Ahad, si manja sangat gembira pulang ke madrasah yang berwarna merah muda luar dan dalam. Terkinja-kinja dia bertemu kawan baik yang sudah sebulan berjauhan.
Semalam petang aku menjenguk atas kapasiti bekas pekerja dan mama yang dirindui mereka, ehem. Masing-masing datang mengalu-alukan dan bersalaman mesra macam biasa. Manja belaka. 10 pelajar baru cool sahaja. Ada juga yang manis mudah menghadiahkan senyuman. Aku membalut rehal si manja tetapi nampak macam kurang kemas je. Lebih mudah membalut kitab atau buku daripada membalut rehal. Mungkin kalau gunakan wall paper yang banyak dijual di Mr DIY ok kot. InsyaAllah nanti bagi cadangan kat dia lain kali. Gunakan dulu pembalut yang sudah siap tu sampai koyak.
Tadi pagi, sekitar jam 10 ketika mahu keluar atas urusan bersama suami. lalu sebuah lori yang penuh dengan muatan. Sekali pandang macam lori pekerja kontrak. Perlahan saja geraknya melintasi kereta kami. Kemudian lori tu lalu lagi dan ditahan oleh suami. Rupa-rupanya lori dari Tumpat, Kelantan, membawa set kerusi dan meja batu macam set yang pernah kami beli sekitar lima tahun dulu ketika duduk di Sijangkang. Kini set tu kami tinggalkan di madrasah.
Kali ni lebih cantik designnya. Ada corak bunga kat kaki kerusi dan stand meja batu. Suami beli satu set untuk dirinya. Dia nak melepak-lepak dengan jiran baru, katanya. Kemudian lori diarahkan mengikut kami ke madrasah. Empat set diinfak untuk pelajar. Alhamdulillah, semua dari Allah belaka. Kami cuma mengagihkan sahaja. Aku harap dapatlah jadi asbab si bongsu aku tu lebih happy belajar kat situ.
Aku khabarkan kat suami tentang cadangan nak belikan set badminton. "Nak main kat mana? Dah tak de space dah.." kata suami. Hmm betul jugak. Tempat mereka selalu main badminton sudah tersekat dek bumbung yang dipasang bersambung ke bangunan koperasi dan pejabat.
"Mama, boring la madrasah ni dah besar.." kata Qoiyah. Pulak! Saja je kan, mengada.
Ruang dapur dulu sudah dipecahkan table topnya. Toilet dipecahkan dan diturap semula dan dibina dinding batu menjadi bilik yang panjang dan disusun semua locker di situ. Jadilah ia bilik khas untuk locker sahaja.
Bilik B menjadi bilik warden aka tukang masak. Bilik A jadi tempat simpanan tilam bantal selimut bagai.
Semua tingkap ditukar kepada sliding dan ada dua pintu sliding juga. Ruang kini menjadi lebih luas dan selesa untuk belajar, makan dan solat. Tanah di tepi kanan dan depan madrasah (dalam pagar) sudah disimen, maka tiada lagi rumput-rumput yang akan tumbuh. Cuma sebahagian kecil sudut depan kanan dibiarkan begitu sahaja tidak disimen. Semoga pelajar dapat menggunakan ruang kecil itu sebaik mungkin. Di situ ada beberapa pasu bunga yang tidak terbela setelah sebulan ditinggalkan. Tidak bersiram melainkan oleh embun dan hujan. Sesudah renovation ini, paip di tepi pintu pun sudah tiada. Harus diajukan permintaan kepada kontraktor untuk memasang semula paip di situ supaya mudah pelajar mencuci kawasan dan menyiram tanaman nanti.
"Nampaknya tak de la denda cabut rumput lagi lepas ni kak, " kata Ustazah dengan senyum.
Alhamdulillah atas semuanya yang diberi Allah.
InsyaAllah target maksima dua tahun untuk bangunan asrama Lil Banat dan bangunan kediaman staf naik di tanah bersebelahan yang sudah dibayar oleh Tok Belagak dan isteri kepada pemilik asal. Alhamdulillah.
Semoga Allah memberi kesembuhan yang baik kepada isteri beliau yang dikhabarkan kurang sihat sekarang. Setiap penyakit ada ubatnya. Dan apabila sesudah kesusahan akan datang kesenangan. Sesudah kesakitan akan datang kesembuhan. Melainkan mati dan tua. Semoga TB dan keluarga akan terus bersabar dan sentiasa dalam pimpinan rahmat Allah, aameen.
* mood menulis masih slow. Rindu pada mereka di madrasah. Nampaknya pengganti aku tu seorang yang sedang sangat sibuk dengan urusan peribadi khususnya bab perasaan. Apa pun didoakan semoga kebahagiaan menantinya tak lama lagi insyaAllah. Semuanya dengan izin Allah belaka.
Apabila hati bersuara, ia adalah bisikan paling halus dari sudut hati yang paling tersembunyi. Tiada sesiapa mengetahui melainkan Allah Taala yang Maha Seni. Lalu hanya kepada Allah aku berserah diri. Ya Allah, kurniakan daku takdir yang baik di dunia ini dan takdir yang baik juga di akhirat nanti. اللهحم امين
Bismillah
Search This Blog
Blog Archive
-
▼
2015
(61)
-
▼
Jan 2015
(7)
- Sedang mengemas buku. Lagi ... ye benar. Semuany...
- Masih rindu pada mereka. Terbayang-bayang gelagat...
- Ahad, si manja sangat gembira pulang ke madrasah y...
- Rindu pada blog ini. Tetapi lembap nak m****s, ba...
- Sebelum ini aku pasti minta izin jika mahu share p...
- Alhamdulillah. Sesuatu, semuanya, sudah termaktub...
- Ahlan wa sahlan 2015! Mau dapatkan semula berat i...
-
▼
Jan 2015
(7)
Terima kasih :)
utamakan Bahasa Melayu
Pantai Lumut
Pantai Mersing

2 comments:
salams, lama akak tak baca coretan disini:)
Baru berkesempatan update blog, Miza :D
Post a Comment