Apabila hati bersuara, ia adalah bisikan paling halus dari sudut hati yang paling tersembunyi. Tiada sesiapa mengetahui melainkan Allah Taala yang Maha Seni. Lalu hanya kepada Allah aku berserah diri. Ya Allah, kurniakan daku takdir yang baik di dunia ini dan takdir yang baik juga di akhirat nanti. اللهحم امين
Bismillah
Wednesday, May 20, 2015
Blog yang sepi. Apa khabar?
Aku menanti dengan sabar. Mereka kata akan, tetapi mereka belum. Aku hampir kecewa dan memutuskan mereka sudah lupa. Mereka meremehkan kata.
Dan kini aku melepaskan rasa.
Aku tidak akan bertanya mengapa. Aku tidak akan meminta. Aku tidak akan bersuara.
Hanya sekadar meluahkan sedikit duka.
Dalam hati ini berkata, sebenarnya mereka sengaja. Namun ini juga buruk sangka dan tuduhan semata.
Lantas kupujuk jiwa yang terluka. Wahai wanitaku, dalam ketetapan Illahi semua sudah ada. Usah kau mencari yang tiada.
Astaghfirullahalazim.
* Lalu kuelus hati yang separuh merana dengan pujukan cinta, bahawa 'kembalilah kepada Yang Maha Kuasa lagi Maha Pecinta, tinggalkan sahaja mereka.'
-> ketika menahan diri daripada menagih janji yang diluncurkan oleh lidah yang tidak bertulang. Mengasak diri menyemai baik sangka belaka. Tinggalkan realiti kerana hakikatnya semua ini hanya mimpi. Kehidupan sebenar hanya di alam sana.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Search This Blog
Blog Archive
Terima kasih :)
utamakan Bahasa Melayu
Pantai Lumut
Pantai Mersing

No comments:
Post a Comment