Apabila hati bersuara, ia adalah bisikan paling halus dari sudut hati yang paling tersembunyi. Tiada sesiapa mengetahui melainkan Allah Taala yang Maha Seni. Lalu hanya kepada Allah aku berserah diri. Ya Allah, kurniakan daku takdir yang baik di dunia ini dan takdir yang baik juga di akhirat nanti. اللهحم امين
Bismillah
Saturday, April 11, 2015
Kemuncak sinetron pagi sudah terakam hari ini. Watak utama si bongsu sangat mengesankan. Semoga Allah SWT memberi petunjuk kepadaku dalam mendidik anak ini dan tidak melampaui batas, allahumma aameen. Tidak perlulah aku mendetailkan setiap adegan yang mengujakan pagi tadi, biarlah ia menjadi rahsia dalam ingatan.
Hanya aku menjadi termenung seketika di stereng kereta waktu itu. Ini semua adalah salah silap aku belaka sebenarnya. Lantas ketika hati mengakui kekhilafan diri dan merendah mengadu kepada Allah yang Maha Mengetahui, aku dijengah ingatan kisah baginda Rasulullah Saw meladeni sikap para isteri baginda dalam suatu peristiwa yang menjadi pedoman berguna. Juga kisah tiga sahabat yang tidak menyertai peperangan tanpa keuzuran yang membolehkan.
Lalu aku mengadakan perbincangan dengan Naqib di ruang wassap. Aku yakin akan melakukan sesuatu insyaAllah. Itulah keputusanku untuk mengajar si bongsu yang mempermain-mainkan ibunya ini dengan karenah yang mencabar kesabaran.
Aku memaklumkan di grup keluargaku tentang apa yang bakal aku lakukan mulai esok. Mulanya aku minta setiap orang bersikap biasa melainkan diriku. Kemudian aku terfikir sikap biasa tak akan membantuku. Lalu aku merencana lagi, supaya setiap orang dapat memberikan kesan khas kepada si bongsu. Aku tidak mahu dia berada dalam zon selesa yang rapuh.
Ahh mengantuknya pulak!
Aku ringkaskan sahaja cerita ini ye. Akhirnya keputusan muktamadnya adalah bersikap biasa saja tetapi dengan ketegasan yang konsisten. "Mama, bersikaplah macam seorang mak tiri..." Kata Naqib sambil angkat-angkat kening. Lalu dengan bersahaja anak sulung yang suka melayan si bongsu menyebut peristiwa demi peristiwa yang pernah dilaluinya ketika sekitar usia yang sama. Membayangkan kenakalannya yang berpusar dua ini dan ketegasan si bapa yang ketika itu juga berdarah hangat di usia muda, aku terimbas kepedihan hati menyaksikan itu semua.
Kepada puteri bongsu, ingin kusampaikan bahawa 'mama tidak mahu kamu rosak dek kasih dan sayang yang menyirami diri. Kerna sudah mula terbit bibit-bibit percikan api kebinasaan yang panas berbara, mama tidak mahu ia merebak dalam diam. Ia mesti dibendung segera. Satu ketika entah bila, kamu akan mengenang ini semua dan mensyukuri nikmat yang Allah berikan. Semua yang pahit pada hari yang lama serta-merta menjadi nostalgia terindah dalam memorimu nanti. InsyaAllah.'
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Search This Blog
Blog Archive
-
▼
2015
(61)
-
▼
Apr 2015
(7)
- Yoga tablet aku bermasalah. Kesan utamanya, aku ti...
- Hari dukacita. Semoga anakanda tercinta mendapat i...
- Allahu.. Merayu meminta dan menahan hati supaya te...
- Mak ulang lagi kisah mimpi. Aku pun tanya, "bila t...
- Kemuncak sinetron pagi sudah terakam hari ini. Wat...
- Sebenarnya ada dua shj, tidur atau lawan rasa meng...
- "Mama janganlah jerit..." Dia berkata perlahan sam...
-
▼
Apr 2015
(7)
Terima kasih :)
utamakan Bahasa Melayu
Pantai Lumut
Pantai Mersing

No comments:
Post a Comment