahumma aameen.

No comments:
Post a Comment