terjadi. Aku rasa tak sempat je nak update blog ni. Hmm ...
InsyaAllah aku akan jalani rawatan untuk buang saka. Saka lagi??? Yup!
Ia terjadi secara kebetulan. Aku dan suami cuma nak usahakan sesuatu untuk kedai kami yang masih 'tutup je bang!' pada mata pelanggan setia. 'Abang tak bukak kedai ke semalam?' dah jadi soalan biasa sekarang.
Jadi, patut ke kami biarkan je soalan-soalan yang memedihkan hati ni berterusan? Tak patut kan kan kan! Kami mesti belajar cara-cara untuk mengubah soalan-soalan 'klise' ini kepada soalan lain. Contohnya, 'bang, kalau saya bawak satu bas datang hujung minggu ni boleh tak bang?' atau, 'Saya nak buat katering 5 ribu orang cuti sekolah ni, camana kira bang?'
Apabila penjelasan diberi, terselit pulak perkataan 'bersaka.' Aku pun macam terdetik nak cuit suami, minta dia mention pasal saka. Ringkasnya, lebih detail dari yang lepas-lepas, benda ni sudah berdamping tanpa kerelaan dan kesedaran aku selama 15 tahun. Okey, kalau reverse balik ke 15 tahun lepas, kemungkinan ini ada asasnya.
Tuan Haji bercerita santai, "ada empat. Kalau cukup lima, tinggalnya di sini." Mata aku terus membuntang. Tuan Haji tunjuk arah kepalanya. "Itu yang nanti kat hospital pegang macam ni." Dia angkat dua tangan buat gaya sedang pegang gril. Mata aku makin terjojol mendengarnya. Alamak! Itu hospital sakit jiwa la tu ... Kemudian Tuan Haji berkongsi pengalaman, kisah pelajar di Mesir yang terpaksa dihantar balik ke tanahair kerana tak mampu meneruskan pengajian, lanjutan ada sesuatu dari leluhurnya yang berdampingan tapi tak keruan peranannya.
So mujur 4 aje! Huhh! Empat pun sakit tengkuk aku buat apa! Satu di tengah dada, katanya. Tak lari dari yang perawat di Senawang katakan dulu, 'Akak ada rasa semput tak? Saya rasa macam sesak kat sini.' katanya sambil tunjuk bahagian dada. Masa tu aku rasa ok je. So aku pun tak pasti sangat.
Jumaat pagi kelmarin aku dan suami balik kampung ziarah mak abah dan uwan. Aku menyaksikan uwan dimandikan mak di tepi pintu bilik, di tepi longkang. Suami dan Fuad anak sedara aku tolong angkat uwan ke situ.
Mata aku melihat, telinga aku mendengar, dan hati aku bagai disayat-sayat.
Suami aku kata, kita mesti buat sesuatu. Hal uwan tak boleh dibiarkan berlanjutan. Natijahnya, esok akan diadakan perkumpulan keluarga di rumah tua. Jemputan sudah disampaikan. Semoga Allah memudahkan dan membuka hati seisi keluarga untuk bertemu.
* tragis, sebab tuan rumah tak tau-menahu huhuhu ... doa dalam debaran dan harapan.
.
.
.
.
.
.
.
"Ooooo ada empat ekor!" kata suami. Perli le tu.
Tau tak pe!
Apabila hati bersuara, ia adalah bisikan paling halus dari sudut hati yang paling tersembunyi. Tiada sesiapa mengetahui melainkan Allah Taala yang Maha Seni. Lalu hanya kepada Allah aku berserah diri. Ya Allah, kurniakan daku takdir yang baik di dunia ini dan takdir yang baik juga di akhirat nanti. اللهحم امين
Bismillah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Search This Blog
Blog Archive
-
▼
2013
(114)
-
▼
Jan 2013
(23)
- semoga apek
- ketika satu hari
- pening dan bingung
- kisah indah
- Pertemuan Keluarga
- sakit oii
- banyak hal
- ambik order
- 17 Januari 2013 - Khamis. Hantar manuskrip.
- penantian berakhir
- kenapa cerita?
- pengalaman dirawat
- testing jerr
- dari Tonggi
- majlis qasidah dan selawat - Habib Syech
- bestnyaaaaaa!!!
- dumm!
- siapa mereka?
- kalut dengan mereka
- kenapa aku menangis?
- rintihan dari perut bumi
- tahun 2013 telah menjelma ~ aku azam belajar untuk...
- catatan 01012013
-
▼
Jan 2013
(23)
Terima kasih :)
utamakan Bahasa Melayu
Pantai Lumut
Pantai Mersing

No comments:
Post a Comment