Di laman sosial, aku membaca komen-komen yang menjentik rasa ingin tahuku terhadap jenis buku-buku terbitan tersebut. Aku rasa macam best je. Komen-komen itu menarik. Malah ada yang aku pinta untuk menjadi kawan.
Suatu ketika yang baru berlalu, Allah mengizinkan aku hadir di pesta buku besar tersebut. Bersama suami dan si bongsu, aku melangkah laju-laju mengitari dan membaca setiap tajuk buku yang sekian banyak terpamer.
Aku teringat semula kepada komen-komen yang telah menjentik rasa ingin tahu di laman sosial. Aku bercadang mahu mendapatkan sebuah dua buku dari penerbitan itu untuk diriku. Akhirnya aku tiba di rak yang dipenuhi buku-buku yang aku hajati.
Ia berdekatan dengan novel-novel cinta yang pernah aku sedikit kesal membeli dan membacanya. Buat masa ini, begitulah pendirian aku.
Di sebelahnya adalah novel-novel yang aku maksudkan telah mencuit keinginan untuk memilikinya.
Aku menebarkan pandangan sekilas di serata muka novel-novel itu. Aku mencari-cari dengan pantas. Aku menarik nafas dan menarik si bongsu beredar segera.
Oh ya, di sekitar itu agak ramai pemuda dan pemudi yang ceria. Juga ada jualan baju-T dan entah apa lagi, aku kurang ingat sekarang.
Aku hampa.
Aku tidak akan membeli novel-novel itu, yang telah menjentik keinginan untuk memilikinya melalui komen-komen menarik di laman sosial. Komen-komen yang berunsur positif dan agak memukau rasa.
Aku yakin tidak mendapat apa yang aku inginkan melalui media mereka.
Aku tidak mahu buang masa, yang selalu terbuang pun sebenarnya tanpa perlu aku menafikan.
Pendedahan yang sampai kepadaku, mengesahkan naluriku. Bukan aku tidak pernah cuba membaca ia, tetapi aku tidak mampu menyelesaikannya. Cukuplah dengan menjeling pada tajuk-tajuk yang tertera.
Maaflah ~.
* Ya Allah, semoga aku menemuiMu setelah 'ia' selesai penuh di dadaku, dan telah kutunaikan beberapa janji yang telah terucap, juga beberapa amanah yang dipikul. InsyaAllah.
Apabila hati bersuara, ia adalah bisikan paling halus dari sudut hati yang paling tersembunyi. Tiada sesiapa mengetahui melainkan Allah Taala yang Maha Seni. Lalu hanya kepada Allah aku berserah diri. Ya Allah, kurniakan daku takdir yang baik di dunia ini dan takdir yang baik juga di akhirat nanti. اللهحم امين
Bismillah
Search This Blog
Blog Archive
-
▼
2014
(207)
-
▼
Dec 2014
(13)
- So sad to online using this lenovo. Dah tulis berj...
- Macam-macam dan pelbagai. Aku tak kisah. Ada yang...
- 'Macam orang tak ada perasaan', begitulah komen Zu...
- "Mama, pukul 10.30 malam saya nak jumpa mama seora...
- "Janganlah berhenti mama ..." Danisyah berdiri di ...
- Di laman sosial, aku membaca komen-komen yang menj...
- Aku tidak mengerti bagaimana jiwa seni yang puitis...
- "Mama, sini jap." Siti Hajar seperti mahu berbisi...
- Dia seorang guru. Seorang penghidap kelainan
- Semenjak noktah sudah menjadi satu kepastian, seti...
- "Bila mula dapat tempias nak berhijrah?" tanyanya...
- "Muktamad!!!" Hati menjerit langsing. Aku menungg...
- Aku sedang ditemani anak jin hitam. Dia, aku temu...
-
▼
Dec 2014
(13)
Terima kasih :)
utamakan Bahasa Melayu
Pantai Lumut
Pantai Mersing

No comments:
Post a Comment