dah sampai masa untuk aku bercerita. Wallahu'alam.
aku sambung sikit lagi. Kini kedai aku (perasan kedai aku la, sebenarnya suami aku yang diizinkan Allah jalankan kedai tu) masih dalam proses dipulihkan. Ini kira kes rawat diri jugak ya? Hmm :P
Ada lagi sampai cakap dari pelanggan, terlajak jauh sampai ke Jenjarum sebab tak nampak kedai ni. Gelap je, tak bukak ke, tanya mereka kat telefon.
Sebenarnya tak de la gelap. InsyaAllah lampu-lampu tu terang. Tambah lampu lip-lap lagi yang rumah aku punya tak dipasang kecuali masa raya je.
Tak mengapa la. Rezeki belum nak datang. InsyaAllah, tak lama lagi baik la semuanya dengan izin Allah. Maghrib tadi dalam kereta dengar tazkirah tentang hal rezeki ni. Kata ustaz (radio IKIM, tak tau nama pulak, bukak je dah start), sebenarnya rezeki mencari kita bukan kita cari rezeki. Allah kata carilah akhirat nanti dunia akan datang cari kamu (ikut stail ustaz tu cakap).
Sebenarnya, kenapa aku cerita ... hanya sekelumit cerita dari sekian banyak cerita dan berita. Ada koleksi cerita begini. Ada majalahnya. Ada penglipurlaranya. Ada peminat dan pendengar setianya. Ada pembacanya. Ada bangsanya.
Entahlah, bangsa lain dengar-dengarnya pun ada juga gunakan 'kaedah' ini. Kaedah nak cepat naik diri sendiri dan cepat menjatuhkan orang lain. Wallahu'alam. Aku tak tau, dengar je orang cerita. Lain bangsa lain cara, lain pulak khadamnya.
Aku cuma rasa bila aku pakai kereta Kancil, aku selalu nampak kereta Kancil kat jalanraya. Sekarang ni Allah izinkan aku duduk dalam CRV, maka selalu benar aku bertembung dengan CRV kat mana-mana. Kekadang aku pelik, suami aku pelik, anak-anak aku pun pelik. Agaknya kalau kita bawak kereta mayat, selalu la jumpa kereta mayat. Kita bawak caravan? (anak-anak aku berangan nak caravan yang macam rumah bergerak tu, siap jamban bagai! hehe).
Apakah benar Melayu adalah satu-satunya bangsa yang memang suka, mahir dan jauh lebih hebat dari semua bangsa lain dalam hal mengenali dan menggunakan khidmat makhluk Allah yang dipanggil jin ...? Sekiranya benar, berikan alasan anda. Gunakan semua ruang kosong yang ada. Gunakan Bahasa Melayu Tinggi, bukan bahasa sms. Kesilapan ejaan, tatabahasa, nahu, dan jawapan merepek akan ditolak markah. Selamat menjawab.
(10 minit)
Jawapan :

No comments:
Post a Comment