Rindu pada blog ini. Tetapi lembap nak m****s, bajet 3 minit untuk online di blog sudah jadi lebih setengah jam dan suami aku sudah berdengkur pun, aduss ...
Esok si manja akan balik ke madrasah. Dan tadi aku menangis geram bercampur hiba. Sebulan melayan kerenahnya, selepas esok petang aku akan berdua sahaja dengan suami. Si bongsu sudah tidak sabar mahu pulang ke madrasahnya. Begitu juga dengan kawan-kawannya yang lain, yang rajin berchatting dengan aku di Whats App atau WeChat. Masing-masing sudah bosan menghabiskan waktu di rumah. Agaknya kena leter je kot hehe ... Tidak juga. Mungkin semakin teruja untuk melihat madrasah yang berwajah baru. Luar dalam berwarna pink.
Mira, hari ini memberiku berderet wajah sedih dan menangis. Aku buat tak faham, tetapi aku faham. Mira paling gemar meluah isi hati padaku, tentang bermacam perkara. Hani juga, tetapi gadis gedik ini baru sahaja melafazkan azam yang berkobar-kobar untuk khatam al Quran (hafalan) pada tahun hadapan. Alhamdulillah.
Esok mereka pulang tanpa aku. Umi Ain akan menanti mereka dan Umi Ain akan menjadi tempat mereka bermanja pula. Adakah sama? Mungkin jauh lebih mesra, namun biarlah setahun bersama aku adalah paling bermakna selamanya ...
Hmm ... si bongsu sudah memujuk aku dengan suaranya yang lemak manja. Aku pula rasa semakin parah menahan rasa.
Inilah pengorbanan. Cuti seminggu yang bertambah seminggu demi seminggu sehingga genap sebulan, yang mungkin tidak akan ada lagi cuti sebegini, pasti mudir akan berhati-hati dalam memberi cuti luar jangka seperti ini di lain kali, hanya bisa membuatkan aku terkenang-kenang keletah si bongsu nanti.
Dan aku risau dia akan tidur dengan air mata meleleh ke bantal kerana asakan rindu.
Sungguhpun ada juga kerenahnya yang membuatkan aku naik geram dan amarah yang aku lemparkan, tetapi setakat manalah itu semua. Manisnya wajah dan senyumannya, lembut manja lemak berkrim disukai ramai suaranya dan keletahnya aduhai ...
Ya Allah, pilihlah anak-anakku yang tercinta untuk menjadi daie daieyahMu, alim alimahMu, hafiz hafizahMu dan menjadi pembantu-pembantu agamaMu beserta keturunan mereka sehingga hari Kiamat, dan jadikanlah mereka kebanggaan Rasulullah SAW. Juga semua 'anak-anakku' di madrasah Lil Banat itu. Aaameen.
Laiela Saiedah. Wassalam.
Apabila hati bersuara, ia adalah bisikan paling halus dari sudut hati yang paling tersembunyi. Tiada sesiapa mengetahui melainkan Allah Taala yang Maha Seni. Lalu hanya kepada Allah aku berserah diri. Ya Allah, kurniakan daku takdir yang baik di dunia ini dan takdir yang baik juga di akhirat nanti. اللهحم امين
Bismillah
Search This Blog
Blog Archive
-
▼
2015
(61)
-
▼
Jan 2015
(7)
- Sedang mengemas buku. Lagi ... ye benar. Semuany...
- Masih rindu pada mereka. Terbayang-bayang gelagat...
- Ahad, si manja sangat gembira pulang ke madrasah y...
- Rindu pada blog ini. Tetapi lembap nak m****s, ba...
- Sebelum ini aku pasti minta izin jika mahu share p...
- Alhamdulillah. Sesuatu, semuanya, sudah termaktub...
- Ahlan wa sahlan 2015! Mau dapatkan semula berat i...
-
▼
Jan 2015
(7)
Terima kasih :)
utamakan Bahasa Melayu
Pantai Lumut
Pantai Mersing

No comments:
Post a Comment